PENYAKIT DAN IMUNISASI (Tempoh menjawab: sehingga 31/3/2019) by Zati Bayani
BERDASARKAN JADUAL IMUNISASI DI BAWAH,(BOLEH JUGA RUJUK DALAM BUKU TEKS), PILIH 1 IMUNISASI. KEMUDIAN,CARI MAKLUMAT TENTANG PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN IMUNISASI YANG DIPILIH.
1. TERANGKAN TENTANG PENYAKIT ITU.
2. CERITAKAN CARA RAWATAN UNTUK PESAKIT YANG TERKENA PENYAKIT TERSEBUT DAN KESAN TIDAK DAPATKAN RAWATAN.
TAIPKAN DALAM SATU PERENGGAN. BOLEH SERTAKAN GAMBAR/VIDEO/LAMAN BERKAITAN UNTUK RUJUKAN.
P/S: AMALAN BAIK DIBERIKAN UNTUK SESIAPA YANG POSTKAN JAWAPAN DI SINI.(SILA SERTAKAN NAMA ANDA YA!) TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERCUTI.
KAWAN-KAWAN YANG LAIN BOLEH KOMEN JUGA BERTANYAKAN SOALAN.
Kena buat mcm ni eh
Contoh jawapan:(saya pilih BCG).
Imunisasi BCG untuk penyakit Tuberkulosis(TB).
Suntikan BCG (BCG injection)atau nama penuhnya, bacille calmatte-Guerin, diberi kepada bayi yang baru lahir.
ia adalah vaksin bagi penyakit tuberkulosis (TB) yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis.
Tuberkulosis adalah penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh diubati, walau bagaimanapun, jangkitan boleh berulang semula sekiranya pesakit tidak mematuhi rejim rawatan TB dan menyebabkan rintangan kuman TB terhadap pelbagai ubat TB akibat ketidak-patuhan menerima rawatan TB. Dalam keadaan yang paling teruk, penyakit TB boleh menyebabkan kematian apabila pesakit tidak mengambil perhatian serius untuk merawat dan mematuhi tempoh rawatan TB.
Pemberian vaksin(vaccine) amat berbeza daripada memberi ubat kepada kanak-kanak kurang sihat kerana vaksin bekerja untuk memastikan badan anak anda sihat dalam jangka masa yang panjang dengan membina kekuatan sistem imunisasi anak anda.
BERDASARKAN JADUAL IMUNISASI DI BAWAH,(BOLEH JUGA RUJUK DALAM BUKU TEKS), PILIH 1 IMUNISASI. KEMUDIAN,CARI MAKLUMAT TENTANG PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN IMUNISASI YANG DIPILIH.
1. TERANGKAN TENTANG PENYAKIT ITU.
2. CERITAKAN CARA RAWATAN UNTUK PESAKIT YANG TERKENA PENYAKIT TERSEBUT DAN KESAN TIDAK DAPATKAN RAWATAN.
TAIPKAN DALAM SATU PERENGGAN. BOLEH SERTAKAN GAMBAR/VIDEO/LAMAN BERKAITAN UNTUK RUJUKAN.
P/S: AMALAN BAIK DIBERIKAN UNTUK SESIAPA YANG POSTKAN JAWAPAN DI SINI.(SILA SERTAKAN NAMA ANDA YA!) TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERCUTI.
KAWAN-KAWAN YANG LAIN BOLEH KOMEN JUGA BERTANYAKAN SOALAN.
Pertussis,imunisasi apakah yg dpt melawan pertussis?Kita tak pernah dengar kan penyakit ini?sebab penyakit ini jarang berlaku di negara kita. Tonton video bayi yg terkena jangkitan pertussis.
IMUNISASI VAKSIN MMR UNTUK PENYAKIT Mumps, Measles & Rubella
Vaksin MMR akan diberi kepada bayi sebanyak dua kali iaitu dos pertama akan diberi semasa bayi berumur 9 bulan dan dos kedua diberikan semasa bayi berumur 12 bulan bayi disuntik sama ada di lengan (kanak-kanak) atau paha (bayi).
Ia untuk merawat penyakit campak, beguk dan rubella yang disebabkan oleh jangkitan virus.
Virus campak, beguk serta rubella adalah satu penyakit yang boleh dijangkiti. Jika seseorang kanak-kanak dijangkiti virus ini, TIADA ubat untuk membunuh virus-virus ini. Rawatan yang diberi adalah simptomatik iaitu pemberian ubat paracetamol bagi demam serta rawatan intravena untuk menjaga hidrasi.
