UP1 Tugasan 2 by

Definisi Andragogi
Knowles telah mendefinisikan andragogi sebagai seni dan sains yang membantu pelajar dewasa untuk belajar.

Andaian Andragogi
Model andragogi adalah berpandukan kepada lima andaian yang mana kelima-lima andaian ini saling berkait rapat terhadap kemampuan pelajar serta keinginan untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran.

1. Konsep Pelajar
Seseorang akan berubah kepada meningkatkan hala  tuju kendiri daripada bergantung kepada orang lain apabila melalui proses kematangan, akan tetapi ianya adalah berbeza kadarnya antara setiap individu dan dimensi kehidupan. Untuk menjadi seseorang yang mempunyai hala tuju kendiri, pelajar dewasa mempunyai keperluan psikologi yang mendalam. Mereka juga berkemungkinan untuk bergantung kepada orang lain dalam situasi-situasi tertentu.

2. Peranan Pengalaman Pengajar
Pelajar dewasa mengumpul sejumlah pengalaman yang boleh menjadi sumber yang kaya untuk pembelajaran sejajar dengan sifat manusia yang membesar dan membangun sama ada bagi diri sendiri mahupun orang lain. Berbanding dengan pengalaman yang diperolehi secara pasif, pelajar menerapkan lebih banyaj makna ke dalam pembelajaran yang dihasilkan daripada pengalaman. Teknik penting dalam pendidikan wajar melibatkan pengalaman seperti perbincangan kes penyelesaian masalah, eksperimen makmal, pengalaman lapangan dan sebagainya.

3. Kesediaan Untuk Belajar
Apabila sudah mempunyai pengalaman dalam keperluan untuk pelajar, bagi membolehkan mereka berpuas hati dengan tugasan dan ujian hidup yang sebenar, maka pelajar dewasa ini mulai bersedia untuk belajar. Pendidikan seharusnya bertanggungjawab menghasilkan persekitaran kondusif dan menyediakan  peralatan serta prosedur yang membantu pelajar memperolehi "keperluan untuk tahu". Program pembelajaran harus disusun mengikut tahap kesediaan pelajar untuk belajar dan diatur berdasarkan aplikasi kehidupan.

4. Perspektif Masa
Pembelajaran harus berhubungan dengan masalah sebenar dan berorientasikan tugasan. Pelajar dewasa berminat dengan aplikasi pengetahuan segera (immediate application of knowledge). Aktiviti yang dilakukan dalam pembelajaran mestilah jelas dan sesuai dengan keperluan pelajar dewasa.

5. Orientasi Pembelajaran
Pendidikan dilihat oleh pelajar dewasa sebagai proses untuk membina peningkatan kecekapan bagi mencapai potensi dalam hidup secara menyeluruh. Kemahiran amat diperlukan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Oleh kerana orientasi pembelajaran pelajar dewasa adalah berteraskan pencapaian, maka pengalaman pembelajaran perlu disusun sekitar kategori pembangunan kompetensi.