WARISAN MARIAM by

PENDAHULUAN(AYAT SLOGAN+ AYAT SUMBER)
"Biar Mati Anak,Jangan Mati Adat",begitulah laungan slogan pembakar semangat yang sering menjadi mauduk perbincangan alam seminar forum konvensyen,simposium dan kolokium yang kerap  meniti dari bibir ke bibir masyarakat.Bahkan slogan ini sering terpampang dan terpamer di dada akhbar,kaca-kaca televisyen dan berkumandang di corong-corong radio di kota-kota dan desa-desa yang terceruk di pedalaman.

AYAT TUJUAN.
Slogan tersebut cuba menyemarakkan semangat anak watan untuk bangkit mempertahankan dan mengekalkan warisan negara.

AYAT SOAL.
Pelbagai persoalan terus berlegar-legar dalam kotak fikiran masyarakat apabila kita  membahaskan isu cara -cara mengekalkan  warisan.Persoalannya,adakah kita sanggup melihat warisan negara kita lenyap ditelan arus kemodenan?Wajarkah kita berpeluk tubuh sahaja membiarkan warisan negara hilang dan lenyap dalam sekelip mata?

AYAT JAWAB
Tanpa menyalahkan sesiapa,kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini.Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi buruk di buang dengan rundingan,baik ditarik dengan muafakat.Segala persoalan yang dilontarkan akan dikupas dan dibugar secara mendalam.

ISI 1
Sebagai pembuka tirai perbincangan,cara-cara mengekalkan warisan akan dikaji secara mendalam menerusi perspektif ibu bapa haruslah mendidik anak-anak supaya menghargai warisan negara sejak kecil lagi.

MAKNA 1
Ibu bapa dapat ditakrifkan sebagai insan yang melahirkan,menjaga dan membimbing anak-anak menjadi insan yang mulia serta menghargai warisan.Anak-anak umpama kain  putih dan ibu bapalah yang perlu mencoraknya.Jika ia dilukis dengan cantik,maka cantiklah coraknya,jika tidak berlakulah sebaliknya bak kata peribahasa bagai ketam mengajar anak berjalan betul.

DATA 1
Menurut kajian soal selidik dari Universiti Putra Malaysia sungguh mengejutkan semua pihak kerana 70.7% ibu bapa tidak menerapkan amalan menghargai warisan negara anak-anak.

Marilah kita bertafakur sejenak dan bertanya kepada diri kita,mengapakah didikan ibu bapa amat penting dalam usaha mengekalkan warisan?Bagaimanakah ibu bapa selaku tonggak utama memainkan perana mendidik anak-anak supaya menghargai warisan?

JAWAB 1
Marilah kita menyingkap.ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak.Oleh itu,segala tindak-tanduk yang ibu bapa lakukan akan diikuti oleh anak-anak.Dengan itu,ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang baik selaku 'role model' kepada anak-anak.Sebagai contoh,dari segi warisan budaya,ibu bapa perlulah sentiasa perdengarkan anak-anak dengan lagu yang berkaitan dengan warisan.Selain itu,sebagai ibu bapa perlulah membawa ana-anak ke tempat yang penuh dengan warisan seperti Kota A Famosa.

SELAGI 1
Selagi ibu bapa tidak mendidik anak anak-anak untuk menghargai warisan,selagi anak-anak bersikap bena tak bena terhadap warisan yang kian luput di ingatan masyarakat kini,maka selagi itulah warisan tidak dapat dikekalkan.

PENEGAS 1
Tegasnya,peranan ibu bapa amatlah penting dalam membimbing anak-anak untuk menghargai warisan agar tidak lenyap di telan arus pemodenan.

ISI 2
Seterusnya,kesinambungan dan kelangsungan tentang cara-cara mengekalkan warisan akan diteruskan lagi menerusi pihak sekolah haruslah mengadakan pameran untuk menghidupkan kembali warisan negara.

MAKNA 2
Sekolah ditakrifkan sebagai sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar.Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat(IT) atau sekadar bilik darjah sahaja.Selain itu,sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.Oleh itu,sekolah merupakan salah satu destinasi yamg terbaik dalam perkenalkan warisan kepada generasi muda yang perlu dilaksanakan oleh warga sekolah.

