Padlet FIQH JINAYAT (IIP2003) by AIMAN HAKIMI ABU BAKAR

BIODATA
PENGENALAN DIRI

Nama : MUHAMMAD SYARAFFUDIN AKMAL BIN MOHD SHAFFARI

No. Matriks: 23004601

Kursus yang diambil: Fiqh Al- Jinayat (IIP2003) Jabatan Fiqh dan Usul

Tahun Pengajian: 2

My Learning Style:

• Auditory: 30%

• Tactile: 35%

• Visual: 35%

PENGENALAN DIRI
Nama : Aiman Hakimi bin Abu Bakar✌🏻

No. Matriks: 23004440

Kursus yang diambil: Fiqh Al- Jinayat (IIP2003)

Jabatan : Fiqh dan Usul

Tahun Pengajian: Tahun 2

My Learning Style:

• Auditory: 30%

• Tactile: 35%

• Visual: 35%

BIODATA
Nama : Mohamad Adam bin Rozani

No. Matriks: 23004494

Kursus yang diambil: Fiqh Al- Jinayat (IIP2003) Jabatan Fiqh dan Usul

Tahun Pengajian: 2

My Learning Style:

• Auditory: 30%

• Tactile: 30%

• Visual: 40%

MY LEARNING STYLE
Melalui keputusan di atas, saya merupakan seorang yang 'Tactile' dimana saya seorang pelajar yang belajar secara fizikal dan sentuhan serta pelajar yang tidak mudah untuk duduk diam. Apabila saya berasa bosan, maka saya akan bergerak-gerak dan bermain-main. Maka langkah yang terbaik adalah dengan melakukan aktiviti fizikal dan sentuhan.

Selain itu,  saya juga seorang 'Visual learner'. Hal ini tidak dinafikan kerana saya lebih cenderung untuk memahami infografik berbanding buku yang penuh dengan tulisan. Setiap perkara yang dilihat dapat digambarkan di dalam minda serta dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Oleh itu , saya membantu diri saya dengan belajar menggunakan visual supaya pembelajaran yang dipelajari lebih efisyen dan berkesan.

My Learning Test
Berdasarkan keputusan di atas, saya mendapati saya seorang yang visual learner. Saya lebih cenderung untuk memahami dan mengingati sesuatu dengan visual dan kemas serta teratur. Saya juga akan terganggu apabila terdapat gangguan bunyi. Apabila ingin mengingati sesuatu benda, saya akan menvisualisasikan perkara tersebut.

MY LEARNING STYLE TEST
Berdasarkan ujian terhadap Apa jenis cara yang saya gunakan ketika belajar mendapati bahawa saya seorang yang kinestetik dan mudah belajar secara visual. Cara pembelajaran Kinestetik ini dapat dibuktikan apabila saya sedang membuat ulangkaji pembelajaran, saya tidak dapat duduk diam secara statik atau hanya menghadap komputer semata-mata. Saya mudah merasa bosan dan kurang faham jika hanya duduk diam.

Cara yang kedua pula iaitu secara visual. Saya lebih mudah untuk memahami sesuatu perkara sekiranya ada gambaran yang jelas atau dicorakkan dengan sesuatu yang tidak bosan. Berdasarkan gambaran tersebut saya dapat memikirkan apa input yang ingin disampaikan.

MY STUDY HABITS
Berdasarkan ujian ini, ia menggambarkan kebiasaan saya dalam belajar samada ia selalu dilakukan atau jarang dilakukan. Ujian kali ini membantu saya dari segi menambahbaik gaya pembelajaran saya serta mendatangkan semangat untuk belajar dengan lebih tekun. Oleh itu, banyak lagi pembelajaran yang perlu saya perbaiki supaya apa yang dipelajari dapat diingat di dalam peperiksaan dan yang lebih penting lagi bahawa apa yang diingat ini dapat membantu masyarakat di luar sana dan dapat mengajarkan kepada mereka yang tidak tahu.

