REFLEKSI KURSUS PAKK3483 by FARAH A'ISYAH BINTI MOHD FADLI IPG-Pelajar

Pembelajaran seperti pembelajaran 3E iaitu Explore,Experience,Experiment penting untuk dipelajari agar dapat diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar kelak.Malah ,simulasi keselamatan seperti  latihan kebakaran dan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) sangat penting agar murid mempunyai pengetahuan asas mengenainya  dan mematuhi peraturan di jalan raya .Malah,melalui PKJR murid  akan menjadi pengguna jalan raya yang bijak.Simulasi penyediaan makanan pula berkepentingan agar dapat menyediakan makanan yang sesuai dengan peringkat umur kanak - kanak.Simulasi urutan bayi  pula mendedahkan pelbagai jenis urutan dan caranya .Contoh urutan adalah urutan bayi kembung,urutan ' i love u ',urutan bayi pramatang ,urutan bayi tidur lena dan urutan bayi baru lahir.Kesimpulannya,pembelajaran ini adalah sangat bermakna kepada bakal pendidik  .

-Felicia-

Refleksi Diri (Pelajar)
Refleksi saya terhadap pembelajaran 3E ialah aktiviti 3E telah dilaksanakan di taska. Kami mendapat pengalaman secara langsung bagaimana mengendalikan kanak-kanak taska serta mengajar kanak-kanak untuk mematuhi SOP keselamatan sepanjang melaksanakan aktiviti 3E. Saya boleh membuat refleksi selepas melaksanakan aktiviti menggunakan analisis SWOT sama ada aktiviti sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak taska. Selain itu, melalui aktiviti simulasi keselamatan, kumpulan kami telah melakukan simulasi pendidikan PKJR. Kami melakukan aktiviti melintas jalan raya bagi memperkenalkan peraturan dan keselamatan di jalan raya. Saya telah mendapat bimbingan daripada pensyarah bagaimana untuk melakukan simulasi keselamatan jalan raya yang betul dan boleh saya diaplikasi di taska. Di samping itu, simulasi penyediaan makanan telah mengajar saya agar menyediakan menu makanan yang bersesuaian dengan kanak-kanak mengikut tahap umur. Pemakanan yang seimbang meningkatkan tenaga dan mempengaruhi tahap kesihatan kanak-kanak. Selain itu, SOP makan turut saya pelajari agar kanak-kanak boleh dilatih untuk beradap sopan ketika makan. Akhir sekali, saya telah mempelajari urutan untuk bayi semasa melakukan simulasi urutan. Pelbagai urutan yang dipelajari yang boleh diaplikasikan pada kanak-kanak dan bayi. Contohnya, urutan bayi kembung. Pelbagai punca dan cara urutan telah disimulasikan oleh saya dan dibimbing oleh pensyarah. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilaksanakan sangat berguna dan boleh diaplikasikan jika bergelar seorang guru suatu hari nanti.

-Siulyen-

Melalui pembelajaran 3E saya telah mempelajari bahawa kepentingan 3E terhadap kanak-kanak. Sebagai contoh, nature walk telah merupakan salah satu aktiviti yang melibatkan pembelajaran 3E. Nature Walk (Meneroka Alam Semulajadi) merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan kerana ianya memberikan kanak-kanak pengalaman secara langsung (First Hand Experience) yang melibatkan penggunaan kelima- lima deria iaitu penglihatan, sentuhan, rasa, bau, dan pendengaran. Penglibatan kanak-kanak semasa nature walk dapat memupuk daya imaginasi dan kreativiti mereka serta pemerhatian yang baik. Aktiviti ini juga dapat menanamkan rasa cinta kanak-kanak kepada alam sekitar dan melatih mereka sebagai pencinta alam sekitar. Ianya boleh dilakukan dengan berjalan di taman, disekitar PAPN atau kawasan yang berdekatan. Semasa aktiviti Nature Walk, kanak-kanak dapat meneroka, mengalami sendiri dan membuat eksperimen dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran. Aktiviti ini dapat menimbulkan keseronokan di mana kanak-kanak dapat menimbulkan kerosakan dimana kanak-kanak dapat membuat penemuan baharu, membuat inferens dan mengumpul koleksi bahan-bahan yang dijumpai di persekitaran. Bagi simulasi keselamatan pula, saya akan dapat mempelajari cara yang betul ketika mengemukakan situasi seperti kebakaran (cara mengurus kanak-kanak), Choking, sesat nafas dan sebagainya. Selain daripada itu, simulasi penyediaan makanan juga telah memperkenalkan pelbagai cara masak bagi kanak-kanak yang berbeza umur. kami telah menjalankan kerja amali untuk penyediaan makanan kepada bayi dan kanak-kanak. Dengan ini, akan dapat memastikan setiap pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang pelajari dalam kehidupan harian. Akhir seklali adalah simulasi urutan, kami telah mempelajari pelbagai cara urutan bagi yang berguna. Melalui pengetahuan yang sedia ada, kami telah berjaya menjalankan urutan yang betul terhadap baby anne .

-lee sing yii

-ivy ong ying xi-
Refleksi pelajar terhadap aktiviti-aktiviti seperti Pembelajaran 3E, simulasi keselamatan, simulasi penyediaan makanan, dan simulasi urutan adalah penting untuk pemahaman dan perkembangan diri. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ini, pelajar dapat memperoleh pengalaman praktikal yang mendalam.

Pertama, dalam Pembelajaran 3E (Exploration, Explanation, Elaboration), pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam menjelajah konsep-konsep baru, menerangkan pemahaman mereka, dan mengembangkan konsep tersebut dengan lebih mendalam. Proses ini membantu memperkuat asas pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berfikir kritis.

Simulasi keselamatan memberikan peluang kepada pelajar untuk menghadapi situasi berbahaya secara maya, membolehkan mereka mengasah kemahiran tanggap dan membuat keputusan cepat dalam keadaan kecemasan. Ini tidak hanya meningkatkan pengetahuan keselamatan, tetapi juga membentuk sikap yang prihatin terhadap keselamatan diri dan orang lain.

Simulasi penyediaan makanan membolehkan pelajar memahami proses persediaan makanan, kebersihan, dan keselamatan dalam konteks industri makanan. Mereka dapat belajar tentang kaedah penyimpanan bahan makanan, teknik memasak, dan pematuhan kepada standard kesihatan.

Simulasi urutan memberikan peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan kemahiran urutan atau prosedur dalam persekitaran terkawal. Ini membantu meningkatkan ketepatan, kelancaran, dan kecekapan dalam melaksanakan tugas yang memerlukan urutan langkah-langkah tertentu.

LU SHI JIE
REFLEKSI PELAJAR TERHADAP AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DILAKUKAN SEPERTI PEMBELAJARAN 3E, SIMULASI KESELAMATAN, SIMULASI PENYEDIAAN MAKANAN DAN SIMULASI URUTAN

3E- explore, experiment dan experience. Pendekatan ini dapat menggalakkan pembelajaran aktif, kreativiti, dan eksplorasi yang membantu perkembangan holistik kanak-kanak. Ia memupuk minat terhadap pembelajaran, membolehkan mereka memahami konsep secara mendalam melalui pengalaman praktikal, dan menyediakan peluang untuk mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka secara aktif. Ini membantu membina asas yang kukuh untuk pembelajaran dan perkembangan mereka di peringkat awal.

Simulasi keselamatan seperti simulasi kebakaran, simulasi jalan raya boleh memberikan pendedahkan kepada kita bagaimana kita menguruskan keselamatan kanak-kanak semasa di prasekolah.

Simulasi penyediaan makanan membolehkan kita mengetahui apa proses penyediaan makanan, SOP penyediaan makanan. ini penting dalam memastikan kesihatan kanak-kanak di prasekolah dijamin

Simulasi urutan memberikan pendedahan kepada kita pelbagai jenis urutan yang boleh dilakukan ke atas bayi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Refleksi
Aktiviti yang telah dilakukan seperti 3E menekankan pembinaan keupayaan kanak-kanak untuk merangsang minda dengan menggunakan kaedah meneroka(Explore), membuat(Eksperimen) dan mengalami(Experience). Guru harus menyediakan proses pembelajaran kanak-kanak yang melibatkan pembelajaran secara hands-on supaya kanak-kanak diberi peluang untuk menyiasat dan menerokai bahan-bahan di persekitaran seperti tumbuh-tumbuhan, batu-batan, serangga, magnet dan sebagainya. Selain itu, simulasi keselamatan juga dijalankan. Melalui simulasi keselamatan ini, pelbagai idea baharu dapat dicetuskan oleh guru dalam menyampaikan cara-cara mengajar kanak-kanak tentang pengetahuan keselamatan seperti apa yang perlu diperhati semasa melintas jalan raya. Dalam simulasi pemakanan pula telah mambantu kami belajar tentang persediaan makanan-makanan yang sesuai untuk bayi serta kanak-kanak untuk memenuhi keperluan nutriens mereka. Menu-menu yang dirancang haruslah seimbang berdasarkan Garis Panduan Pemberian Makanan dan Kanak-kanak. Akhir sekali, aktiviti simulasi urutan membolehkan guru-guru belajar teknik urutan yang betul untuk kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Flo

