BMMB 3083 - Drama dalam Pendidikan. by BM1-0620 Brineysa Bangie Anak Changgau

Uji bakat merupakan prosedur dalam pengurusan persembahan drama. Bincangkan kelebihan uji bakat dengan memberikan contoh yang sesuai

- Uji bakat merupakan suatu proses untuk memilih calon dengan melihat dan menilai kebolehannya atau bakatnya dalam bidang seni seperti nyanyian, lakonan dan lain-lain.
- Sesi uji bakat adalah untuk mencari pelakon yang sesuai bagi memegang peranan atau watak-watak tertentu dalam drama pentas yang dilakukan selepas pengarah membuat penelitian terhadap skrip.
- Pengarah dibantu oleh kru produksi berperanan melakukan uji bakat dan melakukan pemilihan pelakon.
- Pengarah perlu memastikan bahawa setiap pelaon yang dipilih dapat menjiwai watak yang diinterpretasikan daripada skrip dan menyerlah di atas pentas menurut pendapat Mohamad Nazri Ahmad (2000).

- Uji bakat perlu dimulakan dengan mengiklankan pementasan drama dalam media sosial dan membuat ketetapan tarikh, masa dan lokasi uji bakat.
- Semasa uji bakat dilaksanakan, kru produksi akan menyediakan peranan atau situasi dan petikan skrip yang perlu dilakonkan oleh peserta.

Asas utama pemilihan seorang pelakon berdasarkan keperluan skrip, bakat latihan serta amalan.
- Selepas melakukan uji bakat, pengarah akan memilih pelakon yang sesuai dengan watak yang diinginkan.

1. Memastikan pelakon baharu menjadi berkualiti dan berupaya menjadi pelapis pelakon veteran.
2. Tapisan terhadap pelakon yang bersesuaian dengan watak yang akan dilakonkan dapat dilakukan.
3. Pelakon menjadi lebih bersedia untuk menerima apa-apa watak yang bakal digalas.

Kelebihan melakukan uji bakat sebelum memulakan pementasan drama ialah dapat memastikan pelakon baharu memiliki kualiti dalam bidang lakonan dan boleh menjadi pelapis pelakon veteran. Hal ini demikian kerana, pelakon yang baik bukan sahaja memiliki rupa, tetapi pelakon seharusnya mempunyai bakat agar lakonan yang dipentaskan mempunyai mutu dan berkualiti. Pelakon tidak kelihatan kaku ataupun janggal semasa melakonkan sesuatu watak. Bukan itu sahaja, pelakon muda yang mempunyai kualiti dalam bidang lakonan ini juga boleh menjadi pelapis bagi pelakon veteran yang hendak bersara. Misalnya, penerbit dari Syarikat Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak(2022) yang mengatakan bahawa dia percaya dalam menyajikan naskhah yang lebih segar, inisiatif memberi peluang kepada pelakon pembantu yang itu secara tidak langsung memberi ruang untuk penerbit dan pengarah menggilap wajah baharu yang akhirnya dilatih sebagai pelakon gred A.

Syarikat Kembara Sufi Production Sdn Bhd, menganjurkan sesi uji bakat untuk mencari wajah baharu untuk dijadikan pelapis kepada pelakon veteran gred A yang semakin berkurangan berdasarkan keratan akhbar dalam talian Berita Harian Online bertarikh 25 April 2022 yang  bertajuk “Industri Kurang Pelakon Kelas A”.  Bukan setakat Jaja Ishak sahaja yang ingin mengadakan sesi uji bakat, tetapi, terdapat lagi sebuah syarikat penerbit yang merupakan kawan baik Jaja Ishak, iaitu Datuk Ayu Puteh. Beliau merupakan penerbit di Pencil Pictures & Records Sdn Bhd.

Datuk Ayu Puteh pula mengatakan bahawa  beliau ingin menjalankan sesi uji bakat secara besar-besaran dan akan memberikan latihan selama tiga bulan kepada pelakon baharu yang terpilih demi mendapatkan pelakon gred A yang mempunyai kualiti dalam bidang lakonan drama. Justeru, dengan mengadakan sesi uji bakat sebelum memulakan pementasan drama atau lakonan, dapat membantu seseorang penerbit memastikan bahawa pelakon yang dipilih tersebut adalah berkualiti dan boleh menjadi pelapis yang bakal menggantikan pelakon veteran gred A. Jadi, jelaslah sesi uji bakat mempunyai kelebihan yang tersendiri iaitu memastikan pelakon baharu menjadi berkualiti dan berupaya menjadi pelapis pelakon veteran.