Improving Study Habit test
Melihat kepada keputusan yang diperolehi masih ada beberapa perkara yang belum saya dapat capai dan menjadi target seterusnya dalam mendapatkan teknik pembelajaran yang lebih berkesan. Apa yang dapat disimpulkan ialah saya seorang yang memerlukan tempat yang senyap untuk mengulangkaji pelajaran. Saya juga akan mengulangkaji sesutu yang susah dahulu kemudian baru yang lebih mudah. Jadi dengan ujian ini saya berharap saya dapat memperbaiki kelemahan saya.

Improving Your Study Habits
Berdasarkan penilaian di atas. Ada perkara yang perlu ditambah baik dari semasa ke semasa untuk memperoleh pembelajaran yang berkesan dan efektif. Hal ini bertujuan bagi memperoleh hasil dalam sesuatu pembelajaran.

Antara perkara yang perlu ditambah baik seperti membuat pemeriksaan dan 'checklist list to do' dalam pembelajaran. Pengajaran dalam kuliah oleh pensyarah perlu diimbas kembali dan diulangkaji.

What Kind Of Student Are Me?
Berdasarkan ujian yang telah dibuat mendapati bahawa saya sebagai pelajar yang cemerlang dengan markah sebanyak 18. Namun ini bukan menjadikan saya boleh terus dianggap baik kerana saya perlu memperbaiki diri dari hari ke hari. Berkaitan dengan ujian 'Improving Study Habit' menunjukkan saya perlu memperbaiki diri supaya dapat menjadi pelajar yang lebih cemerlang. Akan tetapi perkara yang baik itu perlu saya istiqamah dalam melakukannya.

What Kind of Student Are You
Berdasarkan penilaian di atas, saya mendapati skor yang diperoleh ialah 18. Akan tetapi ada beberapa perkara yang perlu dibaiki dalam pembelajaran khususnya bergelar sebagai seorang mahasiswa.

Sebagai contoh, kadang-kadang saya membaca apa tidak difahami. Hal ini perlu dibaiki dengan membacanya berulang kali dan bertanya kepada sesiapa yang tahu. Selain itu , pembelajaran efektif dan 'worksmart' perlu dipraktikkan dalam membuahkan hasil yang cemerlang.

WHAT KIND OF STUDENT
Melalui kajian di atas, saya telah mendapat markah sebanyak 16 markah dimana ia berada di dalam lingkungan "very good student". Ini menunjukkan bahawa saya seorang yang belajar secara bersungguh-sungguh dan tidak menyiakan peluang pembelajaran yang telah saya perolehi. Hal ini kerana bukan semua masyarakat di luar sana dapat melanjutkan pembelajaran disebabkan beberapa faktor. Maka, dengan kesempatan ini saya mengguankan peluang itu dengan bersungguh-sungguh.

Namun, disebalik kekuatan saya, masih ada kelemahan yang perlu saya baiki hari demi hari untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Refleksi Minggu 1 - Konsep Jenayah Dalam Islam
Refleksi yang saya boleh simpulkan dalam pembelajaran pada Minggu Pertama ialah tentang Konsep Jenayah Dalam Islam. Istilah seperti al-jarimah, al-ithm, al-jinayah, al-zunub, al-khati’ah dan al-syar mempunyai maksud yang sama tetapi terdapat perbezaan apabila dikhususkan dan diperincikan. Jarimah membawa maksud setiap kesalahan yang dikira syarak sebagai jinayah yang mempunyai hukuman hudud, qisas dan ta’zir. Jarimah dan الشر  (keburukan) membawa makna sama pada umumnya. Apabila dikhususkan dan dibawa contoh-contoh ianya terdapat perbezaan.

Umum : Jarimah ialah setiap maksiat yang mempunyai balasan di dunia ataupun tidak.

Khusus : Jarimah ialah dikhususkan kepada maksiat yang mempunyai hukuman dunia bagi sesiapa yang melakukannnya.

Oleh itu, jarimah ialah setiap apa yang menyalahi dengan kebenaran, keadilan dan jalan yang benar. Jarimah juga disebut sebagai apa yang dilihat buruk oleh pandangan syara', apa ia dilakukan maka dikira maksiat dan bersalahan dengan akhlak yang baik.  Adapun jenayah ialah perbuatan haram menurut syarak yang melibatkan nyawa, anggota ataupun harta dan segala yang melibatkan jenayah hudud, qisas dan takzir.

Dalam minggu ini juga, saya mempelajari sebab wujudnya hukuman (‘uqubah) terhadap sesuatu jinayah iaitu untuk menjaga hak Allah dan manusia. Seterusnya, saya memperlajari perincian terhadap jarimah hudud, jarimah qisas dan jarimah takzir. Apa perbezaan dan ciri khusus dan pembahagian setiap daripada perkara tersebut.

Hudud ialah berasal daripada perkataan had iaitu membawa maksud halangan. Menurut istilah pula, hukuman yang telah ditentukan bagi sesiapa yang melanggar hak Allah SWT. Hak Allah iaitu pelanggaran hak orang ramai bukan hak individu tertentu. Untuk menjatuhkan hukuman hudud kepada seseorang mestilah memenuhi dua syarat iaitu seseorang mestilah melangkau hak Allah. Keduanya, hukuman itu telah ditentukan oleh Nas. Hukuman tersebut seperti zina, qazaf (tuduhan zina), mencuri, merompak, meminum arak, murtad dan bughah (memberontak kepada Kerajaan Islam).

Qisas pula bermaksud hukuman yang telah ditentukan bagi sesiapa yang melanggar hak individu tertentu. Pembahagian bagi hukuman qisas seperti bunuh, memukul dan mencederakan seseorang dan menggugurkan anak.

Takzir pula membawa maksud jarimah dan hukuman yang tidak digariskan oleh syarak tetapi ditetapkan sendiri oleh ulul amri yang bertujuan untuk menjaga kebaikan individu dan masyarakat. Atau dengan kata lain, takzir ialah setiap kesalahan jenayah kecuali kesalahan hudud, qisas dan diyat.

Refleksi Minggu 2 - Unsur-unsur Penting Dalam Jenayah
Refleksi pada Minggu Kedua ialah berkaitan Unsur-unsur Penting Dalam Jenayah. Rukun Jarimah terbahagi kepada dua iaitu Rukun Khas dan Rukun Am.

Rukun Am terdapat padanya 3 Rukun iaitu Rukun Syar’ie, Rukun Madi dan Rukun Adabi. Secara umumnya,

Rukun Syari’e (الركن الشرعي ) ialah iailah perkara yang terdapat Nas Syarak yang melarang sesuatu jarimah serta menetapkan dan menerangkan hukuman terhadap perbuatan tersebut. Jika seorang melakukan perkara yang tidak baik tetapi tiada nas yang menerangkannya, maka dinamakan sebagai المحظورات bukan jenayah. Asas kepada jenayah ialah mestilah ada pelanggaran terhadap sesuatu nas.

Rukun Madi (الركن المادي) pula ialah ada perbuatan secara fizikal (dengan anggota badan) ataupun perkataan, samada ijab إيجاب, سلبيا, أصليا, اشتراكيا, تامة, شروعا.

Rukun Adabi (الركن الأدبي) ialah sesuatu yang dilakukan itu, mestilah dengan kehendak, kemampuan dan niat seseorang itu sendiri. Maka, jika seseorang itu gila, dipaksa melakukan sesuatu jarimah, maka tidak dikira sebagai jarimah kecuali pada masalah tertentu seperti dipaksa membunuh seseorang untuk menyelematkan diri dibunuh.

مسؤولية المباشر والمتسبب

Tanggungjawab pelaku jenayah (المباشر) dan orang yang bersubahat dengannya (المتسبب)

Hudud

المباشر - Dikenakan hukuman hudud ke atasnya

المتسبب - Dikenakan takzir ke atasnya

Dikenakan hukuman takzir kepada المتسبب bukannya qisas kerana perbuatan jenayah yang dilakukan kebanyakannya perbuatan yang hasil daripada المباشر bukannya المتسبب.

Qisas

المباشر - Dikenakan qisas ke atasnya

المتسبب - Dikenakan takzir ke atasnya

Menurut mazhab hanafi, المباشر dikenakan qisas manakala المتسبب dikenakan diyat ke atasnya.

Takzir

المباشر - Dikenakan takzir ke atasnya

المتسبب - Dikenakan takzir ke atasnya

Terdapat 3 peringkat dalam penentuan jarimah:

Peringkat pertama : Berfikir dan merancang

Peringkat kedua : Melakar dan menyusun pelaksanaan sesebuah perancangan

Peringkat ketiga : Pelaksanaan jarimah

Pada peringkat pertama dan kedua tidak dikira sebagai jarimah melainkan pada peringkat kedua dikira sebagai dosa sahaja. Adapun pada peringkat ketiga dikira sebagai jarimah samada jarimah sempurna (تامة) ataupun tidak (غير التامة).

تامة -Jenayah dilakukan dengan sempurna tanpa ada halangan.

غير التامة - Seperti seseorang itu melakukan jenayah dan terdapat halangan seperti datangnya polis dan dia telah membatalkan niatnya untuk melakukan jenayah itu.

الشروع في الجريمة

Percubaan untuk melakukan jarimah tetapi terdapat halangan semasa melakukan perbuatan jenayah tersebut. الشروع في الجريمة tidak ditetapkan secara khusus hukumannya oleh syarak. Hal ini kerana ia termasuk dalam takzir

Pengalaman Melaksanakan Tugasan Berkumpulan
Bagi kami, tugasan berkumpulan ini sangatlah bagus dan memberi kesan kepada mahasiswa/i. Hal ini kerana, dapat meningkatkan kemahiran menyusun sesuatu tugasan dengan betul dan teratur Seterunya, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas bagi subjek Fiqh Jinayah ini.

Selain itu, kerjasama antara setiap ahli kumpulan amatlah baik. Segala tugasan dirancang dengan awal dan teratur. Segala penambahbaikan dalam perbincangan khususnya semasa pembentangan dapat menambahkan lagi ilmu dan menampung antara satu sama lain terhadap apa yang terlepas ketika sesi pembelajaran. Kami juga dapat menyelesaikan tugasan dengan sempurna.

Akhir sekali, pelbagai faedah yang saya dapati ketika melakukan tugasan berkumpulan dan amat teruja melakukan tugasan bersama-sama kerana masing-masing memberikan kerjasama yang baik.

Pengalaman Keseluruhan Mengikuti Kursus Ini
Pengalaman sepanjang mengikuti kursus Fiqh al-Jinayat (IIP2003) ialah dapat mengetahui secara mendalam tentang sesuatu hukum jenayah dan apakah kesan dan hukuman terhadap perbuatan tersebut. Kami juga dapat mengetahui bagaimana hukuman dan proses bagi sesuatu hukum diputuskan lebih-lebih lagi apabila perbuatan yang melibatkan 3 pihak atau lebih.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Shahidra kerana mencurahkan segala keringat dan ilmu kepada kami. Jazakilllah kheir jaza’.

Pengalaman melakukan penilaian kendiri pada minggu 14 dan refleksi
Pada minggu terakhir kuliah ini, kami merujuk kembali tajuk-tajuk yang telah dipelajari di dalam kelas untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan yang tidak lama lagi. Setelah meneliti setiap tajuk yang dipelajari, kami mendapati bahawa kami mempunyai pemahaman yang baik terhadap segala pengetahuan seperti contoh kami dapat mengetahui tentang rukun am,khas, niat-niat dalam jenayah, kesan jahil terhadap jenayah dan banyak lagi. Hal ini dapat kami praktikkan di dalam peperiksaan dan kehidupan seharian. Tuntasnya, pada minggu 14 ini dapat mengulang semula ilmu yang dipelajari.