Kursus ini memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada kami dalam mengurus dan mengendalikan kanak-kanak dari pelbagai aspek. Untuk pembelajaran 3e, kanak-kanak harus didedahkan kepada experiments, explore dan experience iaitu kanak-kanak mendapat pengalaman baru yang dapat membantu mereka dalam pembelajaran secara menyeronokkan. Seterusnya, untuk simulasi keselamatan, kami telah melakukan simulasi seperti simulasi kebakaran, simulasi PKJR dan lain-lain. Simulasi ini membantu kami untuk lebih cekap dalam mengawal dan mengendalikan situasi yang memcemaskan kepada kanak-kanak. Untuk simulasi penyediaan makanan, ia merupakam perkara yang sangat penting. Hal ini kerana sop sebelum semasa dan selepas penyediaan makanan akan memberi impak kepada kanak-kanak. Kanak-kanak perlu makan makanan yang seimbang yang disediakan oleh guru  disediakan di prasekolah ataupun taska. Akhir sekali, untuk simulasi urutan, urutan yang betul untuk bayi akan mempengaruhi mood atau emosi bayi. Antara contoh urutan yang telah kami lakukan ialah urutan 'i love u', urutan bayi tidur Lena dan lain-lain. Bagi kesemua simulasi yang telah kami lakukan, ia dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baharu kepada says dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini.

Kursus ini telah banyak memberi ilmu pengetahuan dan juga pengalaman dalam mengasuh kanak-kanak dan juga bayi dalam pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti pembelajaran 3E, iaitu Explore, Experiments, Experience untuk kanak-kanak. Melalui aktiviti ini banyak aktiviti yang dapat dilakukan untuk kanak-kanak bagi meningkatkan perkembangan diri mereka dari segi JERIS. Selain itu dari segi Keselamatan pula,  terdapat aktiviti yang dijalankan seperti simulasi kebakaran, kecederaan,  keselamatan jalan raya dan sebagainya. Ini dapat membantu kami para pelajar dalam memperolehi ilmu pengetahuan mengenai hal tersebut. Seterusnya adalah, Penyediaan Pemakanan Kanak-Kanak dan bayi yang betul, serta Urutan untuk bayi. Daripada aspek-aspek ini, Kami para pelajar  dapat menimbah ilmu cara untuk mengurus bayi dan pemakanan  kanak-kanak dengan cara yang betul, selamat dan sesuai dengan keadaan.

Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan dalam kursus ini, saya telah memperolehi pelbagai ilmu berkenaan amalan asuhan dan bimbingan kanak-kanak serta perkembangan dan pertumbuhan bayi dan kanak-kanak berdasarkan teori-teori. Saya juga mempelajari tentang nilai dan sikap pendidik serta hubungan pendidik dengan bayi amat penting bagi meningkatkan keberkesanan amalan asuhan.

Selain itu, saya juga mempelajari tentang Prosedur Operasi Standard dalam pengurusan bayi dan kanak-kanak berumur 0-4 tahun misalnya POS dari segi keselamatan, kebersihan, penyediaan makanan, urutan bayi dan kanak-kanak dan sebagainya. POS yang dipelajari tersebut memberikan saya panduan untuk mengurus amalan bayi dan kk pada masa hadapan kelak.

Melalui aktiviti simulasi keselamatan seperti latihan kebakaran dan pendidikan keselamatan jalan raya, saya dapat menggambarkan situasi sebenar serta tindakan yang patut diambil semasa kemalangan berlaku. Dalam masa yang sama, saya turut mempelajari kaedah dan strategi untuk mendedahkan pendidikan keselamatan kepada kanak-kanak taska.

Melalui simulasi penyediaan makanan, saya telah mempelajari tentang POS penyediaan makanan kanak-kanak mengikut menu yang disediakan serta bahan-bahan yang harus dielakkan seperti ajinamoto dan sebagainya.

Di samping itu, simulasi urutan juga mengajar saya beberapa teknik mengurut bayi dan kanak-kanak secara betul bagi melegakan serta meningkatkan keselesaan bayi dan kanak-kanak.

