Kekeluargaan Islam by akmal said

EMPAT SIFAT NABI MUHAMMAD
“Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah SWT (dalam masa susah dan senang).”

(Surah al-Ahzab, ayat 21)

Satu aspek sangat baik dicontohi daripada akhlak baginda Rasulullah SAW ialah kehidupan berkeluarga. Saban hari, kita digembar-gemburkan pelbagai kes masyarakat hari ini yang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti perceraian suami isteri, sumbang mahram serta penderaan. Sebagai manusia biasa Rasulullah SAW pernah menjadi anak, suami, bapa, mentua dan datuk. Baginda menunjukkan contoh ikutan terbaik dalam memenuhi setiap tanggungjawab yang boleh diikuti semua ahli keluarga.

Sebagai suami, Rasulullah SAW begitu menghargai isterinya dengan menunjukkan sifat mulia seperti kasih sayang, bertimbang rasa, hormat serta sabar tanpa pernah sekalipun mengasari mereka bahkan menghadapi kerenah isteri dengan penuh pengertian dan kemaafan. Baginda SAW juga tidak keberatan membantu melakukan kerja rumah.

Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah (r.a) meriwayatkan katanya:

“Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.”

(Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban)

Sikap baik Rasulullah SAW terhadap isteri ini diakui sendiri oleh isteri Baginda Aisyah (r.a) yang meriwayatkan:

“Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kehidupan harian manusia khususnya umat muslim yang  diwajibkan melakukan yang baik dan benar dalam segala aspek kehidupan. Dengan menjadikan Rasulullah sebagai “role model” dalam kehidupan seharian.  4 sifat wajib yang dimiliki oleh Rasulullah SAW, mesti diamalkan dalam mengemudi bahtera rumah tangga. Sifat-sifat wajib Rasulullah SAWantaranya ialah shiddiq, amanah, tabligh, fathanah.

Pertama : Siddiq

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقاً نَّبِيّاً

“Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Ibrahim di dalam kitab (al-Qur’an), sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan seorang nabi.”

(Q.S. Maryam ayat 41)

Surah tersebut merupakan bukti kebenaran dalam peristiwa ketika Nabi Ibrahim as berkata kepada ayahandanya merupakan perkataan yang benar. Apa yang disembah oleh ayah beliau (Nabi Ibrahim) merupakan sesuatu yang tidak memberi manfaat dan tentunya mudarat, jauhilah.

Siddiq maksudnya benar. Segala perbuatan dan perkataan Nabi dan Rasul adalah benar, Seorang Nabi dan Rasul mustahil seorang pembohong kerana setiap perkataan dan perbuatan mereka sentiasa dijaga oleh Allah SWT. Nabi dan Rasul bersifat benar baik dalam ucapan mahupun tingakah laku perbuatannya. Akhlak Baginda mengamalkan sifat siddiq dalam kehidupan berumah tangga mestilah dijadikan sebagai contoh.

Berkata benar amat penting dalam apa-apa jua yang kita lakukan. Sebab itu menurut Imam Syafi’i, “Pekerjaan terberat itu ada tiga: sikap dermawan pada saat dalam kesempitan, menjauhi dosa sendiri dan berkata benar di hadapan orang yang ditakuti.” Terutama dalam alam pekerjaan, adakah kita akan lebih takut kepada ketua atau majikan kita daripada Tuhan Penguasa Alam ini?

Kalau kita sanggup membelakangkan perintah Allah SWT hingga melewat-lewatkan solat kerana takut tidak siap kerja, atau lebih buruk lagi hingga sanggup terlepas waktu solat kerana bermesyuarat contohnya, bermakna kita tidak jujur dengan Allah daripada ukuran keimanan dan ketakwaan. Kita lebih takut kepada hamba Allah berbanding dengan Penciptanya!

Bersifat dan mengamalkan sifat benar penting dalam hubungan suami isteri. Kata hamka, “berkatalah benar walaupun pahit”. Amalakan sifat berkata benar dalam setiap pertuturan, setiap tindakan dan berkata benar pada kebenaran. Sifat inilah juga yang menjamin dapat mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara anggota ahli keluarga, tak terkecuali samada dia itu seorang alim, atau seorang yang berkuasa atau seorang saudagar, samada laki-laki atau perempuan, dewasa ataupun kanak –kanak, selama mereka hidup dalam satu masyarakat yang saling perlu memerlukan antara satu sama dengan yang lain.

Kedua: Amanah

Amanah ialah sifat mulia yang pasti dipunyai oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai cita cita yang diazamkan. Suatu hubungan kekeluargaan  itu tidak akan dapat dibina dengan harmoni melainkan hanya di atas asas yang kukuh dan tetap, antaranya asas amanah. Dengan jelas kita dapat menyaksikan perbezaan antara dua jenis manusia pertama yang amanah atau al amin dan kedua yang khianat atau al-Khain. Orang yang amanah akan menjadi tempat kepercayaan dan penghormatan orang ramai, sebaliknya orang khianat itu pula menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan.

Sifat seorang mukmin yang amanah akan melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh bertanggungjawab. Dia tidak akan 'curi tulang', tidak akan mengambil rasuah dan tidak akan melaksanakan tugas sambil lewa sahaja. Dia merasai tanggungjawab dihadapan Allah S.W.T. jika di dunia diabaikan amanah yang diberikan kepadanya.

Jika sifat amanah ini dimiliki oleh para ketua keluarga kita, para ulama , guru-guru, pegawai atasan dan ahli perniagaan maka kita akan dapati negara akan berkembang maju dan  kekayaan negara akan dapat di manfaatkan sepenuhnya untuk rakyat dan keseluruhan rakyat umumnya akan mempunyai akhlak yang baik.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :

"Setiap orang daripada kamu adalah penggembala dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal penggembalaannya. Pemimpin adalah penggembala dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang lelaki adalah penggembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Seorang wanita adalah penggembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Buruh adalah penggembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal penggembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah penggembala dan tentu akan ditanya perihal penggembalaannya. "

(Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

Kejujuran itu menjadi lebih penting jika kita seorang pemimpin atau ketua, sama ada untuk keluarga, sesebuah institusi dan kerajaan atau negara. Jujur menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Sebab itu kata Imam Syafi’i lagi, “Kaji dan dalami sebelum engkau menduduki jabatan kerana kalau engkau telah mendudukinya, maka tidak ada kesempatan bagimu untuk mengkaji dan mendalaminya.” Tunggak kejayaan seorang pemimpin adalah kejujuran.

Benteng kejujuran adalah ketakwaan dan keimanan. Apabila kita ada kuasa dan pangkat, senang luntur kejujuran jika kita tidak berasa ada Tuhan Yang Maha Melihat dan hari pembalasan pada alam yang kekal kelak. Sebagai orang yang dipimpin pula, kita juga perlu jujur dengan diri kita, berani berkata benar, biarpun tidak sedap didengar. Jangan takut hilang apa-apa yang kita ada; berani kerana benar – sebab rezeki; gaji, bonus, harta, pangkat, kedudukan dan gelaran semuanya dalam ketentuan Tuhan Yang Maha Kuasa, manusia hanya saluran melaksanakan ketentuan-Nya.

Bina sejak kecil dalam diri anak-anak kita, sifat jujur dan berasa ada Allah yang memandang, kerana Allah SWT itu Maha Melihat dan Penguasa seluruh alam ini. Perlu ditekankan sejak di sekolah lagi dalam sistem pendidikan, kecemerlangan anak-anak adalah terletak pada A untuk akidah, A untuk Ibadah dan A untuk akhlak.

Setelah kita berjaya membina kecemerlangan (A) untuk ketiga-tiga ini, kecemerlangan dalam akademik akan datang dengan sendirinya. Barulah apabila anak-anak ini dewasa dan memasuki alam pekerjaan, akan menjadi golongan profesional yang tinggi integritinya – kejujuran dalam hubungan dengan Allah dan kejujuran dalam hubungan dengan sesama manusia menjadi asas kehidupannya.

Ingatlah, apa-apa lukisan kehidupan yang kita tinggalkan untuk anak-anak akan masuk dalam minda bawah sedar mereka, dan menjadi paradigma kehidupan mereka. Jika baik, maka baiklah sistem nilai dan kehidupan mereka. Ibu bapa bertanggungjawab atas akhlak anak-anak. Tanggungjawab ibu bapa, bukan apa yang kita tinggalkan kepada anak kita tetapi apa yang kita tinggal dalam jiwa mereka. Iaitu, iman dan ketakwaan – akidah yang mantap, ibadah sempurna dan akhlak mulia.

Ketiga: Tabligh

Tabligh atau sifat menyampaikan dakwah dan Islam kepada masyarakat adalah satu sifat atau tugas yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 67 yang bermaksud :

“Wahai Rasulullah, Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya(dengan menyampaikan kesemuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. ”

Walaupun ayat ini arahan Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W. sebagai Rasul pilihan-Nya untuk menyampaikan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T., tetapi sebagai hamba Allah S.W.T. dan umat Nabi S.A.W. kita juga berkawajipan untuk menyambung perjuangan Nabi S.A.W. iaitu berdakwah dan menyampaikan risalah Allah S.W.T. yang dilaksanakan oleh baginda kepada umat manusia seluruhnya terutama ahli keluarga.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Surah Ali-Imran ayat Ayat 104)

Kewajipan berdakwah adalah tanggungjawab besar yang menjadi tonggak utama agama dan tiang seri atau paksi menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturan serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka dia hendaklah mengubah dengan tangannya; jika dia tidak mampu berbuat demikian, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya; dan sekiranya dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Muslim)

Secara umumnya, pendidikan adalah suatu proses mendidik yang dilakukan secara berterusan ke arah kebaikan. Manusia memerlukan didikan yang baik untuk menjadi khalifah di bumi Allah SWT. Tanpa pendidikan seimbang antara dunia dan akhirat dan juga rohani, emosi, intelek dan jasmani manusia tidak dapat menyeimbangkan keseluruhan tindakan dalam kehidupan mereka.

Isu larangan merotan anak seharusnya difikirkan semula untuk kebaikan. Merotan yang dilakukan oleh ibu bapa bukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada mendidik. Ini diakui dalam Islam dan terdapat dalam sunah Nabi SAW. Ibu bapa seharusnya memberi penjelasan mengapa anak-anak dirotan.

Jelaslah, pendidikan menurut sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul. Ia diriwayatkan daripada Rasulullah SAW oleh para sahabat, tabiin, seterusnya sehingga ditulis oleh ulama hadis. Umat Islam ijmak (kata sepakat) atau bersepakat, bahawa sunnah menjadi sumber hukum syariah.

Pendidikan memainkan peranan utama untuk melahirkan modal insan yang seimbang dunia dan akhirat. Anak-anak pada masa kini adalah aset yang paling penting sebagai warga negara dan pemimpin pada masa depan.

Keempat : Fathanah

Sifat keempat  ialah fathanah (bijaksana dan cerdas). Sifat ini adalah sifat penting yang perlu ada pada seorang mukmin yang memimpin keluarga, kerana sifat fatanah akan menyempurnakan sifat tabligh. Seseorang pendakwah yang terlibat secara lansung akan selalu terlibat dalam perbincanagan dengan musuh, menghadapi pertanyaan daripada ahli jemaah, serangan serta kritikan orang yang masih meragukan. Seorang yang memiliki sifat fathanah ini cukup faham keadaan mereka yang ingin didakwahkan dan mengambil pendekatan lemah lembut dan penuh hikmah. Dia juga berkemampuan untuk memahami isu-isu semasa, memahami kekuatan dan kelemahan orang yang ingin di dakwahkan dan mengambil pendekatan yang bijak supaya dapat mengelakkan fitnah dan penghinaan kepada Islam.

Kita dapati ada dikalangan para pendakwah yang cuba menyampaikan Islam dengan cara yang keras dan kurang hikmah hingga menyebabkan orang yang bukan Islam menganggap Islam itu ekstrim dan agama yang tidak ada toleransi. Ada setengahnya pula menyerang peribadi-peribadi tertentu untuk menjadi bahan ketawa. Perlulah diingatkan cara berdakwah yang berkesan adalah tidak mendedakkan keaiban seseorang dan berdakwah dengan cara lemah lembut dan penuh hikmah kerana inilah cara dakwah Rasulullah S.A.W. , betapa ramai orang kafir yang memusuhi Nabi S.A.W. tetapi akhirnya memeluk Islam keranamelihat ketinggian akhlak dan peribadai baginda.

Marilah kita sama-sama mendidik diri kita menjadi seorang mukmin yang memiliki sifat siddiq, amanah, tabliq dan fatanah. Sifat yang mulia ini adalah sifat yang wajib dimiliki oleh para Nabi dan Rasul. Jika kita mempunyai sifat-sifat yang mulia ini barulah kita layak mendapat syafaat Rasulullah S.A.W dan termasuk dikalangan hamba yang dirahmati Allah S.W.T. dan akan layak memasuki syurga-Nya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.”

(Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).