My terrific stream by afiqah nizar

BATU BERSURAT DI TERENGGANU ( oleh : NUR AFIQAH BT NIZAR)
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887, (ada berpendapat 1899).

Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bukhori secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Kemuncak dan kegemilangan pelaksanaan perundangan Syariah di negara ini berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka berikutan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15. Pada peringkat awal pelaksanaannya, undang-undang Islam telah dibuat atas nasihat para fuqaha dan dikuatkuasakan menerusi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah. Terdapat dua teks undang-undang Islam utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipercayai digubal berdasarkan Adat Temenggung, mazhab Shafie dan pengaruh adat Melayu. Undang-Undang Melaka dijadikan asas bagi penggubalan undang-undang Islam di Negeri-Negeri dan mengandungi peruntukan yang hampir sama dengan Undang-Undang Melaka seperti Hukum Kanun Pahang (1595M), Undang-Undang Kedah (1605M), Undang-Undang Johor (1789M) dan Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak (1878M). Kedudukan Islam sebagai undang-undang negara (lex loci of the land) turut dikitiraf dalam kes Ramah v Laton (1927) 6 FMSLR 128).

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan siapakah yang pertama sekali menyebarkan Islam di Nusantara kerana tiada bukti sahih yang ditemui bagi memastikan bilakah tarikh kedatangan mereka dan golongan manakah yang terlebih dahulu menyebarkan Islam.

Walau bagaimanapun, dengan berpandukan beberapa penemuan batu bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Nusantara .

Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu mengukuhkan lagi pendapat sejarawan tentang kedatangan islam di nusantara.

Batu bersurat ini bertulisan jawi dan bertarikh hari Jumaat 4 haribulan Rejab, 702H bersamaan dengan 22 Februari, tahun 1303M.
Membuktikan bahawa telah wujud sebauh kerajaan tua yang bergantung kepada perdagangan.

Antara perkara yang dicatatkan pada batu bersurat tersebut ialah:

§  Hukuman terhadap penzina.

§  Kewajipan menjalankan hukum syarak.

§  Peraturan dan undang-undang kekeluargaan.

§  Hukuman terhadap mereka yang tidak membayar hutang.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Penyebaran Islam di Nusantara turut didorong oleh faktor hubungan diplomatik dengan negara luar seperti Kerajaan Moghul di India dan Makkah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh misalnya mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Islam seperti Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dan lain-lain. Pada zaman baginda, Acheh telah dikunjungi oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah