IIP2003 FIQH AL-JINAYAT by Izzati Nabila

PENGALAMAN AWAL BELAJAR DENGAN KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM SUBJEK INI (KULIAH/TUTORIAL DAN REFLEKSI)
Pengalaman yang kami perolehi dalam kaedah pembelajaran subjek fiqh al jinayat ini termasuklah :-

Pembelajaran seperti ini menjadi mudah dan seronok apabila ruang idea dan perbincangan yang diberikan kepada pelajar untuk mengembangkan pemikiran seseorang pelajar.

Selain itu, dalam mempelajari subjek fiqh al jinayat ini pensyarah juga memberi kebebasan kepada pelajar yang mengambil subjek ini untuk menyampaikan tajuk pembentangan mengikut kreativiti masing-masing.

Bukan itu sahaja, penyampaian yang disampaikan oleh pihak pensyarah sewaktu dalam kelas mahupun kuliah sangat penting dan menarik kerana beliau sering memberi kata kunci ayat yang lebih mudah untuk pelajar fahami setiap suatu bahagian yang disampaikan.

Seterusnya, pensyarah juga akan menanyakan kepada pelajar untuk mendatangkan contoh lain yang berkaitan dengan tajuk yang disampaikan agar semua pelajar dapat berfikir secara meluas untuk mengaplikasikan dengan masa kini yang berkaitan konsep yang dijelaskan agar pelajar tidak hanya bergantung kepada contoh yang sedia ada dalam rujukan.

PENGALAMAN MELAKUKAN PENILAIAN KENDIRI DI MINGGU 14 DAN REFLEKSI
Pengalaman melakukan penilaian kendiri adalah suatu perkara yang baharu bagi kami dan ianya sesuatu yang menarik dan memberi manfaat jika dipandang pada sisi lainnya. Apabila pelajar diberi tanggungjawab dalam membuat penilaian kendiri ini ianya mengajar kami suatu yang baharu dalam mengetahui sendiri tahap dan status yang dicapai oleh pelajar dalam jangka masa selama satu semester ini. Dengan ini penilaian kendiri kami dapat menilai kelemahan dan kekuatan dalam mempelajari ilmu ini. Justeru, dengan adanya penilaian kendiri ini kami dapat membantu dalam mengurangkan kebergantungan pelajar terhadap pensyarah dan menjadikan pelajar mengenal di mana yang harus diperbaiki dan menjadikan pelajar lebih kritis dan inovatif dalam suatu pembelajaran dan ianya sekaligus dapat membawa kemanjuan kepada pelajar kerana dapat mengenal cara penilaian tersebut.

Selain itu, pengalaman kesuluruhan dalam menjalani kursus ini bersana pensyarah yang amat kami hormati, beliau sangat aktif dan gembira yang menyebabkan pelajar yang mengambil subjek ini tidak pernah bosan dan sentiasa menantikan kelas dengan beliau setiap minggu. Bahkan setiap topik yang dibincangkan setiap minggu menambahkan lagi rasa minat kami ingin lebih tahu apa setiap hukuman yang dikenakan dalam jenayah atau pun jarimah tersebut. Dalam pada itu, bagi penggunaan padlet ini pula kami merasakan ianya sesuatu yangmenyeronokkan apabila kami dapat mengenali diri kami sendiri dengan lebih baik, bahkan pelajar seperti kami juga telah didedahkan menjadikan kerja sebegini membuatkan kami lebih kreatif dan inovatif. Oleh itu, bagi kami subjek fiqh al-jinayat ini bukanlah suatu kursus yang menggerunkan namun ianya satu subjek yang sangat seronok untuk dipelajari.

KAJIAN KES 1 ( BENTUK-BENTUK PERBUATAN JAHAT)
(ULASAN KES)

Berdasarkan laporan tersebut kes membunuh dengan cara ditetak dengan parang di kepala dan kaki mangsa adalah berbentuk jenayah mubasyarah kerana ia merupakan suatu kelakuan jenayah secara langsung oleh si pelaku. Kes tersebut dikatakan berkemungkinan disebabkan pelaku tidak menyukai anak mangsa datang ke rumahnya dan bermain dengan anak si pelaku sehingga membawa kepada pembunuhan. Mangsa berusia 40 -an tersebut merupakan jirannya sendiri. Pada mulanya si pelaku tidak menyukai anak lelaki mangsa berusia 10 tahun datang dan bermain-main dengan anak si pelaku di rumah si pelaku. Mangsa datang berbincang setelah didakwa anak mangsa di tampar si pelaku. Polis mengkategorikan kes itu sebagai pembunuhan iaitu tetak mati.

