SEJARAH BATU BERSURAT TERENGGANU by Husna Nadh

Dalam batu bersurat Terengganu tercatat beberapa keterangan yang utama, merangkumipengisytiharan Islam sebagai agama rasmi yang disertakan denganpelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22Februari 1303M. Bagi D.G.E. Hall, perundangan Islam telahbertapak lebih daripada seratus sebelumnya.74 Ada keterangantentang Allah dan Rasul, disamping bukti bahawa sistemperundangan Islam berupa gabungan antara undang-undang adatdan Islam.75 Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang (a)mu’amalat – tentang hutang puitang, undang-undang keterangan,hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diridaripada hukuman dan (b) hukuman bagi kesalahan zina. Namunbegitu, sebahagian besar keterangan ini kurang lengkap dan agakkabur kerana kehilangan sebahagian besar serpihan batunya.76Berasaskan kepada kajian terhadap Hukum Kanun Melaka,77kita boleh mengemukakan teori bahawa penulisnya adalah seorangyang terpelajar dalam bidang keagamaan Islam, kerana memangmengetahui agama Islam dan ilmu usul al-fiqh secara holistik.
Apa yang jelasnya, kita mengetahui intipati isu kefahaman akidah Islam dan mekanisme pelaksanaan hukum Islam

Kawasan Timur Laut ini mempunyai sejarah penyebaran Islam daripada Tanah Arab yang agak panjang. Ia telah menjadi pelabuhan dan persinggahan pedagang asing, khususnya saudagar Arab dan Parsi yang sama tarikhnya dengan kawasan pantai barat Tanah Melayu. Ia bermula sejak tahun 717M apabila khalifah Sulayman Bin Abd Malik menghantar angkatan tentera ke China yang menyebabkan proses penyebaran Islam telah berkembang di kawasan pantai pelabuhan ini sejak abad pertama Hijrah lagi. Pelabuhan kawasan ini juga kemudiannya turut dikunjungi oleh laksamana Cheng Ho dalam beberapa siri penjelajahannya. Hasil daripada kunjungan ini terdapat beberapa tinggalan masyarakat China Islam seperti masyarakat China Islam dan monumen tertentu di kawasan terbabit. Kemuncak perkembangan ini berlaku pada tahun 878M apabila berlakunya pembunuhan seramai 120,000 umat Islam di China. Mengikut catatan Arab, lanjutan daripada peristiwa ini ramai daripada penganut Islam di kawasan Tenggara China telah berhijrah ke kawasan Asia Tenggara, termasuklah ke kawasan wilayah Timur Laut ini. Kawasan Alam Melayu juga telah menjadi tumpuan pelarian Ahl Bayt (keturunan keluarga nabi) daripada Timur Tengah, yang boleh dilihat dengan wujud masyarakat Syed yang agak ramai di seluruh kawasan pelabuhan terpenting rantau Alam Melayu seperti Brunei, Sabah, Sulu, Pahang dan Terengganu. BBT secara terang-terangan membuktikan bahawa Terengganu sebagai tempat terawal di Tanah Melayu yang menerima dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Sebelum ini, terdapat teori yang mendakwa Melaka merupakan tempat terawal menerima ajaran Islam di Tanah Melayu, yang dikaitkan juga sebagai pusat yang memperkembangkan Islam ke seluruh jajahan takluk empayar Melaka yang lain. Secara mudahnya, kita dapat mengatakan bukti tempat awal menerima Islam perlu didasarkan kepada wujudnya beberapa artifak yang khusus, merangkumi (i) kitab atau manuskrip agama, (ii) masjib tertua, (iii) institusi pendidikan Islam seperti pondok, (iv) kubur seseorang ulamak dan (v) terpenting sekali pengaruh pemikiran Islam yang berkekalan serta dapat dikesan penggunaanya secara meluas di dalam masyarakat. Seandainya bukti-bukti ini mahu diambilkira, kita akan bersetuju bahawa kawasan pantai Timur Tanah Melayu lebih memenuhi syarat bukti ini, kerana kesemua artifak dan bukti ini memang terdapat secara lengkap di kawasan pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan, dan bukannya di kawasan Pantai Barat Tanah Melayu. Hal ini turut dibantu dengan beberapa fakta sampingan yang lain. Antaranya, fakta sejarah Terengganu yang menjadi tempat persinggahan saudagar Islam Asia Barat dalam rutin perjalanan dagang mereka ke negeri China antara abab ke 13 dan 14 Masihi. Hal ini turut dikaitkan dengan fakta Islamisasi wilayah Champa di Indo China dan persamaannya dengan realiti yang berlaku di Terengganu. Hal ini dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di Phang Rang, Champa bertarikh 1309 Masihi.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar Mengambil zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai contoh, hubungan diplomatik amat dititik beratkan oleh sultan untuk menjaga keamanan dan kedamaian negeri Melaka pada masa tersebut. Hubungan diplomatik yang paling utama dan penting pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah antara Melaka dan China. Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. Parameswara memohon perlindungan daripada China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.

Penyebaran Islam di Tanah Melayu sangat berkait rapat dengan peranan pemerintah. Minat dan sokongan raja-raja dan pembesar-pembesar negeri terhadap gerakan penyebaran Islam sangat penting. Contohnya, sultan-sultan di Acheh terlibat secara langsung dalam kegiatan ilmu pengetahuan dan penyebaran Islam. Antaranya ialah Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Syamsuddin al-Sumaterani dihantar ke Pahang untuk meyebarkan dakwah Islamiah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam turut menjadikan Acheh sebagai pusat pengajian dan kebudayaan Islam sehingga digelar sebagai Serambi Mekah. Institusi istana menjadi pusat pendidikan pengajian ilmu dan penyebaran Islam. Peranan sultan Melaka seperti Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mansur Syah. Sultan Muzaffar Syah