SAINS by EIZ HUMAIRA BINTI MOHAMAD HAIRUDIN Moe

https://svs.gsfc.nasa.gov/4923/
Multiple infographics illustrating the science and impact of space weather.

canva

logooooooooo

NOTA CUACA

struktur matahari
“Matahari ialah sebiji bebola gas gergasi yang terdiri daripada gas hidrogen dan helium yang sangat panas. Suhu di tengahnya boleh mencecah 15 juta darjah Celsius!

Ia terdiri daripada beberapa lapisan. Di bahagian tengah sekali ialah teras, tempat berlakunya pelakuran nuklear, di mana atom hidrogen bercantum membentuk helium dan membebaskan tenaga.

Tenaga ini bergerak keluar melalui zon sinaran dan zon perolakan. Dalam zon sinaran, haba bergerak perlahan secara sinaran. Di zon perolakan pula, haba bergerak melalui arus gas panas naik dan gas sejuk turun.

Lapisan seterusnya ialah fotosfera, iaitu permukaan Matahari yang kita nampak dari Bumi. Di sinilah tompok suria dan granul boleh dikesan.

Di atas fotosfera terdapat kromosfera, lapisan gas nipis berwarna merah jambu. Dan yang paling luar ialah korona, yang hanya boleh dilihat semasa gerhana penuh Matahari. Walaupun jauh dari teras, korona sangat panas dan memanjang jauh ke angkasa lepas.”

fenomena yg berlaku di permukaan matahari
“Terdapat beberapa fenomena menarik dan penting yang berlaku di permukaan Matahari. Fenomena ini menunjukkan bahawa permukaan Matahari sentiasa aktif dan penuh tenaga.

Yang pertama ialah tompok suria. Ia merupakan kawasan gelap yang muncul pada fotosfera, iaitu permukaan Matahari. Kawasan ini lebih sejuk daripada kawasan sekeliling dan mempunyai medan magnet yang sangat kuat.

Kedua, kita ada granul, iaitu corak berbentuk sel kecil yang terhasil disebabkan oleh arus perolakan gas panas dan sejuk. Granul ni sangat besar – satu granul boleh sebesar negeri!

Seterusnya, prominen atau semarak suria ialah gelung besar gas panas yang terjulur keluar dari permukaan Matahari. Ia sangat cantik dan boleh melengkung beribu-ribu kilometer ke angkasa.

Nyalaan suria, pula ialah letusan tenaga yang sangat kuat dan tiba-tiba dari permukaan Matahari. Ia membebaskan cahaya, haba, dan zarah bercas tinggi ke angkasa.

Dan yang paling kuat ialah lentingan jisim korona, atau CME. Ia adalah lontaran awan plasma bercas dari korona Matahari ke angkasa lepas. Kalau CME ni sampai ke Bumi, ia boleh ganggu satelit dan sistem komunikasi kita.

huraian granul , tompok suria & kitaran suria
"Kita teruskan dengan tiga fenomena penting di permukaan Matahari: granul, tompok matahari, dan kitaran suria.

Granul adalah seperti sel kecil yang kita boleh lihat pada permukaan Matahari, atau fotosfera. Ia terbentuk akibat pergerakan gas panas yang naik dan gas sejuk yang turun, seperti mendidih dalam periuk. Setiap granul sangat besar, boleh sebesar beberapa ribu kilometer!

Seterusnya, tompok matahari pula ialah kawasan gelap pada permukaan Matahari. Walaupun gelap, ia bukan sebab tiada cahaya, tapi kawasan itu lebih sejuk sedikit berbanding kawasan sekeliling. Tompok ini terjadi kerana medan magnet yang kuat mengganggu aliran haba daripada teras ke permukaan.

Akhir sekali, kita ada kitaran suria. Ini adalah tempoh 11 tahun di mana aktiviti Matahari berubah-ubah. Semasa puncak kitaran, bilangan tompok matahari dan letusan suria meningkat. Semasa kitaran rendah pula, aktiviti Matahari agak tenang. Kitaran ini penting sebab ia mempengaruhi cuaca angkasa dan keadaan di Bumi."

semarak suria
Semarak suria ialah letupan tenaga yang sangat kuat di permukaan matahari, biasanya di kawasan tompok suria. Ia membebaskan tenaga dalam bentuk cahaya, gelombang radio, sinar-X dan zarah bercas, dan boleh berlaku dari beberapa minit hingga berjam-jam.

Kesan semarak suria kepada bumi ialah gangguan komunikasi radio, kerosakan satelit, masalah GPS, dan juga gangguan bekalan elektrik. Namun begitu, ia juga menghasilkan fenomena indah iaitu aurora di kawasan kutub

nyalaan suria
Nyalaan suria ialah lidah api gergasi atau bentuk gas yang panas, yang tercampak keluar dari permukaan matahari. Ia biasanya berbentuk gerbang atau gelung besar dan berpunca daripada medan magnet yang sangat kuat di matahari.