Selain itu, pada minggu tersebut, kami telah meneliti dan merujuk rangkuman padlet yang telah dibuat oleh rakan-rakan dan ini sekali lagi mendatangkan info yang baharu ataupun mengulang semula ilmu yang telah dipelajari. Sebagai contoh, jika kumpulan 1  meletakkan input baharu di dalam padletnya sedangkan padlet kami tiada isi yang dimasukkan oleh kumpulan 1, maka ini membuatkan kami mendapat ilmu baharu. Kesannya, ilmu itu akan lebih mudah diingati dan lebih tahan lama di pemikiran.

Oleh itu, setelah membuat penilaian kendiri ini, kami mendapati bahawa e-portfolio di dalam padlet ini membantu kami meningkatkan daya ingatan dan kredebiliti terhadap ilmu yang dipelajari.

Pengalaman awal belajar dengan kaedah yang digunakan dalam subjek ini (Kuliah/Tutorial)
Berdasarkan pengajian yang telah kami ikuti sepanjang tempoh satu semester ini di bawah kursus "Fiqh Al-Jinayat (IIP2003)" oleh Dr. Shahidra Abdul Khalil, banyak perkara yang telah kami perolehi dan berguna untuk aplikasi kehidupan seharian.

KULIAH

Pensyarah telah menyediakan Slaid pembentangan yang mudah serta terdapat input-input luar seperti teks arab daripada kitab-kitab fiqh jinayat. Hal ini amat memudahkan pelajar untuk mencari rujukan asal berkaitan topik pembelajaran. Mod pembelajaran juga adalah bersifat dua hala di mana juga terselit sesi soal jawab dan pembentangan jawapan daripada pelajar. Meneliti kepada perkara tersebut membuatkan pelajar lebih mudah tertarik dengan sesi pembelajaran yang disampaikan. Bukan sahaja slaid pembentangan yang membantu akan tetapi cara penyampaian yang disampaikan oleh pensyarah juga membantu pelajar untuk memahami kerana pensyarah memberi penerangan dengan jelas dan sampai kepada kami.

TUTORIAL

Bagi sesi tutorial pula ialah proses pembelajaran secara berskala kecil yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Kami ditugaskan untuk membentang hasil pembelajaran bagi bab tertentu mengikut kumpulan untuk melihat tahap kefahaman yang diperolehi daripada sesi kuliah dijalankan. Berdasarkan pengalaman, sesi tutorial ini amat membantu dalam mengulang kembali topik yang telah disampaikan di kuliah dengan lebih mendalam. Melalui proses ini pelajar dapat memberi pandangan dan bertanya soalan kepada pembentang yang sudah mengkaji tentang topik tersebut dan akan dibetulkan oleh pensyarah sekiranya terdapat kekeliruan. Sesi tutorial ini juga amatlah penting untuk membantu para pelajar untuk lebih mudah berkomunikasi secara langsung dengan pensyarah.

Akhir sekali, teknik pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah sangat membantu kami dan para pelajar dalam memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang subjek ini. Banyak perkara yang telah kami perolehi iaitu seperti sesuatu kesalahan jenayah itu bukan senang untuk terus dihukum iainya memerlukan kepada pensabitan yang betul walaupun ianya dilihat perkara baik awalnya akan tetapi bila disabitkan menjadi perkara yang layak dihukum.

REFLEKSI TOPIK MINGGU 9 -NIAT JAHAT DAN KEPENTINGANNYA
Pada topik minggu ke-9, pembelajaran telah dilakukan secara atas talian di mana pelajar akan menonton video yang telah direkodkan oleh Dr. Shahidra berkaitan topik yang bertajuk Niat Jahat dan Kepentingannya. Jadi berdasarkan apa yang telah kami pelajari daripada pengajian tersebut ialah pembahagian jenis-jenis niat jahat dan kesannya terhadap hukuman yang akan ditetapkan. Berikut merupakan perincian yang dapat kami simpulkan hasil daripada pembelajaran topik ke-9.

Pertama sekali perlu diketahui perbezaan antara (العصيان وقصد العصيان).

