KPS3014-NURUL FATIN SYAHIRA BT MOHD SAUFI (K4) by Nurul Fatin Syahira Binti Mohamad Saufi

AKTIVITI 1
AKTIVITI PEMBELAJARAN KOPERATIF
TOPIK: PRINSIP BERNOULLI
( NOTA BERIRAMA)
Objektif:
1. Untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik prinsip bernoulli ini.
2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif.
3. Untuk memupuk semangat bekerjasama dalam satu kumpulan.

Peralatan yang diperlukan
1. Alat tulis
2. Kertas A4

Proses Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran Koperatif(Nota Berirama)
1. Pelajar dibentukkan dalam beberapa kumpulan.
2. Setelah kumpulan dibentuk, pelajar diminta untuk menulis lirik lagu berkaitan dengan topik prinsip bernoulli mengikut rentak yang disukai oleh mereka.
3. Setiap kumpulan diminta untuk bergilir-gilir mengajar/menyanyi lirik yang ditulis kepada setiap kumpulan yang lain.

Kelebihan Aktiviti Nota Berirama ini:
Melalui aktiviti ini, pelajar dapat mengingati fakta penting dengan lebih mudah disamping merasai sesi pembelajaran yang menyeronokkan.

AKTIVITI 2
Soalan: Bagaimanakah perbezaan faktor keupayaan mental boleh mempengaruhi perbezaan kesediaan belajar seseorang murid?

1. Faktor keupayaan mental boleh mempengaruhi kesediaan belajar seseorang murid dalam menerima maklumat atau pelajaran yang diajar oleh guru.
2. Keupayaan mental merujuk kepada peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang.
3. Murid-murid mempunyai aras kognitif atau keupayaan mental yang berbeza. Oleh itu, mereka memproses rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan cara yang berlainan.
4. Sebagai contoh, apabila seseorang individu telah mencapai kesediaan mental, pencapaian akademiknya adalah selaras dengan usaha dan latihan yang dilaluinya.

Cadangakan SATU Kaedah untuk memotivasikan murid anda yang berbeza kesediaan belajar.

1. Kaedah untuk memotivasikan murid yang berbeza kesediaan belajar adalah dengan membuat aktiviti pemulihan dan pengayaan. Contohnya, mengasingkan pelajar yang cerdik dan kurang cerdik untuk meningkat kesediaan belajar mereka. Murid yang cerdik diberi penekanan akademik yang lebih banyak supaya peluang mereka untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi banyak manakala murid yang kurang cerdik diberi galakan untuk melengkapkan sesuatu tugasan mengikut kesediaan belajar dan kesediaan emosi mereka.

AKTIVITI 3
Topik: Aplikasi (Mobile Apps) yang boleh digunakan oleh guru ketika sesi pengajaran secara dalam talian.

Aplikasi yang dapat digunakan oleh guru ketika sesi pengajaran secara atas talian adalah, aplikasi Youtube. Aplikasi ini sering digunakan oleh pelajar zaman sekarang. Mereka banyak menghabiskan masa dengan menonton video di Youtube.

KELEBIHAN:
1. Kelebihan aplikasi Youtube ini adalah ia dapat menarik minat pelajar untuk melihat video pengajaran yang dibuat oleh guru.
2. Video di Youtube boleh diulang tayang selalu kerana ianya bersifat kekal di dalam Youtube. Pelajar boleh melihat video pengajaran pada bila bila masa sahaja.

KESESUAIAN:
Aplikasi ini sesuai digunakan untuk tujuan pembelajaran kerana ianya mudah untuk diakses. Pelajar kini rata-rata mempunyai telefon pintar sendiri, jadi tiada masalah untuk pelajar belajar melalui Youtube. Bukan itu sahaja, aplikasi Youtube ini tidak jauh daripada konsep didalam kelas. Pelajar dapat melihat guru menyampaikan pengajaran, dan pelajar juga boleh bertanya soalan di ruangan komen.

CARA PENGGUNAAN:
Guru perlu merakam video yang menunjukkan bahan pengajaran bagi sesuatu subjek. Menerusi aplikasi ini juga guru boleh membuat rakaman lintas langsung, jadi pelajar boleh berinteraksi bersama guru secara langsung sama seperti di dalam kelas.

CONTOH PEMBELAJARAN ATAS TALIAN MELALUI APLIKASI YOUTUBE

AKTIVITI 3
CONTOH PEMBELAJARAN ATAS TALIAN MELALUI APLIKASI YOUTUBE

AKTIVITI 4
Topik: Anda didatangi oleh seorang pelajar yang mendakwa dirinya diliwat oleh seorang pelajar yang lebih tua. Sebagai guru kaunseling apakah yang anda harus lakukan?

DEFINISI LIWAT:
Liwat bermakna melakukan persetubuhan dengan memasukkan zakar ke dalam lubang dubur. Liwat boleh berlaku antara seorang lelaki dengan seorang perempuan atau antara dua orang lelaki (persetubuhan homoseksual).

KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam dan persekitarannya. (Blocker 1974)

PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
> Mendapatkan laporan daripada pelajar tersebut.
> Siasatan mula dijalankan dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti rakan-rakan, bentuk fizikal mangsa, dan lain-lain lagi.
> Guru kaunseling melaporkan kepada pengetua/pihak sekolah tentang kes tersebut
> Memaklumkan kepada ibu bapa pelajar tersebut.
> Guru berbincang bersama ibu bapa untuk membuat laporan polis.
> Pihak sekolah melalui pengetua akan membuat laporan kepada PPD dan  JPN untuk memaklum kes dan meminta pandangan.
> Guru bimbingan dan kaunseling membuat sesi kaunseling bersama pelajar sehingga pelajar menunjukkan tanda-tanda sudah pulih secara emosi.

AKTIVITI 5
Rakaman video pendek berkenaan hasrat terhadap diri sendiri sebagai seorang pendidik dan juga harapan terhadap sistem pendidikan negara