Perbincangan tentang pemaham yang bersepadu terhadap rukun iman. by Faizah Hanim

Bagaimana pemahaman yg bersepadu terhadap rukun iman
Isu: Pelajar cemerlang kemurungan selepas gagal biasiswa

1) Rasa kecewa & putus asa walaupun sudah berusaha & berdoa.

2) Timbul persoalan tentang keadilan Allah & keberkesanan doa.

3) Perlukan kerangka fikir Islam untuk bina semula resilience (daya tahan).

Beriman kepada allah-bertawakal selepas berusaha - menyerahkan hasil kepada Allah dengan penuh reda.

beriman kepada rasul - Sunnah Rasul mengajar konsep sabar, syukur, dan ikhtiar berterusan walaupun gagal.

beriman kepada qada dan qadar- Semua yang berlaku telah ditentukan Allah dengan penuh hikmah

Kesan Pemahaman Rukun Iman terhadap Resilience ialah melatih kesabaran & ketabahan apabila gagal sekali tidak bererti gagal selamanya.

kerangka fikir yang positif ialah menanam harapan berterusan bahawa Rezeki Allah luas & mungkin datang dalam bentuk yang tidak disangka.

bagaimana penghayatan terhadap syahadah membentuk jati diri dan pandangan alam (worldview) seorang Muslim dalam berinteraksi dengan ideologi-ideologi moden seperti sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan awam) dan materialisme (kebendaan sebagai ukuran kejayaan).
Penghayatan terhadap syahadah membentuk jati diri bahawa hubungan dengan Allah adalah lebih utama daripada nilai-nilai duniawi. Seorang Muslim yang menghayati syahadah tidak akan terjebak dalam perlumbaan materialisme berasaskan kepada kekayaan.

Pandangan Alam (Worldview) pula ialah melihat kehidupan ini sebagai ujian dari Allah di mana setiap individu bertanggungjawab atas amal perbuatannya - mampu mengubah cara seorang Muslim melihat cabaran hidup dan masalah-masalah duniawi.

sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan awam) iaitu menerima kepelbagaian kaum  tetapi tetap berpegang kepada prinsip agama islam. -berinteraksi dengan orang lain tanpa mengasingkan diri daripada masyarakat yang pelbagai kaum.

Materialisme (menjadikan kebendaan sebagai ukuran kejayaan) iaitu Syahadah mengingatkan bahawa nilai manusia tidak ditentukan oleh harta, pangkat, atau kuasa, tetapi oleh iman dan amal soleh.

NUR IFFAH IZZATI
Pemahaman yang bersepadu terhadap Rukun Iman

soalan tutorial 1. "Seorang pelajar cemerlang didapati mengalami kemurungan selepas gagal mendapat biasiswa yang sangat diharapkannya, walaupun telah berusaha keras dan berdoa. Beliau mula mempersoalkan keadilan Tuhan dan keberkesanan doanya."

Bagaimana mahu membina semula daya tahan (resilience) dan kerangka fikir yang positif ?

1.Beriman kepada Allah

Berserah diri kepada Allah selepas berusaha dengan sebaik mungkin.Maksudnya,segala apa yang kita lakukan dari segi merancang,usaha dan doa kita perlulah yakin bahawa hasilnya Allah yang tentukan sama ada berjaya atau tidak

Contoh :

1.USAHA -Belajar bersungguh-sungguh

2.DOA DAN NIAT YANG BETUL-Memohon kepada Allah untuk berikan yang terbaik

3.REDA DENGAN KETENTUAN-Kalau keputusan tidak seperti apa yang kita harapkan,tetap tenang sebab percaya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita

2.Beriman kepada Rasul

Mengingat kembali kisah para Rasul seperti kisah perjalanan Nabi Muhammad SAW ke Thaif  untuk mengerti arti sabar dalam menghadapi ujian dan terus berusaha serta tidak berputus asa sehingga berjaya

Oleh itu,rezeki dan kejayaan datang pada masa yang Allah tentukan dan kita perlu yakin bahwa Allah mempunyai rancangan yang lebih baik

3.Beriman kepada Qada' dan Qadar

Yakin bahawa segala keputusan Allah itu sempurna.Tugas kita ialah berusaha,reda dan percaya setiap kejadian kerana mempunyai hikmah yang tersembunyi

Kesan Pemahaman Rukun Iman terhadap Resilience ialah melatih kesungguhan dan kesabaran dalam menuntut ilmu.Walaupun gagal,bukan bererti gagal selamanya.Anggaplah ia sebagai proses pembelajaran untuk potensi diri terus berkembang

Kerangka fikir yang positif ialah untuk bersyukur dan reda setiap perkara kecil dalam mencari kebaikan,bukan kelemahan dan menyerahkan hasil kepada Allah kerana yakin bahawa rezeki Allah itu luas

SOALAN 1 [FAIZAH HANIM]
Apabila seorang pelajar yang cemerlang gagal mendapat biasiswa yang diharapkan, rasa kecewa dan mula mempersoalkan keadilan Allah itu perkara normal. Namun, di sinilah kepentingan memahami Rukun Iman.

