Teori Pengakhiran Alam by MUHAMMAD NASEEM AZMAN

TAJUK: Teori Pengakhiran Alam Menurut Kosmologi dan Islam

PENGENALAN AHLI KUMPULAN DAN PERANAN
1) Ismi Hanif Haikal bin Ishak (U2002347)

2) Ahmad Hariz Adli bin Rosdi (22005132)

3) Muhammad Naseem bin Azman (22005290)

4) Wan Aiman Hakimie bin Wan Abdul Hadi (U2100376)

LATAR BELAKANG TAJUK
Alam semesta merupakan satu istilah yang merujuk kepada segalanya iaitu masa, ruang, jirim dan tenaga. Maka, tidak dapat dinafikan bahawa segala sesuatu berada di dalam alam semesta termasuklah diri kita sendiri. Model terkini yang paling masyhur bagi alam semesta terdiri daripada 3 bahan. Komposisi bagi ketiga bahan tersebut ialah 70% tenaga gelap, 25% jirim gelap dan 5% jirim normal.

Usia alam semesta ini dianggarkan berumur 13.8 bilion tahun, dikira dari fenomena big bang yang diteorikan menjadi titik permulaan bagi kelahiran alam semesta. Teori ini menerangkan bagaimana alam semesta ini terbentuk daripada satu entiti yang mengembang sehingga ke hari ini.

Proses penciptaan alam semesta lebih mudah untuk dikaji kerana berlaku pada masa lampau. Persoalan yang masih tidak terjawab ialah bagaimana alam semesta ini akan berakhir. Pelbagai teori telah diusulkan. Ada yang disokong dengan hujah-hujah saintifik dan ada yang berlandaskan imaginasi semata-mata.

Teori-teori yang diusulkan ini perlu kita tapis menurut sudut pandang kosmologi dan perspektif Islam. Bukan itu sahaja, pandangan kosmologi turut perlu menepati perspektif Islam yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Justeru itu, kita dapat menentukan teori yang paling tepat menurut kosmologi yang bertepatan dengan ajaran Islam.

PERBINCANGAN
Tajuk utama perbincangan adalah berkaitan dengan teori-teori pengakhiran alam semesta yang telah banyak diusulkan. Teori-teori ini akan ditapis terlebih dahulu melalui sudut pandang kosmologi kemudian dilihat melalui perspektif Islam.

Antara teori-teori yang terkenal semasa ini ialah:

1) Perang nuklear.

2) Artificial intelligence.

3) Bencana alam.

4) Wabak penyakit.

5) Serangan alien.

6) Hentaman asteroid.

Kesemua teori ini dengan mudahnya ditolak daripada perbincangan tajuk ini atas beberapa sebab tertentu. Sebab utama ialah teori tersebut hanya berfokuskan kepada kepupusan manusia dan hidupan di bumi sahaja berbanding dengan tajuk perbincangan yang memfokuskan skala alam semesta bukannya tertumpu pada bumi sahaja. Sebab lain bagi menolak teori tersebut ialah kurangnya data-data saintifik yang menyokongnya dan hanya berdasarkan kepada bayangan dan sangkaan.

Teori-teori yang tinggal dan bersesuaian dengan perbincangan ini adalah yang dibawa oleh pandangan kosmologi iaitu the big rip, big freeze dan big crunch. Maka, perbincangan akan berfokus pada 3 teori ini kemudian membandingkan ketiga-tiganya dengan perspektif Islam.

TOPIK 1: Teori Pengakhiran Alam Menurut Kosmologi
Menurut kosmologi, 3 teori pengakhiran alam yang terkenal ialah the big rip, big freeze dan big crunch. Ketiga-tiga teori ini mempunyai faktor yang berbeza bagi punca berlakunya fenomena yang diramalkan. Namun begitu, terdapat satu persamaan yang ketara iaitu punca berlakunya fenomena ini berasal daripada salah satu bahan dalam komposisi alam semesta. Oleh itu, berikut ialah penerangan ringkas bagi bahan-bahan yang membentuk alam semesta.

1) Tenaga gelap.

Suatu entiti misteri yang mengenalinya lebih sedikit daripada yang tidak diketahui. Namun, anggaran kuantitinya yang besar dalam komposisi alam semesta adalah disebabkan oleh pengaruhnya terhadap alam semesta. Hal ini dikatakan kerana tenaga gelap berperanan dalam pengembangan alam semesta yang berterusan dan semakin meningkat kadarnya.