Kursus ini membolehkan siswa guru untuk menguasai dan memahami kandungan Kurikulum Permata Negara. Dalam menguasai dan memahami Kurikulum Permata Negara, kursus ini menuntut siswa pendidik untuk melakukan beberapa tugasan yang berkaitan beberapa topik di dalam Kurikulum Permata Negara seperti menguasai enam bidang perkembangan kanak-kanak, pemakanan, kesihatan, keselamatan dan kebersihan.

Sepanjang mempelajari kursus ini saya telah melaksanakan pelbagai pembelajaran yang bermakna seperti 3E yang telah memberi banyak input untuk mengisi pengetahuan dan maklumat kandungan pengajaran berdasarkan kepeluan kanak-kanak masa kini. Selain itu melalui simulasi keselamatan terdapat banyak pengetahuan yang baru diketahui kerana banyak yang perlu dipatuhi oleh guru serta pembantu bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin . Seterusnya Prosedur Operasi(SOP) di Taska telah memberi peluang kepada syaa merasai pengalaman sebenar melakukan amali di Taska bersama kanak-kanak sebenar di situasi yang di luar jangka. Terdapat banyak juga jenis urutan yang telah saya pelajari untuk diberikan kepada bayi dan kanak-kanak dan kepentingannya kepada mereka.-Norsuzielah-

Aktiviti yang telah dijalankan seperti pembelajaran 3E, simulasi serta penyediaan makanan ini sepanjang pembelajaran kursus ini memberikan pendedahan kepada saya sebagai bakal pendidik awal kanak-kanak.

Ia membantu saya untuk merancang aktiviti yang boleh dijalankan semasa berada di taska serta prasekolah bagi memberikan pengalaman kepada kanak-kanak seperti aktiviti simulasi kebakaran. Perkara ini mampu memberikan gambaran sebenar dan cara pendidik mengendalikan situasi tersebut. Oleh itu, aktiviti yang telah dijalankan dalam kursus ini perlu diteruskan dan dilaksanakan.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan memberi ilmu tentang bagaimana tindakan yang sewajarnya dilakukan. Misalnya, sekiranya berlaku kebakaran perkara utama yang perlu dipastikan ialah tidak panik. Aktiviti yang melibatkan penyediaan makanan pula, sebagai seorang bakal pendidik awal kanak-kanak, ia membantu saya mengetahui menu makanan kanak-kanak bagi setiap umur. Hal ini kerana pemakanan mereka berbeza yang akan membantu perkembangan mereka. Aktiviti PKJR yang dijalankan di prasekolah telah membantu saya mengetahui bagaimana membimbing kanak-kanak supaya mereka bertindak dengan betul ketika berada di jalan raya. Akhir sekali, melalui simulasi urutan, ia memberi pengetahuan kepada saya bahawa terdapat pelbagai jenis urutan dan membantu saya melakukan teknik-teknik yang betul supaya urutan yang dilakukan berkesan dan memberi impak kepada kanak-kanak. -CN-

Refleksi
melalui pelbagai aktiviti dalam dan luar bilik darjah semasa menjalani kursus ini, saya telah memperolehi pengetahuan tentang amalan asuhan dan bimbingan kanak-kanak. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah 3E dimana kami melaksanakannya bersama kanak-kanak TASKA yang memberi pengalaman kepada kami bagaimana untuk mengkendalikan aktiviti 3E bersama kanak-kanak - intan

REFLEKSI
Saya mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran 3E (Explore, Explain, Elaborate) yang direka untuk meningkatkan pemahaman saya tentang konsep sains. Dalam peringkat Explore, saya berasa gembira kerana dapat mengambil bahagian dalam mengetahui asas-asas berkaitan asuhan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini membantu saya melihat konsep abstrak dalam tindakan, jadi saya boleh mengaitkannya dengan situasi sebenar. Peringkat Explain memberikan pemahaman yang lebih mendalam. Saya menghargai peranan pensyarah saya iaitu Puan Zuraida  dalam menerangkan konsep yang kompleks dengan cara yang lebih tersusun. Penjelasan yang diberikan membantu saya mengaitkan pengalaman penerokaan dengan teori asas. Sementara itu, peringkat Experience membolehkan saya mengaplikasikan pengetahuan yang saya perolehi dalam konteks yang lebih luas. Melalui aktiviti yang melibatkan asuhan sepanjang sesi berlangsung, saya dapat mengembangkan kemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah, serta mengaitkan konsep saintifik dengan kehidupan seharian. Secara keseluruhannya, aktiviti pembelajaran 3E membantu saya memahami dan mengingati maklumat dengan lebih baik dengan cara yang berbeza, menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan.

