Ibanik Group by remmy gedat

2. Iban dan Ibanik
Terdapat tiga istilah baharu yang diperkenalkan oleh Hudson (1970) iaitu 'Malayic Dayak' , 'Malayic' dan 'Ibanic'. Terdapat tiga pendapat yang dikemukakan oleh Hudson iaitu pertama, bahasa Selako tidak sama dengan bahasa 'Land Dayak'. Beliau memperkenalkan istilah 'Malayic Dayak' untuk merujuk kepada variasi yang digunakan oleh orang Dayak yang bukan beragama Islam. Istilah ini berkait rapat dengan Melayu berbanding bahasa Borneo yang lain. Kedua, istilah 'Malayic' diperkenalkan sebagai satu istilah umum untuk merujuk kepada cabang proto-Malayic seperti Melayu, Iban dan Selako. Ketiga, Hudson juga mencipta istilah 'Ibanic' meskipun tiada bukti yang kukuh. Beliau juga mengatakan ahli sub kumpulan Ibanic terdiri daripada Sebuyau, Mualang, Kantu dan Seberuang. Ciri linguistik yang diketengahkan ialah kehadiran /-ai/ di akhir kata dalam bentuk leksikal tertentu padahal dialek Malayic lain menunjukkan suku kata /-an/, /-ang/ atau /-ar/. Sebagai contoh, /jalan/ menjadi /jalai/. Secara umum, istilah Ibanic merujuk pada sub kelompok Kelompok  Malayic  yang menunjukkan ciri khusus bahasa Iban. Terdapat banyak varian bagi nama Ibanic seperti bahasa Air Tabun dan bahasa Demam.

Seberuang & Desa
King melaporkan bahawa dua kumpulan Ibanik, iaitu Seberuang dan Desa tinggal berhampiran dengan Sungai Kapuas. Terdapat pelbagai teori statistik mengenai dua kumpulan Ibanik tersebut:
1) Wurm & Hattori (1983)
Seberuang - 20,000D
Desa - 5,0002
2) Sujarni et al 2008P
Pada 1983 terdapat tidak lebih 8,000 penutur Seberuang3
3) Sellato (1986)
Terdapat lebih kurang 10,000 penutur Desa4
4) Yovinus (2000)
Pada 1998, terdapat 41,000 penutur Desa di Sintang & 5,000 di luar Sintang

5) pada 2015, tidak kurang 50,000 penutur Desa di Kalimantan Barat.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa statistik penutur dua kumpulan ini berubah-ubah mengikut zaman.

Perbandingan bahasa Seberuang & Desa1
1) akhiran -an > /ay/
Hudson menyatakan bahawa perubahan ini merupakan satu inovasi yang dilakukan oleh penutur untuk membezakan bahasa Ibanik dengan Melayik. Contohnya, /pulay/ dan /bəjalay/.
2) /r/ > [x]
Pada akhir kata, /r/ berubah kepada [x]
3)/s/ > /h/
Pada akhir kata, /s/ berubah kepada /h/. Contohnya, /bətis/ ke /bəteh/.

Kesimpulannya, hubungan bahasa Seberuang dan Desa hanya mempunyai kemiripan.

Komuniti ibanik :Sorotan bahasa "Ketungau Sesat
Menurut (Wurm dan Hattori 1983), peta2 borneo iaitu barat daya pulau Borneo ( daerah yang dihuni oleh penutur bahasa iban dan bahasa2 yang mirip dengan bahasa iban) dan sebelah baratnya (penutur pelbagai varian bahasa Ketungau).
Penutur ketungau hanya menguasai bahasa mereka sendiri dalam berbagai dialek serta dialek melayu sekadau. Ketungau mempunyai 12 suku ibanik. Di sebelah barat bahagian di hilir sungai sekadau dan beberapa kawasan lain terdapat banyak kampung bahasa " ketungau dikenali KETUNGAU SESAT. Nama tersebut tidak ditentukan sifatnya iaitu ENDONIM( asal daripada komuniti tersebut) ataupun EKSONIM( nama yang diberikan orang luar). Masyarakat ketungau terpisah dari segi sosial kerana tidak bertuturkan salah satu bahasa ibanik yang utama. Taraf ekonomi diselidiki daripada bilangan radio dan tv.

1. PENGENALAN
Bahasa Iban dituturkan lebih 500,000 orang di Sarawak. Bahasa Iban berfungsi sebagai bahasa kedua. Di hulu Sg. Saribas & Sg. Lupar, orang Melayu dan cina hidup sebagai dwibahasaan dengan kemampuan bahasa Iban (Collins, 2000). Manakala, di hulu Sg. Rejang bahasa Iban berfungsi sebagai bahasa utama untuk kebaktian gereja Katolik. Di sungai Limbang, Bahasa Iban digunakan oleh orang Lundayeh dan Kelabit.
Bahasa Iban diangkat sebagai fokus penelitian ilmiah hampir 2000 tahun. Citra demografi masyarakat Iban, peranan politik, lokasi yang tidak susah untuk dicapai orang luar telah menentukan status bahasa Iban sebagai bahasa Austronesia. Wujud varian varian bahasa yang sekeluarga rapat dengan bahasa Iban.
Bahasa seleranya ialah bahasa malang, kantuk, desa, seberang, sejukan dan ketungau. Hampir semua bahasa dialas dituturkan di sepanjang sungai kapas. Bahasa mualang sudah lama diteliti secara ilmiah. Penerbitan buku Bahasa Ibanik di Borneo Barat ini membincangkan istilah "ibanik", latar belakang, kedudukan beberapa komuniti Ibanik di kalimantang Barat dan meninjau ciri-ciri linguistik beberapa varian.

Ciri-ciri varian Ibanik di Kalimantan Barat
1. Diftongisasi vokal tinggi, /u/ dan /i/
Dalam dialek Ketungau di Kampung Selabi diftongisasi yang sederhana berlaku. Diftongasasi serentak dengan penengahan titik artikulasi vokal (sentralisasi) berlaku dalam dialek Ketungau di Kampung Empaung, T. Mangkang dan Tintin Boyo.
2. Pergeseran oklusif alveolar, /t/ dan /s/ pada akhir kata
Kesemua dialek menunjukkan pergeseran oklusif alveolar /t/ dan /s/ yang disebut sebagai oklusif glotis yang sepadan pada akhir kata.
3. Perubahan fonetik pada vokal /a/ pada suku akhir kata
Setiap dialek menunjukkan perubahan fonetik pada vokal /a/ yang muncul pada akhir perkataan. Sebutannya akan berubah menjadi vokal belakang rendah yang dibundarkan.
4. Pelemahan bunyi sengau lelangit lembut pada posisi akhir kata
Konsonan /ng/ hilang dengan meninggalkan jejak pada vokal yang meresapkan kesengauan. Konsonan /ng/ hanya muncul dalam bentuk baki yang lemah.

Mualang dan bugau
Ciri linguistik
1) /k/ dan glottal yang berbeza dan membezakan makna.
Eg: /nayak/ = mengayak beras
/naya?/ = pakcik
2) mengekalkan deretan nasal-oklusif
Eg: [mandok], [manonk]
3) /s/ > [h]
Atas= [ateh]
Betis= [betih]
4) vokal tinggi ke rendah
Eg: [jahit] = [jet]
[daun] = [don]

Kesimpulan
Bahasa Mualang mirip dngn bahasa-bahasa Ibanik yang lain manakala bahasa Ketungau sesat lebih mirip dengan bahasa Iban.