Places by NURFATIN SOLEHAH IBRAHIM

Refleksi Penggunaan AI dalam Penghasilan E-Book
Berikut merupakan beberapa refleksi saya mengenai penghasilan tugasan 2 iaitu penghasilan E-book dengan menggunakan Ai. Pertama sekali sebelum saya menghasilkan e-book saya dan rakan kumpulan akan membuat proses penjanaan idea ataupun dikenali sebagai 'brainstorming'. Penjanaan idea dilakukan dengn merujuk Buku Teks Bahasa Melayu dan DSKP Tingakatan 2 agar idea yang dijana tepat dan sesuai konteks. Setelah itu, dari segi penjaan kandungan e-book pula saya  dan rakan kumpulan memilih topik utama iaitu askpek tatabahasa iaitu kata prafrasa seperti kata nafi, pemeri, penegas serta penguat. Reka bentuk e-book ini pula, saya memilih cadangan pensyarah kami iatu, Dr. MasNida untuk menggunakan aplikasi Book Creator dan saya juga memilih aplikasi Canva untuk memilih templat yang menarik serta sesuai untuk dijadikan e-book. Dari segi multimedia pula, saya meletakkan pelbagai media seperti gambar/imej, teks, video, audio dan gamifikasi permainan bahasa yang menarik, mudah difahami serta berkesan untuk murid memahami e-book tersebut. Aplikasi yang digunakan untuk multimedia tersebut adalah Canva Ai, Bing Ai, Adobe dan Google. Di samping itu, saya memilih latar belakang serta warna tema putih, biru dan hijau yang menarik dan mudah dilihat serta difahami oleh pembaca.

Terdapat pengalaman yang positif serta negatis sepanjang saya menghasilkan e-book Ai ini, antaranya ialah dari segi pengalaman positif penggunaan Ai sangat memudahkan proses saya dan rakan kumpulan saya untuk menghasilkan kandungan multimedia yang mempunyai reka bentuk serta visual yang menarik. Tambahan lagi, penggunaan Ai dalam penghasilan e-book ini juga dapat menjimatkan masa kerana ianya hanya mengambil beberapa minit untuk menjana media yang diinginkan. Namun begitu, wujud juga pengalaman yang negatif contohnya, kadangkala kandungan atauapun prompt yang dijana oleh Ai ini tidak menepati dengan konteks yang diinginkan seperti berlaku kesilapan ejaan dan tatabahasa. Oleh itu, saya memerlukan masa tambahan untuk memperbaiki kesalahan tersebut.

Dalam memilih media untuk penghasilan eBook, saya telah mempertimbangkan objektif kandungan dan  kumpulan sasaran iaitu murid tingkatan 2. Hal ini kerana, media sangat  penting dalam menyampaikan maklumat yang berkesan kepada murid. Sebagai contohnya, saiz dan teks yang digunakan dalam menjelaskan topik mestilah jelas dan menarik untuk murid baca. Selain itu,Imej juga sangat membantu untuk mempengaruhi pelajar fokus dalam pembelajaran konsep yang sukar untuk difahami. Akhir sekali, pemilihan media juga bergantung kepada audiens sasaran. Dalam penghasilan ebook ini, audiens sasaran yang kami fokuskan adalah pelajar tingkatan 2 melalui penggunaan teks yang padat dengan fakta dan  grafik  yang lebih sesuai dalam menjadikan  teks yang dihasilkan  lebih menarik dan jelas.

REFLEKSI PENGHASILAN E-BOOK
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Masnida kerana telah banyak membimbing saya dalam mereka bentuk e-book ini dan mengajar saya dalam subjek ini.Dalam penghasilan e-book ini,saya telah membuat pencarian yang lebih meluas dalam platform media sosial seperti Tik Tok,Twitter dan Instagram.Platform media sosial ini amat membantu saya dalam mengaplikasikan AI dalam pembuatan e-book ini.Antara AI yang digunakan ialah Chat GPT untuk menghasilkan prompt,Leonardo AI untuk gambar dan QKX untuk penghasilan kod yang interaktif.Walaubagaimanapun, saya juga telah menghadapi beberapa masalah semasa menggunakan AI dalam mereka bentuk e-book ini kerana AI yang digunakan tidak menepati kehendak yang dirancang dan tiada kemanusiaan.Perkara ini menyebabkan saya sukar untuk menghasilkan kandungan yang saya inginkan.

Berikut merupakan pengesahan dan penambahbaikan yang saya lakukan semasa menghasilkan e-book. Antaranya adalah, saya sentiasa melakukan semakan dan rujukan dengan DSKP dan buku teks agar kandungan dalam e-book tersebut tepat dalam aspek konteks dan objektif pembelajaran murid tingkatan 2.Sebagai contoh, dalam menjana idea seperti definisi,ayat dan contoh terdapat beberapa kesalahan yang telah dikenal pasti.Oleh itu, saya dan rakan-rakan telah membuat semakan dan merujuk buku tatabahasa dewan untuk membuat penambahbaikan.

Perkara yang saya pelajari daripada menggunakan rangkaian AI dalam tugasan penghasilan e-book ini adalah penggunaan AI dapat membantu dan mempercepatkan proses penghasilan kandungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kedua-dua pihak iaitu guru dan murid. Namun begitu, semakan dan pembetulan AI masih perlu dilakukan agar kandungan yang dihasilkan tepat dan sesuai dengan objektif pembelajaran. Akhir sekali, penggunaan AI pada masa dalam bidang pendidikan bakal menjadi norma baharu sebagai alat bantu mengajar (ABM) yang berkesan bagi guru serta murid.