ROAD TO BA (Hons.) HISTORY by NURUL IZZIAN AZIRA BINTI IZHAN AZFAR

WEBEX 1 - PENGENALAN ASIA TENGGARA
Sempadan yang paling dekat dengan Asia Tenggara
1. India
2. China
3. Australia

Asia Tenggara terpecah kepada dua:
1. Tanah Besar Asia Tenggara
2. Kepulauan Asia Tenggara

Negara yang terbesar di Asia Tenggara ialah Indonesia dan mempunyai jumlah penduduk yang padat di Asia Tenggara.

Tanah Besar Asia Tenggara:
1. Burma
2. Siam
3. Indo-China
4. Semenanjung Tanah Melayu

Kepulauan Asia Tenggara:
1. Sabah & Sarawak
2. Brunei
3. Indonesia
4. Filipina
5. Singapura
6. Timor Leste

Asia Tenggara bersempadan dengan dua tamadun besar dunia:
1. Tamadun China
2. Tamadun India

Selat Melaka sebagai laluan penghubung antara Laut China Selatan dengan Lautan Hindi
* Kepulauan dan Tanah Besar Asia Tenggara dalam rantau yang sama
* Terdapat persamaan budaya dan sejarah yang sama diselang seli dengan perbezaan tertentu kesan daripada pengaruh setempat

Perkataan 'Asia Tenggara" digunakan secara meluas sejak pertama kali digunakan oleh Sarjana India, K.M Pandikar dalam bukunya Future of Southeast Asia yang diterbitkan pada tahun 1943 apabila merujuk kepada negara- negara yang terletak di antara China dan India.

Asia Tenggara diduduki oleh masyarakat- masyarakat yang mempunyai pelbagai ras, bangsa dan bangsa.

Penghuni Asia Tenggara dapat diklasifikasikan secara umum kepada dua kelompok:
1. Mereka yang menghuni kawasan- kawasan pesisir seperti orang Melayu dari Pattani hingga ke Sulu
2. Mereka yang menduduki di bahagian kebenuaan seperti orang Champa yang menghuni bahagian tengah dan selatan Kemboja, orang Khmer di Lembah Mekong dan Kemboja dan orang Mon di Burma

Selain itu juga, wujud juga masyarakat yang menduduki kawasan- kawasan pedalaman yang masih mengekalkan dan mengamalkan kehidupan secara mudah (simple society) seperti Dayak dan Batak.

Bahasa Melayu adalah bahasa terbesar di Asia Tenggara digunapakai meliputi selatan Thailang, Malaysia,, Singapura, Brunei, Sabah, Sarawak dan Indonesia.

Agama Islam merupakan agama terpenting dan terbesar di Asia Tenggara.

Mohd. Dahlan Shamsor - Pengantar Sejarah Nusantara Awal
* Sebahagian besar daripada penduduk Asia Tenggara adalah bangsa serumpun
* Banyak persamaan yang boleh dijumpai bersabit dengan kebudayaan, kepercayaan, tatacara hidup seharian penduduk wilayah ini.
* Susunan masyarakat, perkembangan sejarah dan fahaman politik bangsa- bangsa serumpun banyak menentukan persamaan.

PANDANGAN SARJANA SEJARAH

Kelompok manusia yang menjadi peghuni Asia Tenggara dikatakan berasal dari selatan China dan wilayah Yunnan menjadi lokasi yang sering menjadi rujukan

Memasuki Asia Tenggara sekitar 2500-1500 SM.

Pandangan ini telah lama bersarang dalam sejarah masyarakat Asia Tenggara sejak diperkenalkan oleh Robert Heine van Geldern dan seorang lagi sarjana

NOTE TO ALL
JMS 211- SEJARAH POLITIK MALAYSIA TRADISIONAL diajar oleh Dr. Low Choo Chin. Dr Low mengatakan bahawa untuk menguasai subjeknya, perlu diterjemahkan setiap perkataannya dari kuliah Webex kepada bentuk tulisan. Saya titipkan segala perkataan Dr. Low disini.

KESULTANAN MELAKA
Hubungan Melaka-China telah terjalin sekitar abad ke-15. Bagaimanakah hubungan tersebut telah membewa kepada kelahiran sebuah legenda dalam sejarah Melayu iaitu legenda Puteri Hang Li Po terhadap masyarakat hingga hari ini. Hubungan antara kedua- dua kerajaan ini telah diasaskan semasa pemerintahan Parameswara lagi. Keadaan ini disebabkan kerana Melaka yang baru ditubuhkan menghadapi ancaman daripada kerajaan Siam dan Majapahit. Pada awal pemerintahan Melaka, Parameswara telah menerima ketuanan Siam untuk menjaga keamanan Melaka dan meletakkan Melaka sebagai jajahan takluk kepada Majapahit unyuk jaminan perlindungan dan penghormatan. Namun, kedua- dua kuasa ini telah memberikan tekanan kepada Melaka. Parameswara beranggapakan adalah lebih baik jika Melaka memupuk hubungan dengan satu kuasa yang lebih besar untuk menjaga kedaulatan Melaka. Peluang mula timbul apabila Maharaja Yung-Lo mula meluaskan empayar China dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara- negara di Asia Tenggara. Maharaja Yung-Lo berhasrat untuk meluaskan perdagangan secara besar- besaran dengan menghantar utusan- utusan diplomatik ke Asia Tenggara

Penubuhan Melaka dianggap bertepatan dengan pemerintahan Maharaja Yung-Lo di China. Di bawah pemerintahan Maharaja Yung- Lo, China pada masa itu sangat terkenal dengan menghantar ekspedisi- ekspedisi laut ke Asia Tenggara. Tujuannya adalah untuk membawa balik barang dagangan, ufti dan membina prestij di China. Pada tahun 1403, utusan pertama dari Dinasti Ming iaitu Laksamana Ying Ching telah dihantar ke Melaka untuk memupuk hubungan diplomatik. Utusan ini diterima oleh Parameswara dan dengan itu bermulalah hubungan diplomatik antara kedua- dua kerajaan. Bagi Parameswara, hubungan diplomatik dua hala ini amat bermanfaat kerana China boleh dijadikan sebagai pelindung yang berguna dalam menghadapi tekanan dan ancaman daripada Siam dan Majapahit. Dengan menerima ketuanan China, Melaka dapat memastikan kedudukannya terjamin di Selat Melaka. Hasil daripada utusan Ying Ching, Parameswara telah menghantar utusan balas ke China untuk menghadap Maharaja China.

Pada 1405, Maharaja Yung-Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka. Sejak awal lagi, kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada hubungan diplomatik ini. Bagi Melaka, manfaatnya adalah sangat ketara kerana ia berjaya melindungi kerajaannya daripada jatuh ke tangan Siam dan Majapahit. Sebagai contoh, pada 1407, Siam cuba untuk menyerang Melaka dan Melaka menghantar utusan ke China. Dinasti Ming telah menghantar Laksamana Cheng Ho ke Siam untuk menjadi orang tengah untuk menyelesaikan persengketaan antara Siam dan Melaka. Akhirnya Raja Siam akur dengan nasihar kerajaan Dinasti Ming untuk tidak menyerang Melaka. Perlu diingatkan bahawa pada waktu itu, empayar China telah berjaya menakluki kerajaan Annam iaitu negara jiran kepada Siam. Amaran yang diberikan oleh Dinasti Ming agak berkesan. Akibat daripada penghantaran Cheng Ho ini, maka bermulalah kunjungan Cheng Ho ke Melaka secara rasmi. Latar belakang tentang Laksamana Cheng Ho. Beliau merupakan seorang yang berketurunan Cina- Muslim dan penasihat kepada Maharaja Yung-Lo. Sepanjang ekspedisi beliau ke Asia Tenggara, beliau telah berkunjung ke Melaka sebanyak tujuh kali.

