Muamalat by Nur Ain Zahra

MINGGU 5
What were your most interesting discoveries about property?

Pada pandangan saya, antara yang menarik mengenai harta ini adalah banyak. Hal ini kerana , sebelum ini saya hanya mengetahui perkataan harta itu secara menyeluruh sahaja, namun selepas mempelajari dengan lebih mendalam saya mula memahami definisi harta , jenis jenis harta , bentuk harta , cara pembahagian harta dan sebagainya.

Pertama sekali , saya lebih memahami definisi harta dari pelbagai pendapat mazhab , sebagai contoh pandangan dari mazhab Hanafi mengatakan bahawa harta ini adalah satu kecenderungan manusia sama ada boleh dipindahkan atau tidak berbeza pula dengan mazhab Hambali yang berpendapat harta ialah harta adalah sesuatu yang boleh dimanfaatkan dan dibelanjakan tanpa keperluan apa-apa.

Selain itu , apa yang menarik tentang harta ini ialah , saya mula mengetahui yang harta ini ada banyak jenis. Sebagai contoh , adanya harta al-Matqum , bukan al-Matqum , harta Muthali dan Qimi dan lain-lain lagi. Apa yang lebih menarik ialah , tumbuhan haiwan turut tergolong dalam kategori harta, iaitu harta al-Matqum. Harta Al-Matqum ini adalah sesuatu yang boleh membuat sebarang nilai. Contohnya , seperti ikan , ayam , sayuran dan sebaginya.

Di samping itu , saya juga mula mengetahui mengenai harta hartanah dan manqul iaitu harta yang tidak boleh dipindah. Harta yang seperti pokok dan bangunan yang boleh berpindah itu , kita namakan ia sebagai harta manqul. Perkara ini menarik bagi saya kerana saya baru tahu adanya harta yang boleh pindah dan tidak boleh dipindah. Sebelum ini , saya hanya mengetahui harta yang boleh diwarisi atau tidak.

Kesimpulannya , dalam mempelajari topik harta ini , saya dapat menambah ilmu pengetahuan lagi dan di masa akan datang saya mampu untuk memahami pembahagian harta dan juga menerangkan pada orang ramai jika perlu kerana ilmu ini sangat bermanfaat.

ارمس أنواع امللكية و أس باهبا بشلك شامل يف خريطة ذهنية واحدة

MINGGU 8
Bincangkan bagaimana perbincangan ahliyah memberi nilai tambah kepada kefahaman kamu terhadap syarat-syarat pihak yang berkontrak

Al-ahliyyah  ialah kelayakan seseorang untuk menerima segala hak dan tanggungjawab yang disyariatkan keatasnya. Ahliyyah terbahagi kepada dua jenis tetapi setiap jenis itu terdapat lagi pecahannya.

Pertama sekali adalah , Ahliyyah al-Wujub. Iaitu individu tersebut terdapat hak-haknya , dan ia merupakan kehidupan dan sifat kemanusiaan. Ahliyyah al-Wujub ini terbahagi kepada dua iaitu Ahliyyah al-Wujub al-Kamilah dan Ahliyyah al-Wujub al-Naqisah.

Ahliyyah al-Wujub al-Naqisah, adalah satu kelayakan yang diberikan kelayakan itu khas padanya sahaja dan individu tersebut tidak layak untuk dikenakan kewajiban keatasnya. Contoh anak dalam kandungan ibu. Manakala Ahliyyah al-Wujub al-Kamilah , adalah satu kelayakan penuh. Berbeza dengan Ahliyyah al-Wujub al-Naqisah yang diberikan hak tetapi tidak wajib ke atasnya manakala Ahliyyah al-Wujub al-Kamilah diberikan hak keatasnya dan juga dikenakan kewajiban padanya. Contoh haknya adalah seperti hak pewarisan , zakat dan lain-lain.

Seterusnya , terdapat juga Ahliah al-Ada' iaitu kelayakan prestasi , iaitu merupakan kelayakan seseorang melakukan perbuatan yang diterima syarak. Tambahan pula , saya lebih memahaminya dengan bermaksud dia layak untuk berbuat apa-apa seperti bermuamalat , hibah , jual beli dan sebagainya. Walau bagaimanapun , Ahliah al-Ada' turut terbahagi kepada dua iaitu Ahliah al-Ada' al'Naqisah dan
Ahliah al-Ada' al-Tammah.

Ahliah al-Ada' al'Naqisah ialah kelayakan melaksanakan yang tidak sempurna. Iaitu dia mampu untuk menguruskan sendiri tetapi tidak semua , dia memerlukan pertolongan lain contohnya dari seperti dari segi wali. Ahliah jenis ini berlaku pada individu selepas mummayiz iaitu genap tujuh tahun sehingga la dia baligh. Di samping itu , ulama ada memperincikan tindakan-tindakan yang datang daripada kanak-kanak yang mummayiz tetapi belum baligh.

