Cara menjaga kesihatan diri by 初一8(22)黄语晨 WONG YEE CHEN

Nama: Wong Yee Chen (22)
Kelas: TMR 1-8
ID Pelajar: 224365
Pekara: Bahasa Melayu
Cikgu: Poon Chan Poh
Tajuk: Cara Menjaga Kesihatan Diri

Pendahuluan
Era pasca perindustrian dan pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah menunjukkan graf masalah kesihatan dalam kalangan masyarakat kita semakin meningkat dari hari ke hari. Walaupun kemudahan dan lengkap, pelbagai wabak dan penyakit yang melanda setiap golongan tanpa mengira usia. Mengikut kajian statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2011, angka pesakit yang menghadapi masalah kesihatan telah meningkat sebanyak 200 000 orang pesakit melebihi bilangan pesakit pada tahun sebelumnya. Angka yang membimbangkan ini sepatutnya menjadi polemik yang perlu diambil tindakan oleh semua pihak. Justeru, wajar untuk kita mengenal pasti cara-cara menjaga kesihatan diri bagi mengelakkan masalah kesihatan menimpa diri dan orang sekeliling kita.

Isi 1
Antara cara bagi memastikan kesihatan diri berada dalam keadaan baik adalah dengan melakukan aktiviti riadah. Pada masa lapang,setiap di antara kita digalakkan untuk melakukan aktiviti radah seperti bersukan dan bersenam. Senaman adalah aktiviti regangan badan yang mudah dan boleh diaplikasikan di mana-mana pada tempoh masa yang singkat. Bagi mereka yang meminati aktiviti yang mencabar kekuatan fizikal dan mental, bersukan adalah aktiviti terbaik dalam memastikan kesihatan diri terjamin. Tambahan pula, melakukan aktiviti riadah akan mendatangkan manfaat lain yang cukupbaik untuk diri, keluarga dan masyarakat secara amnya. Pembangunan kawasan rekri dan infrastruktur sukan yang lain hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat yang cergas. Di samping itu, aktiviti riadah dapat membantu kita untuk memperkasa kekuatan fizikal dan mental supaya imun terhadap serangan penyakit yang menjejaskan kesihatan diri.

Isi 2
Pada masa yang sama, mengamalkan pemakanan seimbang juga mustahak bagi memastikan kesihatan diri terjamin. Untuk makluman, Malaysia telah dikategorikan antara negara yang mempunyai masalah obesiti yang tinggi di rantau Asia. Kenyataan ini menunjukkan bahawa masyarakat kita kurang sedar akan faktor pemakanan dalam kesihatan. Kesibukan dalam pekerjaan dan pengaruh iklan mungkin telah menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat di negara ini tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Walaupun pelbagai kempen telah dilaksanakan seperti penggunaan piramid makanan, namun kadar penghidap obesiti tidak berkurangkan. Tindakan yang sepatutnya setiap ahli masyarakat lakukan adalah dengan mengurangkan pemakanan makanan segera dan makanan ringan. Sebaliknya, kerapkan memasak makanan sendiri di rumah dan bawa bekal ke tempat kerja atau institusi pengajian. Dengan kaedah ini, kita dapat menentukan keseimbangan makanan yang kita sediakan serta berjimat cermat dalam ketidak tentuan ekonomi hair ini.

Isi 3
Selain itu, penjagaan kebersihan diri, keluarga dan kawasan sekitar juga adalah penting dalam menjaga kesihatan. Hal ini kerana penyakit boleh berpunca daripada pelbagai sudut terutamanya apabila terdapat kekotoran daripada sisa sampah dan sebagainya. Contohnya, wabak denggi yang sringkai melanda negara kita adalah disebabkan takungan air yang terbiar lama dan membolehkan nyamuk aedes untuk membiak. Maka, setapia ahli masyarakat bertanggungjawab memastikan kawasan perumahan serta premis perniagaan atau tempat kerja masing-masing dibersihkan dengan baik secara berkala. Pekara yang mudah ini dapat membantu kita melawan musuh yang tidak zahir di mata kita. Di samping itu, pastikan bahan-bahan mentah yang ingin dimakan, dimasak dan disediakan dengan bersih. Pembuangan sampah diuruskan dengan betul serta berusaha mengurangkan pencemaran alam dengan menjaga kebersihan akan menyumbang kepada kesihatan yang baik.

Isi 4
Di samping itu, pemeriksaan kesihatan diri iaitu setiap sebulan sekali. Hal ini turut membantu mengekalkan kesihatan diri. Malahan, ia dapat membantu untuk menganalisis sebarang penyakit dalam diri sekaligus kita dapat mencegah penyakit tersebut sebelum ia menjadi lebih kronik. Dengan itu, kita akan mengambil sebarang ubat – ubatan yang diberikan oleh doctor kepada kita untuk mencegah penyakit. Hal ini kita dapat mengetahui cara untuk mencegah sebarang penyakit daripada doctor yang bertauliah. Oleh itu pemeriksaan ini amat penting untuk mencegah kita daripada menerima jangkitan penyakit sekaligus mengawal kita untuk tidak menyebarkan penyakit berjangkit kepada orang lain seperti demam, selsema dan kurap. Hal ini dapat mengekalkan  kadar kesihatan yang efektif dan stabil.Jika anda sakit, anda juga harus merawatnya secepat mungkin untuk mengelakkan akibat yang lebih serius.

Isi 5
Akhir sekali, penjagaan kebersihan turut menjadi sebab yang utama dalam mengekalkan kesihatan diri. Penjagaan kebersihan diri terdiri kepada kebersihan badan, pakaian dan persekitaran. Hal ini dapat mengekalkan diri dengan kesihatan yang terjamin tanpa jangkitan sebarang penyakit. Oleh itu, penjagaan kebersihan ini perlulah dititikberatkan dalam kehidupan. contohnya, kebersihan badan seperti mandi sekurang – kurangnya 2 kali sehari manakala kebersihan persekitaran pula seperti aktiviti gotong – royong sesame keluarga dalam kawasan rumah. Hal ini dapat mengelakkan sebarang virus di kawasan pesekitaran diri kita. Oleh yang demikian, setiap institusi keluarga, individu atau masyarakat perlulah menitikberatkan kebersihan agar tidak menerima sebarang jangkitan kepada diri.

Penutup
Tuntasnya, kesihatan diri amat penting kepada setiap diri manusia itu. Hal ini kerana kesihatan diri menjadi sebab utama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dalam kehidupan seharian. Sekiranya kesihatan diri tidak terjaga maka sesuatu pekerjaan itu akan tertangguh malahan tidak diuruskan. Oleh itu, kita hendaklah mengekalkan kesihatan diri dengan pelbagai cara iaitu pengambilan makanan yang seimbang, penjagaan kebersihan dan pemeriksaan kesihatan. Dengan itu, kita dapat mencegah diri daripada menerima sebarang penyakit berbahaya bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Hal ini dapat merealisasikan Hasrat kerajaan untuk mencapai rakyat yang sihat badan serta otak cergas. Oleh itu, kesihatan diri ini hendaklah menjadi  suatu perkara yang amat perlu dijaga dengan rapi dan efektif agar dapat mengecapi kehidupan yang Bahagia serta sihat.

Video
Video ini juga telah mengajar kita bagaimana untuk menjaga kesihatan kita sendiri.Kaedahnya adalah seperti berikut: tidur awal, keluar, mengekalkan diet seimbang dan bersenam。