Nyalaan suria boleh berlaku selama beberapa jam hingga berbulan-bulan, dan ia mengandungi gas bercas yang sangat panas. Kadangkala, nyalaan suria ini boleh tercabut daripada matahari dan melepaskan tenaga ke angkasa.

Kesan nyalaan suria juga hampir sama dengan semarak suria, iaitu boleh menjejaskan satelit, komunikasi, dan sistem GPS. Tetapi yang menarik, nyalaan suria membantu para saintis mengkaji aktiviti matahari serta hubungannya dengan cuaca angkasa.”

lentingan jisim korona
Lentingan jisim korona ialah letupan besar-besaran gas plasma bercas daripada lapisan korona matahari, iaitu bahagian paling luar atmosfera matahari.

Apabila berlaku CME, sejumlah besar zarah bercas akan dilepaskan ke ruang angkasa dengan kelajuan yang sangat tinggi. Kalau zarah ini menuju ke bumi, ia boleh menyebabkan ribut geomagnet.

Kesan CME termasuklah gangguan pada satelit, komunikasi radio, GPS, malah bekalan elektrik. Sama seperti semarak suria dan nyalaan suria, CME juga boleh menghasilkan aurora yang cantik di kawasan kutub bumi.

Kesimpulannya, lentingan jisim korona ialah fenomena cuaca angkasa yang kuat dan memberi kesan besar kepada teknologi serta sistem kehidupan di bumi.”

angin suria
Angin suria ialah aliran zarah bercas seperti elektron dan proton yang sentiasa dilepaskan dari matahari.
Bumi biasanya dilindungi oleh magnetosfera, tetapi apabila angin suria terlalu kuat, ia boleh menyebabkan ribut suria.

Kesan ribut suria termasuklah gangguan satelit, komunikasi, GPS dan bekalan elektrik. Selain itu, apabila zarah bercas bertembung dengan atmosfera bumi, ia menghasilkan cahaya indah yang dipanggil aurora.”

bentuk magnetosfera bumi
“Magnetosfera ialah kawasan di sekeliling bumi yang dipengaruhi oleh medan magnet bumi. Ia berfungsi sebagai perisai untuk melindungi kita daripada zarah bercas berbahaya daripada matahari.

Bentuk magnetosfera mampat di bahagian hadapan yang menghadap matahari kerana ditolak oleh angin suria, manakala memanjang seperti ekor di belakang bumi.

Kesimpulannya, magnetosfera sangat penting kerana melindungi bumi dan membolehkan kehidupan wujud dengan selamat.”

definisi magnetosfera bumi
Magnetosfera bumi ialah kawasan di sekeliling bumi yang dipengaruhi oleh medan magnet bumi. Ia bertindak sebagai perisai semula jadi yang melindungi bumi daripada zarah bercas berbahaya yang dipancarkan oleh matahari, terutamanya angin suria.

pembeentukan magnetosfera bumi
Magnetosfera bumi terbentuk daripada medan magnet bumi.
Medan magnet ini wujud kerana pergerakan besi dan nikel cair dalam teras bumi menghasilkan arus elektrik.
Arus ini mewujudkan medan magnet yang memanjang ke angkasa lalu membentuk magnetosfera yang melindungi bumi daripada zarah bercas matahari.”

kepentingan magnetosfera bumi
Magnetosfera sangat penting untuk melindungi bumi. Pertama, ia berfungsi sebagai perisai yang menghalang zarah bercas berbahaya daripada matahari, seperti angin suria, daripada sampai ke permukaan bumi.

Kedua, magnetosfera membantu mengekalkan atmosfera. Tanpa perlindungan ini, angin suria boleh menolak keluar gas penting seperti oksigen dan nitrogen sehingga bumi tidak sesuai didiami.

Ketiga, magnetosfera melindungi teknologi moden, contohnya satelit, sistem GPS, komunikasi radio dan bekalan elektrik daripada rosak akibat ribut suria.

Kesimpulannya, magnetosfera penting kerana ia menjaga atmosfera, melindungi teknologi, dan memastikan kehidupan di bumi terus selamat.”

cuaca angkasa lepas & kesannya terhadap bumi
Cuaca angkasa lepas merujuk kepada pelbagai fenomena yang berlaku sama ada di permukaan matahari—seperti nyalaan suria, semarak suria, tompok matahari dan lentingan jisim korona—mahupun di angkasa lepas seperti angin suria, ribut pancaran suria dan ribut geomagnet.

Kesan utama terhadap Bumi termasuk pembentukan aurora, gangguan kepada telekomunikasi, sistem navigasi dan talian kuasa elektrik. Selain itu, pelepasan jisim korona boleh merosakkan satelit serta komunikasi radio, mengganggu kesan biologi manusia, malah mengancam hidupan seperti ikan dan burung

9.1