Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal by NURAFIFAH AMANI BINTI ZAMRI _

PLOT FILEM

CABANG FALSAFAH: AXIOLOGI (ETIKA & ESTETIKA)
Axiologi berasal dari bahasa Yunani iaitu 'Axioslogos' dimana 'axios' bermaksud nilai, manakala 'logos' bermaksud teori atau ilmu. Falsafah Axiologi merupakan kajian terhadap sesuatu nilai mengenai sifat, punca dan kepentingan nilai etika dan estetika. Ianya dikaji dengan cara mempersoalkan sesuatu perkara contohnya adakah itu bernilai atau tidak, penting atau tidak, baik atau buruk? Oleh yang demikian, cabang bagi axiologi ini diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu Etika dan Estetika.

KAITAN FILEM DENGAN CABANG FALSAFAH

JUSTIFIKASI FILEM TERHADAP ISU SEMASA

PENYELESAIAN DAN PERSOALAN KHUSUS

Etika
Etika berasal dari perkataan Yunani "ethos" yang bermaksud adat atau sikap, manakala "ethikos" bermaksud moral. Etika ini berkait rapat dengan pengetahuan melibatkan akal yang praktikal, tanggungjawab, baik dan rasional.

Falsafah etika adalah disiplin ilmu yang mengkaji dan mempersoalkan pelbagai isu baik dan buruk tentang adat, tabiat, susila, cara berfikir, sikap, agama dan semua faktor yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia. Ia juga menumpulkan kepada aspek tingkah laku manusia terutama dalam konteks hubungan sesamanya sama ada dalam bentuk baik atau buruk. Falsafah etika perlu difahami melalui satu prinsip mutlak dan universal. Etika bukan sahaja mempunyai kaitan langsung dengan pelbagai cabang kehidupan manusia bahkan ia menjadi satu set panduan kepada mereka yang inginkan kehidupan yang bermakna dan sejahtera.

Persoalan 2 (Mengapa berlakunya perebutan kuasa dikalangan pemimpin?)
Pada kemuncak pengakhiran filem ini, telah berlakunya perebutan kuasa diantara Raja Inderaloka dengan Raja Bersiong. Punca berlakunya perebutan kuasa boleh terjadi disebabkan oleh ketidakpuasan hati seseorang pemimpin terhadap pemerintah yang sedia ada. Perebutan kuasa dikalangan pemimpin merupakan antara faktor bagi keruntuhan sesebuah tamadun. Hal ini mengakibatkan pemimpin-pemimpin tidak mempunyai masa untuk memajukan tamadun mereka manakala rakyat pula sibuk dengan pemberontakan terhadap golongan pemerintah. Akhirnya, perbuatan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk memupuk budaya dan membina tamadun mereka. Di Malaysia, perkara ini jelas terjadi dalam kalangan pemimpin-pemimpin negara yang berebut kuasa untuk menjadi pemerintah, dan meruntuhkan kerajaan sendiri demi keuntungan diri sendiri. Akibatnya, rakyat akan memandang rendah dan tidak mempercayai terhadap pemerintah negara dan akan ada rakyat yang akan  memberontak kerana rasa tidak puas hati terhadap mereka.

PERPADUAN
Perpaduan merupakan nilai yang membantu manusia menjalinkan hubungan baik baik sesama sendiri. Perpaduan memberi makna penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan. Di dalam filem ini, kita dapat melihat Upin dan Ipin juga rakan-rakan berkerjasama dengan harmoni dalam menyelesaikan tugas mereka untuk mengemas stor Tok Dalang walaupun mereka merupakan masyarakat yang  terdiri daripada kaum yang berlainan.

