AKTIVITI 4.1 BATU BERSURAT TERENGGANU by Yingjie Loo

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Dalam Batu Bersurat Terengganu tercatat beberapa keterangan yang utama, merangkumi pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Perundangan Islam telah bertapak lebih daripada seratus tahun sebelumnya. Terdapat keterangan tentang Allah dan Rasul, terbukti bahawa sistem perundangan Islam merupakan gabungan antara undang-undang adat dan Islam. Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang mu’amalat – tentang hutang piutang, undang-undang keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan hukuman bagi kesalahan zina. Namun begitu, sebahagian besar keterangan ini kurang lengkap dan agak kabur kerana kehilangan sebahagian besar serpihan batunya

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Di alam nusantara pula, hubungan antarabangsa dalam bentuk hubungan antrabangsa tradisional ialah urusan perdagangan dan politik yang telah dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab memeteraikan persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Ajaran Islam disebarkan ke Nusantara melalui tiga cara. Yang pertama penyebaran Islam melalui perdagangan. Pedagang dari Arab, Teluk Persia, India, Selat Melaka dan Kepulauan Indonesia yang merupakan Muslim selalu didampingi oleh para guru pengembara. Mereka berperanan sebagai juru dakwah yang memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat tempatan. Yang kedua, penyebaran Islam melalui perkahwinan dan hubungan sosial. Pedagang Islam dari luar negara berkahwin dengan wanita tempatan dapat menyebarkan agama Islam dengan berkesan. Yang ketiga, penyebaran Islam melalui para wali. Terdapat 9 orang para Wali yang dikenali sebagai Wali Songo. Mereka mempunyai pengaruh yang amat luas di Nusantara.