Bola jaring PTEM 3 by 6 RAJIN 3

PENGENALAN BOLA JARING
Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai dan berasal daripada , bola keranjang . Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer , seorang peneraju dalam sukan wanita , bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat , Sri Lanka , dan United Kingdom . Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara . Permainan bola jaring bermula di sekolah-sekolah inggeris ( English Medium School ) dan diperkenalkan oleh guru-guru dagang dan mubaligh-mubaligh.

PERATURAN BOLA JARING 🏀
Peraturan Bola Jaring

1.3 Peraturan/Undang-Undang Asas Permainan Bola Jaring Setiap permainan mempunyai peraturan ataupun undang-undang yang perlu dipatuhi semasa bermain. Bola jaring juga mempunyai beberapa peraturan asas yang telah ditetapkan, iaitu:
1. Satu pasukan diwakili oleh 7 orang pemain semasa permainan.
2. Berlari dengan bola, mengelecek (memantul) bola dan menumbuk bola tidak dibenarkan.
3. Pemain hendaklah menghantar atau menjaring bola dalam masa 3 saat.

4. Jaringan hanya boleh dilakukan oleh penjaring GS dan penyerang GA sahaja.
5. Sesuatu bilangan itu tidak boleh melintasi 2 garisan gelanggang.

6. Bola yang melantun dari tiang jaring boleh disambut semula dan permainan diteruskan.
7. Lemparan ke dalam hanya dilakukan apabila diisyaratkan oleh pengadil.
8. 2 orang pengadil mengawasi permainan.
9. Jika pasukan kurang daripada 5 orang pemain, permainan tidak boleh
diteruskan
10. Pemain tengah yang akan membuat hantaran tengah untuk memulakan permainan mesti berdiri dalam bulatan tengah sebelum wisel berbunyi.

1.3.1 Penalti

Penalti akan dikenakan kepada pemain yang melanggar peraturan.
Terdapat dua jenis penalti, iaitu:

1) Lontaran percuma
2) Lontaran penalti
Lontaran Percuma
Jika pemain melakukan kesalahan yang kecil, pihak lawan akan menerima lontaran percuma. Antara kesalahan yang mengakibatkan lontaran percuma ialah:
a) Memegang bola
Pelepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan memegang bola selama tiga saat. Sekiranya melebihi tiga saat, wisel akan dibunyikan oleh pengadil. Ini menandakan pemain telah melanggar peraturan memegang
bola

b) Gerak kaki
Selepas menangkap bola, pemain hanya dibenarkan membuat satu langkah. Jika semasa menangkap bola kaki kanan berada di atas tanah.

PERTANDINGAN BOLA JARING
2. Tempoh masa pertandingan

Tempoh masa masa pertandingan bola jaring ialah selama 15 minit. Permainan suku pertama akan berlangsung selama 7 minit. Masa rehat selama seminit akan di berikan setelah permainan suku pertama selesai. AKhir sekali, permainan diteruskan dengan suku kedua selama 7 minit selepas waktu rehat.

PERTANDINGAN BOLA JARING
4. Tugas/peranan setiap pemain

GS=menjaring gol dan tidak bebas bergerak
GD= menjaga dan mengawal pergerakan GA daripada membuat jaringan
GK=menjaga GS dan menjaga kawasan jaring
WA=menyerang dan menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaring kepada GS dan GA
GA=Penjaring dan menerima lontaran tengah serta menjadi penyerang
WD=menghalang gerak geri dan hantaran kepada WA pasukan lawan
C=Penyerang dan pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan

VIDEO PERTANDINGAN BOLA JARING

TEKNIK BERMAIN
KEDUDUKAN

Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan). Setiap pemain perlu memakai “bib” menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang : pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap “offside”.

MENGHANTAR BOLA

Permainan bola jaring memerlukan kamu menghantar bola kepada pemain-pemain lain. Pasukan yang baik akan bermain dengan pantas melalui hantaran yang tepat. Antara panduan untuk membuat hantaran yang baik ialah :

1. Jangan panik ketika membuat hantaran. Kamu mempunyai tiga saat untuk mencari arah hantaran. Pilih jenis hantaran yang tepat. Hantaran secara tergesa-gesa mungkin menyebabkan pasukan kamu kehilangan bola. Kadangkala kesilapan kamu membuat hantaran akan menyebabkan pihak lawan menjaringkan gol.