(HUKUMAN)

Bentuk-bentuk jenayah ada tiga iaitu jarimah mubasyarah, jarimah tasabub dan jarimah syarat maka si pelaku telah melakukan hukuman bunuh secara sengaja iaitu jarimah mubasyarah dalam konteks bentuk-bentuk jenayah. Mengikut undang-undang Mahkamah Persekutuan Malaysia bunuh dengan niat hukumnya gantung sampai mati (syeksyen 302). Hukuman yang bersesuian kepada pelaku ialah qisas iaitu kesalahan yang dikenakan dengan hukuman balas. Jika hukuman nyawa maka ia akan dibalas dengan dengan nyawa. Dalam kes ini, pelaku telah membunuh mangsa maka dia akan dihukum dengan nyawanya.

KAJIAN KES ( PAKATAN JAHAT DALAM JENAYAH)

PENGENALAN DIRI
NAMA : NUR IZZATI NABILA BINTI ARAS

NOMBOR MATRIKS : 22005127

JABATAN : SYARIAH ( SIYASAH SYARIYYAH)

TAHUN PENGAJIAN  : TAHUN 3

ASAL : TAWAU SABAH

MY LEARNING STYLE TEST
auditori : 44.4%

visual : 33.3%

kinestetik: 22.2%

Untuk mengenal pasti serta menambah penambahbaikan pada diri saya dalam belajar, saya telah membuat soal selidik untuk, dan saya dapati saya ialah 'auditory learner' yang mana belajar dengan mendengar dan memberi perhatian. Ini kerana saya lebih mudah memahami sesuatu dengan memahami dan mengingati perkara yang pernah saya dengar dalam suatu pembelajaran. Saya juga memiliki dan daya ingatan menyimpan maklumat mengikut cara seperti berbunyi, dan mempunyai masa yang lebih mudah memahami arahan yang dituturkan daripada arahan bertulis. Saya juga sering belajar dengan membaca dengan kuat kerana saya perlu mendengar atau bercakap dalam mengetahuinya.

IMPROVING YOUR STUDY HABITS
Daripada ujian ini saya dapat simpulkan bahawa banyak lagi perkara-perkara atau tip belajar yang belum saya gunakan dan praktikkan sepanjang bergelar sebagai seorang pelajar ini. Oleh itu, saya perlulah perbaiki kekurangan diri saya ini dari semasa ke semasa agar dapat meningkatkan keberkesanan dalam menuntut ilmu ini dengan mengubah beberapa cara saya belajar.

WHAT KIND STUDENT ARE YOU TEST
Kesimpulannya, banyak perkara yang perlu saya perbaiki agar dapat meningkatkan tahap prestasi pembelajaran saya. Selain itu, saya juga perlu lebih tekun dalam belajar dan cuba mengubah beberapa gaya pembelajaran saya untuk menjadi pelajar yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

REFLEKSI PEMBELAJARAN MINGGU 1 & 2 (KONSEP JENAYAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM DAN UNSUR-UNSUR PENTING JENAYAH)
Pada pembelajaran Fiqh Jinayat minggu 1 tentang konsep jenayah dalam Islam saya mendapati bahawa maksud perbuatan kesalahan terbahagi kepada tujuh iaitu jenayah,dosa,keburukan dan sebagainya tetapi yang mendapat hukuman dunia hanyalah kesalahan jenayah.

