Perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan agama Islam by BM10622 Nur Shamimi Binti Zaid

Kesukaran Baginda dalam berdakwah
Peringkat pertama : seruan secara sulit memakan masa tiga tahun.
Peringkat kedua :seruan secara terang-terangan tanpa kekerasan berjalan
sehingga berlakunya Hijrah.
Peringkat ketiga :dakwah secara terang-terangan menggunakan senjata
untuk mempertahankan diri berjalan hingga pembukaan
Tanah Suci Mekah.
Peringkat kempat :dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata
terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan
dakwah.

Dakwah rasulullah pada peringkat awal bertumpukan kepada golongan terdekat seperti keluarga dan sahabat.
Dakwah ini dirahsiakan sehingga memeksa Rasulullah dan umat Islam yang lain terpaksa ke gua-gua dan lereng-lereng bukit untuk menunaikan sembahyang bersama sahabat-sahabatnya supaya tidak dilihat oleh orang lain.

Dakwah secara terang-terangan
Selepas 3 tahun berdakwah secara sulit, Allah SWT memerintahkan Baginda berdakwah secara terang-terangan. Dengan itu, Baginda mengumpulkan kesemua masyarakat untuk menyahut seruan Allah SWT serta mengakui Baginda sebagai pesuruh Allah. Baginda turut mengatakan bahawa berhala yang disembah oleh golongan kafir Quraisy tidak mendatangkan kebaikan bahkan hanya diperbuat daripada batu semata-mata.
Seruan ini menyebabkan ramai daripada golongan kafir Quraisy tidak berpuas hati dan menghina Baginda SAW. Antaranya ialah  :
1. Mereka mencampakkan duri-duri yang tajam di jalan yang dilalui oleh Rasulullah S.A.W. dan ketua-ketua masyarakat yang lain.
2. Kafir Quraisy membuat bising ketika baginda bersolat.
3. Perut-perut binatang yang kotor serta jijik diletakkan di belakang baginda ketika baginda sedang sujud.
4. Leher Rasulullah S.A.W. diikat dan dijerut sehingga terbeliak matanya.
5. Najis binatang yang jijik lagi kotor dilemparkan ke pintu rumah baginda.

Helah kafir Quraisy secara halus.
Apabila penghinaan dan ejekan tidak meninggalkan kesan,helah secara lembut dan halus pula digunakan oleh kafir Quraisy. Diantaranya ialah,mereka mengemukakan tawaran seperti harta benda dan kekayaan,kepimpinan atau akan dilantik sebagai raja sekiranya baginda sanggup meninggalkan perjuangannya sebagai mana yang tercatat dalam cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Uthbah bin Rabia ketika beliau dihantar menemui Rasulullah S.A.W.

Penindasan ini bukan sahaja ditujukan kepada Rasulullah S.A.W sahaja,malahan sesiapa saja dari pengikut-pengikutnya,contohnya:

1. Bilal bin Rabah dihumbankan ke atas pasir yang panas terik dan seketul batu yang besar diletakkan ke atas dadanya,namun lidahnya sentiasa menyebut perkataan “Ahad,Allah Ahad. ”
2. Ammar bin Yasir dilemparkan di atas pasir yang panas dan dipukul hingga pengsan. Keluarganya dicampak ke air dan dipaksa baring di atas besi yang panas membara. Ibunya Sumaiyah dibunuh oleh Abu Jahal.
3. Zunairah,seorang hamba perempuan yang bekerja di rumah Saidina Omar,telah dibelasah hingga buta kedua belah matanya oleh Abu Jahal.

Peringkat kedua : Dakwah di Madinah
Rasulullah S.A.W. pun berhijrah ke Yathrib atau nama barunya Madinah dengan para pengikut baginda pada 1 Muharram. Di Madinah,usaha pemantapan akidah dan dakwah berlaku secara aman. Baginda juga telah mengambil beberapa langkah ke arah perubahan baik dari segi sosio-budaya,politik mahu pun kenegaraan. Diantara langkah-langkah itu ialah:

1. Mempersaudarakan orang-orang Ansar dan Muhajirrin di mana orang-orang Ansar bukan setakat melindungi keselamatan orang-orang Muhajirrin malah memberi tempat tinggal,harta benda,isteri dan lain-lain lagi.

2. Melaksanakan syariat dengan turunnya perintah berpuasa,zakat dan haji. Rasulullah S.A.W. juga berpeluang mendirikan masjid-masjid seperti masjid Qubaa` dan masjid An-Nabawi sebagai tempat ibadat,pendidikan dan pengajaran,juga sebagai tempat pentadbiran hal negara Islam.

3. Membentuk Perlembagaan Madinah(Sahifah Madinah),dimana orang Islam bebas menjalankan seruan Islam di sekitar Madinah. Dengan wujudnya Perlembagaan Madinah,maka terbentuklah negara Islam yang pertama iaitu Madinah dengan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai ketua negara.

Namun begitu,Rasulullah S.A.W. masih tetap menghadapi masalah dari empat golongan manusia yang lain,iaitu:

1. Golongan Mu`aahid(golongan yang berdamai) iaitu golongan Yahudi yang membuat perjanjian dengan baginda dalam Perlembagaan Madinah.
2. Golongan Kafir Musyrik iaitu kaum Quraisy dan pemerintah Mekah yang bermusuh dengan mereka.
3. Golongan Munafiqin(pura-pura Islam) iaitu penduduk Madinah yang melakukan gerakan bawah tanah untuk menghancurkan pemerintahan Rasulullah S.A.W.
4. Golongan atas pagar iaitu golongan yang mengambil peluang dengan menyokong pihak yang lebih kuat.

Selepas sekian lama,berlakulah beberapa peperangan yang kebanyakkannya dipimpin oleh baginda dan membawa kejayaan kepada Rasulullah S.A.W. seperti kejayaan baginda membuka negara Islam yang pertama di dunia iaitu Madinah Al-Muwarrah.

Cara Baginda menangani kesukarakan menyebarkan Islam
1. Kesabaran dalam menjalankan seruan Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W. merupakan model Islam terbaik bagi semua umat Islam di dunia ini.

2. Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya oleh Allah S.W.T. untuk menyebarkan agama Islam kepada seluruh umat manusia.

3. Sifat kepimpinan baginda yang bijak di dalam membuat keputusan.

4. Akidah yang mantap menjadikan Rasulullah S.A.W. dan pengikut-pengikutnya sentiasa bersemangat waja dan tidak takut menghadapi tentangan dari Kafir Quraisy.
5. Sentiasa mendapat bimbingan,petunjuk dan pertolongan dari Allah S.W.T. Malahan sebagai kekasih Allah S.W.T. ,doa baginda sentiasa dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

6. Akhlak baginda yang tidak sukakan kekerasan. Baginda sendiri tidak pernah menindas orang lain dengan keistimewaan yang ada padanya. Baginda juga tidak pernah berlebihan dalam percakapan dan tidak pernah menghina sesiapa. Sebaliknya,baginda tunduk sabar terhadap segala penganiayaan yang dilakukan oleh orang lain kepadanya.