Walaupun pada mulanya saya ragu-ragu dalam melaksanakan simulasi berkaitan keselamatan. simulasi ini ternyata satu pengalaman yang sangat berharga. Semasa simulasi, saya belajar tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam situasi kecemasan dan cara menangani ancaman kebakaran atau bencana lain. Simulasi ini memberi saya peluang untuk mengalami tekanan yang mungkin berlaku dalam situasi sebenar. Saya telah menjadi lebih sedar tentang kepentingan reaksi cepat dan ketangkasan sesebuah pasukan dalam memastikan diri saya dan orang lain selamat. Saya juga memahami betapa pentingnya mematuhi peraturan keselamatan di tempat kerja atau di persekitaran sekeliling. Simulasi ini bukan sahaja memberi pengetahuan praktikal tetapi juga membina sikap tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan kolektif terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Penyediaan makanan adalah proses yang memberikan saya pengalaman praktikal dalam memahami langkah penyediaan makanan, pengendalian bahan yang selamat, dan teknik memasak yang betul pada peringkat awal kanak-kanak. Melalui simulasi ini, saya belajar betapa pentingnya kebersihan dan keselamatan makanan. Saya juga menyedari bahawa penyediaan makanan bukan sahaja untuk membuat makanan yang lazat tetapi juga memastikan keselamatan dan kesihatan pengguna. Simulasi ini memberi peluang untuk bekerja dalam satu pasukan, berkomunikasi dengan baik, dan mengatasi masalah yang mungkin timbul semasa proses penyediaan makanan. Selain itu, saya dapat mengasah kemahiran kritikal seperti pemilihan bahan, perancangan masa dan pelarasan resipi.

Saya mengambil bahagian dalam simulasi urutan di mana kami diminta untuk merumuskan dan mengenal pasti urutan apa yang sesuai dilaksanakan pada bayi atau kanak-kanak. Sebagai contoh, urutan I love U. Aktiviti ini membantu saya meningkatkan pemahaman saya tentang cara melakukan urutan kepada bayi atau kanak-kanak dengan betul. Saya juga menyedari bahawa memahami cara mengurut dengan betul membantu bayi atau kanak-kanak supaya menjadi lebih selesa terutamanya apabila mereka mengalami masalah seperti kembung perut dan lain-lain. Simulasi ini juga meningkatkan kemahiran penyelidikan saya kerana saya perlu mencari maklumat yang tepat. Selain itu, saya belajar membina hujah logik berdasarkan bukti yang di dapati daripada pelbagai sumber di Google Scholar dan sebagainya.

-Z-

Refleksi
Kursus ini memberi pengetahuan dan pendedahan tentang amalan asuhan dan bimbingan kanak-kanak dari teori perkembangan kanak-kanak, amalan bersesuaian perkembangan kanak-kanak, asas dan amalan 3E, prosedur dan operasi standard, pengurusan pemakanan dan keselamatan sehingga penjagaan urus bayi dan pengurusan tingkah laku bayi. Kesemua topik yang dipelajari di dalam kursus ni membantu dalam pengurusan amalan asuhan yang sesuai dalam menggalakkan perkembangan bayi dan kanak-kanak. Lawatan di taska juga banyak memberi pengetahuan baharu bagaimana melakukan aktiviti terhadap kanak-kanak di taska. Melalui ujian amali yang dijalankan, ianya dapat menambah pengalaman dalam melaksanakan SOP di taska. secara keseluruhannya, kursus ini membantu dalam menjadi guru pendidikan awal kanak-kanak dalam menyediakan diri semasa mengasuh dan membimbing kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun.

-Norliyana-

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang pembelajaran kursus ini telah memberikan saya pendedahan secara praktikal terhadap teori dan kandungan yang telah dipelajari di bilik darjah.

Contohnya pembelajaran 3E yang telah dilaksanakan di taska telah memberi saya peluang dan pengalaman dalam menerapkan kaedah pembelajaran 3E bersama kanak-kanak berusia 3-4 tahun. Saya juga dapat membuat pemerhatian terhadap keberkesanan konsep 3E dalam meningkatkan penglibatan kanak-kanak dalam proses pembelajaran.

Simulasi keselamatan yang telah dilakukan juga dapat memberikan pendedahan kepada kami tentang langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku sebarang kecemasan kepada kanak-kanak mahupun pusat TASKA.

