BATU BERSURAT TERENGGANU by anis malik

Tentang Batu Bersurat Terengganu
·         Bertarikh 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 Masihi

·         Ditulis dalam Bahasa Melayu, bertulisan Jawi

·         Ditemui oleh Sayid Husim bin Ghulam al-Bokhari

·         Ditemui di tebing Sungai Tara, Kampung Buluh di Kuala Berang

·         Bukti kedatangan Islam di negeri Terengganu pada 1303 sebelum Masihi

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Undang-undang Syariah Islam adalah undang-undang yang berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah. Batu bersurat Terengganu membuktikan bahawa undang-undang Islam telah diamalkan di negeri Terengganu pada 1303 sebelum Masihi.

Hal ini kerana, antara isi kandungan yang diukir pada batu tersebut mengandungi beberapa undang-undang Syariah. Tulisan pada batu ini ada menyebut bahawa Islam merupakan agama rasmi. Ia juga mengandungi hokum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat, dan balasan terhadap sesuatu kemungkaran. Selain itu, hukum hudud dan hukuman terhadap penzina juga dinyatakan.

Batu bersurat ini juga menerangkan uundang-undang seorang raja. Antara isi yang terpahat adalah mengenai peranan wakil raja iaitu Raja Mandalika dalam melaksanakan syariat Islam.

antara ciri-ciri undang-undang syariah Islam ialah ia mesti berpadukan kepada Al-Quran

Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara
Menurut para sejarawan, kedatangan Islam di Nusantara telah bermula sejak abad ke-13 masihi dan dibawa oleh pedagang Muslim dari negara Arab, India dan Cina. Penemuan batu bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 Masihi membuktikan bahawa Islam telah berkembang di Kawasan Nusantara, termasuklah Tanah Melayu.

Antara bukti yang diambil daripada batu bersurat yang menunjukkan bahawa Islam sudah bertapak di negeri Terengganu ialah penggunaan tulisan jawi, terpahatnya undang-undang Islam dan penggunaan Bahasa arab istilah “sharatan” yang merujuk kepada sekumpulan bintang.

Hubungan dan Jalinan Diplomatik dengan Negara Sekitar
Antara catatan yang boleh dijumpai dalam batu bersurat Terengganu adalah mengenai penggunaan emas, sistem hutang, harta denda dan unit sukatan. Ini menunjukkan bahawa aktiviti ekonomi iaitu aktiviti perdagangan telah berlaku dengan pesat di Terengganu pada zaman tersebut.

Di samping itu, teori yang dikemukan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi menyatakan bahawa penemuan batu bersurat membuktikan kedatangan Islam dari negera Cina. Mereka berpendapat bahawa pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy telah berpindah beramai-ramai ke Asia Tenggara pada 876 Masihi. Ini menunjukkan bahawa aktiviti perdagangan di negeri Terengganu pada ketika itu mempunyai hubung kait dengan pedagang dari negara Cina.

Selain itu, teori kedatangan Islam ke nusantara dikaitkan dengan penyebaran Islam oleh pedagang-pedagang dari Tanah Arab, India dan Cina. Telah jelas bahawa Islam telah bertapak di negeri Terengganu berdasarkan isi kandungan Batu Bersurat, maka boleh disimpulkan bahawa negeri Terengganu juga mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Arab dan India, yang membolehkan pedagang-pedagang ini berniaga sambil menyebarkan ajaran Islam.