العصيان ialah perbuatan maksiat atau berlakunya perbuatan yang dilarang iaitu perbuatan jenayah itu sendiri. Maksiat itu boleh terjadi samada tanpa niat atau dengan niat.

قصد العصيان  pula adalah pelaku yang melakukan perbuatan jenayah itu mengetahui perbuatan tersebut telah dilarang dan diharamkan oleh syara’ tetapi mempunyai niat untuk melakukannya. Tujuannya melakukan maksiat itu adalah dikira dengan niat.

Kemudiannya perbezaan antara (القصد والباعث)

القصد -  mempunyai niat sengaja melakukan perbuatan haram dengan tujuan maksiat.

والباعث - motif terhadap perlakuan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah sama ada motif baik ataupun motif jahat.

Terdapat kesan terhadap perkara niat dan motif pada hukuman jenayah tersebut.

أثر القصد -  memberi kesan terhadap perlakuan jenayah dalam hukuman yang ditetapkan seperti hudud, qisas dan diyat. Ianya sangat penting untuk penentuan hukuman terhadap jenayah tersebut.

أثر الباعث -  tidak memberi kesan ke atas berlakunya jenayah dan tidak memberi kesan ke atas hukuman yang ditetapkan seperti qisas dan diat tetapi memberi kesan ke atas hukuman ta'zir sahaja.

KEPENTINGAN NIAT DALAM JENAYAH

Pentingnya niat dalam sesuatu jenayah itu adalah kerana memudahkan penentuan hukum terhadap jenayah yang dilakukan sama ada hukuman itu berat atau ringan. Walaupun jenayah yang sama dilakukan akan tetapi niat dalam perbuatan itu yang akan diambil kira dalam penentuan hukuman ke atasnya.

JENIS-JENIS NIAT JAHAT

القصد العام : pelaku dengan sengaja melakukan jenayah yang diketahui olehnya tentang larangan perbuatan jenayah itu. Niat am ini memang tergolong dalam semua jenis kesalahan. Contohnya, jenayah memukul atau mencederakan cukup hanya sekadar pelku mempunyai niat dan tahu akan pengharamannya.

القصد الخاص : pelaku sudah mengetahui akan larangannya (pengharaman perbuatan jenayah) dengan mempunyai niat akan kesan terhadap perbuatan tersebut kepada mangsa. Ianya tertaluk jenayah Qisas dan Diyat sahaja. Contohnya, dalam kes pembunuhan dengan sengaja, tidak hanya cukup pelaku tahu akan pengharamannya tetapi perlu mempunyai niat dengan pukulannya akan meragut nyawa mangsa.

القصد المعين : pelaku sengaja melakukan jenayah dengan niat tertentu terhadap seseorang atau sekelompok manusia yang telah ditentukan. Namun iainya terbahagi kepada dua pula iaitu jenayah yang mempunyai hasil yang terhad kepada mangsa dan jenayah yang tidak mempunyai hasil yang terhad akan perbuatan jenayahnya. Contohnya bagi hasil yang terhad, membunuh seseorang yang telah ditentukan dengan menggunakan pisau. Maka dengan ini jenayah itu hanya terhad kepada mangsa yang dibunuh itu sahaja. Contoh bagi hasil yang tidak terhad pula ialah seseorang yang membaling bom kepada individu atau kelompok tertentu (telah ditentukan) akan tetapi tidak mengetahui akan kesannya kepada mangsa lain.

القصد غير المعين : Pelaku sengaja melakukan perbuatan jenayah tetapi tidak ditentukan kepada individu atau kelompok tertentu. Ini membawa maksud pelaku tidak menentukan mangsa sebelum melakukan jarimah. Contohnya, seseorang menggali lubang dan berniat bahawa sesiapa yang melalui lubang itu akan terjatuh tanpa kepada mangsa tertentu.

القصد المباشر : Pelaku melakukan jenayah dengan niat dan dilakukan secara langsung dengan mengetahui akibat daripada perbuatan tersebut.

