Isu-Isu Semasa by PRBMSK50622 Khairil Haszuad Bin Arni

Malaysia masuk Fasa Peralihan Endemik COVID-19 bermula 1 April
Negara akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

"Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara ke fasa endemik (sepenuhnya) yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya pada sidang media di Parlimen petang ini.

Ismail Sabri berkata, walaupun memasuki fasa endemik bermula 1 April ini, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di tempat awam.

MH370: Lapan tahun hilang, misteri yang masih menjadi tanda tanya
Kira-kira 1.30 pagi tadi, genap lapan tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 selepas dilihat kali terakhir berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China pada 2014.

Setiap tahun, persoalan yang sama dibangkitkan akan status keberadaan, punca kehilangan, nasib 239 penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200 itu.

Menjelang ulang tahun kehilangan pesawat malang itu, pastinya akan ada dakwaan penemuan baharu dan pada Disember tahun lepas, seorang jurutera aeronautik dari Britain, Richard Godfrey memaklumkan, beliau telah membuat perkiraan lokasi terakhir keberadaan MH370.

Terbuka Jerman: Zii Jia mara ke separuh akhir
Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pentas separuh akhir Terbuka Jerman 2022 selepas menewaskan Zhao Junpeng dari China dalam aksi suku akhir hari ini.

Turun selaku pilihan kelima, Zii Jia menang Pemain berusia 23 tahun di ranking ketujuh dunia itu dijangka akan membuat perhitungan bagi menentukan tempat ke final pada separuh akhir esok menentang pemenang satu lagi perlawanan suku akhir di antara Kenta Nishimoto dari Jepun dengan Kunlavut Vitidsarn dari Thailand yang akan berlangsung lewat hari ini.

Mudah set pertama 21-12 namun pemain China yang menduduki ranking ke-38 dunia cuba itu cuba memberikan tentangan sengit pada set kedua, sebelum Zii Jia menang 21-18 dalam kejohanan berlangsung di Westenergie Sporthalle, Muelheim.

Rompakan di Puchong: Pengawal keselamatan bertugas ambil wang dari bank - Polis
Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak manakala seorang lagi cedera dalam satu rompakan nekad berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini semalam. Menurutnya, semasa kejadian terdapat empat pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk mengambil wang tunai daripada sebuah bank untuk diangkut ke dalam van syarikat keselamatan dengan seorang pemandu menunggu dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata kejadian berkenaan berlaku pada 5.50 petang.