TEKNOLOGI “UNLOCKED” by NUR ALYAH AMYZAN

MAKLUMAT MENGENAI FILEM

SINOPSIS
Unlocked adalah filem psikologi Korea Selatan yang mengisahkan Na-mi, seorang wanita muda yang hidupnya berubah setelah kehilangan telefon pintarnya. Malangnya, telefon itu jatuh ke tangan Jun-yeong, seorang lelaki psikopat yang menggunakannya untuk mengintip dan mengancam keselamatan Na-mi. Dalam usaha untuk mendapatkan semula telefon itu, Na-mi mendapati dirinya terperangkap dalam permainan berbahaya. Sementara itu, Detektif Ji-man sedang menyiasat pembunuhan bersiri dan mengesyaki Jun-yeong terlibat dalam pembunuhan tersebut. Filem ini menggambarkan ketakutan dan paranoid akibat kehilangan privasi di dunia digital, dengan plot penuh ketegangan dan kejutan.

PLOT
Cerita ini bermula apabila Na-mi, seorang wanita muda yang kehilangan telefon pintarnya dan dijumpai oleh Jun-yeong, seorang lelaki psikopat. Jun-yeong telah memulangkan telefon tersebut namun tanpa pengetahuan Na-mi , dia memasang perisian pengintip pada telefon tersebut dan mula mengawasi setiap pergerakan Na-mi melalui telefon, menyebabkan hidupnya semakin tertekan.

Sementara itu, Detektif Ji-man menyiasat pembunuhan bersiri yang melibatkan ramai wanita muda yang kehilangan telefon sebelum dibunuh. Dia mengesyaki Jun-yeong terlibat selepas menemui bukti yang mengaitkannya dengan kes tersebut. Na-mi mula menyedari sesuatu yang tidak kena apabila mesej dan akaun media sosialnya digodam dan cuba mencari bantuan namun Jun-yeong sentiasa selangkah di hadapan.

Detektif Ji-man akhirnya berjaya mengaitkan Jun-yeong dengan jenayah itu dan cuba menyelamatkan Na-mi. Dalam konfrontasi yang mendebarkan, Jun-yeong ditangkap dan Na-mi diselamatkan, mengakhiri ancaman tersebut.

WATAK
Na-mi ( Chun Woo-Hee) Seorang wanita muda yang kehilangan telefon pintarnya dan menjadi mangsa pengintipan.

Jun-yeong (Yim Si-Wan) Lelaki yang menemui telefon Na-mi dan memasang perisian pengintip untuk memantau dan mengancamnya.

Detektif Ji-man(Kim Hee-Won) Detektif yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang akhirnya mengaitkan Jun-yeong dengan jenayah tersebut.

CABANG FALSAFAH

PENGENALAN FALSAFAH TEKNOLOGI
Falsafah teknologi membezakan antara teknologi sebagai alat dan teknologi sebagai sistem yang lebih luas.

Falsafah ini mempertimbangkan isu-isu seperti bergantungnya manusia pada teknologi.

Falsafah teknologi membantu kita untuk memahami bukan hanya apa yang dapat dilakukan oleh teknologi, tetapi juga apa yang seharusnya kita lakukan dengannya.

KONSTRUKTIVISME TEKNOLOGI
Konstruktivisme teknologi adalah pendekatan yang mengaitkan teori pembelajaran konstruktivis dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan.

Suatu pandangan yang menyatakan bahwa teknologi tidak hanya diciptakan oleh manusia, tetapi juga dibentuk oleh beberapa konteks.

Teknologi dianggap sebagai hasil interaksi antara manusia dan lingkungan, di mana keputusan, nilai, dan kebutuhan masyarakat mempengaruhi cara teknologi berkembang dan digunakan.

Teknologi dan masyarakat saling membentuk satu sama lain.

TRANSHUMANISME
Sebuah gerakan yang mendorong penggunaan teknologi untuk meningkatkan kemampuan fisik dan mental manusia.

Tujuannya adalah untuk mengatasi batasan biologis, seperti penuaan dan penyakit, dengan harapan menciptakan manusia yang lebih baik, lebih cerdas, dan lebih kuat.

Transhumanisme menimbulkan pertanyaan etika mengenai apa yang bermakna menjadi manusia. Ia mengajak manusia untuk berfikir tentang identiti, kesedaran dan apa yang mungkin terjadi jika kita mengubah sifat dasar kita.

DETERMINISME TEKNOLOGI
Perkembangan teknologi secara signifikan menentukan arah dan perubahan dalam masyarakat.

Dari sudut ini, teknologi dianggap sebagai kekuatan utama yang membentuk cara hidup, budaya, dan hubungan sosial manusia.

Dari segi falsafah, ia berargumen bahawa teknologi bukan hanya alat, tetapi juga kekuatan pendorong yang membentuk tingkah laku manusia dan struktur masyarakat.

Perubahan teknologi dianggap sebagai pendorong utama perubahan sosial.

FALSAFAH PRAKTIKAL : TEKNOLOGI
Pendekatan yang menekankan aplikasi dan kesan teknologi dalam kehidupan sehari-hari.

Salah satu aspek pentingnya adalah etika penggunaan, di mana kesan moral dari teknologi seperti privasi, keadilan, dan tanggungjawab diperhatikan.

Falsafah praktikal teknologi berusaha memberikan panduan dalam pengambilan keputusan yang bijak dan bertanggung jawab berkaitan dengan inovasi dan penggunaannya.

Kesimpulannya, cabang falsafah yang didapati daripada filem “Unlocked” ini adalah falsafah teknologi.

KAITAN FILEM DENGAN CABANG FALSAFAH

TELEFON PINTAR
Dalam filem "Unlocked", telefon pintar adalah tumpuan utama. Hampir semua watak di dalam filem ini mempunyai telefon pintar. Mereka menggunakan telefon pintar untuk pelbagai perkara seperti berhubung dengan rakan, mengakses internet dan lain lain lagi. Namun, filem ini juga menyoroti sisi gelap penggunaan telefon pintar, di mana ia menjadi sasaran untuk pengintipan dan pencurian data. Misalnya, filem ini mengfokuskan telefon pintar watak utama, Na-mi diceroboh, menunjukkan betapa mudahnya maklumat peribadi dan profesional dicuri.

PAYWAVE
Paywave iaitu salah satu teknologi pembayaran tanpa sentuh, muncul dalam beberapa babak dalam "Unlocked" untuk menggambarkan kemudahan dan kecekapan transaksi dalam kehidupan seharian. Dalam satu adegan, watak utama, Na-mi menggunakan PayWave untuk membuat pembayaran dengan cepat. Ini menunjukkan bagaimana teknologi ini membolehkan mereka untuk bertindak segera tanpa membuang masa. Namun, filem ini juga menekankan potensi penyalahgunaan teknologi ini. Pengintip dalam filem ini menyalahgunakan akses kepada maklumat pembayaran dan pencurian identiti. Ini mencerminkan cabaran keselamatan yang dihadapi oleh pengguna teknologi moden.

MEDIA SOSIAL
Media sosial memainkan peranan penting dalam "Unlocked" sebagai alat untuk menyebarkan maklumat dan membina rangkaian sosial. Dalam beberapa adegan, watak-watak menggunakan platform media sosial untuk berinteraksi dan mengetahui tentang berita terkini. Contohnya, Na-mi sering berkomunikasi dengan rakannya melalui aplikasi seperti Instagram dan Kakaotalk. Namun, filem ini juga menunjukkan bagaimana media sosial boleh menjadi alat yang berbahaya; maklumat yang salah boleh menyebar dengan cepat, menyebabkan kekeliruan dan ketidakpastian. Terdapat satu ketika di mana watak utama, Na-mi diberhentikan kerja kerana maklumat tentang dirinya telah tersebar walaupun maklumat tersebut tidak sahih. Ini menyoroti dilema yang dihadapi oleh individu dalam menggunakan media sosial.

ALAT PENGINTIPAN
Alat pengintip mempunyai pelbagai kegunaan dalam konteks yang berbeza. Ia digunakan oleh agensi keselamatan untuk memantau kawasan tertentu, membantu mencegah jenayah. Akan tetapi, tema pengintipan adalah pusat kepada plot "Unlocked", di mana alat pengintipan digunakan untuk mengumpul maklumat tanpa pengetahuan individu. Filem ini memperlihatkan penggunaan alat pengintipan secara diam-diam pada telefon pintar untuk mengakses maklumat peribadi, termasuk aktiviti dalam talian dan komunikasi. Watak utama, Na-mi mendapati bahawa maklumat peribadinya telah dipantau oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya yang membawa kepada situasi berbahaya. Ini menggambarkan realiti yang menakutkan di mana teknologi boleh disalahgunakan untuk tujuan pengawasan dan pencurian data.

JUSTIFIKASI FILEM TERHADAP ISU SEMASA

TELEFON PINTAR
Telefon pintar telah menjadi satu alat wajib untuk masyarakat di Malaysia mahupun di luar negara. Hal ini kerana ia memudahkan pengguna berhubung melalui panggilan, mesej teks dan aplikasi seperti Whatsapp dan Telegram.

Telefon pintar juga memudahkan pengguna untuk berurusan dengan sesiapa sahaja di mana sahaja. Tidak seperti dahulu, individu harus berada dalam satu bilik yang sama untuk bermesyuarat, tetapi dengan adanya telefon pintar, pengguna dapat bermesyuarat di mana sahaja.