Pencapaian yang penting ialah pada tahun 1409 apabila Melaka telah diiktiraf oleh China sebagai sebuah kerajaan. Sejak 1411 hingga 1433, tiga orang raja Melaka telah berkunjung ke China sebanyak lima kali. Setiap kunjungan daripada Melaka diberikan sambutan yang meriah dari pihak Dinasti Ming. Ini telah membuktikan bahawa hubungan antara kerajaan China dan Melaka sangar erat. Akhirnya pada 1411 parameswara sendiri telah mengadakan lawatan muhibbah ke China dengan diiring oleh lebih 500 orang.  Apabila Parameswara sendiri menghadap maharaja China, rombongan daripada Melaka ini telah disambut dengan begitu meriah oleh kerajaan China. Hubungan antara Melaka dan China ini diteruskan selepas kemangkatan Parameswara. Megat Iskandar Syah, putera Parameswara, telah melawat Peking sendiri. Hubungan kedua-dua kerajaan ini sekali lagi memberi manfaat kepada Melaka apabila pada 1419, Siam cuba untuk menguasai pelabuhan Melaka dan China telah memberi amaran kepada Siam untuk tidak campur tangan.

Hubungan kedua negara ini adalah saling bermanfaat. Bagi china, melaka merupakan sebuah pelabuhan entrepot maritim yang sangat terkenal  pada masa itu. Pelabuhan ini sangat penting untuk dinasti Ming kerana pada waktu itu mereka sangat aktif dan menggalakkan pelayaran- pelayaran seperti yang dilakukan oleh Laksamana Cheng Ho. Melaka merupakan tempat persinggahan penting bagi Laksamana Cheng Ho ke Asia Tenggara. Sebagai pelabuhan entrepot, Melaka mengumpulkan hasil- hasil penting seperti barang keluaran selat yang diperlukan oleh China. Bagi melaka, hubungan kedua- dua negara ini sangat dihargai atas sebab perlindungan, politik dan perdagangan.

Pengganti Megat Iskandar Syah iaitu Sri Maharaja meneruskan tradisi hubungan diplomatik. Berangkat sendiri ke China bagi mendapatkan pengesahan kedudukannya sebagai pemerintah Melaka.sekali lagi Siam menyerang melaka pada 1431 dan Laksamana Cheng Ho telah dihantar ke Siam untuk menyelesaikan persengketaan antara Siam dan Melaka. Menjelang pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Melaka sudah bertapak dengan kukuh dan mampu untuk mempertahankan kerajaannya. Ini dapat dibuktikan apabila ketenteraan Melaka telah berjaya mengalahkan serangan siam pada 1445 dan 1446 yang diketuai oleh Tun Perak. Selepas kejayaan itu, Sultan Muzaffar Syah telah memulakan proses pendamaian dengan Siam dan usaha ini telah berjaya dengan Melaka menjalinkan hubungan diplomatik bersama dengan Siam.

Hubungan antara Melaka dan China ini mencapai kemuncaknya apabila pemerintahan Sultan Mansur Syah kerana pada zaman pemerintahannya, baginda telah berjaya mengagumkan maharaja China sehingga Maharaja China telah menghantar Puteri Hang Li Po untuk berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Menurut catatan sejarah Melayu, Sultan Mansur Syah telah berkahwin dengan puteri Majapahit dan juga Puteri Hang Li Po. Catatan ini telah membuktikan betapa eratnya hubungan antara China dan Melaka pada abad ke-15. Hubungan yang rapat ini telah menzahirkan sebuah legenda yang masih dikisahkan hingga ke hari ini iaitu mengenai Puteri Hang Li Po.