DATA 2
Menurut sumber Kementerian Pendidikan Malaysia,sebanyak 78% penubuhan sekolah kebangsaan di Malaysia yang mampu menjadi hubungan utama warga pendidik perkenalkan warisan dalam kalangan pelajar sama ada aktiviti kurikulum ataupun kokurikulum seperti dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Soal 2
Persoalan yang muncul dalam minda kita adalah mengapakah sekolah merupakan medium penghubung utama warga pendidik perkenalkan warisan kepada para pelajar?Bagaimanakah warga pendidik menerangkan silibus berkaitan warisan kepada para pelajar?

JAWAB 2
Cuba kita fikirkan sejenak,sekolah merupakan tempat para pelajar menghabiskan waktu mereka.Hal ini kerana pelajar akan sibuk dengan kelas petang yang dilakukan oleh warga pendidik.Sehubungan dengan itu,warga pendidik mempunyai banyak waktu untuk bersama dengan pelajar.Pada waktu ini,warga pendidik dapat memperkenalkan warisan-warisan sama ada yang ketara mahu pun tidak ketara.Contohnya,warga pendidik memperkenalkan tokoh-tokoh yang telah melibatkan diri mereka dalam warisan seperti Khatijah Awang yang merupakan penari tarian mak yong.Selain itu,Hamzah Awang Amat yang  merupakan tokoh wayang kulit.

SELAGI 2
Selagi pihak sekolah tidak memainkan peranan sebagai penghubung utama antara warga pendidik dengan pelajar ,selagi warga penndidik tidak menjalankan tanggungjawab dalam perkenalkan warisan kepada pelajar ,maka selagi itulah warisan tidak dapat dikekalkan pada era globalisasi ini .

PENEGAS 2
Tegasnya,sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak harus ada pada diri seorang warga pendidik supaya generasi kini dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang warisan .

ISI 3
Perbincangan tentang cara -cara mengekalkan warisan tidak harus ada penghujungnya ,maka perbincangan seterusnya akan diteruskan pula dari aspek pihak media massa perlu menyiarkan iklan-iklan yang berkaitan dengan warisan yang kian di pinggirkan

MAKNA 3
Media massa ditakrifkan sebagai medium penghubung antara rakyat dengan kerajaan melalui media elektronik seperti radio dan televisyen.

DATA 3
Mengikut laporan Kementerian Multimedia dan Komunikasi amat memeranjatkan apabila hampir 80.2% rakyat dinegara kita menggunakan media massa sebagai alat untuk memperoleh maklumat.

SOAL 3
Persoalan yang muncul dalam pemikiran kita adalah bagaimanakah media massa dapat memperkenalkan warisan dalam kalangan kita ? Mengapakah media massa merupakan medium penghubung antara kerajaan dengan rakyat?

JAWAB
Marilah kita menyingkap,media massa menyiarkan dokumentari  berkaitan warisan seperti  Majalah 3 untuk menunjukkan komitmen media massa terhadap peri pentingnya warisan.Selain itu ,rakyat  dapat mengetahui warisan melalui media massa dengan lebih cepat dan mudah.

SELAGI 3.
Selagi pihak media massa tidak cakna dengan peranan yang perlu dibawakan oleh mereka ,selagi pihak media massa tidak menitikberatkan soal warisan negara,maka selagi itulah warisan negara kita terkubur.

PENEGAS 3.
Sesungguhnya,pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan oleh pihak media massa demi memastikan visi kudsi warisan ini tidak hilang ditelan arus modenisasi.Sikap manusia habis sepah dibuang perlulah dikikis untuk menjulang warisan leluhur ini.

PENUTUP.
Mata pena ini telah sampai ke titik noktah yang terakhir ,maka dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa semua pihak khususnya pihak  kerajaan yang menjadi nadi utama dan memikul tanggungjawab yang paling berat dalam mencapai keunggulan warisan dalam zaman yang penuh dengan fitnah dan dusta .Bahkan ,pihak sekolah dan masyarakat haruslah menggembling tenaga dalam menyokong segala usaha dan kempen yang dijalankan oleh kerajaan .Rakyat pula sebagai individu janganlah merasakan diri sebagai melukut kerana sahutan setiap individu itu  dalam panggilan kempen sebenarnya sangat besar maknanya .Segala perancangan ke arah pengekalan warisan di negara ini harus diperkukuh agar kesatuan kita sebagai rakyat  malaysia terus utuh demi merealisasikan  matlamat kereajaan yang sering menekankan slogan '"1 Malaysia".Ayuh rakyat malaysia,marilah kita bergerak bersama sama demi merealisasikan dan melestarikan warisan di negara ini !