TAMADUN ISLAM by qatrunnada qamilia

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Penemuan batu bersurat di Terengganu membuktikan perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Kemuncak dan kegemilangan pelaksanaan perundangan Syariah di negara ini berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka berikutan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15. Sebelum kedatangan Inggeris di Tanah Melayu, undang-undang Islam dilaksanakan sepenuhnya di semua sembilan Negeri-Negeri Melayu. Pada tahun 1984, peruntukan mengenai bidang kuasa jenayah mahkamah Syariah tersebut telah dipinda.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Nusantara bermaksud kepulauan Melayu meliputi kawasan kawasan seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan beberapa kawasan lagi. Penyebaran Islam telah berlaku sejak zaman pemerintahan Parameswara. Perdagangan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam penyebaran agama Islam di Nusantara. Sejak awal abad ke-7 Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara merupakan jalur perdagangan utama antara Asia Barat dan Timur. Apabila saudagar-saudagar Arab dan Gujerat dan lainnya singgah di pelabuhan-pelabuhan Nusantara, mereka juga singgah di pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung. Proses perkembangan Islam terus berjalan baik dan kemudiannya membentuk komuniti-komuniti Islam serta melahirkan pusat-pusat pemerintahan Islam. Buktinya penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah, di mana tulisan bahasa Melayu huruf Arab tentang hukum syara' yang wajib dipatuhi oleh rakyat di Kerajaan Islam Terengganu pada abad ke-8.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Antara  hubungan diplomatik yang terawal dibuat ialah hubungan antara Melaka dengan Cinasebagai langkah keselamatan Melaka. Kerajaan Alam Melayu juga membuat hubungan diplomatik dengan negara India. Hubungan secara persahabatan merupakan salah satu bentuk hubungan luar Melaka.

Kebanyakan hubungan persahabatan ini dijalinkan dengan kerajaan yang sama taraf dengan

Melaka. Contohnya, Melaka pernah mengadakan hubungan persahabatan dengan kerajaan

Sulawesi dan Siam.  Hubungan antara kerajaan Melayu dengan Pasai terbentuk hasil daripada perkahwinan antara Parameswara dengan Puteri Pasai.