ISU POLITIK
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpalimen seperti apa yang dinyatakan oleh Plato dalam penulisannya, The Republic. Petikan daripada filem yang berkaitan dengan isu semasa apabila berlakunya pertempuran di antara Raja Inderaloka dan Raja Bersiong. Walau bagaimanapun, oleh kerana kekuatan Raja Bersiong, ditambah pula dengan ketidaksempurnaan keris Siamang Tunggal, Raja Inderaloka tewas dan mengakibatkan Raja Bersiong berjaya merampas takhta kerajaan Inderaloka. Kesimpulannya, demokrasi adalah penting untuk mewujudkan kerajaan di sesebuah negara kerana rakyat mendapat hak kebebasan bersuara dan menghalang seseorang pemerintah daripada mempunyai sikap autoritarian dan diktator.

ISU SOSIAL
Isu sosial ialah perkara yang mempengaruhi kebanyakan atau kesemua anggota masyarakat, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dan dianggap sebagai masalah, kontroversi yang berkaitan dengan nilai moral, atau kedua-duanya. Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan keturunan. Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India. Petikan daripada filem yang berkaitan dengan isu sosial apabila upin dan ipin diarahkan untuk mengemas stor rumah Tok Dalang. Setelah itu, ketika mereka sedar yang tugasan mereka masih belum selesai, kawan-kawan telahpun tiba. Upin dan Ipin pun mengajak untuk mengemas bersama. Kesimpulannya, upin ipin dan kawan-kawannya mempunyai hubungan yang akrab walaupun mereka terdiri daripada pelbagai kaum.

ISU KEMANUSIAAN
Isu Kemanusiaan adalah kebaikan yang berkaitan dengan etika asas altruisme yang diperoleh dari keadaan manusia. Di Malaysia, seorang bayi bernama Wan Muhammad Naail menghidap penyakit SMA Type 1 iaitu Spinal Muscular Athropy (SMA). Ianya adalah penyakit jarang jumpa. Ibu bapa kepada bayi tersebut meminta rakyat Malaysia menghulurkan dana kos perubatan.  Lebih RM9 juta dana berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai bagi membantu seorang bayi 10 bulan. Petikan daripada filem adalah apabila Mek Min mencadangkan agar mereka semua pergi dari pulau itu apabila sekumpulan ikan todak datang menyerang Pulau Pisang. Mek Min dan Mak Deruma kemudiannya mengarahkan agar benteng pertahanan dibina daripada batang pisang dan mengarahkan agar Upin dan kawan-kawan dibawa lari. Mujurlah mereka dapat meloloskan diri dari serangan ikan todak. Kesimpulannya, sifat kemanusiaan masih wujud sehingga kini dikalangan rakyat Malaysia.

ISU KEKELUARGAAN
Nilai kekeluargaan merujuk kepada nilai kebudayaan atau tradisional berkait dengan struktur, fungsi, peranan dan pemikiran serta pendapat berkenaan sistem keluarga..Isu kekeluargaan di Malaysia dapat dilihat apabila hampir satu tahun terpisah, usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat meluahkan kerinduan buat dua anak angkatnya, Syaza dan Syahmi. Nilai kekeluargaan dapat dilihat didalam filem semasa  Bawang Merah menceritakan kepada Upin Ipin mengapa dia dikurung di gua oleh sebab difitnah oleh adiknya sendiri, Bawang Putih. Sementara itu di penjara istana, adiknya, Bawang Putih menangis akibat tindakannya sewaktu memfitnah Bawang Merah. Bawang Merah menangis mengenangkan kenangan bersama adiknya semasa waktu kecil lalu dia memafkanya.Kesimpulannya, perhubungan sesama keluarga amat penting untuk mewujudkan sifat kasih sayang sesama manusia.

Estetika
Perkataan estetika berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘aisthesis’ yang membawa makna kepekaan. Teori estetik menumpukan kepada hal-hal berkenaan ungkapan rasa keindahan dalam sesebuah hasil seni ciptaan manusia seperti sesebuah hasil karya, tidak kira apa sahaja bentuk seni samada seni rupa (terutamanya seni halus) dan rekabentuk (lukisan, arca, grafik, fesyen, catan, hiasan dalaman, lanskap, senibina dan lain-lain), seni muzik, seni sastera dan sebagainya.