Di samping itu,maksud  jenayah juga terbahagi kepada dua iaitu:

1)Maksud Khas

Di sisi fuqaha,maksud khas ialah hukuman dunia yang akan dikenakan kepada pelaku jenayah atau pemaksiat

Persamaan dan perbezaan antara jenayah dan keburukan

Sama pada amnya tapi berbeza secara khasnya kerana

keburukan adalah umum manakala jenayah adalah khusus

2)Maksud Am

Bagi jenayah adalah:

-Perbuatan yang berlawanan dengan sifat adil dan benar

-Perbuatan yang buruk dan tercela

-Perbuatan setiap pemaksiat yang menyalahi akhlak-akhlak yang baik.

Seterusnya,jenis jenayah mengikut hukuman juga terbahagi kepada 3 iatitu:

1)Jenayah hudud

-Kesalahan melibatkan hak Allah

-Hukuman ditentukan oleh Allah dalam nas syarak

-Hak Allah=Hak orang ramai atau masyarakat

Contoh jenayah hudud:

1.Curi

2.Minum arak

3.Pemberontakan senjata

2)Jenayah Qisas

-Kesalahan melibatkan hak individu

-Hukuman yang ditentukan mengikut Allah dalam nas syarak

Contoh jenayah Qisas

1.Bunuh

2.Pukul serta mencederakan

3.

3)Jenayah takzir

-Kesalahan yang tidak ditentukan hukumannya dari nas syarak melainkan dari ketua negara atau semacam dengannya untuk menjaga maslahah individu atau masyarakat

-Kesalahan melibatkan hak individu dan hak masyarakat

Contoh jenayah takzir:

1.Vandalisme

2.Hasut dalam pembunuhan

3.Curi bawah nisob yang ditentukan

Pada pembelajaran Fiqh Jinayat minggu 2 pula tentang rukun-rukun dalam jenayah Islam saya mendapati bahawa

Rukun jenayah terbahagi kepada :

1)Rukum khas

Rukun-rukun yang wajib ada dalam menentukan jenis jarimah

seperti jenayah curi perlunya kepada penjenayah mengambil barang yang terjaga rapi dan cukup nisob untuk ditentukan sebagai curi yang perlu dikenakan hudud bukan selainnya.

2)Rukun am

Rukun-rukun yang wajib ada dalam setiap jenayah iaitu:-

1.Rukun Syar`ie

2.Rukun Madi

3.Rukun Adabi

2.1.Rukun Syar`ie

Adanya nas pengharaman jenayah tersebut serta penerangan hukuman yang akan dikenakan ke atas penjenayah.

2.2.Rukun Madi

Perbuatan penjenayah dari segi meninggalkan apa yang positif,membuat yang negatif,membuat secara berseorangan atau beramai-ramai serta perbuatan penjenayah yang sempurna atau tidak dalam jenayahnya.

2.3.Rukun Adabi

Tanggungjawab penjenayah ke atas jenayah-jenayah yang telah dilakukan samaada dari kehendak dan niatnya serta sengaja atau tidak seperti dipaksa.

Kepentingan Rukun Syar`ie

Menggunakan kaedah "Tiada jenayah dan hukuman kecuali dengan nas" menunjukkan pentingnya rukun Syar`ie dalam setiap jenayah qisas,denda,hudud dan takzir.

Kaedah ini digunakan secara khusus dan terperinci di dalam hudud dan qisas

Kaedah ini juga digunakan dengan umum dalam takzir

Pembahagian perbuatan jenayah:

Perbuatan secara langsung

Apa yang menunjukkan  jenayah pada zatnya tanpa perantara atau alat-alat.

Contoh: Bunuh mangsa menggunakan pistol

Perbuatan penyebab

Apa yang menunjukkan  jarimah pada zatnya dengan menggunakan perantara dan perantara tersebut adalah illah kepada jenayah.

Contoh: Bunuh menggunakan racun

Perbuatan syarat

Tidak menunjukkan jenayah pada zatnya dan bukan illah kepada jarimah

Contoh: Sahibus syarat menggali lubang untuk tujuan telaga tetapi A menolak B ke dalam telaga untuk membunuhnya.

