Analisis ayat alquran mengenai kehancuran alam by haikal sabri

GAMBARAN PERISTIWA KEMUSNAHAN ALAM MENURUT ISLAM
- Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula.

-Ketika sangkakala pertama ditiup Malaikat Israfil, semua makhluk yang ada di alam semesta akan panik

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ ٱلسَّاعَةِ شَىْءٌ عَظِيمٌ(1)
يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّآ أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى ٱلنَّاسَ سُكَـٰرَىٰ وَمَا هُم بِسُكَـٰرَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ ٱللَّهِ شَدِيدٌ(2)

- Ibu akan lupa pada bayinya, anak-anak lupa pada orang tuanya, dan istri juga tidak ingat lagi dengan keadaan suaminya (surah al hajj ayat 1-2)

فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَٱلدِّهَانِ (37)
- langit telah terbelah dan menjadi merah mawar minyak. (Rahman 37)

إِذَا زُلْزِلَتِ ٱلْأَرْضُ زِلْزَالَهَا(1)
وَأَخْرَجَتِ ٱلْأَرْضُ أَثْقَالَهَا (2)

- bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, ( al-zalzalah 1-2)

KEMUSNAHAN ALAM
Istilah alam semesta

kamus dewan bahasa

- alam bermaksud dunia , segala yg ada di langit dan di bumi, lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain.
-semesta bermaksud seluruh, segenap, sekaliannya

Menurut Osman bakar

-alam berasal dari arab yang membawa kepada satu manakala al a’lamin (73 kali) merujuk kepada byk. Antara perkataan lain yang sama erti al-khalq (52 kali) dan al-kawn.(1358 kali) secara konsep alam ialah kesemuanya tidak termasuk Allah

KEHANCURAN ALAM DISUDUT PANDANG SEKULAR
	Menurut penulis buku THE END OF EVERYTHING Katie Mack, beliau ada menukilkan bahawa setiap agama mempunyai prinsip kemusnahan alam yang tersendiri .Eskatologi merupakan sebuah terma yang digunakan oleh setiap kepercayaan terhadap kehancuran alam. Sebagai contoh kaum Mayan mempercayai bahawa akan berlakunya eskatologi pada tahun 2012.
	Turut dinukilkan dalam buku tersebut perbualannya bersama seorang professor yang menceritakan bahawa perkembangan alam semesta yang secara tiba-tiba, inflasi kosmic masih menjadi sebuah misteri dan tidak ada penjelasan secara saintifik mengapa dan bagaimana ia berlaku.

GAMBARAN KEMUSNAHAN ALAM DARI SUDUT SAINS
EXPANDING UNIVERSE
´Perkembangan alam semesta berlaku dengan pantas

-Perkembangan alam semesta secara terlampau cepat menyebabkan galaksi akan menjadi lebih jauh antara satu sama lain yang menyebabkan hilang daripada pandangan.
Hal ini akan menyebabkak tarikan graviti yang kuat akan berlaku lalu menghancurkan planet-planet yang berhampiran

-Terdapat beberapa teori lain yang berkumungkinan akan menjadi punya kiamat berlaku iaitu heat death
- heat death alam semesta (juga dikenali sebagai Big Chill atau Big Freeze) adalah hipotesis mengenai nasib alam semesta, yang menunjukkan alam semesta akan berkembang dalam keadaan tiada tenaga bebas termodinamik dan oleh itu tidak dapat mengekalkan proses yang meningkatkan entropi. Kematian haba tidak membayangkan sebarang suhu mutlak tertentu.

NAMA-NAMA SURAH YANG BERKAITAN DENGAN HARI KIAMAT
Terdapat sebelas surah di dalam al-Quran yang merujuk kepada peristiwa hari kiamat dan kehancuran alam. Surah-surah tersebut adalah:

Al-Ghāshiyah - peristiwa yang menggelisahkan
Al-Hāqqah - hari yang dinampakkan keadaan yang sebenar
Al-Taghābun - hari yang dinampakkan kesalahan
Al-Zalzalah - goncangan
Al-Qiyāmah - hari kiamat
Al-Qāri`ah - hari yang hingar-bingar
Al-Wāqi`ah - peristiwa yang tidak dapat dielakkan
Al-Dukhān - asap
Al-Inshiqāq - langit yang terbelah
Al-Infiṭār - langit yang terbelah
Al-Takwīr - menggulung

KEKERAPAN TINGGI PERKATAAN BERKAITAN HARI KIAMAT

KEKERAPAN SEDERHANA PERKATAAN BERKAITAN HARI KIAMAT

KEKERAPAN RENDAH PERKATAAN BERKAITAN HARI KIAMAT

ANALISIS AYAT BERKAITAN KEHANCURAN ALAM
Firman Allah:

Maksudnya: Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup,(13) Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur,(14) Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat,(15) Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh)(16) [Al-Ḥāqqah: 13 – 16]

Pandangan Ibnu Kathir:

Peristiwa hari kiamat berlaku dalam dua fasa; peristiwa kehancuran selepas tiupan sangkakala pertama, dan peristiwa kebangkitan selepas tiupan sangkakala kedua. Selepas tiupan pertama, Allah menghancurkan bumi dan gunung-ganang dengan menghentakkan kedua-duanya dengan sekali hentakan. Pada waktu tersebut, yang hanya tinggal cumalah arasy Allah, makhluk paling besar diciptakannya.

Pandangan al-Maraghi:

Ayat di atas merupakan ayat yang mensabitkan bahawa peristiwa hari kiamat adalah suatu yang pasti berlaku, dan merupakan peristiwa yang amat dahsyat. tatkala tiupan sangkakala oleh Israfil, Allah akan mengangkat gunung-ganang (hanya Allah sahaja yang mengetahui bagaimana ia dilakukan), dan melagakannya antara satu sama lain sehingga berkecai seperti bulu-bulu berterbangan.

ANALISIS AYAT BERKAITAN KEHANCURAN ALAM
Firman Allah yang bermaksud:

Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?" (6) Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut) (7) Dan bulan hilang cahayanya (8) Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama (9) [Al-Qiyāmah: 6 – 9]

Pandangan Ibnu Kathir:

Tatkala mereka bertanya: "Bilakah datangnya hari kiamat itu?". Persoalan yang diajukan ini merupakan satu isyarat bahawa yang bertanya itu menganggap mustahil berlakunya hari kiamat justeru mendustakan perkara tersebut.

Allah membalas persoalan mereka "maka apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar". Ayat ini menceritakan bahawa keadaan manusia pada hari tersebut adalah dalam kepeningan, kebingungan, dan keserabutan.

Ayat yang menjadi tarikan adalah ayat berikutnya: "Dan bulan hilang cahayanya; Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama". Mujahid menafsirkan sebagai matahari dan bulan menjadi satu; manakala Ibnu Zaid menafsirkan dengan surah al-Takwīr ayat 1-2, "Apabila matahari dilingkari cahayanya; Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak".

Pandangan al-Maraghi:

Pada ayat "Dan bulan hilang cahayanya"; al-Maraghi telah menfasirkan bahawa hilangnya cahaya di ayat ini adalah sama dengan apa yang berlaku pada fenomena gerhana bulan di mana hilangnya cahaya bulan kerana kedudukannya yang berada di balik bumi dan tidak mendapat memantulkan cahaya daripada matahari.

Pada ayat "Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama"; al-Maraghi menghuraikan dengan menyatakan bahawa matahari, bulan dan kesemua jasad samawi memiliki laluan atau orbit masing-masing. Namun begitu pada hari tersebut matahari dan bulan bertembung antara satu sama lain, satu peristiwa yang tidak sepatutnya berlaku.

ANALISIS AYAT BERKAITAN KEHANCURAN ALAM
Firman Allah yang bermaksud:

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);(1) Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;(2) Dan apabila gunung-ganang diterbangkan (setelah dihancurkan menjadi debu);(3) [Al-Takwīr: 1-3]

Pandangan HAMKA:

Surah ini dimulakan dengan ayat yang menceritakan kedahsyatan peristiwa hari kiamat. Matahari "digulung" apabila tugasnya telah habis dan tidak lagi memancarkan cahaya sehingga dunia menjadi gelap gelita dan kacau bilau.

Menurut tafsir yang dilaporkan oleh Al-Ḍaḥḥāk, ayat "Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak"; bintang-bintang di langit telah dirantaikan dengan rantai yang dicipta daripada cahaya dan dipegang oleh malaikat-malaikat. Selepas tiupan sangkakala pertama, kesemua hidupan akan mati termasuklah para malaikat yang memegang rantaian tersebut lalu jatuh berguguranlah bintang-bintang tersebut. Jika diselarikan dengan penemuan sains moden, dapatlah difahami daya-daya yang mengatur pergerakan alam dan jasad samawi sudah tidak berada dalam keseimbangan.

Ayat "Dan apabila gunung-ganang diterbangkan", HAMKA berpendapat bahawa jika berjuta bintang yang lain sudah berguguran dari laluan edarannya, pastinya bumi akan terkesan dengan kekacauan yang berlaku tersebut. Gunung-ganang yang peranannya sebagai pasak sudah tidak bermakna lagi kerana gunung-ganang sudah diratakan dengan keseluruhan bumi.

Pandangan Wahbah al-Zuhaili:

Makna ayat di atas, apabila dilihat matahari, dicantumkan sebahagian dengan yang lain seperti seorang yang melipat kain serban kemudian dibuang, hilangnya cahaya matahari sebagai tanda alam ini sebagai tanda alam ini akan binasa. Apabila bintang-bintang jatuh berguguran seperti firman Allah dalam surah al-Infiṭār ayat 2; "Dan apabila bintang-bintang di langit jatuh berselerak". Apabila bukit tercabut dari bumi dan diterbangkan ke udara tatkala berlakunya kegoncangan dunia seperti dalam surah al-Naba' ayat 20; "Gunung-ganang berterbangan dan berubah menjadi fatamorgana".

PERBEZAAN KEHANCURAN ALAM DALAM AL-QURAN DAN PANDANGAN SAINS MODEN
Dari sudut viewpoint:

Dalam al-Quran, penekanan mengenai peristiwa kehancuran alam adalah dari sudut pandang manusia. Ini jelas kelihatan dalam ayat-ayat yang menceritakan peristiwa kehancuran secara fizikal seperti terbelahnya langit dan kehancuran gunung-ganang; dan kehancuran sosial seperti manusia menjadi huru-hara, ibu menggugurkan anak dalam kandungan, dan lain-lain.

Sains moden melihat kehancuran alam ini dari sudut pandang alam semesta. Kehancuran alam dilihat pada skala angkasa dan jasad samawi, dan apa yang berlaku di permukaan bumi adalah tidak signifikan dan tidak begitu banyak dibincangkan.

Dari sudut falsafah:

Menurut eskatologi Islam, kehancuran alam merupakan satu perkara yang pasti, seperti yang dirakamkan dalam al-Quran. Alam ini merupakan ciptaan Allah, dan manusia diciptakan hanyalah sebagai khalifah di muka bumi, ditugaskan untuk memakmurkannya dengan ketaatan dan ibadah. Untuk manusia itu dihisab, maka alam ini perlu dihancurkan dan manusia akan dimatikan dan dihidupkan semula di alam akhirat.

Eskatologi sekular berpendapat kehancuran alam adalah satu proses semula jadi alam semesta. Peristiwa ini tiada kaitan dengan aspek ketuhanan. Ia hanyalah semata-mata percaturan alam ini.

Kesan kepada individu:

Sudut pandang Islam terhadap peristiwa kehancuran alam merupakan satu aspek penting, bahkan salah satu daripada enam perkara yang wajib diimani dalam rukun Iman. Dengan seseorang memahami dan menghayati peristiwa yang bakal berlaku ini, kita akan mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Pandangan sekular mengenai kehancuran alam tidaklah membantu manusia tersebut untuk melakukan sebarang penambahbaikan pada diri sendiri. Ini kerana apa yang berlaku di alam semesta tiada kaitan dengan kita. Hidup ini hanyalah semata-mata hidup, dan tiada hala tuju yang lebih besar daripada itu.