Aktiviti 4.1 by Nabilah Norlizan

Batu Bersurat Terengganu
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887 dan ada berpendapat 1899.

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.

Hubung Kait Dengan Undang-undang Syariah Islam
Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Sejarah Perkembangan Islam Di Nusantara
Penemuan batu bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Sejaraj masuknya Islam ke Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran iaitu para pedagang muslim Gurajat, Arab dan Persia membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara. Pada awal abad ke 13, wujud perkampungan masyarakat Muslim dipersisiran samudra, kurang dari 15km dari lhoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh, yang meninggal pada 696H/1297 masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah

Hubungan dan Jalinan Diplomatik Dengan Negara Sekitar
Hubungan perdagangan dan diplomatik yang terjalin antara Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan luar negara yang pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dengan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut bahawa Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri berhampiran. Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini iaitu Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.