4N: Kefahaman 1 by SyaZam Kaisah Aqilah

Soalan 1
Hamdan adalah seorang lelaki yang kurang berpendirian.  Setujukah kamu dengan                pernyataan ini?    Berikan contoh-contoh bagi menyokong jawapan kamu.

TEKS KEFAHAMAN
Hamdan termenung di anjung rumahnya memerhatikan gelagat anak-anak kecil bermain bersama-sama. Terubat sedikit rindu kepada anaknya. Sudah dua tahun dia tidak bertemu dengan anak perempuannya.  Itulah satu-satu zuriatnya.     "Lina tahu abang rindu anak abang, bukan? Sampai bila abang hendak macam ini? Abang pergilah ke Singapura untuk berjumpa dengannya," sapa Lina kepada abangnya itu.     "Abang tidak boleh pergi. Abang sudah berjanji," Hamdan melepaskan satu keluhan panjang.  Memang benar dia masih terikat dengan janji yang dibuatnya dua tahun yang lepas.  Saat itu dia begitu terdesak.  Semua ini demi memastikan kebahagiaan anaknya.    "Buat apa engkau datang jumpa aku? Bukankah aku sudah melarang engkau jejakkan kaki ke sini?" soal bapa mertuanya itu.    "Sofia... Dia sakit... Kami memerlukan duit, Ayah. Jantung Sofia berlubang. Kami tidak mampu," jawab Hamdan tersekat-sekat.    "Baik, tetapi bersyarat," balas bapa mertuanya. Terdiam Hamdan mendengar syarat yang diberikan bapa mertuanya itu.  Tidak disangkanya begitu berat syarat yang diletakkan. Namun, demi anaknya, Hamdan rela menerima segala syarat itu. Dia menceraikan isterinya dengan talak satu. Sejak itu, Hamdan sudah tidak boleh berjumpa dengan anaknya lagi. Ada juga dia mencuri peluang menziarahi anaknya di hospital. Setelah dia pasti anaknya betul-betul sihat, barulah dia pergi meninggalkan Kota Singa itu demi janjinya kepada bapa mertuanya.    Dia sedar dia bukanlah menantu pilihan keluarga Tuan Borhan. Dia hanyalah seorang juruteknik muda di syarikat milik Tuan Borhan. Perkenalannya dengan Kamelia, anak tunggal Tuan Borhan itu, bermula ketika menjalani latihan amali di syarikat Tuan Borhan di Singapura.. Jodoh telah menyatukan mereka berdua. Walaupun pada awalnya ayah Kamelia menentang keras perkahwinan itu, ayahnya terpaksa bersetuju setelah didesak oleh Puan Azrina, ibu Kamelia, yang memahami kehendak Kamelia dan Hamdan. Selepas berkahwin, Kamelia dan Hamdan tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke rumah besar Tuan Borhan.   Lina faham perasaan abangnya. Seorang ayah yang merindui anaknya. Hidup abangnya teramat terseksa. Jelas terpancar kekesalan di wajah Hamdan.  Dia seharusnya berpendirian teguh dan berusaha sedaya upaya demi mempertahankan rumah tangga yang telah dibina. Hamdan binggung memikirkan langkah seterusnya namun dia tidak akan berdiam diri.  Sofia adalah segala-galanya buat Hamdan. Hamdan akan ke Singapura untuk bertemu dengan Kamelia.  Dia masih menyayangi isteri dan anaknya.  Belum terlambat baginya untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukannya.  Syarikat kejuruteraan  yang ditubuhkan dua tahun yang lalu telah menunjukkan potensi yang amat memberangsangkan. Dia yakin sekarang dia mampu membina semula rumah tangga yang musnah suatu masa dahulu. Hamdan akan memperjuangkan nasib keluarganya sehingga titisan darah yang terakhir.  Kamelia dan Sofia adalah segala-galanya buat Hamdan.

SOALAN 3
Harta dan kedudukan bukan penjamin kebahagiaan.  Setujukah kamu dengan                              pernyataan ini. Jelaskan.                                                               .

SOALAN 2
Pada pendapat kamu adakah tindakan Hamdan untuk pergi ke Singapura suatu langkah yang bijak?  Jelaskan.

S1: Cikgu Sya - semua pelajar yang setuju
Soalan 1 menanya jika Hamdan ini bukan seorang yang boleh mempertahankan hak sendiri dan membuat keputusan sendiri demi dirinya dan keluarganya. Ramai yang menyentuh tentang Hamdan HARUS MENCERAIKAN isterinya. Persoalannya ialah: bagaimanakah tindakan Hamdan ini membuktikan yang dia mempunyai pendirian yang tinggi?

S1: Cikgu Sya - semua yang setuju
Ramai yang menyatakan bahawa walaupun sudah dua tahun dia tidak berjumpa dnegan anak dan bekas isterinya dan dia berasa amat rindu terhadap mereka, dia sanggup menderita sendirian.                                 Persoalannya: Bagaimanakah sikapnya ini dapat membuktikan bahawa dia seorang yang berpendirian tinggi?

S2: Cikgu Sya- Akid

SKEMA JAWAPAN
Sila semak jawapan kamu.