Jangkitan campak boleh menyebabkan radang paru-paru (pneumonia) serta radang otak (encephalitis). Beguk pula selain daripada menyebabkan bengkak 🤬 (bengkak cantik); bagi kanak-kanak lelaki yang dijangkiti virus pada alat kelamin boleh menyebabkan kemandulan.Manakala Rubella pula boleh menyebabkan ibu mengandung keguguran atau bayi yang lahir cacat.Kecacatan ini di gelar rubella kongenital di mana bayi yang lahir mengalami masalah mata, pendengaran, jantung serta inteluktual. Seramai 85 bayi dalam 100 bayi yang lahir kepada ibu mengandung yang dijangkiti virus rubella dalam 3 bulan pertama akan ada kecacatan ini.
RUJUKAN:http://www.myhealth.gov.my/vaksin-mmr-mumps-measles-a-rubella/
KESIHATAN MANUSIA =
TUJUAN ; Membuat kajian kes penyakit di malaysia
STATISTIK PENYAKIT BERJANGKIT; Penyakit berjangkit juga dikenali sebagai
penyakit boleh pindah , menyebabkan
penyakit yang terbukti secra klinikal ( contoh
nya tanda perubatan berciri / gejala                                                              penyakit )
(A) PENYAKIT YANG PALING BANYAK DIHADAPI DI MALAYSIA DAN PUNCANYA
- Taun
- Puncanya adalah jangkitan bakteria vibrio cholerae
(b) 3 JENIS PENYAKIT BERJANGKIT , PENYEBABNYA DAN CARA MENANGANI
JENIS PENYAKIT
- Campak
- Kusta
- Demam denggi
PENYEBABNYA
- Cara virus ini disebarkan adalah melalui titisan air yang terhasil daripada
saluran pernafasan
- Jangkitan kuman ' mybacterium leprae '
- Ia disebabkan oleh gigitan nyamuk yang membawa virus denggi
CARA MENANGANI
- Patuh pada aturan rawatan WHO bagi mengelakkan kecacatan
- Kerap periksa suhu badan
- memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
(C) Ramalan perkembangan penyakit berdasarkan graf statistik kementerian
kesihatan malaysia
- Ramalan kami berdasarkan perkembangan graf statistik kementerian
malaysia adalah akan meningkat dari semasa ke semasa kerana perubahan
cuaca secara tidak terkawal
NAMA KUMPULAN ;
1. PUTRI NUR ELISYA BINTI ZULKIFLI
2. NUR BADARIAH BINTI BAKRI
3. SAFURA BINTI SARAIL
4. NURFARAH QISTINA BINTI AKLAR
5. IRDIENA BATRISYIA BINTI ZULKIFLI
STATISTIK PENYAKIT BERJANGKIT
KUMPULAN 3
4 (A),Penyakit berjangkit yang mencatatkan  nisbah tertinggi iaitu sebanyak 328.3 kes setiap 100,000 penduduk ialah denggi.Denggi disebabkan oleh nyamuk adis.
Cara mencegah penyakit ini ialah:
Gunakan ubat nyamuk.
Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.
Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
4 (B).Antara penyakit lain yang sering dihadapi di Malaysia ialah :-
1.Demam campak (Rubeola)
Penyakit demam campak atau rubeleola adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Tiada rawatan khusus bagi demam campak. Ia adalah ‘self limiting’ iaitu sistem imun badan sendiri akan melawan virus tetapi akan mengambil sedikit masa.
Rawatan sokongan boleh diberikan ialahi:
Memberi ubat demam (paracetamol) mengikut waktu
Mengekalkan hidrasi dengan memberi anak minum secukupnya. Sekiranya anak tidak mahu makan atau minum, cuba beri minum dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Elakkan botol susu sekiranya anak menolak kerana mungkin terdapat ulser di dalam mulut atau tekak, gunakan picagari atau sudu.
Elakkan cahaya sekiranya mata berair atau merah.
2.Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil).
HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.
Cara untuk mencegah penyakit ini ialah:
Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
3. Tuberculosis (TB)
TB disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang selalunya menjangkiti paru-paru tetapi ia juga boleh menjangkiti bahagian badan yang lain seperti usus, tulang dan otak.
Cara untuk mencegah penyakit ini ialah:
Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
4(C). Ramalan perkembangan penyakit:
PENYAKIT TERBANYAK:Demam berdarah
Demam berdarah merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedesbetina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).[1]
Cara untuk mencegah penyakit ini:
Menggunakan baju berlengan panjang dan menutupi tubuh.
Menggunakan lotion anti nyamuk.
Menggunakan obat anti nyamuk bakar atau elektrik di dalam ruangan pada siang hari.
RAMALAN: Pada pendapat saya penyakit ini akan berkurang kerana orang ramai telah mengambil langkah berjaga-jaga supaya mereka tidak dijangkiti penyakit ini.
P/S: KALAU NAK YANG ORI BUKAK LINK NI.;
https://padlet.com/MUHD_AFIQ/tm6t8yhf2nss