Tanggungjawab kepada pelaku secara langsung dan penyebab:

Jarimah hudud

Pelaku secara langsung akan dikenakan hudud

Pelaku penyebab akan dikenakan takzir

Hal ini kerana perbuatan secara langsung lebih utama dibandingkan dengan pelaku penyebab

Jarimah qisas

Mazhab Hanafi mengatakan bahawa pelaku secara langsung perlulah dikenakan qisas manakala pelaku penyebab perlu dikenakan denda

Tingkatan yang seiring dengan jarimah dan menunjukkannya

Tingkatan Pemikiran dan Perancangan

Tidak menunjukkan jarimah

Tingkatan Penghadiran

Tidak menunjukkan jarimah kecuali jika perbuatan tersebut maksiat pada zatnya seperti membeli arak

Tingkatan Pelaksanaan

Perbuatan tersebut dikira sebagai jarimah samada sempurna atau tidak.

Syuruk dalam jarimah

Bermula pada pelaksanaan perbuatan rukun madi dengan tujuan melakukan jenayah lalu terhenti atau lain natijah yang dicapai disebabkan perkara di luar kehendak penjenayah

Ulama lebih mengutamakan  jarimah-jarimah hudud,qisas dan denda kerana jarimah tersebut tidak akan berubah rukunnya,syaratnya serta hukumannya berbeza dengan takzir

Kaedah takzir iaitu "Hukuman takzir tidak ada di dalamnya hukuman yang ditetapkan"

Persepakatan dalam jarimah

Melakukan jarimah dalam bilangan yang banyak samada kesemuanya mengikut serta atau menolong satu sama lain dalam melaksanakan jarimah tersebut

Terbahagi kepada dua iaitu

Persepakatan secara langsung

Persepakatan penyebab

Persepakatan secara langsung

Kesemua yang bekerjasama mengikut serta dalam melaksanakan rukun Madi iaitu perbuatan.Persepakatan ini juga terbahagi kepada 2 iaitu:

Tawafik:Tiada kesepakatan setiap yang bekerjasama dalam mencapai natijah yang sama

Hukum:Setiap yang bekerjasama akan dipertanggungjawabkan mengikut perbuatan masing-masing

Tamalu`:Ada kesepakatan setiap yang bekerjasama dalam mencapai natijah yang sama

Hukum:Setiap yang bekerjasama akan dipertanggungjawabkan dengan jarimah tersebut atau bunuh

REFLEKSI PEMBELAJARAN ( NIAT JAHAT DAN KEPENTINGANNYA / KESAN JAHIL / SILAP DAN LUPA TERHADAP TANGGUNGJAWAB JENAYAH)
Pada minggu ke-9 saya mendapati bahawa untuk dijatuhkan hukuman pelaku hendaklah sengaja melakukan jenayah dengan mengetahui ia dilarang. Kebanyakan jenayah cukup dengan niat umum, seperti mencederakan mangsa secara ringan. Namun, ada jenayah yang memerlukan niat khas selain niat umum.

Contoh:
Seperti jenayah mencederakan atau memukul secara sedikit, cukup bagi pelaku untuk sengaja melakukan perbuatan fizikal tersebut dengan mengetahui bahawa ia adalah perbuatan yang dilarang.

Dalam sesetengah jenayah, niat umum sahaja tidak mencukupi, malah memerlukan adanya niat khas.

Niat khas: Pelaku sengaja melakukan jenayah dengan mengetahui ia dilarang dengan dikenakan ke atas tertentu.

Diperlukan hanya dalam jenayah qisas dan diyat.

Jika yang ada hanya niat yang umum dan mangsa mati, perbuatan itu dianggap pembunuhan separuh sengaja, bukan pembunuhan sengaja.

Niat tertentu: Pelaku sengaja melakukan perbuatan terhadap individu atau kumpulan tertentu.Terbahagi kepada dua:

1)semula jadi dan mempunyai hasil yang terhad

2)semula jadi dan tidak mempunyai hasil yang terhad

Niat yang tidak ditentukan: Seseorang dianggap tidak ditentukan niatnya jika tidak dapat dikenal pasti apa yang hendak dicapai sebelum jenayah dilakukan.

1)Mazhab Syafiee

Tidak dianggap pembunuhan sengaja, tetapi dianggap pembunuhan separuh sengaja.