KISAH PUTERI HANG LI PO

Cerita Hang Li Po dicatatkan dalam sejarah melayu yang merupakan karya tun sri lanang pada abad ke 17. Buku yang cukup bersejarah ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan dokumentari dunia. Sejarah Melayu adalah sumber sejarah yang unik kerana merupakan satu-satunya bukti sumber pertama yg mencatatkan mengenai sejarah Kesultanan Melayu pada awal abad ke 15 hingga 16. Sejarah Melayu telah mencatatkan naratif sejarah mengenai asal usul perkembangan dan kejatuhan mengenai sebuah Kerajaan Melayu maritim yang sgt terkenal dengan merekodkan sekali dgn sistem kerajaan, pentadbiran dan politik. Sejarah Melayu sangat penting kerana ia juga mengaitkan tentang tranformasi kehidupan masyarakat dalam Kepulauan Melayu daripada satu masyarakat Hindu-Melayu kepada masyarakat Islam-Melayu. Sejarah Melayu merupakan satu sumber penting bagi sejarawan dlm pelbagai bidang dan sumber penting bagi ahli akademik dalam bidang- bidang yang lain.

Cerita Hang Li Po dari Sejarah Melayu dicatatkan bahawa Maharaja China mahu mengahwinkan puterinya dengan Sultan Melaka kerana Maharaja China sangat kagum akan kegemilangan Melaka pada masa itu. Tun Perpatih Putih telah menerima titah Maharaja China untuk disampaikan kepada Sultan Melaka. Maharaja China sebenarnya berhasrat untuk menikahkan puterinya dengan Sultan Mansor Syah dan menitahkan supaya Sultan Mansor Syah ke China untuk tujuan tersebut. Namun, Tun Perpatih Putih mengatakan bahawa Sultan Melaka tidak boleh meninggalkan Melaka kerana Melaka sedang berperang dengan keajaan lain dan beliau sendiri dengan rela hati ingin mengiringi Puteri Hang Li Po untuk belayar ke Melaka dengan persetujuan Maharaja China. Puteri Hang Li Po telah memulakan pelayaran bersama dengan 500 orang dayang dan Laksamana Di Po. Setibanya di Melaka, Hang Li Po dibawa ke istana dan diislamkan dan Sultan Mansur Syah telah memberikan Bukit Cina sebagai mas kahwin kepada Puteri Hang Li Po.

PUTERI HANG LI PO: BUKAN SATU FAKTA SEJARAH

Namun begitu, terdapat perdebatan- perdebatan sejarah mengenai kesahihah dan kebenaran cerita ini. Cerita Hang Li Po tidak boleh dijadikan sebagai satu fakta sejarah kerana beberapa faktor iaitu, kisah pernikahan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah tidak ada didalam rekod catatan China, kisah ini tidak juga berada didalam rekod pelayaran Laksamana Cheng Ho dan kandungan Sejarah Melayu yang berbentuk legenda.

Dalam Sejarah China, Kerajaan China sangat terkenal dengan rekod yang sangat teliti tentang peristiwa yang berlaku dalam istana China. Di dalam buku Sejarah China memang terdapat banyak catatan tentang perkahwinan puteri China dengan raja dari negara luar seperti kisah Puteri Wang Zhaojun pada masa Dinasti Han, Puteri Wen Chen dan Puteri Jin Cheng pada masa Dinasti Tang. Tetapi dalam catatan sejarah Dinasti Ming tidak ada catatan tentang perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah. Perkara yang tercatat hanyalah peristiwa tentang hubungan China- Melaka pada abad ke-15 dan ditulis dengan sangat terperinci. Peristiwa perkahwinan ini hanya dicatatkan dalam buku Sejarah Melayu sahaja. Ada sarjana Barat menyatakan bahawa dalam sejarah Melaka, cerita Puteri Hang Li Po telah menjadi sebuah legenda yang dikagumi oleh masyarakat tempatan.

