TUGASAN 3 EDUP3133 (PENGHASILAN PRODUK) by

Secara umumnya, reka bentuk pengajaran merujuk kepada proses yang diwujudkan secara sistematik untuk merancang pengajaran yang menyeluruh dengan cara membentuk, membina, melaksana dan termasuklah menilai sesi tersebut. Norshafinaz Abdul Sani dan Faridah Yunus (2018, ms.103) menyatakan bahawa “Perancangan pengajaran perlu dilakukan oleh guru dengan baik untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar tanpa sebarang gangguan”. Dalam konteks ini, ianya merupakan salah satu perkara yang paling penting sebagai seorang guru iaitu membantu dalam membentuk pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan dan relevan untuk murid dengan menekankan aspek pengajaran digital.  Menurut Nur Aisya Kamaluddin dan Hazrai Husnin (2022, ms.333). “Secara tidak langsung, ia akan membantu dan memudahkan pengajaran berkualiti guru dan menarik minat murid untuk belajar”. Oleh itu, pengajaran yang telah direka bentuk dengan baik terutamanya dalam Rancangan Pengajaran (RPH) yang berkontekskan pengajaran digital dapat menyediakan pelbagai peluang pembelajaran.

Secara umumya, reka bentuk pengajaran ASSURE ini merupakan singkatan terhadap 6 tahap utama yang terdapat dalam Model ASSURE di mana setiap tahap mempunyai peranan yang tersendiri. Menurut Azman Jais et al. (2023, ms.45), “Model ASSURE adalah pendekatan sistematik yang digunakan dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran yang efektif”. Dalam kata lain, pengintegrasian reka bentuk pengajaran ASSURE ini akan membantu para pendidik khususnya guru untuk melaksanakan PdPc yang lebih berkesan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Muhammad Yaumi (2018, ms.43) menyatakan bahawa “Model ASSURE bukan sahaja sesuai untuk membangunkan media dan teknologi pembelajaran, tetapi juga boleh digunakan untuk memilih bahan dan strategi pembelajaran yang diterapkan”.

Tuntasnya, dapat dirumuskan bahawa reka bentuk pengajaran merupakan salah satu perkara utama dalam merancang pengajaran di mana ianya berfokuskan pengajaran dan pembelajaran yang mendalam khususnya dalam menyesuaikan pengajaran dengan teknologi. Menurut Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi et al. (n.d., ms.63) “Kepesatan teknologi dalam globalisasi memaksa sistem pendidikan negara merangka dan melakukan perubahan holistik dalam pengajaran dan pembelajaran”. Secara tidak langsung, ianya bukan sahaja dapat memaksimukan pemahaman murid tetapi termasuklah mewujudkan pembelajaran personal, kolaboratif dan kreatif dalam kalangan murid. Oleh itu, keberkesanan pengajaran digital yang berdaya saing ini telah membuktian bahawa reka bentuk pengajaran ASSURE adalah satu kerangka yang berjaya memenuhi keperluan murid sekali gus menjana pembelajaran yang lebih baik.

3.1 Menganalisis Pembelajaran (Analyze Learners)
Pada tahap ini, menganalisis pembelajaran tersebut merujuk kepada memahami ciri-ciri murid sama ada dari segi latar belakang, keperluan, minat, dan gaya pembelajaran murid terutamanya dalam melaksanakan PdPc di dalam bilik darjah.  Disini, guru mengenal pasti muridnya dengan memahami perkembangan murid mengikut kesesuaian umur dan tahap muridnya dalam bidang menggambar supaya RPH dapat dirancang sesuai dengan kemahiran mereka. Menurut Danial Arif Abdul Muttalip (2020, ms.32), “Pengajaran berbeza memberi fokus pada keperluan murid belajar secara optimum mengikut aras dan situasi murid”. Selain itu, minat murid turut ditekankan dalam menyediakan RPH di mana setiap tajuk dan aktiviti yang dipilih mestilah berdasarkan minat mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan efektif diwujudkan berdasarkan minat murid (Nor Hadibah Hushaini et al., 2022). Akhir sekali ialah analisis terhadap gaya pembelajaran murid di mana RPH yang dihasilkan telah menitikberatkan gaya pembelajaran yang pelbagai seperti gaya pembelajaran visual , gaya pembelajaran auditori serta gaya pembelajaran kinestetik. Dengan ini, guru dapat mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih sesuai dengan memahami murid sebelum menyediakan RPH.

RINGKASAN:

1. Mengenal Pasti latar belakang Murid
- Guru menganalisis semua murid dengan mendapati bahawa semua murid di dalam kelas tersebut berminat dan mempunyai kebolehan dalam bidang menggambar di mana mereka mudah tertarik terhadap penggunaan teknologi dan visual yang mempunyai varisai warna.

2. Keperluan dan Minat Pelajar:
- Guru menganalisis murid berdasarkan keperluan dan minat mereka iaitu menumpukan aktiviti yang mempunyai unsur nyanyian semasa set induksi, tugasan berkumpulan, penggunaan teknologi seperti aplikasi Youtube, Canva dan Jamboard dalam menjalankan aktiviti PdPc di mana ianya selaras dengan PAK-21 yang mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih efektif dan menarik.

3. Gaya Pembelajaran Murid:
- Guru menganalisis gaya pembelajaran muridnya dengan memberi tumpuan terhadap 3 jenis gaya pembelajaran yang berbeza di dalam kelas iaitu gaya pembelajaran visual seperti adanya penggunaan video pengajaran dan slide bergambar. Selain itu, terdapat gaya pembelajaran auditori seperti adanya video nyanyian yang berbantukan aplikasi youtube. Akhir sekali ialah gaya pembelajaran kinestetik yang menggalakkan murid untuk meneroka media dan menghasilkan lukisan yang mengaplikasikan teknik garisan selari.

3.2 Menyatakan Tujuan (Objectives)
Pada tahap ini, ianya merujuk kepada menyatakan tujuan pembelajaran yang boleh diukur dan lebih spesifik terutamanya dalam memperlihatkan hasil yang ingin diharapkan daripada proses PdPc tersebut. Misalnya, terdapat 2 objektif pembelajaran yang telah dinyatakan dengan jelas dan perlu dicapai pada akhir pembelajaran dalam kandungan RPH tersebut iaitu yang pertama ialah murid menceritakan kepelbagaian bahasa seni visual dalam lukisan dengan betul. Disini, murid mestilah dapat mengenal pasti dan menyatakan pelbagai bahasa seni visual seperti garisan, rupa, imbangan dan kepelbagaian yang terdapat dalam sesebuah lukisan dengan tepat. Manakala yang kedua ialah murid mengaplikasikan bahasa seni visual menggunakan teknik garisan selari dalam lukisan. Oleh itu, penerokaan dalam pembelajaran ini memberi murid pengalaman langsung untuk menghasilkan lukisan bertemakan sayur-sayuran dengan menggunakan teknik garisan selari yang telah dipelajari. Menurut Mastura Abdul Razak, Rozita Radhia Said dan Fathiyah Mohd Fakhruddin (2021, ms.2), “Penggunaan objektif dalam Rancangan Pelajaran Harian (RPH) adalah untuk membolehkan guru menyusun aktiviti dan pelaksanaan pengajaran dalam bilik darjah”. Secara tidak langsung, objektif pembelajaran yang telah dicapai dalam RPH tersebut bukan sahaja membantu guru untuk mengukur keberhasilan pembelajaran murid tetapi termasuklah dalam memberikan fokus yang tepat terhadap pembelajaran mereka dengan menekankan pembelajaran bahasa seni visual dan kemahiran seni visual yang disesuaikan mengikut Standard Kandungan yang terdapat dalam RPH.

RINGKASAN:
1. Sesuai dengan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan di dalam RPH tersebut, semua murid telah dapat mencapai objektif pembelajaran dengan mengaplikasikan tiga teknik garisan selari iaitu garisan lurus, melengkung dan beralun dengan menggunakan pelbagai media dalam bidang menggambar dengan betul.

2. Objektif pembelajaran juga dicapai dengan berbantukan teknologi digital seperti aplikasi canva, jamboard dan youtube yang memudahkan proses PdPc berlangsung secara efektif.