1. Tindakan yang memberi manfaat seperti menerima wasiat, hibah,wakaf. Oleh itu tindakan seperti itu adalah sah sahaja tanpa memerlukan wali kerana ia adalah satu tindakan yang dalam keadaan baik.

2. Tindakan yang merugikan atau memberi kemudaratan. Contohnya seperti hibah yang berlaku daripada hartanya yang hasil dari kanak-kanak yang baru mummayiz sahaja belum baligh.

3. Tindakan yang ada kedua-duanya iaitu manfaat dan kemudaratan. Kedua-dua ada di dalamnya. Contoh seperti jual beli dan sewa. Perkara ini boleh sah pada kanak-kanak mummayiz atas keizinan wali , maka ia bergantung pada wali pula. Jika mendapat keizinan maka sah , jika tidak maka tidak sah dan hasilnya adalah kemudaratan.

Seterusnya , Ahliah al-Ada' al-Tammah iaitu kelayakan penuh. Selain itu , iaitu kelayakan melaksanakan yang sempurna. Iaitu kelayakan melaksanakan sesuatu pengurusan atau tindakan adalah bebas mengikut kehendaknya. Kelayakan ini diberikan kepada peringkat baligh dan peringkat rusyd. Iaitu dah boleh berfikir dengan matang dan boleh menguruskan harta.

Akhir sekali , terdapat juga halangan-halangan ahliyyah. Di dalam Al-Ahliyyah terdapat beberapa halangan atau nama lainnya ialah  Awarid Al-Ahliyyah yang boleh menghilangkan kelayakan untuk membuat transaksi dan menguruskan harta.Terdapat 2 jenis halangan , iaitu :

1. ‘Awarid Samawiyah (halangan semulajadi) iaitu banyak berubah seperti gila, ‘atah, al-ighma’, tidur, dan sakit maut

2. ‘Awarid Muktasabah (halangan yang diperoleh) seperti mabuk, safih, dan hutang

Kesimpulannya , ahliyyah merupakan satu kelayakan yang dituntut kepada setiap manusia yang berkelayakan untuk menerima atau melaksanakan tanggungjawab tersebut sama ada dalam aspek muamalah dan sebagainya. Dengan mempelajarinya dan mengetahui jenis-jenis dan pembahagiannya saya lebih memahami dan akan lebih arif untuk melihat setiap kelayakan yang ada diperingkat umur. Contohnya , jika bapa kita diperingkat yang di mana , adik kita yang berumur 5 tahun di peringkat yang mana dan sebagainya.

MINGGU 12
Bincangkan bagaimana perbincangan kecacatan dalam kontrak memberi nilai tambah kepada kefahaman kamu terhadap sighah kontrak.

Pertama sekali , untuk berlakunya ijab qabul yang sah mestilah berlaku dalam akad yang bebas dari sebarang aib iaitu kecacatan. Apa itu yang dimaksudkan dengan kecacatan dalam kotrak ? Terdapat beberapa kecatatan yang ada apabila sudah saya pelajari dengan lebih mendalam. Sebelum ini , saya hanya mengetahui tentang kewujudan akad kontrak tanpa mengetahui akan ada aib aib yang akan menghalangnya. Sebelum itu , sighah akad ialah "sesuatu akad terbentuk dengannya seperti kata kata atau isyarat (perbuatan) bagi menjelaskan kehendak pihak berakad serta menzahirkan hasrat dalamnya."

Antara kecacatan dalam kontrak yang ada ialah ikrah iaitu paksaan. Ikrah ini bermaksud apabila seseorang individu itu tidak mahu melalukannya tapi dia dipaksa dan dia harus melakukan jika tidak akan memberi kesan pada dirinya. Ikrah terbahagi kepada dua iaitu muljii (paksaan sempurna) dan ghair muljii ( paksaan tidak sempurna ). Muljii ialah paksaan yang disertakan dengan ancaman membunuh sebagai contoh atau segala jenis ancaman yang berbahaya pada diri individu tersebut , manakala ghair muljii ialah ancaman yang biasa sahaja tidak sehingga kehilangan nyawa atau ahli anggota badan. Kesimpulannya , untuk sahnya kontrak , tidak boleh ada paksaan antara kedua-dua pihak , jika tidak sighah akad tidak sempurna.

Selain itu , ghalat iaitu kesilapan. Ghalat ini adalah seperti kita menganggap dia sebagai lain dan apabila kita lihat sesuatu itu ia adalah benda lain. Contohnya apabila sudah selesai nya akad jual beli cincin emas dan apabila dilihat cincin tersebut ia bukan emas tetapi tembaga maka ada kesilapan subjek akad di situ yang menjadikan ia aib. Oleh yang demikian , saya dapat memahami bahawa ketelilitian dalam berakad adalah penting , kita tidak boleh hanya menganggap sahaja tetapi kita harus melihat dan teliti dengan sesuatu.