2)Mazhab Maliki

Perbuatan secara langsung adalah perbuatan sengaja tidak mengambil kira niat

Perbuatan penyebab menunjukkan sengaja jika ditentukan niatnya dan tersalah jika tidak ditentukan

Niat langsung: Pelaku sengaja melakukan perbuatan terlarang dengan niat mencapai hasil tertentu.

Niat tidak langsung: Pelaku sengaja melakukan perbuatan terlarang tanpa berniat atau mengira hasilnya.

Pelaku bertanggungjawab atas hasil yang dikehendaki dan juga yang tidak dijangka sebagai pembunuhan separa sengaja.

Kesan jahil,tersalah dan lupa ke atas tanggungjawab jenayah

Jahil

Pelaku tidak akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan terlarang melainkan jika dia mengetahui dengan sepenuhnya bahawa perbuatan itu dilarang.Terbahagi kepada 2 iaitu:

Jahil dengan hukum:

1.1 Jahil Hakiki

Tidak tahu ada nas pengharaman

1.2 Tersalah dalam tafsir

Kedua-duanya tidak diambil kira sebagai keuzuran dari tanggungjawab jenayah

Jahil dengan keadaan/tersalah

Ia adalah perlakuan sesuatu perbuatan tanpa kehendak pelakunya.

Hudud dan takzir

Diambil kira keuzuran dan tidak akan dipertanggungjawabkan jenayah

Qisas dan diyat

Tidak diambil kira sebagai keuzuran tetapi hukuman diringankan

3. Lupa

Tidak mengingati sesuatu pada waktu dihadirnya.

Pendapat pertama

Di anggap keuzuran syar`ie dalam semua perbuatan ibadat dan jenayah

Wajib buat kewajipan sekiranya pelupa teringat semula

Tidak diampunkan dalam kesalahan sivil

Pendapat kedua

Tidak  dianggap keuzuran syar`ie dalam semua perbuatan  jenayah kecuali perkara yang melibatkan hak Allah

Hanya dikira keuzuran syar`ie sekiranya lupa atas perkara tabi`e atau tabiat semula jadi

Dalam hak individu tidak dikira sebagai keuzuran

PENGENALAN DIRI
Nama:Nurul Aina Shafiqa Bt Mohamad Azli

No.Matriks:23004467

Jabatan Pengajian: Jabatan Fiqh Usul

Kursus yang diambil:Fiqh Al-Jinayat(IIP2003)

Tahun Pengajian:Tahun 2

IMPROVING YOUR STUDY HABITS
Apa yang dapat saya simpulkan dari ujian ini saya seorang yang lebih suka suasana dan persekitaran yang tenang dan tiada perkara yang boleh mengganggu fokus sayaketika mengulang kaji pelajaran.Selain itu,dari ujian ini juga saya perlu lebih bijak mengurus masa study dan mencari soalan past years untuk dibuat supaya saya lebih faham dan ingat apa yang telah dipelajari serta dapat mempraktikkan metode untuk menjawab soalan.Saya juga perlu menyediakan jadual study supaya tidak terlepas pandang untuk mengulang kaji setiap subjek yang diambil serta dapat mengulang kaji dengan lebih sistematik dan efisien.

WHAT KIND OF STUDENT ARE YOU
Apa yang dapat saya simpulkan dari ujian ini saya agak berpuas hati dengan effort dan kegigihan saya dalam pembelajaran.Namun  begitu, masih banyak perkara perlu saya beri perhatian agar saya dapat beri yang lebih baik pada masa-masa akan datang.Saya juga perlu lebih berani untuk berkomunikasi dan bertanya soalan kepada pensyarah sekiranya terdapat persoalan atau permasalahan yang kurang saya faham.

MY LEARNING STYLE TEST
My Learning Style:

Auditory:29.6%

Kinesthetic:25.9%

Visual:44.4%

Setelah menjawab ujian learning test ini saya dapati saya adalah visual learner yang mana lebih kepada pembelajaran bergambar,berwarna,mind mapping atau sebagainya.Sebelum ini saya sangka saya adalah auditory learner kerana saya juga lebih suka mendengar dari membaca.Tetapi setelah diteliti saya lebih gemar akan bahan bacaan atau nota yang berwarna kerana ia membantu mempercepatkan lagi daya hafalan dan ingatan saya.Saya juga suka menggunakan highlighter pen pada nota dan buku yang di baca.Hal ini juga menggalakkan saya untuk study lebih lama dan dapat menumpukan perhatian dengan lebih baik.

