KPS3014 - RAHELLEA SIMOL (GROUP 8) by Rahellea Simol

AKTIVITI 1 (KAEDAH JIGSAW)
TAJUK: PENCEMARAN SUNGAI
OBJEKTIF:

Meningkatkan kefahaman pelajar berkaitan isu pencemaran sungai dalam masa yang singkat.

Meningkatkan kemahiran pelajar berkomunikasi.

Melatih pelajar mengemukakan idea dan pendapat melalui perbincangan kumpulan.

Meningkatkan lagi minat pelajar dan semangat belajar melalui teknik PdP yang pelbagai.

PROSES PELAKSANAAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
Guru menyediakan 3 stesen untuk perbincangan. Setiap stesen mempunyai topik yang berbeza.

STESEN 1:
Punca-punca pencemaran air.

STESEN 2
Kesan-kesan pencemaran air.

STESEN 3
Langkah-langkah mengatasi pencemaran air.

LANGKAH-LANGKAH
1. Kelas akan dibahagi kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang pelajar.

2. Setiap kumpulan akan menghantar 2 orang wakil untuk ke setiap stesen dalam masa yang sama. Bermakna setiap ahli akan mewakili kumpulan untuk ke stesen yang berbeza.

3. Di setiap stesen pelajar akan berbincang tentang satu topik kecil berkaitan pencemaran air.

4. Pelajar akan kembali ke kumpulan asal apabila perbincangan selesai dan mereka menjadi pakar dalam topik berkenaan.

5. Setiap ahli kumpulan akan berkongsi maklumat dan hasil perbincangan di stesen mereka tadi.

6. Apabila semua wakil kumpulan dari setiap stesen membuat perkongsian di dalam kumpulan masing-masing, maka secara tidak langsung pelajar mendapat banyak maklumat tentang punca,kesan dan langkah mengatasi pencemaran sungai serta tahap kefahaman mereka lebih tinggi.

Soalan 1
Setiap pelajar mempunyai latarbelakang sosioekonomi keluarga yang berbeza. Sosioekonomi terbahagi kepada 2 elemen iaitu latar belakang akademik ibu bapa dan hasil pendapatan keluarga. Secara umumnya, ibu bapa yang berpendidikan dan berkerjaya sangat mementingkan tahap pendidikan anak mereka. Mereka akan memberi galakan dan bimbingan yang tinggi untuk anak-anak belajar sehingga berjaya bahkan meletakkan standard yang tinggi yang perlu dicapai oleh anak mereka contohnya mewajibkan anak mendapat semua A dalam peperiksaan. Pada masa yang sama sesetengah anak-anak menjadikan ibu bapa mereka sebagai idola untuk berjaya kerana melihat kejayaan dan kerjaya ibu bapa mereka. Tanpa disedari hal ini mempengaruhi kesediaan belajar bagi seseorang pelajar. Pelajar akan sentiasa bersemangat dan bersedia untuk belajar.
Latar belakang akademik ibu bapa dan hasil pendapatan keluarga yang rendah akan mempengaruhi tahap kesediaan belajar. Segelintir ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah kurang mengambil berat akan tahap pendidikan anak. Terdapat ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah hanya kerana kewajiban dan kurang mengambil berat tentang pembelajaran anak mereka. Namun begitu, terdapat juga ibubapa yang ingin melihat anak mereka berjaya tetapi mengalami kekangan kewangan. Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan kesediaan belajar bagi pelajar berkenaan. Kurangnya bimbingan dan galakan dari ibu bapa serta tekanan kewangan akan menyebabkan semangat belajar akan berkurang dan secara tidak langsung menjejaskan kesediaan belajar.

Soalan 2
Kaedah yang dapat memotivasikan murid yang berbeza kesediaan belajar terutamanya faktor sosioekonomi keluarga ialah, guru harus mempunyai sikap empati terhadap setiap pelajar. Sikap empati tersebut sedikit sebanyak dapat membantu guru untuk memahami dan membantu pelajar yang bermasalah. Pada masa yang sama, hal ini dapat menjadi garis panduan guru untuk mencari teknik pembelajaran yang sesuai untuk semua pelajar. Guru juga perlu ambil tahu latar belakang sosioekonomi setiap pelajar. Jika terdapat pelajar yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan dan ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah, guru perlu peka dan memberi lebih banyak perhatian kepada mereka terutama ketika proses PdP berlangsung. Hal ini penting untuk memastikan mereka berasa dihargai dan disayangi sehingga sentiasa bersemangat untuk datang kesekolah.
Pada masa yang sama guru boleh menggunakan pelbagai teknik pembelajaran koperatif untuk menarik minat pelajar serta pelajar yang berkebolehan dapat membantu pelajar yang lemah.