PERMULAAN
Kisah pengembaraan bermula apabila ketika itu, stor didalam keadaan yang berselerak. Maka Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin untuk mengemas stor. Waktu Ipin sedang asyik bermain glob, pandangannya teralih pada keris. Lalu, Tok Dalang menerangkan tentang keberadaan dan asalnya keris itu. Kemudian, kawan-kawan Upin Ipin iaitu Fizi, Ehsan, Mei Mei pun tiba dan mereka pun turut membantu untuk mengemas stor itu. Secara tiba-tiba, Ipin menyeru mantera keris Siamang Tunggal lalu menyebabkan peti itu bergegar. Keadaan menjadi huru hara lalu mereka diteleportasi ke dunia Inderaloka.

PERKEMBANGAN
Di dunia Inderaloka, Batu Belah Batu Bertangkup yang berfungsi sebagai gerbang teleportal terbuka telah membawa Ipin, Fizi, Mail, dan Susanti di pohon mistik. Dalam waktu yang sama di lokasi Istana Raja Bersiong, dia merasakan tidak tenteram kerana keris Siamang Tunggal sudah kembali ke Inderaloka tetapi disangkal oleh nujum kerajaan Inderaloka iaitu Pak Belalang kerana dia mendakwa sudah mengunci pintu masuk Inderaloka. Ketika pertemuan Pak Belalang dengan Ipin dan rakan-rakannya, dengan tidak sengaja dia terlanggar Ipin menyebabkan keris Siamang Tunggal terjatuh dan situasi itu mengakibatkan Pak Belalang panik. Dia juga bertanya tentang keberadaan sarung keris itu, namun, Ipin membalas dengan mengatakan bahawa sarung keris itu telah hilang. Jawapan Ipin itu menambahkan lagi rasa cemas Pak Belalang.

KONFLIK
Konflik bermula apabila Mat Jenin gagal  membaca mantera keris kerana kehadiran Raja Bersiong secara tiba tiba. Dia mendesak untuk menyerahkan keris itu dan sebagai balasan, dia akan melepaskan kawan-kawan Upin dan Ipin. Mat Jenin menolak dan terus bertempur dengan Raja Bersiong tetapi gagal. Tiba tiba Pak Belalang dan Mak Deruma mengarahkan Mat Jenin membaca mantera keris itu dan menyelamatkan Upin Ipin . Kemudiann Mat Jenin bertukar menjadi Siamang Tunggal untuk menyelamatkan kembar itu yang dicampak ke laut. Selepas naik ke balai tempa, Siamang Tunggal bertempur dengan Raja Bersiong dengan sangat hebat. Upin mencadangkan untuk membantu Siamang Tunggal dengan bertarung tiga lawan satu . Walaupun Ipin berjaya melemahkan Raja Bersiong, tetapi pertarungan itu sangat sengit dengan masing masing berbalas serangan.

KLIMAKS
Pertempuran hebat telah berlaku di antara Siamang Tunggal dengan Raja Bersiong yang melarat sehingga ke bahagian tangga istana. Dalam situasi ini, adik beradik kembar sekali lagi terpisah ketika mereka hampir dihempap bongkah batu yang terjatuh. Siamang Tunggal kemudiannya menyerang Raja Bersiong, namun ia terhalang apabila reriang menyerangnya kembali. Raja Bersiong kemudiannya menyerang mereka sebelum dihalang oleh Siamang Tunggal. Di balairung, Raja Bersiong cuba bangkit, namun digagalkan oleh Upin dan Ipin yang memukul bara api ke arah Raja Bersiong. Melihat Raja Bersiong yang leka dengan serangan mereka berdua, Siamang Tunggal berjaya mengambil kesempatan dengan menyerang Raja Bersiong dan mencabut mahkota kerajaan Inderaloka daripadanya. Raja Bersiong pun kemudiannya hilang dari pandangan, dan dia tidak lagi memerintah Inderaloka.