INFOGRAFIK BERKAITAN ISTILAH MENGENAI AL-SYURU' FI AL-JARIMAH

PENGENALAN DIRI
NAMA : MUHAMMAD JOHAN ADAM BIN KHAIRUDIN

NOMBOR MATRIKS : 23004415

JABATAN : FIQH DAN USUL

TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2

ASAL : SELANGOR

IMPROVING YOUR STUDY HABITS
Apa yang saya dapat adalah saya suka take 5 setiap setengah jam ketika study dan saya tidak menyusun jadual study saya jadi untuk menangani masalah tersebut saya akan ubah dari take 5 setiap setengah jam saya akan take 10 setiap 1 jam.Saya juga akan tetap tidak akan self reward melainkan jika mendapat anugerah.

WHAT KIND OF STUDENT ARE YOU
Dari ujian ini saya mendapati bahawa kadang-kadang saya tidak memahami sedikit apa yang disampaikan dalam kelas serta tidak menyoalnya kepada Dr yang mengajar.Untuk menangani isu tersebut saya perlulah murajaah apa yang dibelajar di bilik dan menanya kepada rakan-rakan jika tidak ingat

MY LEARNING STYLE TEST
My Learning Style :

Auditory: 37%

Kinesthetic: 25.9%

Visual: 37%

Selepas menjawab ujian saya dapat tahu bahawa kaedah pembelajaran yang saya paling cenderung ialah visual kerana kaedah-kaedah visual seperti peta minda,highlighted text serta point excludation sangat mudah untuk mencari isi dan menjimat masa berbanding kaedah yang lain.

PENGALAMAN MELAKSANAKAN TUGASAN BERKUMPULAN DAN REFLEKSI
Pengalaman melaksanakan tugasan secara berkumpulan memberi banyak manfaat terutama  dari segi pembelajaran dan kreativiti yang ada pada setiap ahli kumpulan.Masing-masing menjalankan tugasan yang telah diberi dengan baik.Setiap ahli kumpulan mempunyai kelebihan dan daya fikiran yang berbeza yang mana memberi galakkan untuk ahli kumpulan berfikir secara kritis dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberi sama ada pembentangan,kajian kes dan tugasan padlet.Hal ini secara tidak langsung mendorong ahli kumpulan untuk berkongsi pandangan dan pendapat bagi menyelesaikan tugasan yang diberi serta melatih untuk berfikiran terbuka dan rasional dalam menerima pendapat atau kritikan dari ahli kumpulan yang lain.Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap tugasan itu dibuat dengan baik mengikut skop kerja yang telah ditetapkan oleh pensyarah.

Selain itu,membuat perancangan awal bagi membahagikan tugasan mengikut kepada pilihan dan minat setiap ahli kumpulan.Setiap ahli diberi tugasan tertentu agar tugasan dapat disiapkan dengan baik.Tambahan pula,setiap ahli kumpulan juga saling mengingati satu sama lain untuk menyelesaikan tugasan mengikut kepada tarikh yang telah ditetapkan,hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan sikap lepas tangan dan sambil lewa dalam ahli kumpulan.

Di samping itu,pengalaman ini dapat mengasah kemahiran kerjasama dalam ahli kumpulan dan menyedarkan kepentingan pengurusan masa dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.Seterusnya,peranan individu dalam kumpulan juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menjayakan sesuatu tugasan.Setiap ahli kumpulan menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik bagi memastikan tugasan yang diberi dilaksanakan dengan efisien.Namun terdapat juga cabaran yang dihadapi dalam menyelesaikan tugasan ini.Tetapi cabaran itulah yang menjadi peluang pembelajaran untuk pelajar belajar cara menangani konflik dan masalah ketika menyelesaikan sesuatu tugasan atau perkara.

Secara keseluruhannya,tugasan berkumpulan ini memberi impak yang positif kepada setiap ahli kumpulan sama ada secara langsung atau tidak langsung.