PERPADUAN by Syafiqah Afefah Mohd Redzal

I : aktiviti kemasyarakatan (gotong-royong)

M : semua kaum akan berkumpul

B  : melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama

A  : wujudkan perasaan kebergantungan antara satu sama lain

K  : pupuk semangat kerjasama antara kaum
- saling membantu dalam sesuatu pekerjaan

U  : bagai aur dengan tebing
- bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

P  : perlu libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
- bentuk masyarakat bersatu padu
- negara akan maju kerana wujud persefahaman &  kerjasama yang utuh antara rakyat

Pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi
- Menyebabkan diskriminasi
- Taraf ekonomi dan taraf hidup yang berbeza

Pendapat politik yang berbeza
- Mengutamakan kepentingan sah kaum masing-masing
- Meyebabkan pergaduhan
- Pembentukan parti-parti radikal seperti PKM

Perbezaan kepercayaan dan amalan budaya
- Sesetengah manusia yang tidak memahami sikap toleransi akan mengeluarkan pendapat bahawa kepercayaan dan amalan budaya yang lain daripada yang diamalkan olehnya merupakan perkara yang aneh dan tidak patut diamalkan
- Mencaci dan mengutuk kepercayaan dan amalan budaya kaum lain

(still editing for points)
Contoh Karangan : Faktor Dan Kesan Peristiwa 13 Mei

Hari ini kita melihat masyarakat di Malaysia hidup dalam keadaan aman damai dari Utara Tanah Air hinggalah ke Selatan Tanah Air, dari Pantai Barat Malaysia mengunjur ke Timur Malaysia. Walau bagaimanapun kita mempunyai sejarah berdarah yang melibatkan 2 kaum uatama di Malaysia iaitu 13 Mei. 13 Mei 1969 merupakan peristiwa pergaduhan antara 2 kaum utama Negara iaitu kaum Melayu sebagai kaum yang telah bertuan di Tanah Melayu sejak berkurun lamanya dan kaum Cina, kaum yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sejak zaman kolonial British atas faktor buruh dan juga faktor perdagangan. Peristiwa ini lebih memfokuskan kepada dua kaum ini kerana secara amnya  Kaum Melayu memperjuangkan hak ketuanannya manakala kaum Cina meraikaan kekuasaan politik mereka.

Faktor utama yang menjadikan Peristiwa 13 Mei sebagai peristiwa hitam dalam sejarah Negara ialah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Ini telah mencetuskan kemarahan orang Melayu dan juga memberi tanda kepada orang Cina bahawa mereka boleh mempunyai hak sama rata seperti kaum Melayu. Memandangkan sistem pendidikan pada ketika itu mengunakan sistem  vernakular dan informasi yang boleh diperoleh sangat terhad. Maka, orang Cina tidak memahami konsep yang digunapakai di Tanah Melayu ketika itu. Mereka tidak dapat menerima keadaan di mana mereka mempunyai kuasa ekonomi manakala orang Melayu adalah tuan kepada Tanah Melayu. Maka sebagai tuan tanah orang Melayu berhak mempunyai peraturan dan perkara-perkara yang dikalsifikasaikan sebagai hak yang tidak patut diusik oleh orang selain tuan tanah. Ada segelintir masyarakat Cina yang mengiktiraf ketuanan Melayu tetapi pedirian mereka digoncang oleh ahli politik mereka. Maka sehingga kini masyarakat Cina akan tetap memperjuangkan kepentingan Cina tidak kira pegangan politik mereka kerana Peristiwa 13 Mei telah membuktikan mereka mampu berkuasa jika mereka usahakan sehabis daya. Walau bagaimanapun, 13 Mei juga membuktikan orang Melayu tetap akan mempertahankan Malaysia sebagai tanah tumpah darah mereka.

Selain itu dasar pecah dan perintah British semasa Zaman Penjajahan British telah memecahkan perpaduan kaum antara 3 kaum utama yang mendiami Tanah Melayu. Dasar ini juga telah mewujudkan jurang ekonomi dan juga menyumbang kepada jurang pendidikan kerana kehidupan setiap kaum diasingkan mengikut kegiatan ekonomi. Kaum Cina telah bertapak di kawasan bandar untuk menjayakan ekonomi Tanah Melayu dan juga lombong bijih timah untuk menyedut kekayaan Tanah Melayu demi kpentingan British. Manakala masyarakat Melayu dibiarkan dengan ekonomi sara diri seperti peribahasa Melayu, ‘kais pagi makan pagi, kais petang akan petang’. Ekonomi orang Melayu berskala kecil dan pengeluaran sumber ekonomi mereka seperti kebun dan sebagainya tidak begitu meluas untuk membolehkan mereka memegang ekonomi Tanah Melayu. Pihak British tidak menggalakan perkembangan ekonomi orang Melayu kerana mereka ingin mengekalkan keadaan orang Melayu sedia ada. Maka dengan ini telah memberi impak kepada masyarakat Tanah Melayu pasca Merdeka dengan perbezaan status sosio ekonomi antara kaum.

Tambahan pula, ekonomi dan pendidikan sangat berkait rapat. Bila mana terdapatnya pergerakan yang difaktorkan oleh faktor ekonomi maka pendidikan akan berkembang kerana kebanyakan orang yang berniaga akan merantau. Maka disebabkan orang Cina memegang kuasa ekonomi maka mereka juga mempunyai kelebihan dalam bidang pendidikan juga. Mereka merupakan kaum awal yang memonopoli pendidikan di Sekolah Inggeris. Kebanyakan anak-anak Melayu bersekolah di Sekolah Melayu di mana tahap pembelajaran mereka hanya setakat di peringkat rendah. Ini dengan jelas menunjukkan masyarakat Melayu ketika itu ketinggalan daripada arus perkembangan pendidikan. Apabila tercetusnya 13 Mei faktor-faktor seperti ini menjadikan kemarahan orang Melayu menjadi-jadi kerana mereka menganggap kaum Cina tidak mengenang budi dan tamak kerana mereka telah dapat lebih banyak daripada kaum Melayu. Sedangkan mereka merupakan imigran dan kaum Melayu merupakan tuan tanah.