PELERAIAN
Setelah kehancuran Raja Bersiong, Mat Jenin meleburkan semula bilah keris Siamang Tunggal yang dibentuk daripada tiga titisan air mata kemaafan, menyebabkan akar yang tumbuh liar di Batu Belah Batu Bertangkup lebur. Setelah itu, Upin dan Ipin serta rakan-rakannya bertolak pulang ke Kampung Durian Runtuh melalui Batu Belah Batu Bertangkup. Setelah teleportasi, mereka kembali semula di stor Tok Dalang dan mereka bersorak gembira kerana berjaya pulang ke tempat asal. Mereka pun dengan segera menyimpan kembali keris Siamang Tunggal ke tempat asalnya.

SINOPSIS
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ialah sebuah filem animasi pengembaraan Malaysia yang mula ditayangkan pada 2019. Filem ini mengisahkan pengembaraan Upin & Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama Inderaloka. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak dongeng seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, Mak Deruma dan Pak Belalang.  Semuanya bermula apabila Upin, Ipin bersama kawan-kawannya iaitu Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang. Keris ini tiba-tiba membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka. Ketika mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka telah mengalami pelbagai keadaan yang sangat berlainan dari dunia asal mereka. Dalam pengembaraan ini dapat dilihat mereka perlu bekerjasama memulihkan kerajaan ini kembali ke keadaan sediakala dan melawan dengan Raja Bersiong yang ingin mengambil alih Inderaloka.

AMANAH
Amanah antara moral yang membantu manusia untuk mengetahui tanggungjawab mereka untuk bertindak sebagai seseorang yang sering berpegang kepada prinsip kebenaran dan kebaikan. Amanah difahamkan sebagai sebuah tanggungjawab yang diberikan untuk dipelihara dan dijaga seperti harta benda, kehormatan diri, hak-hak manusia dan agama. Di dalam filem ini, Raja Inderaloka bertarung bersama Raja Bersiong yang bersikap angkuh dan diktator daripada merampas kerajaannya sehingga ke akhir nafasnya kerana dia perlu menjalankan tugasnya untuk menjaga keharmonian rakyat Inderaloka yang merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan pemerintah yang mesti dilaksanakan sebaik mungkin.

KASIH SAYANG
Nilai kasih sayang merupakan nilai yang terdapat di dalam falsafah etika yang berkaitan dengan sikap dan cara fikir yang memperngaruhi kehidupan manusia. Kasih Sayang didefinasikan sebagai kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Kasih sayang yang terdapat di dalam filem inii ialah kasih sayang sesama keluarga. Sebagai contohnya, Bawang Merah sebagai seorang kakak sentiasa mengingati dan merindui adiknya Bawang Putih walaupun dia dikurung di gua oleh kerana fitnah yang dilakukan oleh adiknya sendiri, Bawang Putih.

PRIHATIN
Prihatin adalah salah satu sikap atau tingah laku yang baik yang membantu untuk manusia membangunkan hubungan yang baik dan dapat meningkatkan rasa saling percaya. Prihatin bermaksud mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara. Di dalam filem, sikap prihatin ini ditampilkan oleh Mek Min dan Mak Deruma ketika mereka diserang oleh sekumpulan ikan todak di Pulau Pisang. Mek Min dan Mak Deruma membantu semua orang yang berada di Pulau Pisang dari diserang sekumpulan todak dengan mengarahkan mereka membina benteng pertahanan dengan batang pisang dan mengarahkan agar Upin dan kawan-kawan menjauhi tempat itu bagi menyelamatkan diri mereka.

