LANGKAH MENANGANI PENYAKIT BERJANGKIT by Mecca Hj Yacob

KUMPULAN 1
IBU BAPA

Sebagai pembuka tirai, terdapat banyak penyakit berjangkit telah mengakibatkan kita jatuh sakit dan juga mati. Sebagai contohnya penyakit hawar, covid-19, Ibola,SARS dan banyak sekali.Pada hal ini,ibu bapa memainkan peranan yang dominen dalam cara -cara untuk mencegahkan penyakit berjangkit.Oleh itu, ibu bapa mestilah memikul tanggungjawab terhadap anak-anak dengan mengajar mereka bahawa cara menjaga kesihatan dan kebersihan diri dan pesekitaran sejak kecil lagi .Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.Hal ini demikian,ibu bapa merupakan guru pertama sebelum anak-anak pergi ke sekolah.Tindakan ibu bapa akan dicontohi oleh anak-anak bagaimana acuan begitu kuihnya. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong yang diadakan di kawasan perumahan .Menjaga kebersihan persekitaran perumahan juga salah satu langkah pencegahan penyakit berjangkit. Di samping itu, ibu bapa juga boleh menbahagikan anaknya  mengambil bahagian dalam kempen atau ucapan yang berkaitan dengan pencegahan penyakit.Hal in anak-anak dapat menambah ilmu dan juga mengelakkan diri sendiri dalam penyakit berjangkit.Tegaslah bahawa,pendek kata yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.Ibu bapa ada kewajipan untuk mengatasi penyakit berjangkit supaya penyakit ini dapat dicegahkan.Tambahan pula, ibu juga haruslah membawa anak-anak ke hospital secara berkala untuk membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Kelakuan ibu bapa banyak mempengaruhi anak-anaknya .

KUMPULAN 2
KERAJAAN

Penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada kesihatan rakyat dan juga ekonomi negara. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah proaktif khususnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak ini. Usaha memerangi COVID-19 belum berjaya sepenuhnya tetapi telah mengurangkan kadar kes pesakit koronavirus kepada tahap yang boleh dikawal. Kerajaan usaha pembendungan wabak COVID-19 dalam tempoh yang agak singkat kerana pengenalan kepada PKP tepat pada masanya dan juga pengorbanan barisan hadapan yang merangkumi warga KKM, perubatan swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi kerajaan yang lain serta para sukarelawan.
Selain itu,  PKP yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu telah menunjukkan hasil yang baik dan berjaya menyekat penularan COVID-19 dengan lebih luas dan dapat mengekalkan jumlah jangkitan kes baharu. Menurut unjuran KKM, pelaksanaan PKP juga telah banyak menyumbang dalam pengurangan jumlah kumulatif kes positif COVID-19.

KUMPULAN 3
MEDIA MASSA

Media massa seperti siaran televisyen perlulah menyiarkan dokumentari tentang pencegahan penyakit berjangkit secara berterusan dan berleluasa dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Dokumentari tentang penyakit berjangkit haruslah sentiasa disiarkan pada setiap hari supaya dapat mengingatkan rakyat untuk menjaga kesihatan mereka dan mencegah penyakit berjangkit daripada merebak di antara masyarakat. Contohnya, siaran-siaran televisyen boleh menyiarkan dokumentasi satu minit tentang cara pencegahan penyakit berjangkit seperti AIDS yang berpunca daripada hubungan kelamin atau berkongsi jarum, dan TIBI yang berjangkit melalui batuk dan air liur. Rancangan televisyen seperti wawancara bersama doktor untuk berbincang tentang penyakit berjangkit juga dapat menambah pengetahuan rakyat terhadap penyakit berjangkit dan lebih berwaspada tentangnya. Rancangan tersebut boleh menyiarkan maklumat tentang penyakit berjangkit seperti korona, H1N1 dan sebagainya untuk menyedarkan rakyat tentang simptom penyakit tersebut untuk berwaspada.
Media sosial seperti facebook, whatsapp dan sebagainya juga dapat menjadi peranti penyebaran isu semasa tentang penyakit berbahaya seperti penyakit tular korona  untuk meningkatkan pengawasan rakyat supaya rakyat akan lebih mengambil berat dan berwaspada terhadap penyakit berjangkit.
Surat khabar juga boleh membawa berita terkini tentang penyakit berjangkit yang terbaru kepada warga yang tidak mempunyai alat-alat teknologi. Dengan itu semua warga tidak kira umur atau latar belakng keluarga juga tidak ketinggalan tentang penyakit yang berbahaya.Oleh itu, kes-kes penyakit berjangkit perlulah diambil tahu supaya rakyat dapat bertindak untuk memberi jaminan kesihatan sendiri.