2) Jirim gelap.

Jirim yang tidak bercahaya sama ada memancarkan atau memantulkan sebarang gelombang elektromagnet dan radiasi yang boleh dikesan. Jirim gelap dapat dikesan melalui pengaruh gravitinya terhadap jirim normal. Maka, peranannya dalam model alam semesta moden adalah untuk menarik jirim-jirim normal merapat seperti graviti.

3) Jirim normal.

Terdiri daripada atom-atom yang berperanan dalam membentuk objek-objek di dalam alam semesta seperti bintang dan planet. Tidak dinafikan juga bahawa manusia merupakan objek yang berada di dalam alam semesta, maka kita juga merupakan jirim normal termasuklah haiwan dan binatang selama mana objek tersebut dapat dilihat.

SUBTOPIK 1: The Big Rip
The big rip merupakan salah satu senario kosmologi yang menggambarkan keadaan alam semesta pada masa akan datang dan ianya mula diperkenalkan pada tahun 2003. Dalam konsep "The big rip" , pada dasarnya memberi maksud bahawa alam semesta akan mengalami pemanjangan dan kemudian diuraikan oleh daya repulsif yang kuat.

Dalam teori ini , ianya mengaitkan hubungan antara nisbah tekanan tenaga gelap dan ketumpatan tenaganya. Jika nisbah yang diperoleh adalah kurang daripada -1, maka alam semesta akan dikoyakkan dan musnah. Tenaga ini juga dikenali sebagai tenaga fantom. Akibatnya , benda-benda seperti galaksi, bintang dan planet akan mengalami pemanjangan dan kemudian diuraikan oleh daya repulsif yang kuat ini.

Pada mulanya, galaksi-galaksi akan terpisah antara satu sama lain. Lebih kurang 60 juta tahun sebelum pengakhiran alam semesta, graviti akan terlalu lemah untuk memegang bima sakti dan galaksi yang lain bersama. lebih kurang tiga bulan sebelum pengakhirannya, sistem suria tidak akan terikat disebabkan oleh tekanan graviti. Dalam minit-minit terakhir pula, bintang dan planet akan terkoyak dan atom akan dimusnahkan.

Kemungkinan untuk terjadinya teori ini bergantung kepada jenis energi gelap yang terdapat di alam semesta kita. Jika energi gelap di alam semesta meningkat tanpa batas maka ianya boleh mengatasi semua daya yang menyatukan alam semesta. Teori ini adalah dikarang oleh Robert Chaldwell dan beliau berpendapat bahawa pengakhiran alam ini akan terjadi lebih kurang 50 bilion tahun lagi.

SUBTOPIK 2: The Big Freeze
Teori ini tercetus dalam tahun 1990-an apabila dua kumpulan ahli astronomi sedang meninjau sebuah bintang yang mati. Bintang ini mengalami supernova sebagai pengakhiran hidupnya dan dikenali sebagai Ia Supernovae. Bintang ini berperanan dalam mewujudkan jarak kosmik. Kedua-dua kumpulan ahli astronomi ini mendapati bahawa cahaya yang terhasil daripada letusan bintang ini semakin malap.

Perkara ini membuatkan para pengkaji tersebut mendapati bahawa pengembangan alam semesta bukan semakin perlahan, bahkan semakin cepat.Fenomena ini menemukan tentang kewujudan tenaga gelap yang berperanan dalam pengembangan alam semesta dari permulaannya iaitu, Big Bang.

Berdasarkan penemuan ini, mereka mendatangkan teori bahawa alam semesta akan terus mengembang sehingga suatu keadaan di mana jarak antara semua objek di alam semesta berada dalam keadaan tak terhingga. Apabila keadaan ini berlaku, maka tiada lagi tenaga bebas termodinamik lantas suhu alam semesta akan menghampiri 0° K.

Suhu yang sangat rendah ini membuatkan tiada satu pun perkara boleh berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana seluruh atom di alam semesta akan berhenti bergerak dan dalam keadaan yang pegun. Maka, teori Big Freeze memerihalkan pengakhiran alam semesta dalam keadaan membeku kerana semua objek di dalamnya menjadi pegun.

SUBTOPIK 3: The Big Crunch
Teori The big crunch memberi maksud bahawa alam semesta akan berakhir dan menjadi kesatuan yang sangat mampat. Ianya juga boleh dikenali sebagai hari kiamat. Berdasarkan teori ini, alam semesta dikatakan akan mengembang dan menyusut. Bintang-bintang, galaksi dan planet akan semakin mendekat. Suhu dan kepadatan alam semesta juga akan meningkat secara ketara dan menunjukkan keadaan yang serupa dengan keadaan awal alam semesta sebelum big bang.

Teori ini juga dianggap seperti bola yang dilemparkan ke atas , pada suatu ketika bola tersebut akan berhenti dan jatuh. Begitu juga dengan teori ini , daya graviti alam semesta akan menarik semua objek pada akhirnya.

Walaubagaimanapun, hasil penyelidikan pemerhatian dan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat tenaga gelap, ianya telah membawa kepada pandangan yang lebih kompleks tentang pengakhiran alam semesta. senario ini berdasarkan andaian bahawa ketumpatan jirim di seluruh alam semesta adalah tinggi sehingga tarikan graviti akan mengatasi pengembangan yang bermula dengan letupan besar.

Berdasarkan ramalan daripada teori ini , pengakhiran alam semesta akan berlaku lebih kurang 100 trilion tahun lagi, iaitu bintang terakhir akan padam dan kelahiran bintang baru tidak akan mungkin berlaku . Akhirnya, semesta akan menjadi gelap dan sejuk.

TOPIK 2: Teori Pengakhiran Alam Menurut Islam
Agama Islam merupakan antara agama samawi kerana diasaskan daripada wahyu yang diturunkan oleh Allah  kepada baginda nabi Muhammad ﷺ melalui malaikat Jibril. Walaupun ajaran Islam merupakan syariat yang paling baharu dibandingkan dengan agama samawi yang lain, namun keimanan terhadap pengakhiran alam merupakan salah satu daripada rukun iman yang wajib dipercayai oleh individu yang bergelar sebagai muslim.

Pengakhiran alam merupakan keadaaan di mana semua entiti di alam semesta akan musnah. Keadaan ini telah banyak diceritakan di dalam al-Quran dan Hadis nabi Muhammad ﷺ dengan nama yang pelbagai seperti al-Qari'ah (القارعة), al-Waqi'ah(الواقعة), al-Haqqah (الحاقة) dan al-Zalzalah (الزلزة). Nama-nama tersebut merupakan nama surah yang menceritakan tentang perihal dan keadaan semasa hari pengakhiran alam.

Hadis nabi ﷺ pula banyak menerangkan tentang tanda-tanda hari kiamat. Tanda-tanda ini telah dibahagikan kepada dua iaitu tanda kecil dan tanda besar bagi hari kiamat. Namun begitu, topik ini akan menerangkan tentang tanda besar kiamat sahaja kerana lebih bersesuaian dengan teori pengakhiran alam yang fokusnya kepada kehancuran alam.

Teori pengakhiran alam menurut Islam merujuk kepada keyakinan akan adanya suatu akhirat atau kehidupan selepas mati. Dalam Islam, konsep ini bersandarkan kepada ajaran Al-Quran dan Hadith, yang merincikan tentang kehidupan setelah kematian dan segala amalan serta perbuatan manusia akan dihisab atau dinilai pada hari kiamat.

Islam mengajarkan tentang keberadaan Hari Kiamat, di mana semua makhluk akan dibangkitkan untuk dihisab atau dinilai amalannya. Pada hari ini, segala yang tersembunyi akan diungkap, dan setiap tindakan manusia akan diperhitungkan.

Setelah hari kiamat, manusia akan dihantar ke syurga atau neraka berdasarkan amalan baik atau buruk mereka semasa hidup di dunia. Syurga adalah tempat kebahagiaan abadi bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, manakala neraka adalah tempat siksaan bagi mereka yang ingkar dan melanggar perintah Allah. Seluruh kehidupan manusia di dunia ini dianggap sebagai masa ujian. Amalan baik akan mendatangkan pahala, manakala amalan buruk akan menimbulkan dosa. Pahala dan dosa inilah yang akan menentukan tempat akhir manusia di akhirat.