Kelebihan uji bakat yang kedua ialah pihak pengarah dapat membuat pemilihan terhadap pelakon yang dirasakan sesuai dengan watak yang ada dalam drama yang ingin dipentaskan. Semasa uji bakat, para pelakon akan diberikan skrip dialog dan mereka akan mengujarkan dialog tersebut. Jika cara peserta tersebut menyampaikan dialog dengan penuh gaya, emosi dan menarik minat para juri, maka peserta tersebut mempunyai harapan tinggi untuk mendapat watak tersebut. Hal ini selaras dengan kenyataan Remy Ishak (2019) yang menyatakan bahawa uji bakat bukanlah satu perkara yang pelik kerana pihak produksi perlu menilai apa yang boleh ditawarkan pelakon, sama ada pelakon itu mempunyai karakter yang dikehendaki ataupun tidak. Menurut Remy(2019) lagi, ketika ditemui di sesi ujibakat Puteri Gunung Ledang The Musical 2020 (PGL2020), uji bakat  juga memberikan peluang keemasan untuk bakal pelakon menunjukkan kebolehan yang dimiliki.

Sementara itu, penerbit drama, A Aida (2022) bersetuju wajah baharu diberi peluang dan diketengahkan sebagai pelakon watak utama. A. Aida berkata, usaha itu sentiasa dilakukan syarikat produksinya, A. Aida Production Sdn Bhd dalam Berita Harian Online bertarikh 25 April 2022 yang bertajuk “Industri Kurang Pelakon Kelas A”. Bagi sudut contoh yang lain, sekiranya jalan cerita drama tersebut berkisar tentang peperangan, sudah tentu para juri ingin peserta yang mahir dalam seni mempertahankan diri dan mempunyai bentuk badan yang sesuai serta mampu mengujarkan dialog dengan suara dan intonasi yang bertepatan dengan situasi. Justeru, dapat dilihat bahawa sesi uji bakat dapat membuat tapisan terhadap pelakon yang bersesuaian dengan watak yang akan dilakonkan.

Kelebihan uji bakat yang ketiga ialah para pelakon akan menjadi lebih bersedia untuk menerima apa-apa watak yang bakal digalas. Hal ini mengajar bakal-bakal pelakon yang akan dipilih menjadi seorang yang bertanggungjawab dalam menggalas tugas sebagai seorang pelakon drama. Perkara ini selaras dengan pernyataan pandangan yang dikongsikan oleh Nabila(2021), seorang pelakon terkenal di tanah air yang juga merupakan pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28, seseorang yang ingin menceburi bidang lakonan hendaklah bersedia untuk menerima apa-apa watak yang akan diberikan oleh pihak penerbit kepada mereka.

Bahkan, untuk memastikan tahap kesediaan tersebut, pelakon hendaklah diberikan latihan terlebih dahulu. Sesiapa sahaja atau walau apa jua bidang yang diceburi, asas adalah perkara utama yang perlu ditekankan. Oleh itu, dengan adanya pelaksanaan sesi uji bakat, kita akan dapat melihat sama ada seseorang pelakon itu bersedia ataupun tidak untuk menerima sesuatu watak berasaskan asas lakonan yang telah diambil maklum. Kemudian, pihak penerbit hendaklah menyediakan latihan intensif kepada para pelakon yang baharu agar dapat memastikan lakonan mereka lebih mantap dan berkualiti. Malah, para pelakon akan menjadi lebih bersedia untuk menerima apa-apa watak yang bakal digalas apabila peluang diberikan kepada seseorang pelakon pembantu bagi menghidupkan watak utama serta memberikan semangat kepada bakal-bakal pelakon bagi memperbaiki kualiti lakonan pada masa yang akan datang. Justeru, uji bakat amat penting kerana bakal pelakon akan lebih bersedia untuk menggalas watak yang diterima oleh pengarah drama

Kesimpulannya, uji bakat mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu memastikan pelakon baharu menjadi berkualiti dan berupaya menjadi pelapis pelakon veteran, Selain itu, tapisan terhadap pelakon yang bersesuaian dengan watak yang akan dilakonkan dapat dilakukan serta pelakon akan menjadi lebih bersedia untuk menerima apa-apa watak yang bakal digalas. Oleh hal yang demikian, seseorang yang bakal menjadi pelakon perlu melalui proses uji bakat terlebih dahulu bagi memudahkan pengarah drama menentukan keputusan yang terbaik bagi memilih seorang pelakon yang layak melakonkan sesuatu watak dalam sesebuah drama yang akan ditayangkan atau dipentaskan.