Faktor kedua, dalam catatan pelayaran Cheng Ho juga tidak ada menyebutkan tentang peristiwa ini. Masyarakat Melaka telah berpendapat Hang Li Po diiringi oleh Laksamana Cheng Ho ke Melaka. Sejarawan telah membaca semula rekod pelayaran Cheng Ho dan didapati tidak ada sebarang catatan mengenai nama Hang Li Po. Tokoh sejarah seperti Ma Huan, Fei Xin dan Gong Zhen yang turut mengikuti Laksamana Cheng Ho dalam pelayarannya juga tidak mempunyai sebarang catatan mengenai Puteri Hang Li Po. Dalam Sejarah Melayu turut disebutkan bahawa menteri yang mengiringi Hang Li Po ke Melaka ialah menteri yg bernama Di Po. Namun masyarakat tempatan mengatakan bahawa Hang Li Po diiringi oleh Cheng Ho sedangkan Cheng Ho telah meninggal dunia 20 tahun sebelum Sultan Mansur Syah menaiki takhta. Sultan Mansur Syah menaiki takhra pada 1456 manakala Cheng Ho telah meninggal pada 1433.

Faktor ketiga ialah berkisarkan intipati Sejarah Melayu itu sendiri. Sejarawan mengatakan bahawa Sejarah Melayu adalah buku satera Melayu klasik dan ianya berbeza dengan buku sejarah. Tun Sri Lanang yang menulis Sejarah Melayu telah menulis banyak peristiwa berdasarkan pengalamannya sendiri. Ada sebahagiannya adalah fakta dan sebahagian lagi berbentuk mitos seperti kisan Puteri Hang Li Po. Sebagai sejarawan, tugasnya adalah untuk membezakan antata penulisan bercorak mitos dan bercorak fakta sejarah. Prof. Kong Yuanzhi, mungkin Hang Li Po adalah anak seorg pedagang Cina yang dinikahkan dengan Sultan Mansur Syah. Menurut Pro. Kong lagi, perkahwinan campur antara masyarakat Melayu dengan Cina adalah sesuatu yang umum kerana ada bangsawan Melayu yang mengambil anak pedagang Cina untuk dijadikan sebagai isteri sebagai contoh Megat Iskandar Syah yang mengahwini anak kapten Cina di Melaka. Prof Kong berpendapat mungkin cerita mengenai perkahwinan Hang Li Po dan Sultan Mansur Syah adalah benar tetapi Hang Li Po mungkin merupakan anak pedagang Cina. Sejarawan berpendapat bahawa cerita- cerita ini membawa mesej yang tersirat walaupun hanya sebuah legenda tetapi mempunyai maksud yang tersirat seperti kisah lain sebagai contoh kisah bagaimana Maharaja China sembuh selepas meminum air cuci kaki Raja Melaka untuk mengubati penyakit kurapnya setelah mendapat nasihat daripada tabib- tabib cina. Cerita ini mempunyai maksud yg tersirat iaitu raja Melaka mempunyai daulat dan kebesaran yg tinggi daripada maharaja China. Begitu juga cerita Hang Li Po.

Walaupun Hang Li Po berunsur mitos namun ia membawa mesej yang positif. Ianya merakamkan sejarah diplomatik yang erat antara Melayu dan Cina. Bermula apabila Melaka mendapatkan sokongan daripada Dinasti Ming untuk membela kemerdekaannya. Hubungan yang terjalin bukan sahaja dari segi politik dan ekonomi, namun ianya juga melibatkan hubungan darah antara keluarga diraja China dan Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan China dan Melaka membawa manfaat kepada Melaka dalam menghadapi ancaman Siam dan Majapahit. Selain itu juga, Tun Sri Lanang ingin memperlihatkan fakta tentang prkahwinan campur antara kaum Melayu dan Cina sudah lama berlaku dan wujudnya hubungan persaudaraan antara kaum Melayu dengan Cina sejak zaman silam lagi. Ini mungkin menjelaskan mengapa kisah Puteri Hang Li Po mudah diterima oleh masyarakat.