Persoalan 1 (Apakah manfaat dan kesan penggunaan telefon pintar?)
Seperti yang dapat dilihat, telefon pintar telah digunakan oleh watak yang bernama Ehsan didalam filem ini. Telefon pintar merupakan sebuah peranti yang dapat memberikan pelbagai fungsi kepada pengguna seperti berkomunikasi, mengambil gambar dan video atau bermain permainan video. Meskipun telefon pintar sudah menjadi satu benda yang wajib ada, namun sehingga kini masih tiada lagi kata sepakat dalam industri perbuatan telefon pintar mengenai "kepintaran" sesebuah telefon itu. Tetapi, jika kita dapat lihat, perinci di setiap model telefon pintar kini seiring dengan arus teknologi yangt diguna pakai pada era kemodenan kini. Semakin hari semakin banyak model telefon pintar yang begitu canggih dihasilkan oleh pengeluar. Hampir setiap hari semua orang menghabiskan waktu yang agak lama menggunakan telefon pintar untuk pelbagai tujuan. Penggunaan telefon pintar secara berlebihan boleh mengurangkan waktu berkualiti diri sendiri. Kecanggihan telefon pintar pada zaman ini memudahkan manusia untuk mendapatkan pelbagai sumber maklumat menerusi internet. Namun selain mencari maklumat bermanfaat ia juga boleh menjurus ke arah pencarian bahan negatif dan berbahaya seperti kandungan berunsur pornografi, judi dalam talian dan seumpamanya.

Persoalan 3 (Mengapa pentingnya kasih sayang antara keluarga?)
Sifat kekeluargaan antara adik beradik dan ibu bapa banyak ditonjolkan di dalam filem ini contohnya antara upin dan ipin, mak deruma dan si tanggang, merah dan putih serta pak belalang dan anaknya. Sebagai sebuah institusi sosial yang asas, keluarga mempunyai pengaruh yang kuat dalam mewujud dan membentuk satu masyarakat penyayang di mana ahli keluarga berhubung rapat antara satu dengan lain secara kualitatif, bersimpati antara satu sama lain serta peka dan bertanggung jawab ke atas kesejahteraan dan keperluan keluarganya. Untuk mewujudkan suasana keluarga yang positif dan kondusif, tunjukkan kasih sayang dan wujudkan interaksi yang sihat di kalangan ahli keluarga. Seharusnya, ibu dan bapa boleh mengatur masa untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja seperti membawa mereka bercuti atau berkelah bagi meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Dengan adanya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan. Pembentukan keluarga yang bahagia akan memberikan kesan positif kepada masyarakat dan negara. Dengan adik-beradik pula, kita boleh berkongsi kasih sayang, membesar bersama-sama dan memperkukuhkan lagi institusi kekeluargaan. Walaupun dilahirkan dalam satu rahim yang sama, setiap anak-anak itu mempunyai sikap yang berbeza-beza. Namun, mereka tetap darah daging kita. Ketika kecil, dengan adik-beradiklah kita bergaduh, bermanja, merajuk, mengadu dan menangis bersama-sama.

Kepentingan Etika
Etika adalah satu unsur yang penting untuk dipatuhi oleh individu dan diaplikasikan dalam sesebuah masyarakat bagi mengekalkan kesejahteraan, keamanan, keharmonian dan kebahagiaan.  Walaubagaimanapun, nilai etika adalah berbeza-beza mengikut kepercayaan agama, budaya kaum yang berlainan yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat.

Kepentingan Estetika
Penghayatan estetika kebanyakannya berkait rapat dengan seni atau hasil karya ciptaan manusia. Adakalanya estetika juga diambil kira dari konsep ayat-ayat yang indah dimana dari ayat itu dapat mentafsirkan apakah huraian makna atau perasaan daripada penulisnya. Sama juga apabila estetika itu ada terkandung makna tersirat yang ingin disampaikan oleh pelukisnya melalui ukiran hiasan.

Kenali Ahli Kami : Kumpulan 2

Bawang Putih
NUR ASYURA SYAFFIYAH BINTI AMER ALI
(AM2304013350)

Bawang Merah
ARDINA BINTI AZUDDIN
(AM2304013125)

Mei Mei
NURAZAH BINTI IDRIS
(AM2304013329)

Susanti
NURUL IZZATI BINTI MOHAMMAD ZAKI
(AM2304013582)

Mat Jenin
NURAFIFAH AMANI BINTI ZAMRI
(AM2304013359)

Belalang
NURFATIHAH BINTI ABDULLAH
(AM2304013010)

Fizi
RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHAMED ZAIN AM2304013034