Pengakhiran alam menurut Islam merupakan suatu konsep penting yang memotivasi umat Islam untuk hidup bermakna, bertaqwa kepada Allah, dan melakukan amal perbuatan yang baik demi mencapai kebahagiaan di akhirat.

SUBTOPIK 1: Tanda-Tanda Hari Qiamat
Tanda-tanda kiamat besar merupakan sebuah peringatan kepada manusia sebelum terjadinya hari kiamat. Hal ini sesuai dengan sebuah hadis:

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ مَا تَذَاكَرُونَ قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ قَالَ إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, yang berkata: “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang. Lalu baginda bersabda: “Apa yang kamu bincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh tanda sebelumnya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang besar, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam AS, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mahsyar mereka”. (Hadis riwayat Muslim)

1)    Matahari terbit dari arah barat.

-        Terbitnya matahari dari barat akan menjadi sebuh fenomena yang asing daripada biasa kerana kebiasaannya matahari akan terbit dari arah timur.

-        Dalam sebuah hadis daripada Abu Daud serta Ibnu Majah, dari Abdullah bin Amr, dia berkata, aku hafal dari sabda Rasulullah, "Sesungguhnya pertanda yang pertama muncul (menjelang Kiamat) ialah terbitnya matahari dari Barat dan munculnya binatang yang menemui manusia pada waktu Dhuha. Mana saja dari keduanya yang lebih terdahulu terjadi, maka tidak lama sesudah itu yang lainnya pun segera terjadi."

2)    Al-Dabbah

-        Al-Dabbah merupakan sebuah binatang yang akan keluar pada akhir zaman. Ia akan keluar ketika manusia tersimpang jauh daripada ajaran agama.

3)    Al-Dukhan

-        Al-Dukhan merupakan asap yang akan keluar menutupi seluruh bumi selama 40 hari. Ia akan memberi kesan kepada orang mukmin dan orang kafir. Kesan al-Dukhan kepada orang mukmin seperti keadaan selsama manakalah orang kafir menghadapi al-Dukhan ini seperti keadaan mabuk, ia masuk ke dalam rongga telinga mereka.

4)    Kemunculan Dajjal

-        Disebutkan bahawa Dajjal ini akan muncul dengan membuat fitnah kepada manusia. Dia mengaku bahawa dirinya adalah seorang nabi dan akhirnya mengaku juga sebagai tuhan.

-        Dalam hadits riwayat Muslim, sabda Rasulullah SAW, "Tidak ada satu pun mahluk sejak Adam diciptakan hingga terjadinya kiamat yang fitnahnya lebih besar dari Dajjal."

5)    Turunnya Nabi Isa AS

-        Nabi Isa AS diturunkan bagi menjadi saksi kepada umat manusia. Baginda akan menjadi seorang individu yang bertanggungjawab membunuh Dajjal kelak.

6)    Ya’juj dan Ma’juj

-        Makhluk yang membuat kekacauan dan kerosakkan di muka bumi.

7)    Berlaku kemusnahan di Timur, Barat dan semenanjung Arab sebagai tanda besar kiamat yang ketujuh, lapan dan sembilan.

-        Tanah di ketiga-tiga tempat tersebut berlaku gempa bumi disebabkan manusia pada ketika itu menghalalkan maksiat dan membuat perkara haram tanpa batasan. Oleh sebab itu, Allah menghancurkan mereka dan mengubah rupa mereka seperti kera dan khinzir.

8)    Api dari Yaman

-        Peristiwa tiupan terompet akan dibunyikan yang menyebabkan orang mati akan hidup semula. Kemudian akan muncul api dari Yaman. Api ini  akan mengumpulkan manusia ke suatu tempat berkumpul yang dinamakan Mahsyar.

SUBTOPIK 2: Kronologi Hari Kiamat
Tanda-tanda besar kiamat ini tidak keterangan oleh mana-mana sumber tentang kronologi atau susunan tanda-tanda kiamat ini berlaku. Oleh itu, para ulama’ telah berijtihad dalam menentukan kronologi kiamat ini. Hal yang demikian menyebabkan beberapa pendapat yang berbeza tentang susunannya.

