Approach on contemporary visual art form. by MOHAMAD FAIZUAN MAT

55545 AUDREY ANAK ROBERT SHOLOK
“Daripada manakah asal usul sesebuah karya seni itu?”
-Martin Heidegger
Dalam proses mendefinisikan seni, langkah pertama adalah kecenderungan untuk mendefinisi. Dalam sejarah, ini adalah pendekatan yang diambil oleh ahli falsafah seni yang pertama iaitu Plato, yang mendefinisikan seni sebagai tiruan. Untuk menjadikan perkataan itu bermakna terdapat beberapa ciri yang membolehkan seseorang mengetahui sama ada sesuatu adalah hasil seni atau pun bukan.
Usaha untuk mendefinisikan seni dimaksudkan dalam definisi yang sebelumnya, yang membezakan antara objek seni dan bukan objek seni. Contohnya, dalam teori tiruan hanya objek tiruan dunia sebenar sahaja dianggap sebagai seni.
Tetapi selalunya, ‘seni’ tidak digunakan dengan cara deskriptif tetapi dalam cara evaluatif. Perkara ini tidak memberi ruang untuk menilai kerja sebagai buruk atau rendah nilainya, tetapi masih sebuah seni. Ambil satu contoh definisi yang diiktiraf – seni menghubungkan emosi diantara pencipta seni dan penonton, bermaksud mana-mana objek bukanlah satu seni jika ia gagal untuk berkomunikasi dengan penonton.
Seiring dengan era globalisasi, kesenian Malaysia kontemporari juga turut diwarnai dengan kepelbagaian isu dalam usaha menegaskan signifikasinya dengan konteks semasa demi kelestarian kewujudannya. Lima medium seni kontemporari Malaysia yang mewakili seni cetak grafik, seni seramik, seni teater, seni muzik dan seni media baru.Kelima-lima medium seni tersebut melihat aspek yang penting dalam membantu peningkatan mutu pendidikan adalah dengan megaplikasikan elemen kesenian dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.

Anisah binti Barahim (55507)
Pemahaman saya berkaitan seni kontemporari ialah tentang  penghasilan karya seni  selepas abad ke-20. Dimana karya yang dihasilkan oleh pengkarya/ artis seni lebih dinamik  dan diperbaharui dengan penggunaan bahan serta penerapan element-element teknologi seperti  seni byang, seni cahaya dan seni suara. Di samping itu, penerangan dari segi teori juga sangat berbeza dengan teori pada zaman moden.

FEMMY JUSSIP 55995
Pada pandangan saya seni kontemporari merupakan seni yang di hasilkan pada masa sekarang atau pada masa kini. walaubagaimana pun, Dunia Barat dan dunia Timur mempunyai pengertian kontemporari yang berbeza disebabkan oleh pengalaman sejarah yang berlainan.  Dunia Barat mencatitkan pengalaman sejarah itu berdasarkan perubahan2 yang sememangnya berlaku sebelum itu. oleh itu,  setiap seniman mempunyai mempunyai persepsi masing-masing mengenai seni kontemporari. Agak mudah bagi kita menilai sesuatu karya yang besifat kontemporari iaitu, karya tersebut lain daripada yang lain, karya menolak antara seni dan keindahan, serta karya merujuk isu semasa dan setempat