Seterusnya , tadlis iaitu penipuan. Tadlis ini adalah apabila penjual menyembunyikan aib daripada pembeli dan pembeli menganggap bahawa tiada aib namun hakikatnya ada. Oleh itu , ia memberi kesan terhadap kelangsungan akad. Namun yang demikian , pembeli boleh menuntut hak khiyar pada penjual.

Akhir sekali , Ghabn iaitu penyelewengan item pertukaran. Iaitu , jual melebihi harga yang sepatutnya dan dinilai dipasaran. Namun tetap akan ada pengecualian mengikut situasi dan peredaran masa.

Kesimpulannya , kesempurnaan sighah akad ini boleh berlaku dalam banyak keadaan antaranya ungkapan , perbuatan dan sebagainya. Maka , apabila dipelajari dengan lebih mendalam saya lebih arif tentang perkara-perkara yang boleh menyebabkan aib dalam suatu sighah itu. Oleh itu , saya perlu lebih berhati-hati dan peka dalam urusan berkontrak pada masa akan datang.

REFLEKSI PENGALAMAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN E-PORTFOLIO (MINGGU 13 )
Ini adalah kali pertama saya menyiapkan tugasan berbentuk e-portfolio. Sebelum ini,saya hanya mendengar istilah
e-portfolio tanpa mengetahui apa itu dan cara menggunakannya.

Oleh itu , dengan menggunakan e-portfolio saya dapat lihat yang kerja saya lebih kemas dan teratur. Selain itu, ia menjadikan saya lebih berdisiplin dan komited dalam meyiapkan tugasan untuk mengelakkan kerja yang bertangguh.

Seterusnya , dengan menggunakan e-portfolio ini menjamin keselamatan hasil kerja saya supaya tidak hilang. Tambahan pula , ia lebih kemas dan mudah dicari dan rujuk.

Kesimpulannya , penggunaan e-portfolio adalah amat menarik dan mudah. E-portfolio kemungkinan akan menjadi salah satu medium utama saya untuk menyiapakn tugasan, menyimpan tugasan serta mengulang kaji dari masa ke masa.

ارمس مناقشة الشفعة يف خريطة ذهنية واحدة

Nama : Nur Ain Zahra Binti Mohamed Baharudin
No matriks : U2000140/2
Sarjana Muda Syariah Astronomi
Favourite quotes :
' When you get what you want That's God's direction. But , when you don't get what you want that's God's protection. '

Selain itu , cita cita saya ialah ingin menjadi seorang pensyarah dan saya juga turut ada perancangan ingin melanjutkan pelajaran yang seterusnya tamat pengajian dalam bidang degree. Namun begitu , ini hanya la sekadar perancangan dan jauh lebih baik menanti tanpa pengetahuan kita.

Di samping itu , jika ada masa lapang saya lebih gemar membaca novel atau apa apa bahan bacaan. Di rumah saya terdapat satu ruang khas sebagai ' mini library ' yang menempatkan semua jenis buku sama ada ilmiah atau tidak dan di dalam bilik saya turut ada satu ruang yang menempatkan semua buku-buku saya.

Jika ditanya sukan yang digemari ialah , saya lebih gemar bermain badminton dan juga berenang. Jika ada masa lapang pada waktu saya akan bermain badminton bersama abang atau adik saya atau bermain air.

Akhir sekali , antara objektif yang hendak saya capai dalam hidup saya ialah ingin menjadi seorang insan yang berguna pada ummah , menjadi anak yang solehah dan menenangkan serta membanggakan kedua ibu bapa saya dan menjadi hamba yang baik dan sentiasa memperbaiki diri dalam dalam menjadikan seorang muslimah yang lebih baik.

Saya memanggil kedua ibu bapa saya sebagai umi dan walid. Walid saya berkerja sebagai projek koordinator iaitu seperti melukis-lukis pelan rumah sebelum dibina. Seterusnya, umi saya seorang guru di sekolah rendah. Umi dan Walid saya kedua-duanya berumur di awal 50 an.

Kedua-dua mereka adalah insan yang paling penting di dalam hidup saya dan pembakar semangat saya sehingga ke hari ini. Doa-doa mereka menjadikan siapa saya sekarang ini dan membantu saya serta menguatkan diri ini. Jika ditanya apa yang saya mahukan adalah hanya ingin menjadi anak yang membahagiakan mereka dan menenangkan mereka.

Saya mempunyai 4 adik beradik , termasuk saya. Saya anak yang kedua dari 4. Saya mempunyai abang yang berumur 24 tahun. Dia sekarang sedang melanjutkan degree di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) , dalam bidang kejuruteraan.

Adik saya yang kedua berumur 19 tahun dan sedang menghabiskan diplomanya di KPM dalam bidang keusahawanan. Manakala adik saya yang bongsu berumur 12 tahun dan masih bersekolah lagi.

Setiap adik beradik pasti ada pasang surut dalam hubungan namun terdapat pepatah yang mengatakan ' air yang dicincang tidak akan putus' , oleh itu pasang surut itu menguatkan lagi ukhuwah yang terbina.