TAJ MAHAL - MINECRAFT HERITAGE IMMORTALISED 2022 / SK MERBOK (PUSAT) by

SKMP SUPERB - SK MERBOK (PUSAT)
Ahli Kumpulan :

1.   Aleesya Eryna binti Hairuddin

2.   Putri Atilia Batrisya binti Azri

3.   Ahmad Faiz Najmi bin Saparin

4.   Muhammad Ainul Azfar bin Azamel

5.   Nur Zahra binti Mohamad Rahmat

PENGENALAN - TAJ MAHAL
Taj Mahal ialah makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614 - 1666) sebagai monumen peringatan untuk isterinya Mumtaz Mahal.  Bangunan unik ini terletak di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India. Bangunan ini mula dibina pada tahun 1632 dan siap pada tahun 1648.

Bangunan ini merupakan contoh terbaik Seni Bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan gaya seni bina Islam. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.

Bahan binaan Taj Mahal terdiri daripada marmar putih yang berkilauan yang akan menampakkan perubahan warna mengikut matahari atau cahaya bulan. Makam Mumtaz Mahal dibina daripada marmar putih bertatahkan batu-batu terbaik seperti jed, kristal, batu lapis lazuli, batu amethyst dan batu turquoise.

Bangunan ini terdapat kubah di tengah-tengah bangunannya yang tingginya mencapai 240 kaki (73 meter) dan dikelilingi oleh 4 kubah yang lebih kecil saiznya. Keempat-empat kubah itu diampu oleh menara yang tercondong keluar sedikit.

Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytihar Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia. Bangunan ini juga dikatakan 'permata seni bina Islam'.

PERANCANGAN DAN PROSES PEMBANGUNAN
13  Julai 2022 (Rabu)
Semua ahli kumpulan dan guru pembimbing Puan Subaidah binti Tera berkumpul di Makmal Komputer sekolah dan berbincang tentang projek bangunan yang hendak dibina. Guru pembimbing telah menerangkan konsep projek yang hendak dijalankan menggunakan platform Minecraft kepada semua ahli kumpulan. Setelah berbincang, semua ahli kumpulan bersetuju untuk memilih bangunan unik Taj Mahal yang merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia yang diisytiharkan oleh UNESCO.

Pembahagian tugas :

Aleesya Eryna - ketua kumpulan / susun atur rekabentuk binaan bangunan
Ahmad Faiz Najmi - binaan bangunan / kubah
Muhammad Ainul Azfar - binaan dalam bangunan / rekabentuk
Putri Atilia Batrisya - rekreasi luar bangunan / rekabentuk
Nur Zahra - binaan luar bangunan / laporan projek

14 Julai 2022 - 3 Ogos 2022
Semua ahli kumpulan berkumpul di Makmal Komputer selepas waktu persekolahan dan membina bangunan Taj Mahal menggunakan platform Minecraft Education Edition.

4 Ogos 2022 - 5 Ogos 2022
Guru pembimbing melihat dan menilai hasil kerja kumpulan.

6 Ogos 2022 (Rabu)
Semua ahli kumpulan berkumpul di Makmal Komputer selepas waktu persekolahan dan membuat pengubahsuaian dan pemurnian bangunan Taj Mahal yang dibina.

7 Ogos 2022 (Ahad)
Projek dihantar.

PERBANDINGAN BANGUNAN SEBENAR DAN BANGUNAN DI DALAM MINECRAFT
Bangunan Taj Mahal yang sebenar dibina menggunakan batu-batu marmar putih yang berkilauan selain ditambah dengan batu-batu terbaik seperti jed, kristal, batu lapis lazuli, batu amethyst dan batu turquoise.  Bangunan dihiasi dengan bentuk tulisan kaligrafi, bentuk abstrak dan bentuk dedaunan. Kubah dan bilik kebal bangunan mempunyai rekabentuk geometrik yang kompleks.

Di dalam Minecraft tiada batu-batu marmar yang berkilauan. Binaan kubah juga dibuat menggunakan batu chiseled quartz block, pillar sandstone block, cut sandstone block, dan lain-lain blok lagi. Blok-blok ini hanya blok biasa sahaja. Oleh itu, impak berkilauan tidak dapat dihasilkan. Oleh kerana bentuk blok-blok di dalam Minecraft berbentuk segi empat, maka bentuk bangunan Taj Mahal yang dibina kelihatan bersegi dari pandangan dekat. Bangunan Taj Mahal yang dibina  juga tidak mempunyai hiasan tulisan kaligrafi, abstrak dan sebagainya.

PENYELESAIAN MASALAH
Membina sesebuah bangunan menggunakan platform Minecraft pastinya berhadapan dengan masalah rekabentuk dan blok yang hendak digunakan supaya binaan blok bangunan di dalam Minecraft menyerupai atau hampir menyerupai bangunan Taj Mahal yang sebenar.  Mengambilkira 1 blok di dalam Minecraft bersamaan 1 meter,  semua ahli kumpulan telah merancang kiraan blok yang perlu dibina dengan teliti supaya pembinaan bangunan berjalan lancar.

Semua ahli kumpulan menjalankan kerja secara berkumpulan (multiplayer task) di dalam Minecraft. Aleesya Eryna yang bertindak sebagai ketua kumpulan telah menjadi host dan menjemput semua ahli untuk masuk ke dalam world Taj Mahal yang dibina. Semasa projek pembinaan bangunan dijalankan, semua ahli akan berkumpul dan berbincang tentang rekabentuk bangunan yang akan dibina. Sekiranya terdapat kesilapan rekabentuk, semua ahli kumpulan akan bekerjasama membetulkan semula rekabentuk bangunan tersebut.

Kesilapan pemilihan blok di dalam Minecraft juga sering terjadi di mana ahli kumpulan sukar mencari blok yang serupa dengan bangunan sebenar. Semua ahli kumpulan akan berbincang dan memilih blok yang hampir menyerupai bangunan sebenar.

PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI SEMASA MENJALANKAN PROJEK
Terdapat beberapa pengajaran dan pengalaman yang diperolehi oleh semua ahli kumpulan sepanjang menjalankan projek binaan bangunan Taj Mahal ini.

1.  Kemahiran Menggunakan Minecraft
2.  Kerja Berkumpulan
3.  Kerjasama dan toleransi yang baik
4.  Merancang dan melaksanakan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan
5.  Menyediakan laporan projek