MOHAMMAD KHAIRUL ASNAWI BIN ZULKIFLI by mohammad khairul asnawi bin zulkifli

PENGENALAN
1. Merupakan prinsip –prinsip asas yang menentukan bagaimana satu negeri itu diasaskan dan diperintahkan seperti yang termaktub dalam undang – undang, adat atau peraturan.
2. Merupakan sumber undang – undang tertinggi sesebuah negara untuk menyelaraskan pemerintahan.
3. Perlembagaan malaysia diasaskan kepada perlembagaan persekutuan tanah melayu.
4. Perlembagaan malaysia diasaskan kepada perlembagaan persekutuan tanah melayu.
5. Suruhanjaya ini memulakan tugas dalam bulan Jun 1956
6. Mereka telah menyiapkan laporan perlembagaan menjelang bulan Februari 1957.
7. Perlembagaan persekutuan mula dikuatkuasa pada 31 Ogos 1957 apabila tanah melayu dikenali sebagai persekutuan tanah melayu.
8. Mengandungi semua negeri – negeri melayu, pulau pinang dan melaka.

PERKEMBANGAN DAN PINDAAN
1. Perlembagaan bertulis mengalami perubahan atau boleh dipinda dari semasa ke semasa.
2. Pindaan perlembagaan dibuat kerana sikap, fahaman dan kehendak rakyat telah berubah.
3. Perubahan dan pindaan dilakukan dalam perlembagaan adalah berdasarkan beberapa perubahan yang berlaku di malaysia.
4. Peristiwa yang membawa kepada pindaan perlembagaan ialah tercetusnya tragedi berdarah 1969 yang membawa kepada soal kebebasan hak asasi serta kesetiaan kepada raja dan perlembagaan.
5. Pada tahun 1967 parlimen telah meluluskan akta meminda perkara 10 perlembagaan malaysia mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan rentetan dari peristiwa 13 mei 1969.
6. Terdapat empat perkara yang dilarang dalam perbincangan umum yang dianggap sensitif

i. Soal kewarganegaraan

ii. Kedudukan orang melayu/bumiputera

iii. Bahasa kebangsaan

iv. Kedaulatan raja-raja melayu
7. Perlembagaan malaysia sentiasa dikaji dari semasa ke semasa, dipinda, diubah mengikut kehendak kerajaan yang memerintah.
8. Kali terakhir pindaan perlembagaan semasa dewan rakyat bersidang pada ogos 1983.
9. Pada julai 1983, persidangan dewan rakyat telah meluluskan beberapa rang undang – undang serta diluluskan oleh dewan negara

LANGKAH-LANGKAH PIINDAAN PERLEMBAGAAN OLEH PARLIMEN
Langkah pertama
-Mendapat sokongan   majoriti biasa.
Langkah kedua

-Mendapat sokongan dua pertiga dalam bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua majlis dewan.
Langkah ketiga

-Sokongan dua pertiga bacaan kedua dan ketiga di kedua – dua majlis parlimen serta persetujuan majlis raja – raja.
Langkah keempat

-Persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga dewan parlimen dan kelulusan yang dipertua negeri sarawak dan sabah

TUJUAN PERLEMBAGAAN
1. Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara
- Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang harus dipatuhi untuk menentukan hala tuju sesebuah negara.
- Semangat patriotisme tidak wujud dikalangan rakyat yang tidak memikirkan serta mencintai negara.
- Semangat patriotisme tidak akan wujud jika mereka tidak menyumbang sesuatu kepada negara.
- Perlembagaan negara dapat mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan dihormati.
2. Sebagai rujukan
- Perlembagaan negara sebagai undang-undang tertinggi negara yang dijadikan sebagai sumber rujukan untuk menyelesaikan masalah.
- Masalah ketidakfahaman boleh diselesaikan dengan tenang berdasarkan undang-undang.
- Merupakan sumber rujukan utama dari sudut perundangan mengikut kesesuaian masalah yang berlaku.
3. Mewujudkan kestabilan negara
- Boleh dipinda tetapi tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
- Pemimpin negara boleh melakukan pindaan untuk menghasilkan keamanan sesebuah negara tanpa mengabaikan kemahuan rakyat.
4. Mengawal perjalanan kerajaan
- Segala tindakan pemimpin dapat diketahui/ dipastikan.
- Segala tindak-tanduk pemimpin mestilah berdasarkan perlembagaan yang telah dicatatkan dan tidak bertindak sesuka hati.
- Perlembagaan dapat menjamin agar pemimpin tidak berlaku curang atau penyalahgunaan kuasa.
5. Mengekalkan keamanan
- Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku selepas pilihanraya tidak akan menyebabkan sebarang kesan ke atas negara/ corak pemerintahan.
- Setiap pemimpin yang memerintah mestilah mempunyai tujuan dan misi yang sama bagi memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.
6. Menjamin keamanan sesebuah negara
- Rakyat akan mendapat jaminan undang-undang dan tidak akan ada unsur-unsur diskriminasi melalui perlembagaan.
- Pembahagian kuasa antara rakyat dengan pemerintah serta badan perundangan daripada melakukan penindasan dan salah guna kuasa.
- Tidak ada pihak yang mendapat keistimewaan dari segi undang-undang.
- Semua orang harus menghormati serta mematuhi perlembagaan dalam mewujudkan perpaduan.

JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN
1. Perlembagaan panjang dan pendek
*  Bergantung kepada berapa banyak perkara yang terkandung di dalam perlembagaan tersebut.
2. Perlembagaan bertulis dan tidak bertulis
* Perlembagaan bertulis terdapat dalam bentuk dokumen yang nyata seperti perlembagaan malaysia.
* Perlembagaan tidak bertulis merupakan peruntukan yang berselerak dalam akta-akta yang lain tetapi tidak dikodkan seperti united kingdom.
3. Perlembagaan berparlimen dan perlembagaan berpresiden
* Perlembagaan berparlimen mempunyai hubungan antara institusi perundangan dan institusi pemerintahan.
* Perlembagaan berpresiden adalah pengasingan kuasa yang jelas seperti yang diamalkan di amerika syarikat dan filipina.
4. Perlembagaan ketat(Rigid) dan perlembagaan longgar(Flexible)
* Perlembagaan ketat bermaksud sukar dipinda kerana memerlukan majoriti yang tinggi.
* Perlembagaan longgar adalah boleh dipinda hanya memerlukan majoriti yang kecil.
5. Perlembagaan bersekutu dan tidak bersekutu
* Perlembagaan bersekutu adalah kuasa pemerintahannya dibuat dengan cara pengagihan kuasa seperti membahagikan kuasa pemerintahan kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN
1. Kekal
~ Kestabilan untuk melaksanakan perkara – perkara yang menjadi kebiasaan umum atau tatacara yang lazim.
~ Rakyat mengetahui hak mereka dan boleh menggunakannya serta mengambil bahagian dalam pembangunan negara.
2. Unsur-unsur tanggungjawab
~ Pemerintah bertanggungjawab terhadap rakyat.
~ Rakyat berhak mengetahui segala perbelanjaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.
3. Pilihan raya
~ Rakyat boleh memilih wakil mereka dalam dewan parlimen.
~ Turut menggambarkan kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan rakyat.
4. Pembahagian kuasa
~ Memperuntukan kuasa secara jelas supaya tidak timbul pertindihan dan tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa.
~ Memainkan dua peranan penting iaitu pemerintah dan pembuat undang – undang.
~ Badan kehakiman menjadi badan yang melaksanakan undang – undang di parlimen.
5. Terbuka
~ Harus diumum perkara yang tidak dianggap sulit.
~ Perbincangan yang dijalankan di parlimen akan disebarkan melalui media massa kepada rakyat.

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
Empat unsur lama yang pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan kerajaan melayu lama yang dikekalkan  di dalam perlembagaan negara kita sehingga hari ini:-

- Pemerintahan Beraja

- Agama Islam

- Bahas.a Melayu

- Kedudukan hak istimewa orang Melayu

PERANAN UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
1. Menjadikan orang melayu setanding dengan kaum lain supaya tidak ketinggalan dan terpinggir di negara sendiri.
2. Mengimbangi kedudukan mereka yang hilang semasa penjajahan inggeris kerana orang melayu dipinggirkan dalam sektor ekonomi pedagangan sebaliknya membawa masuk orang bukan melayu.
3. Konsep raja berperlembagaan bertujuan mengekalkan ketuanan melayu sebagai penduduk pribumi yang sekian lama sebati dengan sistem beraja.
4. Raja adalah sebagai unsur penyatuan orang melayu dan penduduk malaysia supaya bersatu padu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi.