Cara menjaga kesihatan diri by 初一14(37)邱劲恒 KIEW JING HEN

Tidak minum arak dan merokok
Alkohol dan rokok merupakan dua jenis bahan yang boleh menyebabkan ketagihan serta menjejaskan kesihatan. Kombinasi keduanya? Tentulah lebih buruk. Di Malaysia, alkohol bukanlah satu ketagihan yang popular, namun ianya tetap wujud. Bagi tabiat rokok pula, walaupun telah banyak kajian telah membuktikan keburukannya kepada kesihatan tubuh badan manusia, namun masih ramai yang enggan dan sukar untuk meninggalkannya. Inilah kesan ketagihan.Merokok hanya memberi kesan yang buruk kepada kesihatan kita. Pada zaman ini, seluruh dunia sudah semakin mengambil berat tentang isu merokok. Didikan tentang bahaya rokok sudah bermula sejak bangkui sekolah.

Minum air yang banyak
Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kita tidak menitikberatkan pengambilan air yang secukupnya dalam kehidupan seharian dan lebih gemar minuman bergula yang boleh meningkatkan kalori dalam badan.

Setiap hari, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air secara purata yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbang kesihatan tubuh badan.

Oleh itu, kita perlu tahu akan kepentingan pengambilan air yang mencukupi agar tubuh kita kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat.

Tidur malam yang mencukupi membuatkan kita berasa lebih segar. Apabila mendapat tidur yang mencukupi, kita akan bangun dengan rasa lebih segar, lebih peka dan lebih gembira

Bersarapan
Sarapan adalah sajian awal perlu diambil setiap hari. Pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah.

Sajian ini membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Ramai tidak menyedari kepentingan sarapan kepada kesihatan. Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.

Kaitan sarapan dengan kesihatan badan tidak dapat dinafikan kepentingannya.

Bersukan yang cukup
Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja. aedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental.

Bangun pagi-pagi
Ada sesuatu yang mengecewakan tentang bangun lebih awal dari yang diperlukan. Ia mungkin lebih baik untuk tidur dalam dan keluar dari tidur pada waktu awal pagi, tetapi ia sangat menjejaskan jika anda tidak dapat tidur semula. Apa yang boleh menyebabkan seseorang bangun sebelum jam penggera dimatikan? Terdapat keadaan tertentu, termasuk bilangan tidur yang nyenyak dan gangguan mood, yang mungkin menyebabkan terjadinya pembangkitan pagi kronik.

Dengan memahami sebab-sebab yang berpotensi ini, anda mungkin dapat mencari rawatan yang akan membuatkan anda tidur sehingga masa bangun yang anda inginkan.