TAMADUN INDIA by Shifa Jafri

PENGENALAN
Sejarah kaum India bermula dari Zaman Gangsa pada 4000 SM di mana tamadun Indus adalah tamadun pertama dibina sekitar Lembah Indus. Pada 2500 SM, tamadun Indus mencapai zaman kegemilangan dengan pembinaan kota-kota megah seperti Mohenjadaro dan Harappa serta perkembangan perdagangan darat dan penghasilan produk tempatan.

KEMUNCULAN TAMADUN INDIA

1.
Selepas era kecemerlangan antara tahun 2500-1800 S.M., tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Kejatuhan ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus. Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik yang diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda dalam masyarakat Indus.

Zaman ini merupakan satu zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indus kerana pada zaman ini lahirnya agama Hindu. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh sebelum masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.

2.
Pada zaman ini, terdapat golongan pemerintahan yang terdiri daripada golongan raja. Wujudnya dua buah kerajaan iaitu janapada (kerajaan kecil) dan mahajanapada (kerajaan besar). Chandragupta Maurya muncul untuk menyatukan kerajaan kecil dan pada tahun 321 S.M. lahirlah sebuah empayar yg pertama di India.

Di zaman itu juga berlakunya peristiwa migrasi kaum Indo-Aryan dari barat daya India. Kemudian India utara berpecah kepada 16 buah kerajaan monarki dan milik bangsawan yang digelar sebagai Mahajanapada. Tambahan pula, ajaran selain kitab Veda berkembang pesat terutamanya ajaran Jain dan Buddha.

3.
Pada abad ke-3 SM, kerajaan Magadha mulai berkembang dengan menguasai kota kerajaan lain, seterusnya terbentuk Empayar Maurya di bawah kekuasaan Maharaja Chandragupta Maurya pada 322 SM. Empayar Maurya mencapai rekod baru sebagai empayar terbesar meliputi hampir seluruh tanah India (kecuali sebahagian India selatan) sehingga menjangkau Afganistan dalam sejarah India.

PERLUASAN KUASA

1. Perluasan kuasa
Perluasan kuasa berlaku semasa pemerintahna Dinasti Maurya dan bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya. Kejayaan ini adalah disebabkan pasukan tenteranya yang besar, iaitu 600 ekor gajah,1000 orang tentera berkuda dan 10000 orang infanti. Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara.

Anaknya, Bindusara, meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India. Kaedah perluasan kuasa telah berubah apabila Asoka berkuasa. Maharaja Asoka iaitu cucu putera Chandragupta Maurya menjadi tokoh terpenting, sebagai maharaja yang pakar berstrategi dalam kempen perluasan jajahan.

Asoka telah tidak menekankan kekuatan ketenteraan sebagai asas untuk memperluas kuasa dan menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluas pengaruh dan kedudukan Maurya. Hal ini dilakukannya dengan memberikan penekanan kepada agama Buddha. Pada zaman pemerintahan Asoka, seluruh India telah menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan tersebut berlaku akibat daripada kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.