Walaupun tiada dalil hadis atau Al-Quran yang menyebut secara pasti terhadap susunanya, namun ada beberapa hadis yang memberi tanda atau isyarat yang penting terhadap susunannya.

1)    Kemunculan Al-Dajjal

Berdasarkan beberapa pemerhatian, kemunculan Dajjal merupakan tanda kiamat yang pertama.

Rasullullah SAW telah bersabda : ” Dan sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah ada tempoh masa tiga tahun yang sangat sukar di mana pada waktu itu manusia akan ditimpa kelaparan yang amat....” [1]

Difahami daripada hadis ini bahawa Dajjal akan muncul sebagai tanda besar kiamat yang pertama selepas berakhirnya tanda-tanda kiamat kecil.

2)    Turunnya Nabi Isa AS

Isa AS akan turun setelah munculnya Imam Mahdi dan Al-Dajjal. Dajjal akan berada di bumi selama 40 hari. Sabda Rasulullah "Allah mengutus Isa bin Maryam. Baginda turun di sebuah menara putih di Timur Damsyik dengan memakai pakaian yang dicelup za'faraan sambil meletakkan kedua-dua tapak tangannya di atas dua sayap dua orang malaikat. Apabila baginda menundukkan kepalanya, maka (seolah-olah) menitiskan air. Dan jika dia mengangkat kepalanya, maka (seolah-olah) berjatuhan titisan-titisan itu bagai manik-manik mutiara. Setiap orang kafir yang mencium bau nafasnya akan mati. Dan nafasnya tersebar du mana jua baginda berjalan. Lalu dia mencari Dajjal hingga akhirnya dia berjumpa di pintu Lud lalu membunuhnya..."[2]

Berdasarkan hadis tersebut, terdapat isyarat yang menunjukkan bahawa nabi Isa AS akan turun selepas kemunculan Dajjal. Baginda menjadi individu yang bertanggungjawab untuk membunuh Dajjal di pintu Lud kelak. Oleh itu, turunnya nabi Isa AS dapat diyakini sebagai tanda besar kiamat kedua.

3)    Yak’juj dan Ma’juj

"...ثم أيأتي عيسى ابن مريم قوم قد عصمهم الله منه، فيمسح عن وجوههم، ويحدثهم بدرجاتهم في الجنة، فبينما هو كذلك إِذْ أَوْحَى اللَّهُ إِلَى عِيسَى إِنِّى قَدْ أَخْرَجْتُ عِبَادًا لِى لاَ يَدَانِ لأَحَدٍ بِقِتَالِهِمْ فَحَرِّزْ عِبَادِى إِلَى الطُّورِ. وَيَبْعَثُ اللَّهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ.

Maksudnya: "Ketika Allah SWT mewahyukan kepada Isa AS: Sesungguhnya aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak ada kemampuan bagi seorang pun untuk memeranginya. Maka biarkanlah hamba-hamba-Ku menuju Tur. Lalu Allah SWT keluarkan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi”...[3]

Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa nabi Isa AS masih berjuang bersama umat Islam selepas membunuh Dajjal. Allah SWT menyuruh baginda dan umat Islam bergegas naik ke bukit Tur sehingga Allah melenyapkan Ya’juj dan Ma’juj. Penggunaan gaya bahasa " فبينما هو كذلك" dalam hadis ini merupakan tanda yang jelas bahawa kehadiran Ya’juj dan Ma’juj sebagai tanda besar kiamat selepas nabi Isa AS selesai membunuh Dajjal.

4)    Matahari terbit dari barat

Tanda kiamat selepas kemunculan Ya’juj dan Ma’juj tidak ada disebut oleh mana-mana hadis nabi SAW. Akan tetapi, terdapat beberapa hadis yang menunjukkan bahawa matahari terbit dari barat adalah tanda kiamat yang seterusnya.

Sabda Rasulullah : ”Tidak akan berlaku kiamat sehingga matahari terbit dari tempatnya terbenam, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat perkara itu maka semua mereka akan berimandan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum penah beriman sebelum itu.”[4]

Berdasarkan hadis tersebut, dapat disimpulkan bahawa tanda kiamat terbitnya matahari dari barat akan berlaku selepas selesai tanda kiamat yang ketiga iaitu Ya’juj dan Ma’juj. Jika susunan matahari terbit dari barat ini berlaku sebelum penurunan nabi Isa AS, sudah pasti segala perjuangan Nabi Isa AS dan umat Islam dalam berjihad menentang Dajjal dan memperjuangkan Islam itu cuma sia-sia. Hal ini kerana apabila matahari sudah terbit dari barat maka pintu taubat telah ditutup.