2. Buat hantaran di hadapan rakan yang bergerak.

3. Mata hendaklah sentiasa mencari sasaran hantaran.

4. Gerak selangkah ke arah sasaran. Kemahiran ini membuatkan hantaran menjadi laju dan kuat. Beberapa jenis hantaran di dalam permainan bola jaring ialah hantaran dada, hantaran bahu, hantaran lantun, lob & hantaran sisi.

a) Hantaran Dada
Hantaran dada dilakukan dengan kedua-dua belah tangan. Bola akan bergerak dengan secara mendatar dan terus ke dada kawan kamu. Buka jari-jari tangan dan bengkokkan siku sambil membawa bola ke dada. Ambil satu langkah lajak ke arah sasaran. Tolak bola ke hadapan dengan meluruskan siku dan pergerakan tangan.

b) Hantaran Bahu
Hantaran bahu biasanya digunakan oleh pemain bola keranjang. Pegang bola pada ketinggian bahu manakala sebelah tangan lagi menyokong bahagian hadapan bola. Berdiri secara sisi ke arah sasaran. Sebaik sahaja kamu melangkah ke hadapan, tolak bola ke arah sasaran. Tingkatkan kemahiran hantaran ini dengan menggunakan tangan kanan dan kiri.

c) Hantaran Lantun
Hantaran lantun merupakan hantaran yang mengelirukan. Hantaran ini adalah tindakan untuk menghantar bola apabila pihak lawan terlalu dekat dengan kamu. Arahkan hantaran bola rendah ke tanah. Bola akan melantun ke tanah dan rakan kamu boleh menangkapnya dengan selamat.

d) Lob
Lob ialah hantaran bola yang melepasi kepala pihak lawan tetapi jatuh di tangan pasukan kamu. Kamu boleh membuat hantaran lob menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Pastikan hantaran itu mengatasi jangkauan tangan pemain lawan.

e) Hantaran Sisi
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. Hayun kedua-dua belah tangan yang memegang bola melintasi badan kamu.

GERAK KAKI

Kadangkala pemain menerima bola dengan mendarat sebelah kaki atau melompat untuk menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki. Dalam keadaan sedemikian pemain boleh melakukan salah satu dari dua perkara berikut:

i. Melangkah ke seberang arah dan putar kaki yang mendarat. Kaki yang diputar boleh diangkat, tetapi hendaklah menghantar atau menjaring sebelum kaki itu dijejakkan semula.

ii. Ambil langkah dan angkat kaki yang mendarat. Buat hantaran atau jaringan sebelum kaki itu dijejakkan semula.

Jika menerima bola ketika kedua-dua belah kaki berada di tanah atau menerima bola dengan kedua-dua belah kaki berada di udara, kamu mempunyai beberapa pilihan:

i. Melangkah dengan sebelah kaki ke sebarang arah. Kemudian boleh mengangkat kaki yang dibelakang tetapi pastikan bola dihantar atau dijaringkan sebelum kaki yang dibelakang dijejakkan semula.

ii. Pemain boleh melangkah dengan sebelah kaki ke sebarang arah dan memutar kaki belakang. Pemain juga boleh mengangkat kaki yang diputar. Sungguhpun begitu, pemain mesti menghantar atau menjaring sebelum kaki yang diputar dijejakkan semula.

MENJARING GOL

Pasukan yang paling banyak menjaring gol dianggap pemenang perlawanan. Ini bermakna pemain-pemain yang berperanan sebagai Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) perlu berkemampuan menjaringkan gol. Hanya kedua-dua pemain ini sahaja yang boleh menjaringkan dalam Bulatan Gol.

i. Berdiri dengan kaki dijarakkan seluas bahu. Hadapkan bahu dan kepala ke tiang gol.

ii.Letakkan bola di atas tangan menjaring dan naikkan tangan sehingga lurus. Bola dipegang oleh jari dan bukannya tapak tangan.

iii. Gunakan tangan yang sebelah lagi untuk menyokong bola.

iv. Untuk memulakan jaringan, buat lonjakan dengan membengkokkan lutut dan siku sedikit.

v. Luruskan kaki dan tolak tangan ke atas dan lepaskan bola pada paras melebihi ketinggian kepala.

vi. Tolak pergelangan tangan dengan cepat ke hadapan semasa melepaskan bola.

MENERIMA BOLA

Semasa menerima bola pastikan kamu mematuhi beberapa perkara. Mata kamu perlulah sentiasa memandang bola. Pegang bola dengan kemas. Sebaik-baik bola dapat ditangkap, fikirkan dengan tenang ke mana kamu hendak membuat hantaran.
Kamu  boleh menerima bola dengan baik jika berada pada tempat dan ketika yang tepat. Kadangkala kamu dikawal dengan rapi oleh pihak lawan. Dalam keadaan yang sedemikian kamu perlu bergerak dengan pantas mencari ruang kosong. Langkah ini mengelakkan pihak lawan merebut bola yang hendak kamu terima.

KEMAHIRAN BERPASUKAN

Bola jaring ialah permainan berpasukan. Sebagai pemain dalam pasukan kamu mestilah cuba bermain sebaik mungkin sepanjang masa. Semua kemahiran bermain bola jaring perlulah dipelajari dan dikuasai tanpa mengira kedudukan yang kamu mainkan.