KUMPULAN 4
SWASTA

Sudah terang lagi bersuluh,pihak swasta iaitu badan NGO juga boleh menghulurkan bantuan untuk mengelakkan penyakit berjangkit mudah merebak dalam kalangan masyarakat.Misalnya,pihak swasta boleh menganjurkan ceramah cara-cara menghindari diri daripada penyakit berjangkit kepada semua penduduk taman perumahan supaya mereka lebih memahami kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan persekitaran.Hal ini demikian kerana masyarakat kurang amalan gaya hidup sihat dan kesedaran tentang penyakit berjangkit turut menyebabkan penularan fenomena ini.Pihak swasta boleh mengajar penduduk-penduduk pelbagai cara untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran melalui pemakanan seharian.Sebagai contoh,badan NGO boleh memberi cadangan kepada para penduduk perumahan bahawa makanan yang bersih dapat menghindari diri daripada menghidap penyakit keracunan makanan dan penyakit hepatitis.Tidak dapat dinafikan bahawa,kawasan tempat tinggal kita hendaklah sentiasa bersih.Pencemaran sungai biasanya berlaku di kawasan setinggan menyebabkan sungai mudah tercemar.Ada penduduk kampung yang sering menggunakan sumber air dari sungai tersebut untuk kegunaan harian.Pada masa yang sama,mereka juga akan membuang sampah-sarap ke dalam sungai.Oleh hal demikian,persekitaran yang kotor ini akan menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes dan tikus lalu menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit yang kronik seperti demam denggi,hawar dan sebagainya.Oleh sebab itu,selain daripada ceramah,pihak swasta seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti gotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran bagai aur dengan tebing untuk mencegah penyakit berjangkit.Selain daripada itu,badan NGO boleh menganjurkan aktiviti bersenam.Senaman yang secukupnya dapat menguatkan daya tahan badan seseorang terhadap penyakit.Tambahan pula,pihak swasta juga boleh menjalani pemeriksaan kesihatan kepada semua penduduk dengan menjemput doktor untuk memeriksa kesihatan mereka dan mengajar mereka tentang langkah menjaga kesihatan diri lalu membuat penyelidikan tentang penyakit berjangkit agar kes penyakit berjangkit akan berkurang banyak.Persis kata mutiara,mencegah lebih baik daripada mengubati.Implikasinya,tindakan ini dapat mengelakkan diri kita daripada dijangkiti penyakit berjangkit dan kesihatan kita dapat terjamin.

