Refleksi Ringkas Inovasi Digital Menerusi Pembelajaran Triological by Zuan

Nama: Mohd Nazuan bin Ismail

Opsyen: BM SK 4

Apa yang difahami daripada Pembelajaran Trialogical.

• Pembelajaran Trialogical ialah sebuah pendekatan yang menggabungkan pengetahuan individu, kolaborasi kumpulan serta penciptaan objek pengetahuan yang boleh digunakan semula. Bahasa mudahnya, ia merupakan satu model panduan dalam penghasilan inovasi yang lebih berimpak khususnya inovasi digital dalam sesebuah PdP.

Bagaimana ia boleh membantu dalam PdP bahasa Melayu.

• Implementasi Pembelajaran Trialogical ini akan membantu dalam menambahbaik amalan pedagogi dan sesebuah bahan inovasi digital yang dihasilkan oleh guru. Ini disebabkan terdapat proses yang sistematik terperinci sehingga guru boleh mencapai hasil yang lebih eksplisit semasa menguji inovasi. Malah, ini juga akan membantu guru untuk sentiasa cakna serta menambah unsur interaktif dalam bahan inovasi dari semasa ke semasa.

Nama: Bibi Masyitah binti Masilin

Opsyen: BM SK4

Apa yang difahami daripada pembelajaran trialogical.

Pembelajaran trialogical merupakan pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan kerjasama antara pelajar dalam sebuah kumpulan untuk mencipta sebuah produk bagi sesuatu masalah yang timbul. Proses penghasilan produk akan dibina melalui 6 peringkat yang sistematik  bagi menghasilkan suatu produk yang berkualiti tinggi dan efektif untuk kegunaan masa akan datang.

Bagaimana ia boleh membantu dalam PdP Bahasa Melayu.

Inovasi pembelajaran yang dicipta oleh sesebuah kumpulan untuk sesi PdP Bahasa Melayu adalah menarik dan efektif kerana proses penghasilan produk akan melalui 6 peringkat yang memerlukan penelitian yang padu dengan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang kekurangan dalam produk tersebut. Selain itu, gabungan idea yang pelbagai daripada setiap ahli kumpulan menjadikan inovasi pembelajaran unik dan menarik. Kesannya, penggunaan inovasi tersebut akan meningkatkan kualiti PdP Bahasa Melayu.

Nama: Nor Safwah binti Jahili

Opsyen: BM SK 4

Apa yang difahami daripada Pembelajaran Trialogical -

Pembelajaran Trialogical merupakan sebuah pendekatan yang menggabungkan tiga perkara utama iaitu pengetahuan individu, kolaborasi kumpulan dan penciptaan pengetahuan yang boleh digunakan semula. Pendekatan ini menekankan pembangunan hasil pembelajaran yang mempunyai nilai dan manfaat untuk jangka masa panjang.

Bagaimana ia boleh membantu dalam PdP Bahasa Melayu -

Pelaksanann Teori trialogical memperkukuh strategi pedagogi guru di samping mendorong penghasilan bahan inovasi digital yang lebih kreatif, sistematik dan mesra pengguna. Melalui pendekatan ini, murid dapat dilibatkan secara aktif untuk membina idea, berkongsi pandangan dan menghasilkan produk pembelajaran yang boleh digunakan semula. Keadaan ini secara tidak langsung meningkatkan keberkesanan PdP serta memberikan nilai tambah yang berpanjangan.

Nama: Sharifah Nazia Binti Zainal Abidin

Opsyen: BMSK4

1. Apa yang difahami tentang pembelajaran trialogical.

Pembelajaran trialogical merupakan pendekatan yang menekankan penghasilan produk secara kolaboratif yang boleh dimanfaatkan semula dan ditambahbaik bagi kegunaan berterusan. Pembelajaran trialogical ini  sesuai pada era kini kerana selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21 yang menjadikan pembelajaran menjadi lebih seronok, kreatif, kolaboratif, bermakna dan membentuk kemahiran penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebenar dan alam pekerjaan kelak.

Bagaimana ia boleh membantu dalam pdp Bahasa Melayu.

Produk ataupun inovasi yang diciptakan hasil daripada kerjasama kumpulan dapat memberi peluang kepada murid untuk berkongsi idea, berfikir secara kritis dan kreatif serta menambah baik hasil kerja secara berterusan. Hal ini menjadikan proses pdp lebih bermakna dan interaktif serta relevan dengan keperluan abad ke-21. Seterusnya, produk yang dihasilkan secara kolaboratif menjadikan pemahaman murid lebih mendalam kerana setiap murid menyumbang kepada penghasilan produk yang sama. Contohnya, penghasilan video deklamasi sajak bukan sahaja memperkaya kosa kata murid tetapi juga mengasah kemahiran bertutur mereka dan  kebolehan murid dalam dunia digital. Selain itu, produk yang  ditambah baik secara berterusan bukan sahaja memberi manfaat kepada murid untuk belajar sendiri tetapi juga untuk dikongsi dan dirujuk oleh orang lain sebagai bahan rujukan. Dengan itu, PdP Bahasa Melayu menjadi lebih seronok, kreatif, kolaboratif, dan relevan dengan kehidupan sebenar serta dunia pekerjaan kelak.

Nama: Selisticahe Paul

Opsyen: BM SK4

Apa yang difahami daripada Pembelajaran Trialogical.

Pembelajaran Trialogical merupakan satu pendekatan pengajaran berasaskan teknologi yang menggabungkan pembelajaran individu (monological), kolaborasi kumpulan (dialogical) dan penciptaan semula (trialogical).

Pendekatan ini menyokong ke arah penjanaan ilmu secara berterusan dan perkongsian amalan yang boleh digunakan semula dalam pembelajaran.

Bagaimana ia boleh membantu dalam PdP Bahasa Melayu.

Dalam PdP Bahasa Melayu, pembelajaran trialogical membantu murid memahami kemahiran bahasa melalui penghasilan artifak secara kolaboratif. Sebagai contohnya, murid diminta untuk menghasilkan sebuah cerpen berdasarkan kepada pengalaman sebenar secara berkumpulan. Produk yang dihasilkan oleh mereka boleh dibukukan secara digital supaya boleh digunakan semula pada masa hadapan. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menggalakkan kolaborasi malah mendorong murid untuk berkongsi idea dan meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.

Nama: Sazriane Marnon

Opsyen: BMSK4

1. Apakah yang difahami daripada pembelajaran trialogical?

Pembelajaran trialogical merupakan pendekatan pembelajaran yang menekankan kerjasama antara pelajar, guru, dan bahan/artefak pembelajaran untuk menghasilkan pengetahuan baharu. Pendekatan ini bukan sahaja menekankan interaksi sosial, malah memberi penekanan kepada penghasilan produk atau idea bersama yang boleh digunakan semula dalam konteks lain. Dalam trialogical, murid bukan sekadar penerima maklumat, tetapi turut menjadi pencipta dan penyumbang kepada proses pembelajaran. Kaedah ini mendorong murid berfikir kritis, bekerjasama dalam kumpulan, dan membangunkan kemahiran penyelesaian masalah. Secara tidak langsung, ia membina budaya pembelajaran berterusan dan reflektif.

2. Bagaimana ia boleh membantu dalam pdp Bahasa Melayu.

Dalam PdP Bahasa Melayu, pembelajaran trialogical membantu murid menguasai kemahiran berbahasa secara lebih mendalam kerana mereka terlibat aktif dalam membina pengetahuan bersama. Misalnya, murid boleh bekerjasama menghasilkan penulisan kreatif seperti sajak atau cerpen, sambil guru membimbing penggunaan tatabahasa yang betul dan sumber rujukan digunakan untuk menyokong idea. Artefak seperti peta minda digital, kad kosa kata, atau nota interaktif boleh dijadikan produk yang bermanfaat. Proses ini membolehkan murid berfikir kritis, memperbaiki hasil kerja berdasarkan maklum balas, serta mengaplikasikan bahasa dalam konteks sebenar. Hal ini menjadikan PdP lebih bermakna dan menyeronokkan.

Nama : Rezalen Shamimi Binti Rusman.

Opsyen : BMSK4

1. Apa yang difahami tentang pembelajaran triological?

- Pembelajaran trialogical merupakan pembelajaran secara kolaborasi, berasaskan pengetahuan bersama, menggunakan teknologi dan boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar.Selain itu, pembelajaran trialogical merupakan pembelajaran secara kolaborasi, berasaskan pengetahuan bersama, menggunakan teknologi dan boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar.

2. Bagaimana ia boleh membantu dalam PdP Bahasa Melayu?.

- Dalam PdP Bahasa Melayu, pembelajaran trialogical ini dapat membantu kerana murid dapat mengukuhkan penguasaan bahasa kerana apabila mereka menghasilkan sesuatu produk bersama-sama mereka perlu menggunakan bahasa yang betul, tepat dan kreatif.

Pembelajaran ini juga dapat meningkatkan kemahiran kolaborasi kerana mereka perlu berkerjasama dalam menghasilkan pengetahuan baharu. Ia dapat melatih kemahiran berkomunikasi, berbincang dan memberi maklum balas dalam bahasa melayu.