Iman kepada Allah mengingatkan bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kegagalan bukan tanda Allah tidak adil, tetapi mungkin jalan untuk sesuatu yang lebih baik.

Iman kepada Rasul memberi teladan melalui kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang berdepan pelbagai kesusahan tetapi tetap sabar dan tabah. Ini mengajar kita bahawa ujian adalah sebahagian daripada perjalanan menuju kejayaan sebenar.

Iman kepada Qada’ dan Qadar menanam keyakinan bahawa setiap perkara berlaku dengan izin Allah dan mempunyai hikmah tersendiri.

Dengan kefahaman ini, pelajar akan dapat membina semula daya tahan (resilience) dan melihat kegagalan sebagai peluang untuk memperbaiki diri, bukan sebagai pengakhiran.

NUR IFFAH IZZATI
bagaimana penghayatan terhadap syahadah membentuk jati diri dan pandangan alam (worldview) seorang Muslim dalam berinteraksi dengan ideologi-ideologi moden seperti sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan awam) dan materialisme (kebendaan sebagai ukuran kejayaan).

1.Syahadah Bentuk Diri Seorang Muslim

-Maksud Syahadah: Saksi bahawa hanya Allah Tuhan kita dan Nabi Muhammad pesuruh Allah

-Kesan pada diri :Ingat Allah sentiasa dengan melakukan keputusan mengikut ajaran islam bukan mengikut orang semata mata

2.Cara Pandangan Alam (worldview)

-Syahadah ajar kita untuk melihat dunia sebagai ciptaan Allah

-Segala ilmu,duit dan kemajuan hanyalah amanah yang perlu kita laksanakan dimuka bumi ini

-Individu bertanggungjawab atas segala perbuatan yang dilakukan sama ada baik ataupun buruk

3.Sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan awam)

-Islam mengajarkan kita untuk tidak memisahkan agama dari segala hal yang berkaitan kerja ,politik,atau sains

-Kita boleh menggunakan teknologi dan ilmu moden tetapi tetap perlu mengikut segala hukum syariat yang ditetapkan oleh Allah

-Contoh: Bank Islam diwujudkan supaya ekonomi negara maju tetapi tetap perlu patuh syariah

4.Materialisme(menjadikan kebendaan sebagai ukuran kejayaan)

-Dalam Islam,kita boleh mencari harta dan menikmati rezeki tetapi harta yang dicari hanyalah alat dunia semata-mata bukan tujuan utama.

-Kejayaan yang sebenar adalah hidup yang berkat dan mempunyai redha Allah

-Contoh: Usahawan Muslim tetap bayar zakat dan menjaga hak pekerja walaupun untung yang dimiliki hanyalah sedikit

SOALAN 2 [ FAIZAH HANIM]
Dua Kalimah Syahadah bukan hanya lafaz di bibir, tetapi merupakan komitmen hidup seorang Muslim—sebagai kontrak spiritual dengan Allah dan juga tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Lafaz “La ilaha illallah” menegaskan bahawa hidup seorang Muslim berpaksikan Allah. Hal ini melindungi daripada pengaruh sekularisme, iaitu fahaman yang memisahkan agama daripada kehidupan awam seperti politik, ekonomi, dan pendidikan. Dengan penghayatan syahadah, seorang Muslim meyakini bahawa Islam mencakupi semua aspek kehidupan, bukan sekadar di ruang ibadah.

Lafaz “Muhammadur Rasulullah” pula menuntut kita mencontohi akhlak Rasulullah SAW—adil, amanah, dan berakhlak mulia. Nilai ini menjadi benteng daripada budaya materialisme, iaitu fahaman yang mengukur kejayaan dan nilai hidup berdasarkan harta serta kebendaan semata-mata.

Dengan penghayatan syahadah yang menyeluruh, seorang Muslim memiliki jati diri dan pandangan hidup (worldview) yang seimbang antara dunia dan akhirat, serta teguh menghadapi cabaran ideologi moden tanpa kehilangan prinsip Islam.

PEMAHAMAN YANG BERSEPADU TERHADAP RUKUN IMAN
SOALAN 1

Isu : Pelajar cemerlang murung lepas gagal dapat biasiswa.

1) Beriman kepada Allah

Gagal dapat biasiswa bukan bermaksud Allah menzalimi dia, tapi Allah sediakan rezeki lain yang lebih sesuai.

Dengan yakin Allah sebaik-baik perancang, pelajar akan tenang & tak terus hanyut dengan syak wasangka.