PAYWAVE
PayWave adalah sejenis pembayaran tanpa sentuh seperti kad kredit dan kad debit, kad pintar atau peranti lain, termasuk telefon pintar atau peranti mudah alih lain yang menggunakan pengenalan frekuensi radio (RFID) atau komunikasi medan dekat (NFC) seperti Apple Pay.

Di dalam filem ini, paywave kerap digunakan oleh masyarakat di Korea. Sama juga di negara kita. Paywave ini telah menjadi satu kebiasaan kerana ia memudahkan dan mempercepatkan urusan pengguna. Pengguna tidak perlu lagi bersusah payah mencari Automated Teller Machine (ATM) untuk mengeluarkan duit. Melalui paywave, pengguna juga dapat memantau perbelanjaan mereka dengan lebih mudah kerana kad yang digunakan terhubung dengan aplikasi perbankan di telefon.

MEDIA SOSIAL
Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi dan mencipta isi kandugan sendiri. Contoh media sosial yang banyak digunakan pada masa kini ialah Instagram, Tiktok and Twitter (X).

Pada masa kini, media sosial telah menjadi satu kewajipan untuk golongan remaja mahupun dewasa. Sebagai bukti, semakin ramai pempengaruh media sosial yang berkongsi kehidupan harian mereka untuk dijadikan konten. Hal ini membawa kecelakaan kepada mereka kerana ia akan memudahkan individu yang berniat tidak baik untuk membuat perkara yang tidak diingini.

ALAT PENGINTIPAN
Alat pengintipan seperti Spyware adalah sejenis perisian hasad yang direka untuk mengumpul maklumat peribadi pengguna tanpa pengetahuan mereka seperti dalam filem Unlocked ini. Ia boleh memantau aktiviti dalam talian, merekod ketukan kekunci, mencuri kata laluan dan mengakses data sensitif seperti maklumat kewangan atau perubatan. Spyware sering kali disebarkan melalui perisian percuma, laman web yang tercemar atau e-mel spam yang mengandungi pautan atau lampiran berbahaya.

Pada tahun 2022, Syarikat keselamatan siber global Kaspersky mendedahkan bahawa syarikat tersebut telah menghalang sebanyak 27,377 kes perisian hasad mudah alih di Malaysia. Ini membuatkan Malaysia berada di kedudukan kedua di rantau Asia Tenggara di belakang Indonesia.

PENYELESAIAN ATAU PERSOALAN KHUSUS
Secara keseluruhannya , filem ini telah membincangkan mengenai  tragedi  yang menimpa seorang individu bernama Lee Na Mi iaitu seorang individu yang telah digodam telefon bimbitnya oleh seorang lelaki bernama Oh JooOleh hal yang demikian , bagi mengekang masalah ini secara berlarutan,   amatlah penting bagi setiap pengguna peranti eletronik  untuk bersikap berwaspada terhadap  keadaan semasa mereka di dalam kehidupan seharian mereka samada sewaktu mereka sedang  berkomunikasi ataupun berada secara “online’’. Ini dapat dicontoihi daripada filem ini dimana watak utama telah diperhatikan pergerakan kehidupan hariannya oleh seorang “stalker” yang bertindak jahat meletakkan sistem pengesan atau “spyware” ke dalam telefon bimbit si mangsa . Perlakuan ini  telah mengganggu kehidupan si mangsa secara tidak langsung memberikan peluang kepada pelaku salah untuk bertindak jahat  terhadap mangsa.

Selain itu , langkah langkah yang boleh dipraktikkan bagi membendung permasalahan “hacking” ini ialah dengan menetapkan privasi yang ketat di dalam talian.Dengan menetapkan semua profil media sosial dengan ketat, pergerakan individu yang tidak dikenali atau mencurigakan dapat dikeluarkan atau disekat .Tambahan lagi, jika seseorang kerap membuat gangguan kepada mana mana laman sosial yang berkaitan , laporan kepada pihak berkuasa atau penyedia platform media sosial tersebut boleh dibuat bagi mengelakkan aktiviti pencerobohan ataupun “stalking” dapat dielakkan secara berterusan .

Konklusinya , Secara keseluruhan, media sosial adalah alat yang boleh membawa manfaat besar jika digunakan dengan bijak. Pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka dan menyedari potensi risiko yang ada, sambil memanfaatkan kelebihan yang ditawarkan. Dengan pendekatan yang bertanggungjawab, media sosial dapat menjadi platform yang menyumbang kepada interaksi positif dan pembelajaran yang holistik kepada setiap individu.n Yeong , watak jahat utama di dalam filem tersebut .