FIQH JINAYYAT (IIP2003) by 17206980 STUDENT

MAKLUMAT DIRI
AMIRUL HAKIMI BIN MOKHTAR (AMI)
17206980/2
DEPARTMENT OF ISLAMIC POLITICAL SCIENCE UM
MELAKA

Konsep jenayah dalam perundangan Islam & Unsur-unsur penting dalam jenayah
Perkara-perkara yang dilarang ada yang disebut al-jarimah, al-ismu, al-jinayah, al-zanbu, al-khoti'ah, dan al-syarru.

Dan terdapat perbezaan antara lafaz-lafaz tersebut. Al-jarimah dan al-jinayah, kedua-duanya membawa makna yang khusus di sisi para fuqaha; iaitu setiap perkara yang dilarang yang disertakan dengan hukuman di dunia. Contohnya mencuri. Lalu, secara dasarnya, jika terdapat insan yang melakukan al-jarimah atau al-jinayah maka dia boleh dikenakan hukuman di dunia.

*Perincian*: Terdapat sedikit perbezaan antara lafaz al-jinayah dan al-jarimah. Al-jarimah mempunyai maksud yang lebih umum daripada al-jinayah. Al-jarimah termasuk semua kesalahan yang dikenakan hudud, qisos dan takzir iaitu sama ada kesalahan berkaitan harta, nyawa dan tubuh badan. Manakala, al-jinayah pula semua kesalahan yang dikenankan qisos dan diyat sahaja iaitu kesalahan berkaitan anggota badan dan nyawa. Tetapi persamaan antara kedua-dua lafaz ini ialah terdapat hukuman yang telah ditetapkan di dunia bagi kedua-dua kesalahan tersebut.

Adapun al-ismu dan al-zanbu menunjukkan perkara yang dilarang yang tiada hukuman di dunia, insan yang melakukan perkara tersebut akan mendapat balasan di akhirat. Contoh al-ismu ialah menderhaka kepada ibu bapa. Hukuman di dunia yang diertikan di sini ialah hukuman hudud, qisos, dan takzir.

Manakala, al-khoti'ah dan al-syarru pula memberi maksud perkara yang dilarang berkaitan akhlak manusia.

Hukuman hudud, qisos, dan takzir

Hudud ialah hukuman yang ditentukan Allah SWT dalam nas dan merupakan hak Allah SWT; hak Allah SWT ialah hak masyarakat.

Qisos dan diyat ialah hukuman yang ditentukan Allah SWT dalam nas dan merupakan hak individu.

Takzir ialah hukuman yang tidak ditentukan Allah SWT dalam nas, tetapi ditentukan pemimpin atau badan yang mempunyai autoriti untuk kepentingan masyarakat umum. Disimpulkan bahawa takzir ialah setiap hukuman selain hudud, qisos, dan diyat.

Unsur-unsur penting dalam jenayah

Rukun al-jarimah:

Rukun am dan rukun khas

Rukun secara dasarnya bermaksud sesuatu yang jika tiada dia, maka tidak dianggaplah sesuatu perbuatan tersebut dan ia termasuk dalam perbuatan tersebut.

Rukun am setiap jarimah ada 3; iaitu al-ruknu al-syar'ie, al-ruknu al-maadi, dan al-ruknu al-adabi. Jika tiada salah satu rukun ini, maka tidak dianggaplah sesuatu perbuatan itu sebagai al-jarimah.

Al-ruknu al-syar'ie: Setiap jarimah perlu ada nas yang melarangnya sama ada bersumberkan kepada al-Quran, al-Sunnah, ataupun daripada teks undang-undang dan ia juga perlu ada hukuman yang ditetapkan oleh nas tersebut. Al-ruknu al-syar'ie berkait dengan teks nas.

Al-ruknu al-maadi: Jarimah yang berlaku sama ada dengan penjenayah tersebut melakukan sesuatu, atau dia meninggalkan sesuatu, secara sendiri, secara berkumpulan, penjenayah sempat menyelesaikan perbuatan atau tidak sempat. Al-ruknu al-maadi berkait dengan perbuatan.

Al-ruknu al-adabi: Penjenayah tersebut merupakan orang yang layak untuk dikenakan hukuman. Al-ruknu al-adabi berkait dengan pelaku jenayah.

Jika tiada salah satu rukun tersebut, maka tidak akan ada apa-apa hukuman yang akan dilaksanakan.

