Perkembangan Tafsir Bil Al-Mathur. by PI1 Nur Asirah Binti Aziz

Sejarah Perkembangan Tafsir
Al-Qur‟an turun membawa hukum-hukum dan syariat secara beransur-ansur menurut konteks peristiwa dan kejadian selama kurun waktu dua puluh tahun lebih. Namun hukum-hukum dan syariat ini ada yang tidak dapat dilaksanakan sebelum arti, maksud dan inti persoalannya dimengerti dan difahami. Pada saat al-Qur‟an diturunkan, Rosululloh Saw. menjelaskan kepada para sahabat tentang arti dan kandungan ayat yang samar artinya. Keadaan ini berlangsung sampai dengan wafatnya Rosul Saw. Jika pada masa Rosul Saw. para sahabat bisa langsung menanyakan kepadanya, tetapi setelah beliau wafat mau tidak mau mereka harus melakukan ijtihad, padahal masih banyak ayat al-Qur‟an yang belum diketahui tafsirannya. Di samping itu, para sahabat juga ada yang menanyakan tentang sejarah nabinabi atau kisah-kisah yang tercantum dalam al-Qur‟an kepada para tokoh ahlul kitab yang telah memeluk agama Islam. Dari sini lahirlah benih-benih israiliyat. Di samping itu, para sahabat juga mempunyai murid-murid dari kalangan tabi‟in, sehingga lahirlah tokoh-tokoh tafsir baru dari kalangan tabi‟in, seperti Sa‟id bin Zubair, Ka‟ab Al-Ahbar, Zaid bin Aslam, Hasan Al-Bashri dan lain-lain.

Gabungan dari tiga sumber di atas, iaitu penafsiran Rasul Saw., penafsiran para sahabat, serta penafsiran tabi‟in, disebut tafsir bil ma‟tsur. Masa ini disebut dengan periode pertama dalam perkembangan tafsir. Berlakunya periode pertama tersebut dengan berakhirnya masa tabi‟in, sekitar tahun 150 H, merupakan periode kedua dari sejarah perkembangan tafsir. Pada periode ini, hadis-hadis telah beredar dengan sangat pesat, dan juga mulai bermunculan hadist-hadist palsu dan lemah di kalangan masyarakat. Sementara itu, perubahan sosial semakin menonjol dan timbullah persoalan yang belum pernah terjadi pada masa nabi, sahabat dan tabi‟in.

Perkembangan Tafsir bi al;Mathur
Perkembangan Tafsir bi al;Mathur terbahagi kepada lima peringkat:
Pertama: Secara Lisan atau periwayatan. [ Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah
Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau para sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh dipercayai, diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan. (Pengantar Usul Tafsir]

Pada waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti khulafa’ al-Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah r.anhum. Keadaan ini berterusan sehingga zaman permulaan tabiin yang mana mereka menerima secara lisan dari sahabat. Pada zaman ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin Kaab di Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah.
Kedua: Secara penulisan bersama dengan hadith.
Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayat-rowayat tersebut dicatit. Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir dalam sohih al-Bukhari.
Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-2 Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasi. Golongan tabiin dan tabi’ tabiin telah mencatat riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu’ atau mauquf pada sahabat atau kata-kata tabiin yang utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini ditulis dengan sanad bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh , aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini munculnya Mujahid(m104H), Said bin Jubayr(m95H), Qatadah(m118H) yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas, Muhammad bin Kaab(m120H), Zaid bin Aslam(m136H) yang mencatat tafsiran Ubay bin Kaab dan Hasan al-Basri(m110H) dan Masruq bin al-Ajda’(m63H) yang mencatat tafsiran Abdullah bin Mas’ud.

Ketiga: Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad terasing dari hadith
Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara berasingan dari hadith. Penulisan ini berlaku pada zaman Atba’ al-Tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah. Antara tafsir yang dibukukan pada tempoh ini ialah:
(a) Sahifah Ali bin Abi Talhah(m143H) yang mencatat riwayat Ibn Abbas.
(b) Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri(m161H)
(c) Tafsir Sufyan bin Uyahnah(m198H)
(d)Tafsir Abd al-Razzaq bin Hammam al-San’ani(m211H)
(e)Tafsir Abd bin Humayd(m249H)
(f)Tafsir Ishaq bin Rahawayh(m238H)
(g)Tafsir al-Nasai(m303H)

Keempat: Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang bersambung
Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari hadith. Para mufassirin sepanjang tempoh ini berusaha mengumpulkan riwayat yang ma’thurat dalam tafsir dari hadith-hadith, kata-kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin.
Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut susunan mushaf dengan menyebut riwayat-riwayat dan pandangan-pandangan yang ma’thur bagi setiap ayat.
Antara tafsir yang dibukukan pada peringkat ini ialah Tafsir Ibnu Majah(m273H), Tafsir Imam Ibnu Jarir al-Tabari(m310H), Tafsir Abu Bakar bin al-Mundhir al-Naysaburi(m318H), Tafsir Ibn Abi Hatim al-Razi(m327H), Tafsir Ibn Hibban(m369H), Tafsir al-Hakim(m405H), dan tafsir Abu Bakar bin Mardawayh(m410H).

Kelima: Pengguguran Sanad dari tafsir bil Ma’thur
Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn al-Mundhir dan Ibn Mardawayh. Pada peringkat para pentafsir menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir dengan tujuan memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat tanpa mengambil kira riwayat yang sohih dan daif. Oleh kerana riwayat-riwayat tersebut ditulis tanpa sanad maka sukar sekali untuk menilai riwayat tersebut dan membezakan antara riwayat yang sohih dan daif. Para pentafsir pada peringkat ini menyebut pelbagai pandangan yang ma’thur dari sahabat atau tabiin atau tabi;tabiin sehinggakan ada diantara riwayat tersebut bertentangan antara satu sama lain.
Antara tafsir yang menjadi contoh kepada peringkat ini ialah tafsir Bahr al-Ulum oleh al-Samarqandi, al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir Al-Quran karya Abu Ishaq al-Tha’labi, Tafsir Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan, Al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur hasil tangan al-Sayuti , Tafsir al-Quran al-Azim hasil garapan Ibn Kathir al-Dimashqi dan Fath al-Qadir tinggalan al-Shawkani.