3.3 Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials)
Pada tahap ini, pemilihannya telah disesesuaikan dengan tujuan dan ciri-ciri pembelajaran murid itu sendiri dalam mata pelajaran pendidikan seni visual. Dalam kata lain, pemilihannya terbahagi kepada beberapa aspek penting seperti kaedah, media dan bahan. Contohnya dalam RPH tersebut, kaedah yang digunakan ialah perbincangan dan demontrasi yang seiring dengan kemahiran abad ke-21. Perbincangan disini merujuk kepada perbincangan antara guru dan murid di mana guru membimbing murid untuk meneroka pelbagai bahasa seni visual dan rupa sayur-sayuran yang boleh dihasilkan menggunakan garisan secara berkumpulan. Menurut Nor Syahirah Abu Bakar dan Mohd Aderi Che Noh (2022, ms.89), “Dalam masa yang sama kaedah perbincangan ini dapat digunakan kepada semua mata pelajaran berdasarkan kreativiti guru tersebut”. Malah, demontrasi pula boleh dilihat pada penglibatan guru dan murid dalam melakukan aktiviti penerokaan terhadap pelbagai teknik garisan selari sama ada secara garisan lurus, garisan melengkung dan garisan beralun dengan melihat contoh yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah demonstrasi ialah satu cara penyampaian pengajaran dengan membuat tunjuk cara atau menunjukkan kepada murid terhadap proses, situasi, atau objek tertentu yang sedang dipelajari sama ada secara tiruan sekaligus disertakan dengan penerangan secara lisan (Cut Rina et al., 2020). Selain itu, pemilihan media dan bahan juga merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam menyediakan RPH di mana ianya terdiri daripada pelbagai bentuk. Misalnya, RPH tersebut memilih pembelajaran yang menekankan audio visual untuk menerangkan topik pembelajaran tersebut. Hal ini seiring bahawa media audio visual dapat memberi kesan kepada proses pembelajaran (Ani Rohma & Ummu Sholihah, 2021).

RINGKASAN:
1. Guru menggunakan kaedah perbincangan dengan menintegrasikan penggunakan aplikasi jamboard yang menggalakkan murid untuk berinteraksi secara digital.

2. Guru juga menggunakan kaedah demonstrari dengan memberi contoh dan bimbingan kepada murid dalam menghasilkan lukisan menggunakan teknik garisan selari.

3. Guru menggunakan media pembelajaran yang sesuai dengan minat dan keperluan murid dalam pendidikan hari ini yang menekankan audio visual iaitu digabungkan dengan teknologi digital seperti video pengajaran di aplikasi youtube dan pembentangan slide pengajaran di aplikasi canva.

3.4 Memanfaatkan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials)
Pada tahap ini, ianya melibatkan penggunaan media dan bahan pembelajaran yang menarik terutamanya dalam menyampaikan maklumat pembelajaran. Selaras dengan RPH tersebut, penggunaan media dan bahan yang dipilih  disesuaikan dengan bidang dan kemahiran murid itu sendiri dengan memasukkan elemen visual, grafik, audio dan teks yang menarik . Misalnya, terdapat beberapa media dan bahan yang digunakan dalam PdPc untuk murid tahun 2 iaitu mengaplikasikan dan memanfaatkan media dan bahan yang berasaskan teknologi digital yang pelbagai iaitu sesuai dengan pendidikan terkini seperti penggunaan aplikasi youtube, jamboard dan canva dalam melaksanakan aktiviti PdPc yang lebih menyeronokkan. Secara tidak langsung, pemilihan media dan bahan tersebut membolehkan murid untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran secara langsung dan lebih berkesan dalam bidang menggambar. Sita Husnul Khotimah et al. (2021, ms.678) menyatakan bahawa “Media belajar juga berfungsi memudahkan terjadinya proses pembelajaran”.

RINGKASAN:
1. Guru menggalakkan penggunaan media dan bahan yang menarik dalam menyampaikan maklumat pembelajaran seperti menekankan elemen visual, audio, grafik, animasi dan teks yang menarik sama ada dalam bentuk video mahupun slide yang dipaparkan.