القصد غير المباشر : Pelaku sengaja melakukan jenayah walaupun sudah mengetahui pengharamannya dan tidak berniat akan akibat yang berlaku daripada jenayah tersebut (tidak menjangka akibat perbuatan itu).

HUKUM NIAT JAHAT TERTENTU DAN NIAT TIDAK TERTENTU

Mazhab syafie : Jika pelaku berniat dengan tidak tertentu maka tidak diiktibar sebagai perbuatan sengaja akan tetapi diiktibar kepada perbuatan tidak sengaja.

Mazhab Maliki : Jika sesuatu perbuatan jenayah itu dilakukan dengan jalan secara langsung (المباشرة) maka perbuatan itu disengajakan sama ada niat tertentu ataupun tidak.

: Jika perbuatan itu dengan cara penyebab kepada berlaku jenayah( التسبب), maka perbuatan itu dianggap sengaja sekiranya niat tertentu, tetapi jika tiada niat tertentu maka diiktibar sebagai perbuatan yang tersilap.

Setelah meneliti hasil kefahaman daripada pembelajaran topik ini, kami telah memperoleh ilmu baharu yang dapat membezakan antara jenis-jenis niat jahat dan hukuman yang dikenakan setimpal dengan perlakuan. Hal ini kerana, kita tidak boleh terus menghukum tanpa mengetahui keadaan jenayah itu sama ada sengaja atau tanpa sengaja. Meskipun hanya berbeza dari segi niat atau sebagainya namun ianya amat memberi impak kepada pelaksanaan hukumnya. Sebagai mahasiswa umumnya, kita perlu mempelajari lebih tentang suatu bidang yang kita ceburi supaya dapat memberi manfaat kepada diri sendiri, masyarakat dan agama.

KESAN JAHIL DAN LUPA TERHADAP TANGGUNGJAWAB JENAYAH
1) kesan jahil terhadap tanggungjawab jenayah

Jahil bermaksud seseorang itu tidak mengetahui. Mengikut Kaedah fiqh yang dikeluarkan, pelaku jenayah tidak dikenakam hukuman terhadap perbuatan kesalahan yang dilakukan melainkan dia itu mengetahui perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan.

Bagaimana untuk menentukan seseorang itu mengetahui akan kesalahan tersebut yang boleh dikenakan hukuman ke atasnya?

= seseorang itu dianggap mengetahui bukanlah diukur daripada dirinya yang benar-benar mengetahui kesalahan tersebut melainkan dengan cara seseorang itu 'boleh untuk mengetahui perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan'. Sekiranya wujud jalan seseorang itu untuk mengetahui kesalahan tersebut, maka dianggap orang tersebut mengetahui perbuatan tersebut. Sebagai contoh, fulan duduk di kawasan negara islam sambil meminum arak, maka sudah tentu dia ada jalan untuk mengetahui pengharaman arak tersebut. Kesannya, fulan tersebut dikira tetap mengetahui perbuatan kesalahan tersebut disebabkan ada jalan untuk mengetahui dan dia jugak tidak dianggap sebagai seorang yang jahil.

Contoh lain yang lebih dekat di negara kita apabila sewaktu zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung di negara kita selama 2 tahun, kita dihadkan untuk keluar sesuka hati disebabkan wujudnya teks perundangan negara yang menghalang orang awak untuk keluar sesuka hati untuk membendung penularan wabak COVID-19. Sekiranya seseorang itu keluar dan mengatakan dia tidak tahu akan teks perundangan tersebut, maka dia dianggap mengetahui juga disebabkan beberapa faktor untuk seseorang itu mengetahui. Antaranya ialah dengan menanyakan kepada orang yang tahu, seorang itu mestilah berakal dan baligh serta dianggap orang itu mengetahui disebabkan dia ada cara untuk mengetahui dengan mencari maklumat tersebut.

Jahil terbahagi kepada 2 bahagian. Antaranya ialah jahil bil-ahkam dan jahil bil-waqi'. Manakala jahil bil-ahkam terbahagi lagi kepada dua iaitu jahil hakiki dan khoto' fi tafsir.

