Elly dan Zainuddin (buah) by Ellyhwong

Pendahuluan
Negara Malaysia terkenal kerana mempunyai buah-buahan tempatan yang tersendiri.Buah tempatan ini ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita.Sebagai contoh buah-buahan tempatan ialah durian,rambutan,langsat,nangka,manggis dan banyak lagi.Buah-buahan tempatan di negara kita juga mendapat sambutan dari negara lain untuk dieksport ke luar negara seperti negara United Kingdom dan harganya mampu mencecah ratusan ringgit kerana buah seperti ini hanya terdapat di 3 negara iaitu Malaysia,Indonesia dan Thailand.Rakyat Malaysia digalakkan untuk mempromosikan lagi buah-buahan tempatan kita ke negara luar untuk membantu memantapkan lagi ekonomi negara kita dari segi bidang pertanian.Terdapat beberapa kebaikan buah-buahan tempatan.

Isi 2
Selain mudah didapati, buah-buahan tempatan juga dijual dengan harga yang murah di pasaran berbanding buah-buahan yang diimport. Hal ini kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan. Misalnya, pekebun akan memetik buah lalu menjualnya ke pasar yang berdekatan tanpa membayar kos pengangkutan yang tinggi. Dengan ini, komuniti Malaysia dapat mengamalkan sifat berjimat cermat dengan adanya buah-buahan tempatan yang berkos rendah.

isi 1
Buah-buahan tempatan seperti durian,langsat,manggis dan lain- lain mudah didapati terutamanya pada musim buah dan tidak seperti di United Kingdom hanya terdapat di pasaraya dan juga kuantiti yang terhad.Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan mudah didapati di mana-mana sahaja ketika musim buah dan kuantiti yang sangat banyak.Hal ini juga akan dapat membantu para petani meningkatkan pendapatan mereka secara tidak langsung meningkatkan ekonomi negara juga.Bak kata pepatah sambil menyelam minum air.

Isi 3
Buah-buahan tempatan juga segar dan berkhasiat kerana ianya terus dipasarkan selepas dipetik. Buah-buahan tempatan mempunyai kandungan khasiat yang setanding dengan buah-buahan yang diimport. Sebagai contoh, buah jambu batu mempunyai vitamin C dan buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan. Oleh itu, dengan memakan buah-buahan tempatan, kesihatan kita akan terjamin dengan adanya khasiat untuk pertumbuhan badan kita dan kesegarannya yang memikat hati.

Penutup
Secara konotosinya, tidak dapat dinafikan bahawa buah-buahan tempatan mempunyai banyak kemaslahatan untuk diri kita. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bangga dengan negara kita yang mempunyai berbagai-bagai jenis buah berbanding dengan negara yang lain.