Sebab-sebab kemalangan jalan raya by Michelle

Sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya

Pendahuluan (Michelle)
Dalam meniti arus kemodenan,kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun.Jumlah ini akan meningkat dengan mendadak terutamanya semasa musim perayaan dan cuti umum.Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan kereta,lori,penunggang motosikal atau pejalan kaki yang dilaporkan oleh pihak berkuasa.Kecelakan sebegini meragut banyak nyawa yang mati katak dan kerosakan harta benda disebabkan kecuaian pengguna jalan raya.Kesan kepada negara pula,negara akan kehilangan tenaga kerja profesional dan mahir.

Isi 1 ( Aiman)
Antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu sendiri yang tidak sabar dan cuai. Biasanya , pemandu lebih suka memandu melebihi had laju kerana sikap melulu dan tidak sabar untuk sampai ke destinasi dengan cepat . Pemandu yang memandu terlalu laju secara tidak sengaja dapat menyebabkan mereka kehilangan kawalan terhadap kenderaan yang sedang dipandu . Pemanduan yang terlalu laju juga akan mendedahkan kita kepada risiko kemalangan maut kerana apabila dalam keadaan laju kita tidak akan sempat bertindak jika terdapat apa-apa hal di atas jalan raya.

isi 2 (Aiman)
Selain itu, keadaan kenderaan juga merupakan punca kepada berlakunya kemalangan di atas jalan raya. Ramai pemilik kenderaan tidak menyelenggara kenderaan mereka  dengan baik sebelum dibawa ke atas jalan raya. Keadaan ini dapat menyebabkan komponen -komponen kenderaan seperti brek dan tayar tidak dapat berfungsi dengan baik. Hal ini menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik dan mudah terbabas ketika memandu. Terutamanya apabila kenderaan memecut terlalu laju , brek yang rosak sudah pasti dapat mengakibatkan kecelakaan berlaku
sehingga dapat meragut nyawa pemandu dan penumpang yang berada di dalam kereta.

Isi 3 (Michelle)
Selanjutnya ialah,faktor cuaca juga menjadi punca berlakunya kecelekaan di jalan raya.Hal ini dikatakan demikian kerana,cuaca hujan sering menyebabkan jalan raya basah dan licin.Dalam keadaan sedemikian,kecelakaan jalan raya banyak berlaku khususnya di lebuh raya kerana tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapan tiba-tiba memperlahankan keretanya.Tambahan pula,hujan yang turun juga menyebabkan pemandangan pemandu kabur dan terhad.Sewajarnya,kita sebagai pengguna jalan raya perlu sentiasa sediakan payung sebelum hujan tidak kiralah sama ada kita pemandu,penunggang motosikal ataupun pejalan kaki kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri.

Penutup(Michelle)
Konklusinya,kemalangan sebegini dapat dielakkan jika pemandu memandu secara berhemah.Sebenarnya, kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa juga boleh menyebabkan kecelakaan.Pihak berkuasa seperti pihak polis perlulah membuat pemantauan yang lebih kerap di kawasan-kawasan yang sering berlakunya kemalangan jalan raya.Pemandu juga perlu mengambil langkah yang bijak agar keadaan ini dapat dielakkan dengan tidak mementingkan diri sendiri dan tidak memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan.Seperti falsafah Tun Dr.Mahathir Mohamad iaitu "Disiplin ialah kunci kebahagiaan hidup".

Kebaikan buah-buahan tempatan

Isi 2 (Aiman)
lain daripada itu , buah-buahan tempatan juga akan memberi kesan yang baik dalam industri pelancongan di negara kita disebabkan oleh harganya yang murah terutamanya semasa musim durian yang sudah pasti ramai peminatnya dari luar negara yang sanggup berkunjung ke negara kita dan membelanjakan wang mereka demi menikmati keenakan rasa raja buah ini . Keadaan ini telah memberikan pendapatan lebih kepada peladang-peladang buah-buahan tempatan dan dalam masa yang sama juga dapat memperkenalkan buah-buahan tempatan kepada pelancong luar negara .

Penutup (Aiman)
Sebagai penghias bicara akhir , memang sudah tidak dapat dinafikan lagi bahawa buah-buahan tempatan mempunyai kelebihan-kelebihan sendiri jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport dari luar negara . Oleh sebab yang demikian , kita haruslah menyokong hasil kerja komuniti negara sendiri dengan membelanjakan wang membeli buah-buahan tempatan . Akhir kata , setiap anak Malaysia seharusnya menjadikan buah-buahan tempatan sebagai pilihan pertama di hati .

Pendahuluan (Michelle)
Sejak zaman-berzaman,buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang paling hangat di pasaran negara kita.Hal ini dikatakan demikian kerana,buah-buahan tempatan lebih berkualiti dan  membawa banyak kebaikan kepada kita berbanding buah-buahan eksport daripada negara jiran yang mahal.Hal ini secara langsung,membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.

Isi 1 (Michelle)
Antara kebaikan buah-buahan tempatan ialah mudah didapati terutamanya semasa musim buah-buahan.Misalnya,pokok buah-buahan seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah,apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung.Dalam pada itu,kita tidak perlu bersusah payah membeli buah-buahan yang di jual di gerai buah-buahan bahkan kita dapat menjimatkan duit yang kita ada untuk kegunaan hal lain,kerana buah-buahan sentiasa ada di sekeliling rumah dan hutan yang berdekatan.

Isi 3 (Michelle)
Selanjutnya ialah,kebaikan buah-buahan tempatan yang paling di kagumi oleh semua orang ialah buah-buahan tempatan lebih segar dan berkhasiat.Hal ini dikatakan demikian kerana,buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam di negara sendiri.Oleh hal yang demikian,kita dapat merasai buah-buahan yang segar dipetik dan lazat.Berbanding dengan buah-buahan eksport,buah-buahan tempatan lebih berzat kerana buah-buahan tempatan tidak perlu menjalani proses eksport yang memakan masa dan menyebabkan buah-buahan tidak lagi segar.