2) Beriman kepada rasul

Baginda sabar, tabah, tetap berusaha walaupun gagal sekali.

Pelajar boleh contohi Rasul : setiap kegagalan bukan penamat, tapi peluang belajar & kuatkan diri.

3) Beriman kepada Qada' & Qadar

Semua yang berlaku sudah ditetapkan, tapi tetap bergantung pada usaha.

Kalau biasiswa bukan rezeki dia, mungkin ada hikmah yang lebih baik.

SOALAN 2

1) Syahadah sebagai kontrak dengan Allah

Membina jati diri seorang Muslim yang berteraskan tauhid : hidup bukan sekadar ikut nafsu, tapi ikut syariat.

Bukan sekadar lafaz, tapi komitmen untuk taat.

2) Syahadah membentuk worldview

Hidup dilihat sebagai ibadah, bukan hanya duniawi.

3) Kontrak sosial

Muslim mesti berakhlak, adil & amanah sebab dia sedar dia bawa nama Islam.

Melahirkan individu Muslim yang kuat identiti tapi mampu hidup dalam dunia moden dengan nilai Islam.

4) Materialisme

Syahadah mengajar kejayaan sebenar adalah iman & amal soleh.

Muslim boleh cari harta, tapi harta hanyalah alat, bukan matlamat.

5) Sekularisme

Muslim yang menghayati syahadah akan menolak idea "agama hanya di masjid."

Yakin Islam lengkap untuk semua aspek kehidupan.

Soalan 1
Pada pendapat saya, kegagalan pelajar tersebut untuk mendapatkan biasiswa yang diingininya walaupun sudah berusaha dan berdoa adalah sebuah ujian dan kehendak dari Allah yang dia perlu hadapi dengan penuh sabar dan redha. Hal ini kerana, Allah ingin melihat sejauh mana ketabahan dan iman pelajar tersebut dalam menghadapi ujian yang diberikan sama ada dia redha ataupun mempersoalkan ketentuan Allah. Oleh itu, pelajar tersebut perlu percaya dan yakin pada ketentuan Allah kerana Allah Maha Mengetahui tentang sesuatu perkara. Contohnya, pelajar tersebut mungkin akan menjadi bongkak dan lupa pada Allah apabila mendapat biasiswa yang diinginkannya. Dengan itu, pelajar perlulah mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadah dan bukannya semakin menjauh dari Allah apabila keinginan tidak dimakbulkanNya.

Soalan 2
Pada pandangan saya, pengucapan kalimah syahadah bukanlah paparan pada kad pengenalan sahaja tetapi sebuah kehidupan menyuluruh yang melibatkan aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan pemerintahan. Selain itu, penuh dengan tanggungjawab dalam membentuk diri menjadi umat islam yang taat pada syariah juga perintah Allah dan laranganNya. Apabila menghayati syahadah , kita faham bahawa umat islam diwajibkan menunaikan solat, mengeluarkan zakat bagi yang berkemampuan dan beramal kepada ajaran Nabi Muhammad SAW seperti berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Namun, penghayatan syahadah memerlukan seseorang beramal dengan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian dari segala aspek iaitu ekonomi, sosial dan pentadbiran. Dengan memahami syahadah secara mendalam, kita dapat menjalani kehidupan yang jujur dan penuh berkah. Walaupun begitu, terdapat ideologi-ideologi moden seperti sekularisme yang berpegang bahawa agama tidak perlu dicampurkan dalam kehidupan dunia. Sebagai contoh, Siti Zabedah Kasim nak memisahkan agama daripada pendidikan kerana dia berpendapat pengajian agama perlu diketepikan dan lebih memfokuskan kepada subjek Sains, Matematik dan pengajian bahasa. Walhal dengan ketiadaannya ajaran agama dalam pendidikan, para pelajar menjadi semakin biadap dan mengikuti gaya hidup bebas orang Barat. Sebagai Muslim, kita mestilah menolak ideologi sekularisme dengan lantang kerana ianya bercanggah dengan ajaran islam secara jelas.

Bukan itu sahaja, terdapat ideologi materialisme iaitu kebendaan sebagai ukuran kejayaan. Hal ini kerana, masyarakat menganggap harta dan pangkat itu kunci kebahagian seseorang. Contohnya, menilai seseorang dengan jumlah harta yang dimilikinya seperti jenama kenderaan, jenama baju dan saiz rumah yang diduduki. Jadi sebagai umat islam, kita perlu hidup dengan bersederhana agar tidak berlakunya riak dalam diri. Selain itu, memperbanyakkan amalan seperti bersedekah dan mengeluarkan zakat. Akhir sekali, tidak mengukur kebahagian seseorang itu dengan harta dan pangkat yang dimilikinya.