Kemunculan Ya’juj dan Ma’juj juga akan berlaku terlebih dahulu sebelum matahari terbit dari barat yang disebabkan oleh penggunaan gaya bahasa " فبينما هو كذلك" dalam hadis di atas yang berkaitan tanda kiamat yang keempat

5)    Al-Dabbah

Firman Allah SWT yang bermaksud : ”Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami”. (Surah An-Naml: 82)

Tanda kiamat ini akan berlaku dekat dengan tanda matahari terbit dari barat, lebih dahulu atau sesudahnya. Sabda Rasulullah:

إِنَّ أَوَّلَ الْآيَاتِ خُرُوجًا طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا ، وَخُرُوجُ الدَّابَّةِ عَلَى النَّاسِ ضُحًى ، وَأَيُّهُمَا مَا كَانَتْ قَبْلَ صَاحِبَتِهَا ، فَالْأُخْرَى عَلَى إِثْرِهَا قَرِيبًا

Maksudnya: ”Sesungguhnya tanda-tanda Kiamat yang pertama kali keluar ialah terbitnya matahari dari Barat dan keluarnya binatang (Dabbah) kepada manusia pada waktu Dhuha. Antara keduanya tidak diketahui mana yang terkemudian keluarnya tetapi keluarnya secara berturutan. Yang satu mengikuti yang satunya dalam jangka waktu yang singkat.”[5]

Kemungkinan yang menyebabkan tanda ini berlaku dalam waktu yang sangat dekat kerana berlakunya salah satu tanda ini akan menutup pintu taubat. Maka kehadiran Ad-Dabbah ini adalah untuk menguatkan lagi bahawa pintu taubat telah benar-benar tertutup. Oleh itu. keluarnya Ad-Dabbah ini untuk membezakan orang Mukmin dan orang kafir untuk menekankan maksud akan tertutupnya pintu taubat.

6)    Al-Dukhan

Rasulullah telah bersabda: ”Sesungguhnya Allah telah memperingatkan kamu dengan tida perkara. Pertama, asap yang akan memberi kesan kepada orang Mukmin seperti demam dan orang kafir sehingga luka dan keluar asap dari setiap telinganya. Yang kedua, adalah binatang dan ketiga adalah Dajjal.”[6]

Oleh yang demikian, asap atau Ad-Dukhan adalah tanda besar kiamat yang terkesan kepada semua manusia. Ia tidak akan membahayakan orang Mukmin dan menjadi peringatan untuk orang kafir sebagai permulaan azab dan bencana bagi mereka.

Setelah kemunculan asap ini akan datang angin yang lembut dari arah Yaman. Maka ia akan mencabut nyawa setiap Mukmin dan ia tidak akan meninggalkan sesiapa kecuali orang kafir. Hal ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya Allah akan mengutuskan angin yang lebih lembut dari setera dari arah Yaman atau arah selatan. Maka tiada seorang pun yang akan ditinggalkan sari orang yang masih ada iman di hatinga walaupun seberat biji sawi kecuali akan dicabut rohnya.[7]

7)    Berlaku kemusnahan di timur, barat dan semenanjung Arab

Yang dimaksudnkan oleh ”kemusnahan” itu adalah terbelahnya bumi yang akan menelan manusia sebagai bentuk azab. Hal ini kerana manusia pada ketika itu menghalakkan segala perkara yang haram. Apabila mereka terlalu leka dalam keadaan tersebut maka Allah memusnahkan mereka dengan menurunkan bencana.

8)    Api dari Yaman

Setelah berlakunya kemusnahan di tiga bumi tersebut, maka datanglah tanda kiamat yang terakhir.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, yang berkata: “yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia ke Padang Mahsyar mereka”.[8]

Penggunaan kata ”yang akhir sekali” jelas menunjukkan bahawa keluarnya api dari Yaman merupakan tanda kiamat yang terakhir.

[1] Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan Hakim dari Abu Umamah.