1- jahil bil- ahkam

Jahil hakiki bermaksud kesalahan pada nas ayat

Contohnya muhammad tidak tahu bahawa arak merupakan suatu benda yang haram

Tidak diangkat tanggungjawab jenayah atau dengan bahasa yang lebih mudah tetap dianggap jenayah sekiranya di negara islam. Sekiranya duduk di negara bukan islam atau islam tidak sampai kepadanya seperti duduk di dalam gua, hutan yang terpencil dan sebagainya diangkat tanggungjawab jenayah keatasnya atau tidak dikenakan hukuman

Khoto' fi tafsir bermaksud kesalahan dalam memahami maksud nas

Contohnya pada zaman pemerintahan Umar, seorang yang bernama Qudamah bin Maz'un ( gabenor di Bahrain) meminum arak dan menggunakan dalil surah al-Maidah ayat ke 93: 'tidak ada pada dosa kepada orang yang beriman dan beramal soleh terhadap apa yang mereka makan'. Lalu Umar berkata bahawa engkau silap pada tafsir nas itu kerana sesungguhnya jika engkau bertakwa kepada Allah maka kau akan menjauhkan apa yang diharamkan oleh Allah

Tidak diangkat tanggungjawab jenayah sekiranya di negara islam dan tidak dianggap pengecualian terhadap jenayah ini.

2) jahil bil waqi'

Merupakan suatu perbuatan bukan kehendak pelakunya sendiri. Ini mungkin terjadi disebabkan oleh kesilapan dan sebagainya.

Contohnya apabila seorang itu berniat untuk memburu burung dengan melemparkan lembing tetapi terkena kepada orang lain. Maka pada asalnya dia meniatkan untuk buat suatu perbuatan yang harus tetapi berlaku kesilapan pada perbuatannya itu, maka ia tetap dianggap perbuatan jenayah.

Dianggap sebagai keuzuran atau tidak dikenakan hukuman sekiranya melibatkan hak Allah sahaja seperti di dalam kesalah hudud dan ta'zir

Tidak dianggap keuzuran pada sekiranya pada kesalahan qisos dan diyat

2) kesan lupa terhadap tanggungjawab jenayah

Takrif : tidak hadir sesuatu itu pada waktu yang diperlukan

Dalil : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah" (Al-Baqarah (2:286)

Allah telah perkenan doa nabi dan rahmat Allah pada ummat nabi bahawa sekiranya kita terlupa ataupun tersalah. Kita tidak akan dihukum

Khilaf hukum terlupa

Pendapat pertama : setiap perbuatan jenayah dan ibadah yang terlupa merupakan suatu keuzuran dan tidak akan dikenakan hukuman dan tiada dosa padanya. Tanggungjawab jenayah sahaja dimaafkan manakala tanggungjawab sivil seperti mengambil hak orang lain perlu ganti semula tidak ada keringanan atau keuzuran

Pendapat kedua: setiap perbuatan jenayah tidak dianggap keuzuran melainkan hanya melibatkan hak Allah sahaja. Perbuatan itu akan dianggap keuzuran sekiranya :-

I) ada desakan semula jadi untuk dia buat perbuatan tersebut. Contohnya apabila fulan baru memasuki islam, maka apabila dia haus, secara hakikatnya dia meminum arak. Maka ini dikatakan sebagai tabiat semula jadi disebabkan mungkin sebelum ini sewaktu dia seorang kafir merupakan seorang yang tegar minum arak, maka dia terlupa bahawa perbuatan dia minum itu haram. Tuntasnya, sekiranya perbutan itu semula jadi dianggap sebagai keuzuran.

II) Tiada yang mengingatkan bahawa perbuatan tersebut adalah kesalahan

Infografik syuru' fil jarimah

KAJIAN KES : PAKATAN DALAM JENAYAH

KAJIAN KES : BENTUK-BENTUK PERBUATAN JENAYAH