Batu Bersurat Terengganu by Nadya Hamid

Hubungan kait dengan Undang - Undang Syariah Islam
Batu ini ditulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 hijrah. Tulisan pada batu ini menerangkan, Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.
Batu ini merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengistiharaan Agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.
Memorial Batu Bersurat terletak di Kampung Buluh, Hulu Terengganu. Ia dibangunkan sebagai suatu Peringatan tempat penemuan Batu Bersurat. Batu Bersurat ini merupakan bukti tertulis tentang pengistiharaan Islam sebagai agama rasmi bagi Negeri Terengganu malahan di Semenanjung Malaysia.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Unsur luaran teori kedatangan Islam dari China dikaji berdasarkan temuan batu nisan dan catatan sejarah China. Menurut S.Q Fatimi, batu nisan Fatimah binti Maimon bertarikh 1082M yang ditemui di Leran, Jawa Timur mempunyai persamaan dengan batu-batu nisan di Phan-rang, Champa Selatan 1039M dan 1035M.
Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang menunjukkan bukti kedatangan Islam pada tahun 1303M. Sejarah Dinasti Shung( 960- 1279 T.M) membuat catatan tentang  kemasukan Islam di persisir pantai timur sejak tahun 977M.
Batu Bersurat ini menyamai batu nisan di Champa Selatan. Penemuan ini mengukuhkan hujah S.Q. Fatimi mengenai teori kedatangan Islam melalui China mulai tahun 878M.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar.

Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.
Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam

NURSHAFIKA NADIA
259133
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
GROUP A
DR. MAKUETA HAYIWAESORHOH