[2] Diriwayatkan oleh Muslim. Sahih Muslim. (7560)

[3] Diriwayatkan oleh Muslim. Sahih Muslim. (7560)

[4] Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dasuh dan Ibn Majah.

[5] Riwayat Muslim (5238) dan Ahmad (6881) dengan tahqiq Ahmad Syakir.

[6] Diriwayatkan oleh Tabrani dari Abu Malik Al-Asy’ari dan sanadnya jayyid.

[7] Riwayat Muslim dari Abi Hurairah.

[8] Riwayat Muslim dari Huzaifah.

SUBTOPIK 3: Perbandingan Pengakhiran Alam Menurut Kosmologi dan Islam.
Berdasarkan kepada teori pengakhiran alam menurut kosmologi dan Islam yang telah dinyatakan, tiada persamaan yang banyak di antara kedua-duanya. Pandangan kosmologi berpendapat bahawa punca pengakhiran alam adalah sama ada daripada tenaga gelap atau jirim gelap. Sebaliknya, ajaran Islam banyak menerangkan tentang tanda-tanda dan keadaan semasa hari Kiamat tanpa menerangkan sebab mahu pun punca bagi kejadian tersebut kecuali mewajibkan keimanan terhadap hari tersebut.

Namun begitu, di dalam surah al-Anbiya ayat 104 terdapat petanda yang menyatakan bahawa alam semesta ini akan kembali semula kepada keadaan asalnya iaitu.

يَوْمَ نَطْوِى ٱلسَّمَآءَ كَطَىِّ ٱلسِّجِلِّ لِلْكُتُبِ ۚ كَمَا بَدَأْنَآ أَوَّلَ خَلْقٍۢ نُّعِيدُهُۥ ۚ وَعْدًا عَلَيْنَآ ۚ إِنَّا كُنَّا فَـٰعِلِين

Persoalan yang timbul sekarang ialah bagaimana pula keadaan asal alam semesta pada awal penciptaannya. Jawapan bagi persoalan ini terdapat pada surah al-Anbiya ayat 30 iaitu.

أَوَلَمْ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَنَّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًۭا فَفَتَقْنَـٰهُمَا ۖ وَجَعَلْنَا مِنَ ٱلْمَآءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

Maka, ajaran Islam selari dengan pandangan kosmologi yang menyatakan bahawa alam semesta berasal dari satu entiti tunggal kemudian meletus seperti yang diterangkan dalamm teori Big Bang. Penemuan pengakhiran alam yang akan kembali kepada keadaan asalnya menandakan bahawa seluruh alam semesta ini akan kembali menjadi satu entiti tunggal.

Keadaan pengakhiran alam yang dijelaskan dalam al-Quran membuatkan hanya teori Big Crunch sahaja yang menepatinya. Teori Big Rip dan Big Chill sama sekali tidak bertepatan dengan ayat 104 surah al-Anbiya tersebut kerana menyatakan bahawa alam semesta akan terus mengembang sehingga terurai atau membeku. Hanya teori Big Crunch yang menyatakan bahawa alam semesta akan kembali kepada keadaan asalnya.

Maka, setelah menelusuri ayat al-Quran, ketiga-tiga teori kosmologi ditolak melainkan teori Big Crunch yang selari dengan firman Allah di dalam surah al-Anbiya ayat 104.

RUJUKAN
Betz, Eric (January 2021). The Big Crunch vs. The Big Freeze, Astronomy, Academic Search Elite, EBSCO.

Dark Energy, Dark Matter. NASA Science (.gov): https://science.nasa.gov/astrophysics/focus-areas/what-is-dark-energy/

Agus Dwi (18 Julai 2020). Big Crunch, Teori Bagaimana Alam Semesta Ini Berakhir: https://www.sainskomputer.com/2019/01/big-crunch-teori-bagaimana-alam-semesta.html?m=1

Rulison, Michael K. (2022). Dark Matter, Salem Press Encyclopedia of Science, Research Starters, EBSCO

Rapingi, A. M. M., & Ismail, M. Y. (2022). Tanda-Tanda Besar Kiamat: Analisis Metode Dan Kronologi.

Quranic Explanation of Big Bang and Big Crunch (6 April 2013) Talha's Physics Academy: https://talhaphysicsacademy.blogspot.com/2013/04/quranic-explanation-of-big-bang-and-big.html