Batu Bersurat Terengganu by Nurul Natasha

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR.
Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar Mengambil zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai contoh, hubungan diplomatik amat dititik beratkan oleh sultan untuk menjaga keamanan dan kedamaian negeri Melaka pada masa tersebut. Hubungan diplomatik yang paling utama dan penting pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah antara Melaka dan China. Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. Parameswara memohon perlindungan daripada China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA.
Penemuan batu bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan sejarah perkembangan Islam di nusantara kerana ianya mempengaruhi kemasukan Islam ke Tanah Melayu . Kedatangan Islam di nusantara ialah melalui perdagangan, pengajaran dan sosial. Berita Cina dari Zaman Dinasti Tang mengatakan, Islam mulai masuk ke Indonesia sekitar abad ke-7.  Berita itu menyebutkan adanya serangan orang-orang Ta shish terhadap

Kerajaan Ho-Ling yang pada waktu itu diperintah oleh Ratu Sima.Ta shih ini ditafsirkan sebagai orang-orang

Arab. Hal itu diperkuat oleh berita Jepun (784 M) yang menyebutkan tentangadanya perjalanan pendeta

Kanshih. Terdapat banyak pendapat tentang kemasukan Islam di nusantara. Namun dari banyak-bak itu dapat disimpulkan bahawa Islam sudah masuk ke Indonesia sekitar abad ke-7 Masihi yang mula berkembang pada abad ke-13. Hal itu dapat dibuktikan dengan wujudnya kerajaan-kerajaan bercorak Islam di Indonesia.

Pelbagai cara Islam masuk ke nusantara ,antaranya, melalui perdagangan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Islam tersebar melalui pedagang muslim dari Gujerat. Selain itu juga, Islam tersebar melalui dakwah. Ramai ulama yang datang ke nusantara untuk menyebarkan dakwah. Disamping itu juga, Islam tersebar dari sudut sosial. Terdapat golongan pembawa dan juga gologan penerima. Golongan penerima banyak dari kalangan elite dan non elite. Golongan elite lebih cepat mempelajari Islam kerana kedudukan mereka yang mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat. Selain itu juga, melalui perkahwinan, pendidikan, dan juga kesenian dapat mengembangkan lagi agama Islam di nusantara.

HUBUNG KAIT DENGAN UNDAG-UNDNAG SYARIAH ISLAM
Undang-undang syariah ialah Undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi.

Batu Bersurat Terengganu bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah dan menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.

Contohnya, mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

BATU BERSURAT.
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887.

Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak senja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.