REFLEKSI DIRI SEPANJANG SEMESTER by AFIQAH HADIRAH BINTI ZULKEFLE (295000)

REFLEKSI KULIAH AFIQAH HADIRAH (295000)
Hari ini, saya belajar pasal data, dan baru saya sedar betapa pentingnya data dalam kehidupan kita. Dulu, saya ingat data ni cuma nombor dan maklumat biasa je, tak ada apa-apa yang menarik. Tapi rupanya, data ni sebenarnya sangat berguna untuk bantu kita buat keputusan yang lebih baik.

Yang lagi best, sejak zaman dulu lagi, manusia dah mula simpan data dengan cara mereka sendiri. Contohnya, dulu orang guna token tanah liat untuk rekod maklumat. Dari situ, data yang dikumpul akan diproses jadi maklumat, lepas tu bertukar jadi pengetahuan (knowledge). Pengetahuan ni pula digunakan untuk buat keputusan yang penting, contohnya dalam syarikat. Keputusan yang dibuat ni boleh tentukan sama ada syarikat tu berjaya atau tak.

Selain tu, saya juga baru faham yang data ni boleh jadi kelebihan besar untuk syarikat dalam bersaing. Dengan data yang baik, syarikat boleh buat keputusan yang lebih bijak. Sebab tu ada je orang yang sanggup jual data kepada syarikat tertentu sebab data ni memang berharga. Contoh paling mudah, macam FedEx, mereka boleh tarik ramai pelanggan sebab mereka bagi pelanggan peluang untuk jejak penghantaran barang secara online.

Bila fikir balik, data ni sebenarnya ada di mana-mana dan memang penting dalam kehidupan kita. Tak sangka benda yang nampak macam remeh ni sebenarnya ada banyak kegunaan.

REFLEKSI DIRI - SESI BERSAMA FASTENAL (05.06.2025)
Pada hari tu, saya berpeluang join satu sesi bermanfaat dengan wakil dari syarikat Fastenal. Sesi ni memang buka mata saya tentang dunia sebenar kerja, terutamanya dalam pengurusan data dan penggunaan Microsoft Excel. Saya tak sangka satu fungsi macam Pivot Table boleh bantu banyak dalam analisis data syarikat.

Paling menarik bila bekas pelajar, Amirul Ashraf, yang tengah intern kat Fastenal, tunjuk ajar kami guna data sebenar syarikat. Dari situ saya nampak dengan jelas macam mana apa yang kita belajar kat kelas boleh digunakan dalam kerja sebenar.

Saya juga belajar tentang latar belakang Fastenal yang merupakan syarikat pengedar barangan industri yang besar. Ini buat saya lebih semangat untuk belajar dan tingkatkan kemahiran supaya boleh bersaing nanti.

Dalam sesi tu juga, saya belajar cara guna Pivot Table untuk urus data dan tukar data tu jadi graf guna Excel. Sebelum ni saya guna Excel untuk isi data dan kira-kira je, tapi sekarang saya tahu cara nak susun, tapis, dan ringkaskan data besar dengan lebih teratur dan cepat.

Kesimpulannya, kemahiran ni sangat berguna untuk analisis dan pembentangan data secara jelas dan efisien. Saya rasa semangat nak terus improve skill Excel lepas ni.