3.5 Melibatkan Pelajar (Require Learner Participation)
Pada tahap ini, penyediaan RPH tersebut mestilah menitikberatkan penglibatan aktif daripada setiap murid sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Nor Yuzie Yusuf et al., (2014, ms.10), menyatakan bahawa “Ini bermakna murid yang terlibat secara aktif menunjukkan pencapaian akademik yang tinggi”. Dengan kata lain, guru  menyediakan RPH yang menggalakkan aktiviti yang pelbagai dan boleh meningkatkan penglibatan semua murid terutamanya murid yang pasif di dalam kelas. Contohnya disini, guru merancang aktiviti yang melibatkan pembelajaran  langsung dengan adanya aktiviti perbincangan dan kolaboratif secara digital melalui jamboard iaitu antara murid dengan murid serta guru dengan murid. Sepertimana yang dinyatakan dalam RPH tersebut, ianya seiring dengan kemahiran abad ke-21 yang menggalakkan murid untuk mahir berkomunikasi serta berfikir dan termasuklah terlibat dalam kerja berpasukan. Oleh hal yang demikian, PdPc tersebut telah mewujudkan peluang untuk murid berinteraksi sama ada dengan rakan mahupun guru dalam melaksanakan penerokaan terhadap bahasa seni visual dalam lukisan sekali gus memberi galakkan kepada murid untuk terlibat aktif dalam PdPc yang dilaksanakan.

RINGKASAN:
1. Guru menggunakan aplikasi jamboard untuk menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dengan melakukan perbincangan digital secara berkumpulan dan dipantau oleh guru.

2. Murid berinteraksi dengan rakannya yang lain dalam  memberi pendapat dan berkongsi idea di dalam jamboard yang disediakan oleh guru mengikut kumpulan mereka masing-masing.

3.6 Menilai dan Menyemak Semula (Evaluate and Revise)
Pada tahap ini, ianya merupakan tahap yang terakhir di mana ianya melibatkan penilaian terhadap pencapaian pembelajaran murid dan termasuklah keberkesanan pengajaran guru sepanjang melaksanakan sesi PdPc selaras dengan RPH yang telah dirancang. Dalam hal ini, penilaian telah dilakukan dalam bentuk tugasan dan penilaian rakan sebaya di mana ianya merupakan penilaian yang melibatkan murid dan guru  semasa PdPc. Menurut Norazah Mohd Nordin dan Ngau (2009, ms.117), “Dalam hal ini, pengajar menggunakan penilaian dengan memberi gred untuk objektif khusus yang telah dicapai oleh para pelajar sepanjang masa pelajar membuat tugasan”. Dengan cara ini, ianya membantu dalam mengukur pencapaian murid dan keberkesanan pengajaran secara berterusan. Secara tidak langsung, maklum balas yang diperolehi daripada hasil penilaian yang dilaksanakan dalam bentuk tugasan dalam bidang menggambar dan penilaian rakan sebaya terhadap lukisan tersebut membantu guru untuk menyemak semula kelemahan proses PdPc yang telah dilaksanakan mengikut RPH tersebut dan berusaha untuk merancang aktiviti PdPc yang boleh meningkatkan reka bentuk pengajaran pada masa depan.

RINGKASAN:

1. Penilaian terhadap tugasan
- Guru berperanan dalam menilai tugasan muridnya melalui aktiviti perbincangan kumpulan yang dilaksanakan secara digital menggunakan aplikasi jamboard di mana guru memantau setiap pendapat dan idea yang dikongsikan oleh muridnya di dalam sesi PdPc dengan lebih mudah.
- Guru juga menilai hasil tugasan yang dipamerkan oleh muridnya pada akhir pembelajaran berkaitan dengan tugasan karya lukisan yang mengaplikasikan teknik garisan selari yang perlu disiapkan oleh mereka.

2. Penilaian rakan sebaya
- Murid berpeluang dalam menilai dengan memberi pendapat terhadap karya sendiri dan karya rakannya yang lain semasa murid mempamerkan hasil tugasan di akhir pembelajaran.

Soal Selidik terhadap keberkesanan sesi PdPc

Soal Selidik terhadap murid sebelum sesi PdPc.

Soal selidik dilaksanakan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan penguasaan murid sebelum dan selepas melaksanakan sesi PdPc.