Selain daripada itu, faktor kegagalan pihak tentera diberitahu mengenai kekacauan ini juga menyumbang kepada kegagalan sistem keselamatan negara yang mencebabakan pertumpahan darah selama beberapa hari bermula 13 Mei  1969 hinggalah Darurat diisytiharkan 16 Mei 1969. Sebelum 13 Mei 1969, telah wujud khabar-khabar angin mengatakan mengenai kekacauan yang akan berlaku. Tetapi akibat sikap ambil mudah pihak yang berwajib, mereka tidak memaklumkan kepada pihak tentera pada ketika itu. Maka kegagalan pihak tentera menerima maklumat mengenai khabar angin itu menyebabkan kegiatan risikan tidak dijalankan oleh pihak tetera yang pada ketika itu menjalankan tugas sekunder mereka. Tugas sekunder tentera pada lewat tahun 6o-an ialaha menjaga ketenteraman awam dalam menagani masalah Parti Komunis Malaya (PKM)

Implikasi pertama Peristiwa 13 Mei ialah pengisytiharan darurat. Berikutan rusuhan yang belaku pada 13 Mei di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 16 Mei 1969, Darurat telah diisytharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong  di bawah Ordinan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149. Apabila berkuatkuasanya Ordinan Darurat maka Parlimen dibubarkan. Negara diletakkan dibawah pemerintahan penuh YDPA yang mengetuai turus angkatan tentera. Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana ,  Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD.

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan pada 17 Mei 1969 dan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. MAGERAN dibentuk bertujuan diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat. Antara tugas-tugas utama MAGERAN adalah mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.

MAGERAN telah mewujudkan Rukun Negara sebagai  ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Rukunegara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik. Sejak kemerdekaan lagi, seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak istimewa semua kumpulan etnik dan Rukunegara sebagai panduan kita dalam pembinaan bangsa. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukunegara jelas merupakan kunci kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk memelihara dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Berikutan jurang perbezaan sosio ekonomi antara kaum Melayu dan Cina serta kaum India kerajaan dan tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1060, kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang dibentuk menerusi MAGERAN. DEB bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara semua kaum yang mendiami Malaysia serta mencapai keharmonian kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. DEB juga bertujuan mengurangkan  perbezaan  ekonomi,  sosial,  kebudayaan,  penempatan dan sebagainya.

Cabaran pertama adalah dari segi politik negara. Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain, ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang. Politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan bagi mana-mana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini. Sekiranya rakyat dan para pemimpin negara dapat mengatasi cabaran ini, pasti perpaduan kaum antara masyarakat dalam negara akan menjadi lebih erat.

Di samping itu, dominisasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi juga telah mewujudkan jurang ekonomi antara perkauman. Cabaran ini telah pun timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana kaum Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum India diletakkan di ladang getah dan kaum Cina bekerja sebagai pedagang dan melakukan perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan di mana setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu berjaya sekiranya berusaha dengan betul. Namun begitu, akibat dasar penjajah dahulu, kesannya masih dapat dilihat sampailah sekarang dimana sektor perniagaan masih didominisasi oleh kaum Cina dan kebanyakan orang India masih tinggal di ladang. Rentetan senario ini telah menyebabkan interaksi sosial di antara mereka terbatas. Kesannya, perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum dan menyukarkan proses perpaduan.

Cabaran seterusnya adalah dari segi sosial golongan muda dimana sistem pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan kesan yang kurang baik. Pengenalan sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan masyarakat semakin renggang. Mutakhir ini, masih ramai rakyat yang merupakan warganegara Malaysia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan iaiatu Bahasa Melayu. Bahasa merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, sekiranya kita tidak fasih untuk berbahasa, bagaimana untuk kita berkomunikasi dan memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan kita. Jika masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan, persefahaman dan toleransi antara satu sama lain. Pada hemat saya, mewujudkan satu sahaja aliran dalam sistem pendidikan negara serta penekanan tehadap penggunaan bahasa kebangsaan dapat menyelesaikan masalah perpaduan kaum yang semakin membelenggu masyarakat hari ini. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pada masa yang sama, ledakan teknologi hari ini juga merupakan cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum. Kemudahan media massa dan sosial yang semakin pantas dalam menyampaikan sesuatu teks atau video telah menunjukkan sisi negatifnya. Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin menular terutama apabila isu tersebut menyentuh sensitivi perkauman atau agama. Setiap individu sewajarnya bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan atau berkongsi sesuatu perkara yang sensitif dan mungkin tidak sahih. Netizen perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum memberi reaksi terhadap perkara yang menyentuh tentang perkauman dan agama. Pihak berkuasa wajar menguatkuasakan undang-undang kepada pelaku yang mencetuskan isu atau sesuatu perkara yang mampu menggolakkan perpaduan antara kaum. Ahli masyarakat juga bertanggungjawab menjadi mata-mata pihak berkuasa dimana jika ternampak sesuatu perkara yang akan menimbulkan kemarahan sesebuah kaum atau penganut agama, wajar untuk kita laporkan kepada pihak polis. Intihannya, penggunaan teknologi seperti media sosial sepatutnya menjadi perkara yang positif dalam kehidupan harian kita sebaliknya, penularan isu-isu yang menyentuh perpaduan kaum menjadi bahan perbualan masyarakat hari ini.