Rukun khas pula ialah rukun yang berlaku pada setiap jarimah dan ia berbeza-beza pada setiap al-jarimah. Dan dialah yang membezakan antara satu jarimah dengan jarimah yang lain.

star_outline

Rate

comment_outline

0

more_vertical

al-rukn al-ma’nawi li al-jarimah

al-rukn al-ma’nawi li al-jarimah

star_outline

Rate

comment_outline

0

more_vertical

Niat jahat dan kepentingannya & Kesan jahil, silap dan lupa terhadap tanggungjawab jenayah

Niat jahat dan kepentingannya & Kesan jahil, silap dan lupa terhadap tanggungjawab jenayah

Niat jahat dan kepentingannya
*Tanggungjawab hukuman akan berkadaran dengan niat pelaku dan kesalahan yang dilakukan; asasnya, pelaku yang sengaja hukumannya akan lebih berat berbanding dengan pelaku yang tidak sengaja.

al-'Is-yan vs Qosdul-'Is-yan

al-'Is-yan
-Kesalahan itu sendiri (Perbuatan melukai atau membunuh orang lain atau merosakkan harta orang lain)
-Contoh: Seseorang membaling batu tiba-tiba terkena orang lain dan mangsa mati tetapi pembaling batu tiada niat membunuh pun. (Pesalah tidak dikenakan qisos, hanya perlu membayar diyat).

Qosdul-'Is-yan
-Keadaan di mana pelaku sengaja ataupun ada niat melakukan jenayah yang dilakukan
-Contoh 1: Pesalah membunuh orang lain dengan ada rancangan yang teliti.
-Contoh 2: Pesalah membunuh orang lain tanpa ada rancangan sebelum jenayah berlaku.
-Dalam kedua-dua contoh: Pesalah dikenakan qisos.

al-Qosdu vs al-Ba-'is

al-Qosdu
-ialah niat
-memberi kesan kepada jarimah sama ada dianggap jenayah yang sengaja atau tidak sengaja berdasarkan niat
-memberi kesan kepada setiap penetapan hukuman sama ada diringankan atau berat

al-Ba-'is
-motif sama ada baik atau buruk
-juga tidak memberi kesan kepada jarimah
-tidak memberi kesan kepada hukuman qisos dan hudud tetapi memberi kesan kepada hukuman takzir

Pecahan jarimah dari segi niat

Ulama Jumhur:

al-'Amdu (Sengaja):
at-ta'ammud✅Qosdul-'Is-yan✅Qosdun-Natijah✅

-Pelaku sengaja melakukan perbuatan jenayah tersebut dan dia memang menginginkan kesan yang berlaku akibat perbuatannya itu
-Contoh: Pelaku menikam orang lain dengan niat membunuh.

Shib-hul-'Amdi (Separa sengaja):
at-ta'ammud✅Qosdul-'Is-yan✅Qosdun-Natijah❌
-Pelaku memang sengaja melakukan perbuatan tetapi tiada niat untuk berlaku kesan daripada perbuatan tersebut
-Contoh: Seseorang membaling batu pada mangsa dengan niat membaling batu pada mangsa tetapi tidak bermaksud membunuh mangsa dan mangsa mati

al-khotok (tersalah):
at-ta'ammud✅Qosdul-'Is-yan❌Qosdun-Natijah❌
-pelaku sama ada tersilap dalam perbuatan atau sangkaannya
-Contoh 1(tersilap perbuatan): Seseorang membaling batu ke udara tiba-tiba terkena mangsa dan mati tetapi pembaling batu tiada niat membunuh pun.
-Contoh (tersilap sangkaan): Seseorang membunuh askar pihak musuh tetapi rupa-rupanya askar tersebut spy negara sendiri

maa jaro majro al-khotok
at-ta'ammud❌Qosdul-'Is-yan❌Qosdun-Natijah❌
-tersilap yang berlaku selepas yang tersilap
-Situasi 1: Pelaku tidak berniat melakukan perbuatan tersebut tetapi disebabkan perbuatan tersebut berlaku, mangsa mati
-Contoh: Pelaku tidur, lalu terjatuh ke atas mangsa(pelaku tiada niat untuk jatuh di atas mangsa) & mangsa tersebut mati
-Situasi 2: Perbuatan pelaku menyebabkan mangsa mati tetapi pelaku tiada niat membunuh
-Contoh: Pelaku menggali telaga untuk mendapatkan air, tapi mangsa terjatuh ke dalamnya ketika berjalan semasa tengah malam