KESAN KISAH PUTERI HANG LI PO HINGGA KINI

Kisan Pueri Hang Li Po ini telah meninggalkan kesan kepada masyarakat hingga kini. Ini kerana kisahnya amat disenangi oleh masyarakat tempatan hingga sering menjadi tema untuk sandiwara atau opera Cina. Pada awal tahun 1960, ada pertunjukan sandiwara hlp di melaka. Cerita sandiwara ini telah diadaptasi dr buku Sejarah Melayu dan dibahagikan kepada empat babak. Babak pertama menunjukkan tentang pelayaran dari Dinasti Ming yang belayar mengharungi Laut China Selatan menuju ke Melaka dengan membawa Puteri Hang Li Po. Dalam babak kedua pula menyaksikan ketibaan Puteri Hang Li Po dan Sultan Melaka telah menghadiakan kerisnya kepada Puteri Hang Li Po. Babak tiga menunjukkan babak yang romantik. Babak akhir menunjukkan keadaan dimana Puteri Hang Li Po mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Sultan Mansor Syah. Dalam babak keempat ini dikatakan Putera Samura yang ingin merampas kekayaan Melaka serta ingin melarikan Puteri Hang Li Po telah menyerang Melaka pada majlis keputeraan Sultan Melaka. Dalam perlawanan berkenaan, dikatakan Putera Samura sudahpun terjatuh kerana ditikam oleh Sultan namun Putera Samura telah bangun dan ingin menikam Sultan tetapi Puteri Hang Li Po telah menyelamatkan Sultan Melaka dengan mengorbankan dirinya sendiri. Pertunjukkan ini masih lagi aktif diadakan berdasarkan empat babak tersebut.

TEMU BUAL BERSAMA PROF. EMERITUS TAN SRI KHOO KAY KIM

Khoo Kay Kim pernah disoal mengenai buku Sejarah Melayu yang merupakan sumber pertama yang mencatatkan tentang sejarah Kesultanan Melaka.

Sejauh mana Sejarah Melayu ini tepat dalam merekodkan sejarah?

Bagi beliau, Sejarah Melayu bukanlah satu rekod pensejarahan kerana kita tak dapat menentukan rekod itu adalah fakta dan sejauh manakan rekod itu adalah mitos kerana rekod ini tidak mempunyai tarikh dan ada karakter yang tidak dapat dipastikan ianya wujud atau tidak. Beliau turut berkata, catatan sejarah ia perlulah sangat tepat mencatatkan tarikh dan watak.

Adakah kisah mengenai Puteri Hang Li Po benar- benar direkodkan dalam rekod Dinasti Ming?

Hang Li Po tidak pernah dicatatkan dalam rekod Dinasti Ming dan Sejarah Melayu pula tidak boleh dianggap satu rekod pensejarahan dalam erti kata yang sebenar. Begitu juga dengan kisah Hang Tuah yang tidak tercatat namanya dalam rekod- rekod Dinasti Ming.

Adakah nama ‘Hang’ adalah satu gelaran kebesaran semasa zaman Melaka?

Tidak ada satu jawapan yang konklusif tidak dapat diperolehi dari pengetahuan kita yang sedia ada.

Watak- watak yang tidak dapat disahkan kebenarannya dalam sejarah, bukan sahaja dalam Sejarah Malaysia tetapi dalam sejarah negara luar seperti Robin Hood, King Arthur dan Braveheart yang watak mereka dipertikaikan.

Bagi Khoo Kay Kim, penulisan sejarah memerlukan catatan sumber sejarah. Apabila menulis tentang sejarah Tanah Melayu,  ianya perlu berdasarkan sumber pertama dan tidak boleh mempunyai unsur- unsur mitos dan legenda. Kebanyakan pelajar universiti telah menghasilkan pengetahuan berdasarkan penulisan tesis mereka. Untuk menghasilkan penulisan sejarah yang penting ialah pelajar perlu rajin untuk membaca sumber- sumber pertama dan bukannya menulis mengikut imaginasi sendiri.