Perubahan besar dalam hidup penyanyi "Keshi" by yas minn

Sejak mencipta nama,
Keshi juga tidak pernah berahsia mengenai kehidupan terdahulunya bekerja sebagai jururawat. Dia sentiasa menjadikan fasa itu titik motivasi terpenting apabila menyentuh mengenai perubahan hidup.

2.Namun, perubahan itu semakin ketara besarnya sekarang apabila dia bebas mendedikasikan seluruh masa dan tenaga kepada satu perkara iaitu muzik. Justeru, dia sangat menghargai kebebasan dirasai apalagi masanya fleksibel untuk berkarya.

3."Sewaktu saya masih bekerja sebagai jururawat sebelum ini, saya cuma akan buat lagu ketika ada masa terluang. Saya tiada pilihan, kalau bukan waktu terluang, saya pasti berada di tempat kerja.

"Sekarang, saya boleh lakukannya bila-bila masa. Saya boleh duduk berehat, damai, dan tidak perlu terburu-buru mendapat sebarang inspirasi. Perasaannya sangat menyeronokkan dan gembira dapat dedikasi setiap masa ada untuk muzik," katanya.

4.Selain sibuk dengan karya sendiri, Keshi juga tidak ketinggalan memanfaatkan setiap peluang kerjasama bersama artis lain. Turut menghasilkan lagu duet Sociopath bersama Jeremy Zucker, menurutnya kerjasama itu sangat unik.

5."Kami tidak menulis lagu itu bersama sebaliknya menulis bahagian masing-masing secara berasingan. Kami ada cara tersendiri bagaimana untuk hasilkan muzik dan keduanya cukup terperinci.

"Kami tahu apa bunyi yang paling sempurna untuk diri sendiri dan kerjasama ini rasanya cukup berjaya meskipun kami berada di tempat lain-lain. Namun begitu, saya harap dapat menulis lagu lain bersamanya secara bersemuka pula selepas ini," katanya.