SK Seri Al Ulum Rasmi by SK Seri Al Ulum

Bacaan Yassin Pagi
Ahad
28 November 2021
7.00-7.30 pagi
Pengisian :
1. Bacaan Surah Yasin
2. Tazkirah ringkas mengenai bacaan niat solat fardu 5 waktu secara sendirian, makmum dan imam.
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam SKSAU
Tindakan : Guru Pendidikan Islam SKSAU

PLC bersama GB
Khamis
25 Nov 2021
9.00 pagi
PLC demi PLC,  perbincangan demi perbincangan, formal atau tidak formal, sentiasa berlaku untuk merealisasikan TS25 di SKSAU.
Tahniah barisan pentadbir dan guru pelaksana.

Kunjung Bantu 24/11/2021
📚 CG NOZIHA BINTI AHMAD
SISC+ BAHASA merangkap rakan pembimbing TS25

📚 CG NOROLNISA BINTI PONIRAN
PPPD PENDIDIKAN ISLAM (PEMBELAJARAN) merangkap mediator sekolah

Sejarah Penubuhan SKSAU
Sekolah Kebangsaan Seri Al-Ulum adalah sebuah sekolah kebangsaan luar bandar yang terletak di Zon Benut dalam Daerah Pontian. Sekolah ini terletak di Kampung Parit Marjunit, Benut yang jauhnya dari Bandar Pontian kira-kira 25 kilometer.

Sekolah ini didirikan pada 01.10.1950 oleh orang-orang kampung dengan belanja RM 4,200 di tapak bangunan seluas 1E 1R 27P yang dibeli dengan harga RM 1,000. Sekolah dan rumah guru berukuran 80 kaki x 24 kaki.

Antara pengasas penubuhan sekolah ini ialah:

Tuan Hj. Abd. Ghani bin Safar

Tuan Hj. Abd. Kadir bin Karsidin

3.    Tuan Hj. Sapari bin A. Aziz

4.    Tuan Hj. Abd. Rahman bin Hj. Anuar

5.    Tuan Hj. Supar bin Hj. Sukaiman

6.    Tuan Hj. Noor bin Maon

7.    Tuan Hj. Abdullah bin Marjunit

Pada 16.10.1951, sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Besar Johor, Tuan Syed Abdul Kadir bin Muhammad.

Pada 21.10.1951, sekolah ini telah memulakan sesi persekolahan dengan 2 orang guru dan 84 orang murid.

Pada 02.10.1956, sekolah ini siap dibina semula dengan belanja RM 5,000 daripada orang-orang kampung dan RM 5,000 peruntukan kerajaan dan telah dirasmikan oleh En. Abdul Aziz, Pegawai Daerah Pontian. Pada masa itu sekolah telah mempunyai 5 orang guru dan 134 orang murid.

Pada tahun 1965, Sekolah Kebangsaan Seri Al-Ulum (cawangan) didirikan di tapak wakaf Tuan Hj. Omar bin Kasnawi yang terletak di Kampung Parit Osman, Benut seluas 1E 3R 18P yang jarak jauhnya dari sekolah pusat kira-kira 5.6 kilometer tetapi telah ditutup pada 1973 atas arahan Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana bilangan murid semakin berkurangan.

Pada tahun 1966, sekolah ini telah menerima peruntukan kerajaan sebanyak   RM 50,000 bagi membina 6 bilik darjah dan sebuah kantin (JKR 1370) bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur.

Pada tahun 1966, sekolah telah menerima peruntukan kerajaan sebanyak RM 20,000 bagi membina 3 bilik darjah tambahan (JKR 1410) bagi menampung pertambahan murid.

Pada 26.03.1974, pendaftaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini telah diluluskan penubuhannya.

Pada 20.04.1997, bangunan sekolah yang ada telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato’ Hj. Othman bin Saat. Turut hadir dalam perasmian tersebut ialah Pengarah Pelajaran Johor, Dato’ Idris bin Ta’in.

Pada 27.12.1983, sekolah telah mendapat bekalan elektrik dengan belanja sebanyak RM 15,000.

Pada 14.05.1984, sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM 5,000 bagi menyediakan bekalan air paip.

Pada 30.03.1991, sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM 50,000 bagi membina 4 bilik darjah secara bergotong-royong.

Pada 21.11.1991, sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM 32,000 bagi membina bangunan 7 unit bilik air guru dan murid.

Pada tahun 1992, sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah dalam daerah Pontian yang dipilih memulakan kelas pra sekolah.

Pada tahun 1992, sekolah telah mendapat peruntukan bagi membina satu blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah, 1 bilik kemahiran hidup dan telah siap dibina pada tahun 1995.

Pada tahun 2001, sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM 120,000 bagi membina makmal komputer beserta 20 buah komputer. Bangunan tersebut siap pada pertengahan bulan Mac 2002.

SEJARAH NAMA SEKOLAH

Nama sekolah ini adalah Sekolah Kebangsaan Seri Al-Ulum yang mana nama tersebut diambil daripada bahasa Arab iaitu ”Ulum” bermakna gedung ilmu.

Pemantauan PdPc 24/11/2021
24 NOVEMBER 2021
RABU 9.00-10.00 PAGI
TAHUN 1
SIVIK (P.ISLAM)
PEMANTAUAN PDPC SIVIK DALAM PENDIDIKAN SIVIK OLEH PPD USTAZAH NORUL NISSA BT PONIRAN

Apa itu TS25?
TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;

Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan

Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.

Komitmen komuniti yang padu

Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah.

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan cadangan pelaksanaan TS25 KPM. Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;

Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;

Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan

Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Matlamat dan Teras TS25

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;

Memantapkan kepimpinan sekolah

Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran

Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid

Matalamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;

Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna

Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan

Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi

Komitmen komuniti yang padu.