My dazzling padlet by Hazira Azyani

ANTARA SEMUA FAKTOR KEBANGKITAN TAMADUN ISLAM, APAKAH SATU FAKTOR YANG MENJADI TUNJANG KEPADA KEBANGKITANNYA?
Faktor-faktor kebangkitan tamadun Islam adalah keyakinan umat terhadap ajaran agama, pemerintah yang bertaqwa dan bijaksana, sumber ekonomi yang luas dan banyak, politik yang stabil, kegiatan keilmuan yang meluas, keadilan yang menyeluruh, ketenteraan yang kuat, kedudukan yang strategik, prasarana yang sempurna dan keterbukaan kepada tamadun lain.

Pada pendapat saya, satu faktor yang telah menjadi tunjang kepada kebangkitan temadun Islam ialah keyakinan umatnya kepada ajaran agama. Keyakinan yang dimiliki oleh umat ini telah mengukuhkan lagi pergerakan umat Islam dalam mengembangkan tamadun. Mereka yakin pada ajaran Al-quran sehingga menyebabkan mereka berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka bagi membantu kehidupan mereka di dunia ini. Jadi, untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka, umat Islam telah merantau dan berada di merata-rata tempat khususnya di pusat-pusat perkembangan tamadun islam. Mereka berlumba-lumba dalam mengembangkan pelbagai bidnag ilmu pengetahuan dan hasilnya, pelbagai ilmu baru telah berjaya ditemui.

Tuntasnya, sekiranya kita ada keyakinan yang utuh akan sesuatu perkara, kita pasti akan patuh pada apa jua ajaran yang dibawanya. Begitulah juga halnya dalam memajukan tamadun Islam. kepercayaan kita terhadap agama Islam telah berjaya membawa umat terdahulu mengembangkan ilmu pengetahuan sehingga berjaya menaikkan nama tamadun Islam

APAKAH PERANAN YANG HARUS ANDA MAINKAN UNTUK MEMPERBAIKI KEHIDUPAN TAMADUN SEKARANG?
Peranan yang harus saya mainkan untuk memperbaiki kehidupan tamadun sekarang ialah menuntut ilmu serta mengembangkan pengetahuan yang saya miliki. Bangsa berilmu mampu membina tamadun kerana ilmu merupakan entiti terpenting dalam kehidupan manusia. Masyarakat Islam kini kurang menguasai bidang ilmu pengetahuan sehingga melemahkan tamadun Islam. Oleh itu, saya akan menuntut ilmu pengetahuan dan berusaha untuk mengamalkan ilmu yang ada untuk memperbaiki kehidupan tamadun.

REFLEKSI DIRI
Pengenalan Ilmu Ketamadunan:
Bagi bab pengenalan pada tamadun ini, saya belajar bahawa tamadun ini memerlukan kita untuk hidup bersama-sama bukan sahaja sesama manusia tetapi juga dengan alam sekitar. sesebuah tamadun itu tidak akan lengkap sekiranya unsur alam sekitar telah musnah. Tuntasnya, saya berazam untuk sentiasa menjaga alam sekitar seperti tidak mencemarkan alam supaya kehidupan yang kita sedang jalani ini dapat dikekalkan.

Tamadun Islam:
Dalam bab ini, saya belajar bahawa tamadun Islam berjaya cemerlang dan terkenal disebabkan ilmu-ilmu yang dimiliki oleh para ilmuwan terdahulu sehingga menyebabkan ramai kaum lain menjadikan masyarakat Islam sebagai sumber ilmu. Namun kini, umat islam tidak lagi mengembangkan dan meguasai bidang ilmu. oleh itu saya berazam untuk bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menambah lagi ilmu yang sedia ada bagi menaikkan nama umat Islam.

Tamadun Melayu:
Menerusi bab ini, saya mendapat bahawa tamadun melayu sebenarnya kaya dengan adat dan budi pekerti yang tinggi. Mereka sangat menjaga nama baik orang melayu dan menjalani kehidupan berasaskan pegangan Islam. Sekiranya agama Islam tidak lagi menjadi tunjang kepada tamadun melayu, maka tamadun melayu sudah pasti akan mengalami kejatuhan. Maka, saya berazam untuk menjaga adab dan sahsiah rupa diri saya berlandaskan tuntutan Islam bagi menggambarkan budaya Melayu yangsebenar kepada mata dunia.