KUMPULAN 5
SEKOLAH
Meninjau ke skop yang lain, pihak sekolah juga memainkan peranan yang agak penting dalam mengatasi penyakit berjangkit tersebut.Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah merupakan saluran yang dapat memberikan maklumat kepada pelajar secara langsung.Antara langkah yang dapat dilaksanakan oleh pihak sekolah termasuklah  menasihati pelajar agar peka terhadap keadaan di sekeliling pelajar.Aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang utama dalam kehidupan seharian. Janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah kerana sekiranya aspek kebersihan diabaikan sudah pasti penyakit itu akan mudah menyerang mangsanya.Sebagai contoh, pihak sekolah perlulah menampalkan poster pada papan kenyataan atau pada dinding di kantin tentang cara-cara untuk membasuh tangan yang betul agar dapat memastikan setiap orang pelajar di sekolah berada dalam keadaan yang bersih dan bebas dari kuman.Di samping itu,pihak sekolah haruslah mengadakan minggu kebersihan.Persoalannya,apakah maksud minggu kebersihan ? Minggu kebersiha merupakan minggu bagi setiap warga sekolah untuk bekerjasama  untuk meluangkan masa agar dapat bekerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah.Kata pujangga, “berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.”Para guru dan pelajar wajarlah bertungkus-lumus untuk memurnikan kawasan sekolah agar dapat mencegah penyakit-penyakit berjangkit.Hal ini dikatakan demikian kerana persekitaran yang bersih tidak mudah direbak penyakit yang bahaya.Sekiranya persekitaran berada dalam keaadan yang agak kotor, seseorang pelajar akan mudah dijangkiti oleh penyakit berjangkit seperti yang tersebut. Misalnya, apabila seseorang pelajar memegang tombol pintu, kemudian terus menjamu selera tanpa membasuh tangan, sudah tentu seseorang pelajar itu akan dijangkiti penyakit kerana tombol pintu tersebut mengandungi kuman pada permukaannya yang dibawa oleh orang lain. Oleh hal yang demikian, langkah untuk menjaga kebersihan diri sendiri perlulah dipraktikkan oleh semua anggota sekolah untuk mengelakkan diri daripada djangkiti  penyakit.Seterusnya,pihak sekolah terutamanya unit kaunseling dan bimbingan juga harus mengajar pelajar tentang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan penyakit.Sebagai contoh,para guru wajarlah memberitahu pelajar-pelajar tentang kesan sekiranya dijangkiti penyakit berjangkit.Hal ini dapat menyedari pelajar-pelajar untuk menjaga kebersihan diri apabila berada di mana-mana sahaja supaya kesihatan mereka terjamin.Sudah terang lagi bersuluh, semua warga sekolah haruslah mengambil berat terhadap isu penyakit berjangkit .Pihak sekolah juga mestilah mengadakan ceramah terhadap cara untuk mencegah penyakit berjangkit seperti penyakit ‘covid-19’.Bak kata pepatah, “ mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.”

KUMPULAN 6
Prakarsa utama dalam mengatasi penyakit berjangkiti adalah tindakan setiap individu dalam masyarakat untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran.Kebersihan diri adalah nilai penting yang wajib diamalkan oleh semua manusia kerana kekotoran adalah punca kepada penularan penyakit.Setiap ahli masyarakat perlu mengutamakan kebersihan diri dengan membuang sampah di tempat yang betul, sentiasa mencuci tangan selepas menggunakan tandas dan memilik restoran yang memiliki tahap kebersihan terbaik.Selain itu, manusia haruslah menjalinkan hubungan dengan menepati ajaran agama yang dikeluarkan oleh tuhan .Masyarakat perlu menjalinkan kehidupan selaras dengan perintah agama.  Tuntukan agama akan menuju kita ke jalan yang betul dan juga tidak mudah dipenganuhi oleh masyarakat yang tidak baik . Sebagai analogi,semua masyarakat wajib mematuhi tuntukan agama agar mengadakan hubungan kelamin selepas berkahwin.Jika masyarakat selalu melakukan hubungan kelamin ,maka masyarakat akan berjangkiti penyakit yang berbahaya dengan mudah seperti AIDS.Natijahnya, penyakit AIDS berkemungkin menyebabkan masyarakat meninggal dunia. Tambahan pula, kita haruslah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Orang tua-tua ada berpesan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Tegasnya, masyarakat yang berkerjasama dapat mengatasi penyakit berjangkit dangan cepat.

KUMPULAN 7
Pendahuluan

Pada era globalisasi ini, kes - kes penyakit berjangkit di dalam negara semakin meningkat , mahupun di seluruh negara. Penyakit berjangkit dikategori sebagai subset penyakit yang boleh ditularkan dan berjangkit kepada orang lain. Penyakit berjangkit dapat merebak melalui laluan udara dan juga melalui hubungan fizikal. Contoh penyakit berjangkit seperti Covid -19, AIDS, Ebola, HAWAR , H1N1, dan sebagainya. Persoalannya, apakah cara untuk menangani penyakit berjangkit.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, terdapat banyak cara untuk menangani masalah penyakit berjangkit dalam negara kita. Oleh itu semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini. Semua orang berharap kes penyakit berjangkit dapat berkurang secepat mungkin.