Melalui simulasi urutan pula, saya dapat memperoleh kemahiran terhadap cara untuk mengurut bayi mengikut situasi dan kesesuaian keadaan seseorang kanak-kanak atau bayi. Hal ini demikian kerana, proses ini memerlukan penelitian yang lebih bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau ketidakselesaan bayi ketika membuat proses urutan disebabkan oleh pertumbuhan tulang mereka yang masih pada peringkat awal dan sensitif.

Refleksi
Sepanjang menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran 3E, simulasi keselamatan, simulasi penyediaan makanan dan simulasi urutan sememangnya banyak input yang dapat saya pelajari. Bermula dengan aktiviti pembelajaran 3E yang menerapkan konsep (Explore, Experiment & Experience) membantu saya dalam merancang aktiviti yang lebih menarik untuk kanak-kanak sekaligus melibatkan mereka secara aktif dalam sesi PdP. Seterusnya, bagi simulasi keselamatan yang dijalankan juga turut memberikan impak yang positif kepada bakal pendidik terutamanya dalam menerangkan amalan keselamatan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menghadapi dan menangani situasi yang berbahaya atau mengancam diri mereka  dengan baik. Contohnya, melalui simulasi keselamatan jalan raya dapat membantu kanak-kanak belajar tentang undang-undang jalan raya dengan betul seperti lampu isyarat merah tandanya berhenti, lampu isyarat kuning bersedia manakala lampu isyarat hijau pula bermaksud jalan. Selain itu, bagi simulasi penyediaan makanan dan simulasi urutan juga membantu saya untuk menyediakan menu-menu makanan yang seimbang serta melakukan cara urutan yang betul kepada bayi dan juga kanak-kanak. Oleh itu, melalui refleksi ini saya memahami bahawa dengan adanya pembelajaran aktif melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat mengukuhkan lagi kemahiran dan pengetahuan saya sekaligus dapat mempraktikkanya dalam kehidupan seharian.

(Fatini)

Melalui aktiviti pembelajaran 3E, simulasi keselamatan, simulasi penyediaan makanan dan simulasi urutan, pelajar memperoleh bimbingan untuk merancang aktiviti menarik kepada kanak untuk sesi pdp, cara -cara menjaga keselamatan, pemakanan dan kesihatan kanak-kanak (hil)

Kursus ini memberikan pengalaman dan meningkatkan kemahiran pengurusan kanak - kanak di pusat asuhan. Pelbagai pengalaman yang telah dialami contohnya melalui simulasi. Selain itu,pendedahan SOP ( Prosedur Standard Operasi ) memberikan kesedaran terhadap keselamatan di pusat asuhan. Secara keseluruhannya,kursus ini penting bagi menambahkan ilmu serta pengalaman kepada saya. ( vero )

Refleksi
Kursus ini sememangnya memberikan banyak pengetahun dan pengalaman baru kepada kami dalam mengasuh dan membimbing bayi dan kanak-kanak. Untuk pembelajaran 3E, explore, experience dan experiment hendaklah didedahkan dengan awal umur untuk membantu mereka dalam pembelajaran dan memberi pengalaman baru kepada mereka. Hal ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih efektif. Di samping itu, simulasi keselamatan seperti kebakaran, PKJR dan juga choking juga mengajar kami kecekapan dalam mengawal situasi semasa di prasekolah ataupun ttadika. Untuk penyediaan makanan pula mengajar kami cara penyediaan makanan mengikut etika yang betul. Menu pula hendaklah berkhasiat dan mengikut piramid makanan yang seimbang. Hal ini kerana, kanak-kanak hendaklah makan makanan yang seimbang untuk tumbesaran mereka. Akhir sekali, untuk urutan juga mengajar kami cara untuk mengurut bayi dan kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis urutan antaranya ialah 'i love u' dan sebagainya. Dengan ini membolehkan bayi dan kanak-kanak dapat tidur dengan nyenyak, sihat dan sebagainya. Kesimpulannya, kursus ini memberi banyak input dalam memberi pengalaman baru kepada kami dalam mengurus bayi dan kanak-kanak.

-basirah-

Sepanjang mempelajari kursus ini, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di TASKA dapat dipelajari. Contohnya, pembelajaran 3E. Amali yang dijalankan juga membantu untuk persediaan apabila bersama dengan kanak-kanak. Contohnya, keselamatan jaln raya, latihan kebakaran serta penyediaan makanan. Hal ini penting untuk dipelajari kerana melibatkan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak. Pelaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan SOP di TASKA memberi saya pengalaman dan pengetahuan untuk menjalankannya di situasi sebenar.

Hell See