Pecahan jarimah dari segi niat mengikut pandangan Imam Malik RA

al-'Amdu (Sengaja)
-Pelaku melakukan jenayah dengan niat melakukan jenayah

al-Khotok (Tidak sengaja)
-Pelaku melakukan jenayah tanpa niat melakukan jenayah

Bentuk niat (al-qosdu)

al-Qosdu al-'Am vs al-Qosdu al-Khos

al-Qosdu al-'Am
-Niat melakukan jenayah
-Contoh: Pesalah memukul mangsa

al-Qosdu al-Khos
-niat melakukan jenayah dan inginkan natijah daripada perbuatan tersebut
-Contoh: Pesalah memukul mangsa dengan niat membunuh

*Jika pesalah hanya memukul mangsa tanpa ada niat membunuh tetapi mangsa mati hanya dikira jenayah Shibhu al-'Amdi (separa sengaja) dan bukan jenayah bunuh secara sengaja

al-Qosdu al-Mu-'aiyyan vs al-Qosdu Ghoiru al-Mu-'aiyyan

al-Qosdu al-Mu-'aiyyan
-jenayah yang dilakukan ke atas mangsa tertentu walaupun tidak pelaku tidak kenal
-Contoh 1: Pesalah menyembelih Asad, Asad mati
-Contoh 2: Pesalah membaling bom kepada kumpulan tertentu atau ditempat tertentu walaupun tiada mangsa tertentu, tetapi pesalah tahu ramai yang akan cedera dan mati

al-Qosdu Ghoiru al-Mu-'aiyyan
-jenayah yang dilakukan ke atas mangsa atau sasaran tidak tertentu
-Contoh: Pesalah melepaskan anjingnya supaya anjingnya memburu sesiapa sahaja

*Sebahagian ulama syafi'iyyah: sama ada perbuatan mubasyarah atau tasabbub; al-Qosdu al-Mu-'aiyyan dianggap pembunuhan sengaja manakala al-Qosdu Ghoiru al-Mu-'aiyyan dianggap pembunuhan separa sengaja

*ulama malikiyyah: jika perbuatan mubasyarah; al-Qosdu al-Mu-'aiyyan dan al-Qosdu Ghoiru al-Mu-'aiyyan dianggap pembunuhan sengaja

manakala jika perbuatan tasabbub, al-Qosdu al-Mu-'aiyyan dianggap pembunuhan sengaja dan al-Qosdu Ghoiru al-Mu-'aiyyan dianggap pembunuhan separa sengaja

al-Qosdu al-Mubashir vs al-Qosdu Ghoiru al-Mubashir

al-Qosdu al-Mubashir

Pengalaman awal belajar dengan kaedah kuliah & tutorial
Refleksi: Minggu 1-7, kuliah dan tutorial yang dijalankan secara online ada kelebihan dan kelemahan yang saya alami. Kelebihan kelas dijalankan secara online, mudah untuk saya bergerak lepas penat duduk terlalu lama. Saya boleh berdiri, jalan-jalan, stretching sikit untuk hilang mengantuk sewaktu belajar.

Tetapi saya tak boleh juga menafikan kelemahan kelas secara online; fokus mudah terganggu disebabkan gangguan 'smartphone'. Salah satu cara yang saya cuba untuk kekal fokus ialah dengan tutup 'notification' telefon. Tapi tak seberapa berkesan.

Minggu 8-14, kuliah dan tutorial dijalankan secara fizikal. Memang bestlah dapat belajar seperti sedia kala. Walaupun sebelum minngu ke-8, saya dah pergi dah kelas secara fizikal, tapi official kelas fizikal pada minngu ke-8.

Kelebihan kelas secara fizikal; kelas lebih menarik, lebih banyak interaksi antara pensyarah dan pelajar, dan lebih mudah untuk fokus.

Kelemahan: Tak boleh stretching apabila mengantuk atau setelah penat duduk lama sangat. Cara saya tahan mengantuk: Tiada,... Sebenarnya saya cuba jugak untuk bergerak sikit-sikit. Tapi itulah, sikit je boleh.

KAJIAN KES

KAJIAN KES

KAJIAN KES

My Learning Style
Refleksi: Berdasarkan keputusan ujian tersebut, saya ialah "tactile learner". Saya baru perasan yang kaedah belajar pun lebih bagus jika diselarikan dengan karakter unik setiap orang. Saya suka belajar, dan apa yang saya belajar terus dipraktikkan. Walaupun saya ini orang yang
'tactile', tidak bermaksud saya tak boleh duduk diam semasa belajar. Walau apapun, memang menariklah sebab saya baru dapat tahu tentang learning style ni. Sebelum ni belajar je macam mana pun, takde pun fikir tentang kaedah belajar yang sesuai untuk diri sendiri.